Entry sebelum ni ending naik beca kan...so kita sambung dgn gambar beca lagilah. Ikut sequence senang...senang cekpen nak bayangkan kitorang punya adventure that day without him hehehe.
So beca2 ni semua berlesen kan, derang boleh je ke kiri ke kanan ke, lap ke semua boleh. Kereta ke bas ke kena bagi laluan. Hon punyelah kuat mak aihhhh..pekak tinge ni. Tu atok beca bawak maktok, bibik n sarah. Atok beca ni tua sangat nampaknya tapi kuat lagi mengayuh. Dia lah yg bgtau kat mana makan melayu yg ok...aku follow je ikut cakap dia walopon dia cina hehehe.
Bila aku nampak sign board ni terus teruja! eh bukan ke baru je tengok kat tv kedai ni? Betul ke ni? Cakap kat maktok but dia tak berapa nak cam le walopon kitorang tengok tv tu sama2 hari sabtu sebelum tu. tak kisahlah ingat ke tak...yg penting kena ingat perut semua dah laparrrrr......kedai penuhhhhh ....huaaaaaa.
But tak lama tunggu kejap je pun, dapat meja n kerusi yg cukup. Terus order nasi 6 pinggan, asam pedas tenggiri, asam pedas pari dgn gulai daging salai. Cukup.....sayur tak payah hehehe....sbb yg makan sayur kang aku n maktok je, sayur pulak semua sayur sejukkkkk...maktok tak makan, so takyah terus.
Semua dah siap makan dah sebenarnya. Mina standardlah lambat banding orang lain, Awish pulak tu tgh makan nasi pinggan yg kedua. Perut stokin la katakan. Rimau tu Sarah beli kat zoo earlier tadi. Aku jeling jek bibik sambil bebel...apalah tunjuk kat sarah rimau yg tak comel tu...bazir je. hish.
Hujung2 pas makan ni, maktok ingat sikit2 pasal jjcm astro tu...maktok nampak happy , watery eyes tu tanda maktok happy. Maktok insist belanja that lunch n dinner lepas tu ;)
Mamat yg berdiri sebelah Mina tu adalah mamat yg duduk sebelah Farouk ni, program jjcm Warung Kita Astro Prima. Tu gambor budiey tu ...ada watermark bagai..pinjam ye.
So my kesimpulan......setakat ni.....ni memang asam pedas paling sedaplah yg pernah aku makan. So betullah tu kalau korang ada tengok si farouk tu ber-iya cakap sedap tu....aku konfemkan mmg sedap =B.
Lepas tu jalan lagi sampai depan Menara Taming Sari. Depan restoren ni je kiranya. Tapi anak jantan gua tak berapa nak jantan. Siap paut lengan aku ni hah, tak nak naik menara! Mina pulak excited nak naik..que pun takde panjang mana. Sudahnya aku kata balik hotellah. Takut maktok penat, then nak solat ke mandi ke kan. So masing2 taknak jalan ke hotel. Aku masa ni still disoriented. Tak boleh nak mapkan all the location yg aku lalu tadi dgn hotel. Jauh ke dekat ke hotel tu aku tak sure. So aku mengalah....naik beca lagi.
Aku tak sure arah hotel satu hal, satu lagi aku tak sure keadaan jalan yg menuju ke hotel tu wheelchair friendly ke tak. So wheelchair maktok kita sangkut belakang beca yg ada labah2 besar gila tu hah. Bila berjalan dgn budak2 dan orang tua, kita utamakan derang. Kalau tak nanti stress....stress jadi tak syiok...tak syiok jadi amukan....no good. Kita nak happy..kita nak relax.
So inilah depan Aldy Hotel...boutique hotel 3 star. Aldy ada 2, satu kat sini Jalan Kota. Satu lagi kat Chinatown. Cekpen booked yg ni sbb dekat dgn semua attraction yg aku plan nak bawak budak2 n maktok pegi. Aku plan nak jalan sambil tolak wheelchair. Aku taknak drive around pastu aku sesat2 tah apa2. Then troublesome maktok nak kuar masuk keta pastu aku nak kuar masukkan wheelchair. Memang very2 good location. Cuma mula2 ni aku takleh nak agak kejauhan hotel to all the places. Petang tu baru aku tau, and that was our last beca trip hehehe. Lepas tu kita jalan tolak wheelchair....dekaaaaaaattt je semuanya.
Tapi hotel ni kan old building so takde basement parking ke hapa. Surrounded by all muzium pun, so parking kat tepi2 jalan la. Ada 4 ke 5 slot yg hotel reservedkan, but penuh le. Tu keta aku bawah pokok besar tu. Tidak ku tahu bila malam menjelang aku menyesalllll parking situ. Gila scary pokok ni. Nak nangis rasa sbb takut hahahah....takut hantu wehhhh. Tu yg buidling kaler merah2 tu is Stadhuys.
Traffic jam, sebab maktok kat depan hahaha...
Traffic bergerak lancar.
Our family suite. 2 queen bed, 1 s.single bed. Ada sofa rotan, tv, minibar semualah. Room very spacious. Kalau nak tambah toto 2,3 lagi pun boleh sangat. Bath tub pun ada but no picture taken. Hotel tadak swimming pool.
"mama, awish hemsem tak??"
erkkk????
2 little monkeys jumping on the bed.....1 fell down n bump her head..=P
Maktok berehat sambil makan peyek kacang yg dibeli kat restoran asam pedas tadi. Aktiviti lepas ni maktok taknak ikut. Nak rest kat bilik je. So lepas aku tu cuma aku n AMS. Bibik tinggal temankan maktok.
So next stop is Melaka River Cruise. Walopon ramai suggest pergi malam kan, but at the same time jugak kena berebut2, so aku decide pergi petang2 je. And aku rasa aku buat decision yg betul. Gambar atas ni pelik terpotong kiri kanan tah apa2 but aku dah malas nak re-upload.
Feri yg berlalu......adalah dalam 15minit kot menunggu. Ramai tak ramai kan, bot ke-3 baru dapat naik. But tak se-nightmare review2 yg aku baca kat internet. Kira oklah.
Mula-mula je duduk sopan cenggitu, lepas tu aku hadap montot derang je lah.
Eh rasa cool gila kalau dapat lepak2 minum tepi ni kan. Sambil2 bau longkang hahaha.
Actually aku quite kagum dgn cara kawasan sungai ni dijaga or dibangunkan or dipreserve. Aku takdelah penah sampai ke venice ke hapakan, takat Sg menam chao praya kat Bangkok tu je. So kalau bandingkan 2 tempat di, Melaka river cruise ni lagi best. Lepas tu macam ada monorel tu, aku tak sure berfungsi ke tak.
Pertama, sbb bau longkang tak sebusuk longkang menam cho praya tu hahaha =P.
Kedua, bangunan, rumah2 lama ni dah dibaikpulih dgn cantik sekali. Senibina rumah yg ala katik comel je...serius katik hahaha but cute. Cantik rumah2 lama ni. Warna warni meriah.
Ketiga, tebing2 tu kira bersih dan takde lah nampak geli2 berlumut sakai. Ada pokok bakau sikit2.Mural2 tu pun nampak menarik.
Keempat, ada cafe2 kecik yg santai. Macam2 kampung ada kat situ. Pastu siap ada ala funfair tu. Nasib baik tak beroperasi siang2. Kalau tak bersilat aku ngan budak2 ni hahaha.
Kelima, tak busuk sesangat, walopon mmg terpercik-percik jugak le kat muka kan....halallll....korang bawak je hand sanitizer ke baby wipes ke, buat lap2 hehehe. Eh busuk tadi dah masuk point no 1 ye hehehe.
Ok tu je. Overall pergi petang ke river cruise ni pun ok je. Nak2 ko bawak budak2 kan, rasanya kalau malam leceh jugak kot sbb bukan ada proper que...ni senang je orang nak potong2 rebut2. Kang terpijak2 susah kan.
Who want to see big ship??!! Me, me, me!!!
The big brown ship muzeum tu, just before jeti nak naik river cruise. Tapi bukak pukul 9 pagi sampai 5 petang je....so bebudak ni frust tak dapat masuk petang tu. Then we walked back to our hotel....eh tapi sempat paw mama 2 angry bird balloon n 1 miniature ship kan.
Lepas solat maghrib, kitorang jalan kaki gi food court kat belakang dataran Pahlawan. Semua makan sizzling mee, kecuali bibik makan nasik. Rasa biasa2 aje, sedap lagi foodcourt Giant punya hehe. Sini mahal sikitlah compare to Giant. Ada ramp utk turun naik food court ni dari jalan, so wheelchair friendly jugaklah. Cuma masa naik ramp, mina n awish kena tolong tolak montot aku, sbb aku tak kuat nak tolak wc maktok hahaha.
Lepas makan, hantar maktok, bibik n sarah balik bilik hotel. Aku, mina n awish nak survey2 menara. Awish tetiba dah ada keberanian, so oklah kita tengok apa yg patut. Masa ni bawak keta, tu yg takut tu nak gi kat keta parking bawah pokok besar tadi huhuhu.
Tapikan, alang2 survey, kitorang naik terus hahaha. Awish siap baca doa kat atas tu, dan tak sabar2 tunggu time turun. View malam2 pun cantik jugak la, tapi tak nampak laut...gelap. Adult RM15, budak2 RM10. Dapat 2 air kotak n some brochure n calendar 2012.
Malam tu, sebelum tido, Mina dah set plan utk hari esoknya. Aku ikut je lah. Ada ciri2 cekpen dia ni hehe. Since dia dah nampak swimming pool dari atas menara tu kan, so next day tu dia masukkan acara mandi manda le.
Ni rajah cantum2 nak tunjuk apa yg ada dekat2 dgn Aldy Hotel tu. Atas kiri yg gelap tu hotel le yg ada lampu biru2 tu. Lupa nak ambik gambar masa siang2 dari atas. Balai polis next to it. Opposite balai tu ada muzium umno dgn muzium apa ye...lupa lak. Sebelah balai terus swimming pool MBMB. Sebelah belakang pool tu Menara Taming Sari. The ship tu about 50m je kot dari menara. Camtu lah lebih kurang. And actually boleh tolak wheelchair along the road nak gi memana....ok je. But ke Jonkers street tu mcm tak ok sbb jalan kecik sgt and still kereta lalu lalang. Jonkers street tu jelah rasanya yg tak berapa nak wheelchair friendly.
Tuesday morning. Untuk family suite kitorang dapat 5 kupon breakfast. Takde buffet spread. Sorang boleh order 1 set meal. So we had 3 nasi lemak with chicken curry, and 2 set burger cw sosej, harsh brown, sunny side up, salad. Coffee or tea included. The chicken curry tu memang sedap. Burger set tu pun sedap and actually kenyang je, siap tapau sebab tak habis hehe. Nanti boleh makan kat tepi pool.
Lepas breakfast around 9.30, kitorang jalan ke Muzium Samudera Kapal tu. Kapal tu tinggi dan banyak tangga, so maktok have to wait kat bawah je. Banyak tangga dan curam semuanya, so memang tak larat maktok nak naik tengok. Budak2 ni suka la sebab turun naik tangga kat dalam ni, then ada banyak kapal2, patung2 kan. Terus masing2 feeling Jake dgn Captain Hook. hehehe. Banyaklah soal jawab dgn awish n mina kast sini. Jawablah mana yg ingat, kalau lupa baca je kat info2 yg dah ada kat situ hahaha.
Malam sebelum tu kan dah cekidout menara berputar ni kan, so pagi ni bawak sarah and maktok naik pulak. Oh bibik pun naik sekali. Mina lagi suka view malam. For me, kena naik dua2 siang dan malam supaya boleh tau apa yg ditengok, malam more on view lampu2 yg nampak cantik dari atas. Siang utk view around the town. Tak lama kat atas ni, 10 minit camtu kot. Sesuai je utk budak2 ni n maktok. Tak payah naik tangga bagai. Boleh tolak je wheelchair stret masuk kat sini. Exit utk wheelchair tak perlu go through kedai cenderamata....bagus...kalau tak kena paw lagi kan.
Aktiviti selepas ini akan bersambung kemudian. Kena sabar byk dgn kelajuan tenet ni.
wah menarik!! boleh la guna kupon diskaun river cruise tu nanti. :)
ReplyDeleteCik anon- sila2 , bagi i ok je siang2 naik river cruise tu :), bau tu biasalah. Kita belum sampai tahap sg apa tu kat korea yg sangat2 bersih tu, but at least not as murky mcm sg lain.
ReplyDelete