Friday, December 2, 2011

Blog hopping resepi

Story of mama punya resepi
Aku cari resepi yg tak guna minyak. Jumpa ini......ikan kembung. So selain dari goreng, asam pedas, sambal, bolehlah cuba rebus macam ni. Selalunya aku bakar ikan dalam oven then cicah air asam. So kali ni try rebus2 pulak. Orang lain dah berkurun masak ni, aku baru terasa nak menerai hehe.

Pizza instant. Lupa la pulak sapa punya idea ni, tapi dari blog2 jugaklah. Guna roti je instead of pizza dough. Belasah. Tapi tak lama lepas toast tu jadi soggy. Pastu smlm baca kat mamatiamia, tips utk tak jadi soggy is letak atas wire tray dulu masa tengah panas...oret, next time improve.

Gulai itik resepi mamatiamia. Eksaited kemain masa baca resepi ni sbb cekpen penah cakap dulu2 arwah mak ada buat gulai itik yg sgt sedap, but sepanjang dah kawin dgn cekpen mmg aku tak penah rasa gulai ni sbb mil takde buat pun. Masa buat ni, takde biji kundang. Cekpen kata dia tak ingat rasa yg mak buat, aku assume aku buat tak sedap letewwww. Last week jumpa biji kundang. Pastu selasa baru ni dpt beli telur itik. Lepas ni nak try lagi sekali. Masa 1st time buat atas ni tak cantik sangat rupa dia sbb bila aku terbalikkan, yg putih tu ala2 berkedut2, tapi yolk still runny so ok kot.

Tak byk pun cuba resepi baru, ada buat salad ungu stail mak chek, tapi tak snap gambar. Salad tu aku sorang je makan -___-.

Sekarang ni tiap kali pergi pasar tani aku termenung depan gerai sayur..sbb byk sayuran yg maktok pantang tak boleh makan. Tak boleh makan sayur sejuk, sayur yg tumbuh menjalar, ulam2, pucuk manis, peria petola, labu, timun semua tu. Carrot pun cannot -___-. Aku fenin sbb sian dia dok repeat kailan, pakis perak, sawi, broccoli. Sayur pucuk ranti baru sekali ada jual. Kadang maktok try jugak makan sikit2 yg pantang2 ni, tapi bila bangun pagi terasa ketat je lutut tu hah tobat le dia.

Then sekarang ada 10 hari lagi before balik kampung, cracking my head utk cari aktiviti utk budak2 ni and maktok. Selain mall kat mana lagi tempat beriadah yg wheelchair friendly? mana ? mana?





2 comments:

  1. Ikan kembung tu Ct kukus buh garam kunyit pun sedap. Cicah air asam atau sambal kerisik. Buat pecal santan pun ok. Atau ambik isi racik2, campur bunga kantan sikit, kerisik sikit, ala2 kerabu. Pergghh!!

    ReplyDelete
  2. anon- wah akan ku carik ikan kembung secepat mungkin. air liur meleleh2 ni.

    ReplyDelete