Thursday, December 22, 2011

AFP December 2011

Monday 19/12 adalah hari ambik darah utk check AFP Sarah. Since ni first time nak kena cucuk, aku saspen gak. Mula-mula memang aku talk ngan Sarah pasal ambik darah guna jarum, tapi dia still tak boleh terima. Asal bukak topik cucuk ambik darah terus nangis. So pagi isnin tu, nak pujuk dia mandi bersiap semua, cakap ajelah takde cucuk, kita jumpa kakak nurse dulu. Mina and awish nak ikut but tak bolehlah, takut tak boleh handle if Sarah amuk nanti.

Lepas register ambik form terus pergi blood bank tingkat 5. En Ramli yg attend Sarah. Very nice, jenis lembut2 sikit. Pandai dia distract Sarah but still buat kerja dgn cepat. Sarah nangis jugak sbb takut bukan sbb sakit pun. Initially aku ingat derang buat finger prick macam kat UMMC. Rupanya cucuk kat lengan macam ambik darah biasa tu. So cepat le siapnya. Kalau finger prick harap maklum le, jenuh nak penuhkan botol kecik 3 bijik.

Alhamdulillah kejap je dah setel terus balik and jumpa doktor next day on 20/12.


Pagi selasa, AMS semua ada ikut sekali gi SDMC. Selalunya lambat gak tunggu doktor, so lepas jumpa recep klinik prof lin, bgtau dia kitorang turun bekfast dulu. Taknak le AMS buat kecoh masa menunggu lama. Sekali baru turun tak sampai 10 minit recep tu dah call kata prof dah dtg. Cecepat naik, tinggalkan awish habiskan bihun sensorang. Nasib le mina n sarah makan roti je. Boleh bawak je naik atas.

Patient sebelum Sarah pun dah kuar from doktor room, so terus masuk. Alhamdulillah AFP 4.4, other blood count semua ok. Next month 19/1/2012 Sarah kena buat ultrasound. Part of the monitoring protokol yg prof dah setkan. Prof remind lagi utk follow semua protokol dia. Jangan tak datang buat follow up. Sarah case stage 4 jadi kena lebih hati2. Since Sarah underweight, prof suh Sarah makan 4 meals. No munching junk food. Memang takde munching2 junk food ni prof, sarah mana mau makan junkfood. Cuma kebulur camna pun Sarah cuma makan maximum 3 meals. Itupun selalu skip breakfast. Yg sarah nak munch hanyalah roti few bites, banana, 2/3 bites pan cake, jilat2 cake, half slice of cheddar cheese, mushroom soup sikit, apa lagi?? Donut 2,3 bites, kalau donut JCO dia jilat gula je. Kuih lain takmo, pasta2 kureng, pizza pun tak leh habis satu slice. She likes crysantimum tea, hot tea....susu nutren junior dah tu je. Biskut apa pun taknak. Oh dia suka drummet ayamas yg pedas tu. Tu pun tak boleh bagi selalu kan, kata kepak ayam injek.

Selalu sibuk nak buat kuih nak masak , buat je lah lebih, makan jangan harap. Karipap ke popia ke, bubur2 ke. Jilat rasa2 je lepas tu taknak.

Prof kata bagi je apa yg Sarah suka including red meat. Katanya no red meat diet tu utk adult. Sarah need all the protein utk membesar so bagi je even daging pun. Rasa serba salah. Menu sarah mmg ada ikan and ayam, but daging 2 minggu sekali je aku bg, paling kerap pun seminggu. Mungkin tambah ke 2 kali seminggu but small amount kot. 

 Bawak semua jalan-jalan Subang Parade kejap sebelum balik rumah. 

Ni mushroom soup home made punya. Sebab awish tak suka aku guna heavy cream, so pakai yg campbell punye, but dilute sikit dgn susu. Tak suka sangat guna yg dalam tin tapi ikut jelah tekak anak2. Cuma mina je yg nak mushroom soup guna heavy cream so tak berbaloi le sorang je makan kan. Yg campbell ni sarah pun nak, walopon beberapa sudu je. Jadilahhhh.


6 comments:

  1. Hannah pun suka mushroom soup yg dlm kotak brand campbell tu...

    ReplyDelete
  2. based on previous exp, i bagi anak i appeton to build up her selera makan..at the same time bagi jer dia makan apa yg dia nak even in small intake janji dia berselera..take care.

    ReplyDelete
  3. i bg sarah seven seas multivits cos boleh mix in milk. Prof said any multivits will do, yg ada lysine tu mean nothing katanya. Maybe next will try appeton jugak.

    ReplyDelete
  4. hero kecik suka mushroom sup mkn dgn spaghetti, layan jalahhh

    ReplyDelete
  5. mamasyaza- asalkan nak makan ek bagi aje hehehe.

    ReplyDelete