Friday, August 30, 2013

Dentist Visit

Setelah berminggu-minggu jugaklah dok saiko sarah utk gi jumpa dentist, akhirnya last week dia agree. So selasa baru ni set appointment. Sebabnya gigi atas depan 2 batang tu ada yellow stain yg tak hilang. Dah alang2 tu, dokter buat scaling sekali utk dia. Sib baik dia tak meronta-ronta. Kalau kita buat scaling pun ngeri kan. Last sekali baru dokter polish gigi tu, terus putih balik. Barulah senyum cantik, takdelah mama gerammm je masa gosokkan gigi sarah takmo putih heheh.

So hasil keberanian sarah hari tu ingat nak jadikan contoh utk mina and awish gi buat scaling kan, nampaknya tak berapa menjadi. Both still taknak jumpa dentist. In fact tahun ni dah 2 batang gigi awish cabut sendiri, taknak gi dentist punya pasal. Kalau derang berdua tu gosok gigi elok2 takpelah jugak, ni kalau tak diingatkan masing2 buat2 lupa, mcm2 alasan. Gosok gigi pun tak bersih...tsk tensen mama tau.

Thursday, August 29, 2013

Brunch, baby, race kit and house keeping

Hari Ahad ada brunch kat rumah anak buah cekpen kat Shah Alam. Malam tu dah pesan sesiap kat bebudak ni, brunch tu by pool side but they are not allowed to swim. Yg sebenornya, i malas nak melayan derang, kang nak tukar baju, sejuk nak naik, dah panas nak masuk balik, hoih letih mak ko. Sampai sana, almaklumlah kan, mmg lah bebudak lain terjun tiruk dalam tu. Lagi pulak pujukan rayu cucu sedara tu, mau awish tak merengek-rengek. Siap mempersoalkan lagi our decision not allowing them to swim, walhal, guest are allowed to, cos dia baca notice board tepi pool  (-__-). But we do not relentlah, tak bawak pun swimming suit, so silalah pandang aje heheh.

Sarah berselera makan kat sini, lepas nasi lemak, dia makan nasi impit dgn rendang daging. Since last dia makan daging masa raya pertama n kedua, so i bglah dia makan. Lepas tu dia main kat playground dgn mina. Before gerak ke destinasi lain, dia mintak lagi makan nasi impit seround, layan lah. Awish takyah citer lah kan, selera memang tip top. Sekarang i tgh control diet dia. Boleh makan tapi tak boleh banyak hehehe. Mencanak2 berat badan dia skrg, dah 45 kg dah, dahlah time puasa tak turun pun, lepas raya terus tambah lagi 2 kilo -___-. Mina dia ok je, dia bukan jenis yg makan banyak, tapi dia makan apa yg perlu je.

Pukul 12.30 kot gerak gi tengok cucu sedara baru cekpen kat Shah alam jugak. So dapatlah prektis pegang newborn kejap hehehe. Halusnya rasa pegang baby kecik ni. Dah lupa dah dedulu macam mana kan sbb dah dekat 6 tahun dah pun. Tak sabor plak tunggu dak kecik lam poyot ni uwek uwek....tapi nanti dah tak dapat tidur malam T___T.

Lepas tu, gerak ke i-city pulak, cekpen nak ambik race kit utk next sunday nye run. Hmmm bebudak ni kira first time le sampai dalam tu kan, so excited lah walopon tengok dari dalam keta je. Memasing pun start le buat plan sendiri, bila nak datang mandi manda n main kat sini. Plan lah ikut suka korang. Bila nak bebetul masuk sini berlibur-libur tu takdelanh mama n ayah nak janji apa2.

Setel urusan cekpen kat sini, terus gerak ke spk. Dah sebulan lebih since our last visit. Kali ni bawak sikit peralatan utk cabut rumput kat porch. Owner lama tu rasanya lps kitorang letak deposit setahun yg lepas memang dah tak amik kisah le kot, gila semak depan belakang.
Tapi kan, lupa bawak plastik sampah.....alahai, terpaksalah longgok kat situ je. Nampaklah macam rumah sikit, kalau tak mcm hutan je. Len kali kenalah bawak penyapu, plastik semua. Ni buat keje tapi halfway je lah. Bila gi kat backyard terus give up. Itu dah tahap pokok renek pun ada....so tu biar dulu heheh, tak larat weh. 
Kali ni punya visit, membuatkan hati rasa nak pindah cecepat. Tenang je tempat ni, sampaikan budak2 ni main kat playground tu pun boleh dengar suara derang sebutir-sebutir. Lagi satu, nak lah derang merasa childhood kat sini, make us wondering kalau bebetul tunggu sampai awish form 1, adakah awish akan miss those moment? The things that weight us down skrg ni pasal sekolah awish je. Kitorang takut nak ambik risk tukar dia punya surrounding, kitorang tak tau dia akan adapt or not if we send him to BJ. As of now pun he is struggling ...so dilema. Another thing is Sarah lah. Sarah pulak membuatkan kitorang need to move faster and let go our current house. Sarah condition ni bukan macam time bomb yg we can see when it will explode, its more like a land mine. We don't know and don't have a clue! Since july until now, the suspense is still high! Nasib lah i n cekpen takde high blood. 

To distract my mind, Impiana september issue. We already had some idea for the house. And kebetulan, dalam september issue ada satu rumah yg ada almost 80%  of the layout yg kitorang imagine. So i beli to show it to cekpen. I nak natural lighting during daytime, cekpen nak ada court yard or some sort for winding. So this is what we had in our mind. Nothing extravaganza, it felt homey. All enclosed but still the sunlight can go through. Berangan sekejaplah, cos berangan is free. But again we had to get back to reality and weight our option. 












Tuesday, August 27, 2013

Beraya ke Pulau Carey

Hari sabtu lepas, sempat gi beraya rumah my sis kat Pulau Carey, Telok Panglima Garang. Itupun ada berdrama kejap sebelum pergi. Pepagi tu cekpen hantar bebudak ni gi sekolah, sekolah ganti yg jerebu dulu tu. Dah pesan kat bebudak jangan balik naik van. Since ikut jadual hari rabu, bebudak bgtau balik pukul 1pm, at the same time, hari tu jugak sekolah adakan jamuan raya. So pukul 12.25 camtu, i dah siap, tapi kekejap masuk balik, ambik baju ganti utk derang, lepas tu lupa kasut mina n awish, masuk lagi, dah nak masuk keta, eh lupa plak kasut awish padahal tadi masuk balik nak ambik kasut dia n mina sekali T_T. Lepas tu byk pulak keta on the road, jem. Sudahnya sampai sekolah dah pukul 12.40 camtu.

Carik derang tak jumpa. Pastu ada call dari rumah. So call balik berkali2 tak dapat. Last2 call hp bibik, bibik kata sudah sampai rumah, naik van. Fine. Temperature naik sikit. Baliklah semula ke rumah, sampai pintu pagar, driver van telefon bgtau mina je yg dia hantar sbb tadi mina keluar pukul 12, awish still kat sekolah. -___-. 

Temperature sudah escalate!

 Mintak driver van hantar awish balik umah lah, letih nak kejar sana sini. Geram betul. Dah pesan tunggu kat sekolah, balik pulak naik van, lepas tu sorang je pulak tu yg balik, lagi sorang tinggal. Bibik pulak bukan nak cakap mina aje yg balik.....mmg bikin panas betul. Dah le tengahari buta kan.

Ni lah first time i sampai. My sis baru pindah sini awal tahun ni. Sebelum ni dia duduk dgn inlaws dia kat Banting. Rumah kayu yg design sangat cantik tapi sayang takde maintenance. Hmm  kalau skrg nak buat rumah kayu tak berpaku ni, siap dengan lubang angin, jeriji berukir di tingkap, pintu setiap pembahagi ruang, dah tentu tak murah kan. 

Cousin awish yg ni sangatlah adventures, jauh perbezaannya dgn awish. Tu awish eksen je tu naik motor tu, padahal dah off dah pun. Masa On awish tak bernai nak naik. Dapatlah derang main sekejap. 

I pun dapatlah borak2 ngan my sister yg sorang ni. Macam2 dari pasal rumah ni, her sick mother in laws, the saka..etc. I hope things get better, sian tengok my sis sorang ni keletihan. Menyebabkan dia nampak tua dari usia sebenar. 


Monday, August 26, 2013

Baby Needs Check List

Uihhhh bersepah-sepah entry check list ni. Google je senarai or baby check list, hambik.....click aje mana nak. Senang kerja i walopon i ni nak beranak no.4 dah. Rajin derang buat research dan senaraikan barang keperluan mommy and babies. Ohsem sungguh. Mari cedok list tu n kita tengok mana yg perlu ada sekarang, mana yg kiv, mana yg isk tak payah lah tak guna pun.

Qty Age Price Shop
Baby Clothing

1 Short sleeve tops n bottoms 3 NB/0-3 baby sense
2 Mesh short sleeve tops n bottoms 2 NB/0-3 baby sense
3 Long sleeve tops n bottoms 3 NB/0-3 baby sense
4 Rompers short sleeve 5 NB CO
5 Jumpers Long sleeve 2 NB/0-3 CO, baby sense
6 Legging 2 NB CO
7 Pants 0
8 Mitten 6 OBW
9 Booties 6 OBW
10 Hats 5 NB/ 3-6 CO/OBW/MH
11 Handkerchief 5 MH
12 Washcloth 8 MH
13 Binder/ barut 16 5S/11M DIY
14 Swaddle/Bedung 6 3M/3L DIY
15 Bib 2 MH
Diapering
16 Disposable diapers 1 NB JJ
17 Cloth diaper 10 3kg-13kg Yoyosnow
18 Diaper insert 25 Yoyosnow
19 Nappy liner 1 Baby sense
20 Changing mat 1 HMD
21 Detergent 1 Giant
22 Safety pin 4 pin 2 clip JJ/ Daiso
23 Berus pakaian no need
24 Papa bags no need
Nursery room/ bedding
25 Blanket 3 HMD
26 Set Tilam Dan Bantal Baby 1 2 cover set DIY
27 Katil Baby no need
28 Mainan Untuk Gantung Pada Katil no need `
29 Kelambu 1 S Baby sense
30 Bakul Baju Kotor no need 
31 Bakul Untuk Simpan Pakaian Baby utk shelves
 Daiso
Baby care/ grooming
32 Bedak baby 1 JJ
33 Losyen Baby 1 JJ
34 Baby Oil 1 JJ
35 Putik Kapas (cotton bud)  1 JJ
36 Sikat 1 Baby sense
37 Pengepit Kuku (Nail Clipper) 1 Giant
38 Nasal Aspirator (Baby nose clear) 1 JJ
39 Termometer (/)  dah ada
40 Vicks **cari yg kaler pink (khas untuk kanak2)
41 Minyak Telon & Minyak yu yee 1 Baby sense
42 Syringe
43 Cotton Ball
44  Krim Lampin (sudo-cream) 1  Fabulous mom
45 Bakul Kecil Baby Care Grooming  dah ada
Bathing Essential
46 Tuala Mandi 4 Baby sense/JJ
47 Tab Mandi 1 Ikea
Safety bath support 1 Twin baby
48 Syampoo  + bath 1 JJ
49 Shower Gel no need
50 Span use wash cloth
51 Gayung Kecil no need
52 Minyak Rambut no need
53 Bakul Barang Mandian dah ada 
Feeding
54 Botol size S  2 small JJ
55 Puting Botol Susu (2) 2 JJ
56 Bottle Sterilizer no need boiled je
57 Berus Pembersih Botol 1 Giant
58 Penyepit Botol no need
59 Sterilising Tablet no need
60 Nipple Cream 1 Medela Baby sense
61 Nursing Pad Disposal (1 kotak) 1 Autumz Baby sense
62 Breast Pump 1 HMD
63 Nursing Pillow 1 DIY
64 Nursing Bra  6 MH/JJ
65 Termos dah ada
Travelling
66 Beg Bayi no need
67 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BFeed) no need
68 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BFeed) no need
69  Infant Carrier  no need
Others
70 Penyangkut Baju Berklip ampaian  foldable Ikea/ giant
71 Permainan Bermuzik no need
72 Bumbo Seat no need
73 Baby Gym no need
74 Stroller  1 Warehouse sales
75 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki) no need
76 Car seat  1 HMD
77 Album no need
78 Beg Bayi no need
79 Baby Sling (Kain batik lepas) 1 HMD
80 Nursing Cover  1 DIY 
81 Nursing Clothes / Wear no need
82 Bengkung 2 MH
83 Post natal care n tukang urut
84 Air selusuh/ akar fatimah 1 Mekah
85 Maternity Pad  1 JJ
Note
HMD -hand me down
CO - Cotton On Online
MH- mammahouse.com
OBW - OneBabyWorld.com
Yoyo- www.yoyosnow.blogspot.com
JJ - jusco lew.
DIY- buat sendiri


Ni semua yg belum basuh. Bedung n barut yg dah basuh dah simpan elok2.


Shopping barang baby kira dah settle ni. Yang belum tu sikiiiittttt je lagi, less than 5 items rasanya. Last week dah basuh semua, even cloth diaper yg nak kena basuh berkali-kali baru effective pun dah setel. Ya i nak try pakai cloth diaper not because environmental friendly, tu positive side effect je, but because in long term its financial friendly hehehe. Tapi beli 10 set je dulu. Sebab rumit sikit banding disposable kan, so if i can manage the cleaning process effectively, bolehlah tambah lagi. I beli brand Babyland je, but tak kisah le sbb i tengok sama je dgn material dan design dgn yg branded yg lain with much lower price. Babyland CD ni ada 2 types, yg old batch lagi murah but review tak bagus sangat. Yg batch i beli ni sama dgn those branded yg memahal and getting good reviews from overseas sbb mak2 omputih ni pun ramai pakai, derang beli kat ebay je. Actually i jumpa you-tube yg bagi bad reviews on babyland, tapi bila i baca komen2 kat bideo tu, rupanya ada 2 jenis. Ramai yg beli the good batch yg dah improved design and material. So tunggulah nanti bila dah pakai camner.
Each CD come with 2 pieces microfibre insert. Lepas tu i beli extra bamboo insert charcoal tu.


Banyak jugak benda2 dalam list tu yg i tak perlu. Ikutlah memasing kan, but i try to avoid buying bulky things and things that actually not necessary pun. Unless this is your first baby maybelah kot banyak benda u takde. But my case no 4 dah, banyak benda boleh je pakai apa yg ada based on my experiencelah, idokle sampai bakul baju kotor pun sampai nak kena beli baru hihihi.

Macam baby sling tu,  i pakai aje lah kain batik lepas tu hah bila perlu. Lagipun i ni idokle suka kepit baby sambil wat keje or kulu kilir. I prefer letak kat dalam stroller je kalau outdoor or kat mana2 lah kat rumah ni yg selesa.

Dah pernah dah ber-play pen,ber-baby cot bagai but sudahnye menyemak aje sbb takdelah derang suka tidur or duduk dalam tu pun. Bila dah besar sikit masuk setahun tu terus tak pakai...tidur nak celah ketiak, lagi senang mama takyah bukak mata nak nenen. Haih imagine those sleepless night for minimum 3 years straight. Sarah punya rekod sampai umur 4 tahun still jaga malam huhuhu. Oklah sbb dia tak sihat, if not i rasa she can sleep through lagi awal kot.



Baju2 pun i beli sikit je, mostly newborn and 0-3/6 months size. Will add on as he grows lah. Malas nak keep stok bebanyak. Takde tempat nak simpan pun satu hal le jugak. Pening weh nak organize semua ni.
My DIY nursing poncho. Boleh cover front and back, maklumlah malas nak invest beli nursing wear bagai kan. Ni satu meter kain rega 8 hengget je...jihmat tak?

Lagi satu cabaran is breastfeeding. huhuhu. I ni kategori cepat je kering kalau takde direct stimulation. Pam le sampai kejung tangan, tak mau nye keluar. Telan lah supplement apa pun gitu jugak. Tu zaman i kerjalah, hopefully now, since i'm not working the milk production will last longer.

So far dah habis around Rm1.8K. Oklah tu, dah habis jimat dah tu rasanye. Yg tertinggal sikit2 tu nantilah. Set bersalin je lah kot yg tak sure nak bajet camne. Masa mak sihat dulu mak beli kat kampung je, original, freshly made. Masa sarah, orang yg buat kat kampung tu dah takde, so i beli aje set mustika ratu kot apa tah. Pakai masa berurut tu je, lepas tu liatttt sangat nak pakai or makan. Skrg mcm tertarik pulak dgn B'hidan. Hmmmm but satu set 350. Takde rumit sangat set tu 7 items je kot yg i think possible lah i guna/ makan semua. Kalau ada macam2 sangat pun kang sudahnya tak guna pun takde pekdah. Supplement le kot yg i belum consider lagi......sbb i ni jenis malasssss sgt nak menelan supplement.Selalunya multivits je lah.

Tukang urut/ bidan urut pulak, ada dah list nama ni. Hebat skrg ek. Last sekali masa bersalin sarah sekali servis rm70.....masa tu ambik 5 ke 7 kali tak ingat but memang > 3 times lah. Sekarang tak dapek dah nampaknye. Nak carik yg below 100 mmg payah leww....100 tu pun mcm dah paling rendah dah. Bila nak start calling ni pun tak tau. Kang bila kata due oktober derang kata 'oohhh lambat lagiiii'. Tengok lah seminggu dua lagi.

Set tilam baby yg i buat from scratch. Dari kekabu sampailah sarung luar tu. I  buat 2 set sarung utk ganti kalau baby terkencing or terberry on it. My cost is tersangatlah murah. Lagi satu set i match dgn checkered pattern :)

Apa lagi ye???  Oh semalam petang buat pertama kalinya kaki bengkak. Hamik kan, tengahari tu anak sedara tanya bengkak tak kaki, i bgtau takde bengkak except vericose vein yg dah mcm spider web penuh kat kaki kan. Since dari pagi semalam tak baring2 langsung sampailah pukul 4 petang, masa solat tu dah rasa dah kaki keras susah nak bengkok, which is biasa lah kan. Lepas solat tu, nak jugak menjahit, sekali tengah duduk baru perasan buku lali tak nampak langsung T_T. Pagi ni dah surut dah, nasib baik huhuhu.



Psstt: Ita, kalau ko baca ni aku rasa barut aku berlebih2 doww.....nanti kalau ada yg aku tak pakai kang aku hmd kat ko lewww. Takyah le aku buatkan lain utk ko.






Friday, August 23, 2013

Mengulit Kucing


Rutin Kening n Chomel, tidur, main, makan, minum, berak kencing. My rutin, bersihkan litter box, top up food, drinks and milk. Latest kena mandikan budak 2 ekor ni -__-. Terpaksalah make sure bersih sbb nak bg awish mina sarah main dgn dua2 ni kan and lepaskan dalam rumah every few hours. 

Dua ekor ni kan, pantang litter box tu dah bersih, cecepat dia buat bisnes. Minimum 3 kali sehari kena clean up litter tu -___-. Bila pagi sebelum gi kerja cekpen n awish dah tukar litter box tu kan around pukul 6.15am, pastu by 8am dah penuh ok. Terpaksalah i bersihkan lagi sebelum hantar sarah ke kindy of lepas hantar sarah. Karang tengahari tengoklah, kadang byk kadang sikit. Bila banyak kena bersihkanlah. Lewat petang lagi satu round.  Kalau lambat derang dok kais2 sbb nak cari kawasan yg bersih, habis berterabur semua pasir keluar. Pastu tak suka lah kan, nanti najis2 itu kot melekat2 kat bebulus n kaki derang kan. Dah le sarah dok cencium kucing2 ni.

Tengoklah si chomel menyelit kat mana tu. Tu bulu baru kering lepas mandi kul 6.30 ptg. Lepas mandi dia tidur lena sangat atas sofa tu sampailah cekpen turun nak hantar bebudak  gi ngaji. Sementara tunggu derang siap, si chomel ni terjaga and terus gi menyelit celah ketiak cekpen. Lama pulak tu, padahal cekpen tak mandi pun lagi tu..... euwwww  bucuk le.
Si Kening lepas mandi, dia dok jilat bulus nak keringkan. i nak keringkan guna hair dryer dia taknak, lari. Kang si chomel pun datang tolong jilat jugak. Bila turn si chomel mandi, si kening ni pulak tolong jilat . Kalau mandi sama2 basah sama2, sama2 lah jilat menjilat diri sendiri dan jugak sesama derang . 

Sekarang, i tak suka lah bila tengok dua ekor ni tergaru-garu. Rimas. Dah 2 hari berturut mandi. Few hours lepas mandi ok, tapi bila masukkan balik dalam cage, then bila keluar tergaru2 balik. Malam tadi i keluarkan alas tidur derang, ganti dgn towel buruk, kotlah ada kekutu ke haper kan kat alas tu. Ke dari litter sand tu?? Sbb we just top up lepas buang hasil2 tu, belum lagi replace 100%. Ke alergik dgn food baru tu??

Boleh tahan sensitip kan kekucing ni. Kalau kucing kat kampung tu takdelah pulak gitu kan, padahal mandi pun tak pernah huhuhu. Tapi agaknya lagi bersih kot kat kampung sbb berak kat luar bukan dekat tempat yg sama je manjang....agaknye lah. Takpun kulit kucing kat kampung lagi lasak, tak heran takat gatal sikit2 tu.






Thursday, August 22, 2013

32weeks pregnancy check-up

Kejap je. Pejam celik pejam celik dah nak complete 32 weeks minggu ni. Selasa, 20 ogos check-up. Last punye monthly check-up, lepas ni every two weeks kena datang. Maknanya lebih kurang 4 kali je lagi jumpa gynea, lepas tu sila tunggu saat yg dinanti tiba huhuhu. 

Masa kat rumah, i timbang my weight is around 54.3-54.6kg. Tapi timbang kat spital jadik 55.6kg (T___T) camne tu. Timbang mana lagi tepat?? Sekilo lagi berat bila kat spital. Takpelah still tak terlajak sangat kot dan boleh kawal sampai due date nanti kot. Kotlahhhhh.....kalau lebih 60 pecah le rekod sendiri  huahuahua. 

Tengok muka sendiri pun dah nampak tambun sikit, jadilahhhh. Merasalah jugak pipi tembun, kalau tak kempot jek. Orang lain beriya taknak nampak tambun kan, tapi i nak sbb susah nak merasa, time2 ni je boleh berlaku.

Baby pulak around 1.3kg based on ultrasound. Hmm bebudak ni dulu pun memasing masa u/s tak penahnya lebih 3kg, tapi bila keluar jadi 3.29kg, 3.45kg n 3.49 kg. Yg bagusnya, cepatle berat i turun sbb actual baby punya portion banyak hehehe.

Anyway doc pesan utk monitor baby movement daily. There should be a minimum of 10 movement/kicks within 12 hours. Kalau katalah within 4 hours dah exceed 10 kicks bolehlah stop counting. Then regarding the frequent tightening/ mengeras/ braxton hicks that i've been experiencing since weeks ago (lepas 6 mths dah start dah), doc say my chances of having a premature labor is unlikely based on previous delivery. 5% at most. If the frequency came every 10 to 15 minutes apart and accompanied with labor pain then i should come to the emergency dept lah. So for now oklah kot sbb walopon kerap (1 hour i can have more than 4 tightening) tapi takdelah sakit ke haper kan. Baby head dah pun engage into position so rasanya he will stay there lah, idak le riso kot dia dok pepusing ke atas ke tepi ke kan.






Wednesday, August 21, 2013

Sarah SDMC Urine Test

Ada apa dengan urine sarah? Entahlah. Monday punya test still detect protein, blood, sugar. Acaner?? Infection dulu tu memang cause inflammation. And utk recover from that inflamation kat bladder, sometimes it takes 2 to 3 month. So during recovery ni memang kalau ada detect blood tu kira normal lagilah. Tapi kan rasanya macam dah lamaaa, still camtu. Sebelum raya urine culture result shows bacteria tu dah reduce to about 1000+ compare masa before ambik antibiotik tu >100,000. So monday baru ni buat another culture, but result tak keluar lagilah, esok lusa klinik prof akan call and bgtau. If increase balik kenalah menghadap prof lagi. Adoyaii.....dah 4 kali kot jumpa prof pasal urine ni, lotih mak....campur risau lah kan. Masa July dah confirm bukan diabetec. So why ada detect sugar??

Another theory of the infection tu, urine backflow ke kidney. Kalau nak confrm ni kena buat test yg agak complicated which tak rasa lah sarah boleh cooperate. Sigh! Poning palo makcik.

Another theory is, the kidney threshold lower than normal, allowing sugar passing through, berapa tah prof cakap aritu, 120mol ke baper tah lupa. Tsk.....bila nak dapat jawapan pun tak tau. 

Kalau ikutkan sarah takda tak sihat ke haper. Elok je dia, makan, aktif semua, kencing pun takde komplen sakit ke hapa...tu yg lagi kita jadi rasa pelik, apa sebenarnya yg berlaku kat dalam badan dia. Walopon dalam kepala terpikir maybe ni side2 effect masa kimo dulu, tapi ye lah takde proof. 

Harap2 result urine culture sok eloklah, berat sangat rasa nak gi sdmc lagi.....mintak2 dijauhkan dari penyakit2 merbahaya ye sarah...amiinnnnn.

Raya di GSC bersama Planes


Selepas sabtu yg sangat memenatkan, sambung pulak gi menonton kartun Planes kat GSC. Malangnya our feveret GSC kat ioi takde show ni, yg paling dekat yg ada show is 1-utama. So ke sanalah. Ambik morning show sbb lepas lunch nak terus balik. I is fenat. Oklah citer ni, simple je, Cars lagi best kot, tahlah. Simple sangat walopon grafik cantik menyebabkan sarah takleh fokus lama sgt. Nasib baik citer kejap je tak sampai 2 jam. 

Habis tu terus lunch kat BBQ chicken menda tah, awish le yg sibuk nak terai. Ujung2 semua ayam punya kulit yg rangup tu dia taknak makan, sbb bbq kan manis sikit kan, itupun i orderkan yg extra pedas tu, ada gambor cili 2 ketul. I dah bgtau dia that i rasa ni korean punye style mesti ada manis sikit, tapi nak jugak kan. Dah le semua 8 ketul peha besar gabak! Cekpen kata "ni mesti ayam injek"...hmmm. ye lah kan, even kepsi n nandos pun jarang dapat drumstik yg besar gabak camtu. 

Tu le budak2 ni kan, kalau makan kat luar tu kadang derang nak menerai kekedai yg kitorang tak tau ok ke tak, sedap ke tak, bila dah rasa sikit tak sedap mulalah terkulat2 memasing. Pernah derang nak try Delicious, reluctantly cekpen ikutlah, ujung2 semua makan tak habis, dah le mahell kan. Tsk tsk sk. Ada lah lagi beberapa tempat lain, camtu lah jadinya. Tapi still nak ulang gak mistake tu, takmo dengar cakap mama ayah. Mama ayah tau lah tekak korang camna so boleh agak le kalau korang boleh telan ke tak, tapi salu tak percaya. Bila dah terkulat2 takleh telan barulah buat muka kesian cakap dah kenyanglah, taste weirdlah, macam2 alasan keluarkan.


Tuesday, August 20, 2013

Keretaku

My car is back buuuuutttttt look at the bottom picture. Ya tetiba ada kecederaan baru kat bumper belakang pffttt!.  Si cina workshop tu kata weekend kalau keta free suh hantar balik masuk workshop, 3 hours job je katanya. Iyolah tu. Kang berjanggut lagi menunggu siaplah!





Monday, August 19, 2013

Latest Addition to our family

Ingat tak masa raya makcik Saadiah yg jual lemang kat Kendong nak bagi 2 ekor anak kucing kat cekpen? So kebetulan cekpen ada urusan kat Tampin hari sabtu baru ni, so few  days sebelum balik tu, dia google no tepon makcik Saadiah ni. Ada kat facebook u! So call lah tanya ada lagi ke anak kucing tu. Anak makcik tu kata ada lagi so cekpen pun bgtau nak dtg ambik on saturday.

So masa birthday cekpen yg kitorang gi makan kek kat secret recipe tu, cekpen pun membeli belah le barang keperluan bakal anak angkat dia. Pets Wonderland tu sebelah SR ioi mall tu. So i suh beli basic je, travel cage, litter sand dgn food sikit. Sbb tak sempat nak pergi kedai pets yg murah kat taman desa, so rembat ajelah kat sini. Mahell le sikit kan.
Asalnya Mina sorang nak ikut and cekpen nak biar dia tunggu dalam kereta sementara dia uruskan hal tu, but i rasa tak sedap hati le pulak kan. Kang dia duduk meninjau dalam belukar tu bukan leh nampak kereta kat tepi jalan pun kan. Apa-apa hal kang nyesal. So i pun ikut le sekali, dah i ikut semua pun sama le mengekor. Me and the kids tunggu kat rumah atuk tampin. Sebelum sampai tu singgah ke kedai makcik saadiah tu bagitau sesiap kang on the way back kitorang amik le anak tucen tu.

Lamalah berpiknik kat rumah tu, nasib baik dah bawak bekal sandwich, nasi dgn lauk ayam masak lemak cili api utk sarah, then tapau mcD breakfast semua. Ada pulak movie Ups kat tv, so oklah budak2 tu sambil2 mengunyah, main game and tengok tv. Pukul 12 baru lah kitorang bertolak balik.
Sedih anak2 makcik tu nak berpisah, semua menghantor ke kereta. Beli lemang 2 batang utk bawak balik puchong sbb kucing tu derang bg free je. Budak2 ni memasing dok lah hadap kucing2 ni, sampai tertidur2. Kucing2 pun memula panik, lelama senyap tido jugak. Yg kuning jantan nama kuning, yg kelabu tu betina nama chikaro chiko.
Mula2 sampai rumah, habis semua tempat dihidunya, sambil mengiau2. Cari mak n adik badik yg lain jugak kot. dah le rumah lain kan. Tapi tak lama lah, tak sampai sejam kot, dua2 ni dah start main2. Very playful. Budak2 ni rename them, kuning jadi 'kening', chiko jadi 'chomel'. Suka hatilah korang asal bahagia.

Mina buatkan susu nespray, laju jek minum. Tapi nasi dgn ikan bilis taknak. Dia sanggup masuk balik dalam carrier tu sbb nak makan friskies T____T.

Petang tu pukul 5, i pergi amik kereta kat workshop (siap jugak akhirnya, walopon nak kena masuk balik sbb derang pi langgar bumper belakang pulak). Lepas tu terus gerak ke Taman Desa pergi kat kedai KUCING4SALE ni. Nak beli rumah baru utk anak2 angkat cekpen tu. Cekpen taknak derang share dgn tortis tu, sempit dan takut tortis stress. I memula cadang tortis tu duduk dalam sangkar kecik balik, and kucing duduk dalam cage tu, tapi cekpen tak agree sbb tak cukup besor saiz cage tuk 2 ekor kucing. So marilah carik banglo baru. Kedai ni so far paling  murah lah barang2 dia yg i tau. Cage atas ni 3 tingkat model CT52 (53"H, 36"L, 23"W) , yg paling besar @ RM269. Tapi last2 kitorang jadikan 2 tingkat sbb platform tu kecik, so cantum 2 so that both can sleep together. Kalau satu platform derang tergolek jatuh ke bawah.

Pstt.....carrier/ travel cage tu kan, kat sini $59 jek, cekpen beli kat pets wonderland tu ari $89, same brand plak tu ..kof.kof.kof. 30 hengget difference. Cage 3 tingkat tu kalau kat ACE hardware kat ioi tak dapek 400 hengget u. Then hangkut sekali litter sand 27kg @RM40, then ambik food sekali, branded katanya, i tak taulah kan sbb tak pernah beli RM37 kot. Apa lg?? Scoop plastik, bekas letak makanan yg boleh lock kat cage, syampoo kutu sekali. Tu je kot. Food n litter sand tu boleh tahan 2 bulan, katanyalah, i tak tau lagi betul ke tak.



Manja sangat ok dua2 ekor ni. I ni takdelah cat lover sangat, cekpen tu ye lah. Tapi manjang kucing ni terkam i, cium2 muka, gesel2 pipi, pastu bubuh paw dia kat muka i and usap2 muka i. Hoih paw tak basuh lagi nak usap2 muka T_____T.

Both are sooooo cute and playful lah. Budak2 masih tak hilang jakun lagi. Kekejap bawak masuk rumah. Hari ni sekolah, sarah pulak gi SDMC so dari malam tadi sampai tengahari lah duduk dalam cage. Pepagi sebelum gi hospital i dah bersihkan litter box. Balik tengahari tadi dah banyak 'hasil pee pee' lagii T___T. Kenalah bersihkan lagi. Sekarang ni still guna litter brand "Ketty Love" yg beli kat pets wonderland tu. Boleh tahan gak lah absorbant, takde bau sangat. Part bersihkan litter ni lah yg paling lemah. Nasih baik tak berapa poo poo sangat kot. So far hasil pee pee je, poo poo baru 2 kali kot.  Ajar jugak bebudak ni buat, sbb derang yg nak sangat kucing kan, so biar pandai bersihkan litter, takdenya i nak buat sensorang forever. No no no. Lagipun i pregnant, bahaya jugak handle litter ni kan.

Hmm tak taulah baper lama kan boleh bertahan, but yg pasti i taknak ada pembiakan. Most probably will get them neutered bila sampai masa. Now still kecik lagi biar dulu. 

Meriah le rumah ni sekarang, meow sana, meow sini, budak2 ni main kejar2 happy sangat. Lupa lah kucing kakak limah derang kat kampung tu. Kalau tak si putih tu yg disebut2. Cuma bila lepaskan kekucing ni dalam rumah, semua pintu bilik, pintu keluar masuk kena tutup. Takut kalau terlepas derang tak reti balik rumah lagi. Dan takut jugak sesenyap masuk bilik buat 'bisnes', tak koser nak bersihkan le.

Sunday, August 18, 2013

The snoogle

So my new bedmate dah siap since errrr.....sometime on sunday, minggu puasa yg last tu. Dah sampai tampin dan pontian jugak snoogle ni ikut mana i pegi. Dalam keta dia duduk kat seat belakang, so jadi bantal budak2 ni. Even sarah pun nak duduk belakang instead of himpit i kat co-driver seat. Memasing takde komplen sempit ke hapa sbb sharing their seat, infact derang boleh tidur lena beralaskan snoogle ni.

Sekarang bolehlah i tido dgn selesa. Yg tak bestnya ada budak tu duk jadi 'belanda mintak tanah'. Sarah le sapa lagi. Bila dia tido sebelah, mesti dia himpit naik atas snoogle ni, pastu lama2, i ni dia push aside, dia conquer le snoogle ni sensorang. Terpaksalah i tido jejauh sikit. Sabor je lah. 

Kalau larat kang buatkan smaller version utk dia, tapi kang, yg lagi 2 orang tu pun nak jugak. Memasing pun pantang lepa, mesti landing kat snoogle ni bila i tak guna.

So far, memang best lah sbb it can support my protruding frontal and back effectively. Meaning, bila bangun pagi i dah tak rasa muscle kat perut ni tighten or any back pain. Rasa legaaaaa je bila both side muscle tu bebetul relax the whole night. Of course once i get up and move around tu still some pain tu ada kan. Tu takleh buat apa kot, the body is adjusting / preparing for labor.

Talk about body changes, my bones at the hip/pelvis and the last few lumbar start to knock each other for quite sometime already. Bila bergerak or jalan mcm biasa je dalam rumah pun i boleh dengar kluk klak kluk klak. Haiyoooo... aging does that to you. I don't remember that i can noticed the changes through the three pregnancies before. But now memang boleh rasa whats happening to my body.*shuddered*



Friday, August 16, 2013

Our Syawal 1434H @ Pontian

Assalamualaikum (eh baiknye). Huh pas subuh tadi dah start dah duk photobox kan gegambar. Pastu link ke entry ni, pastu turun breakfast terus tergendala. Sebab lepas breakfast sambung siapkan buat pillow cover baby. Semalam dari pagi sampai malam siapkan bedding tu, dari sarung utk kekabu sampai le cover luar tilam ngan bolster cenonet tu. tapi tak sempat buat pillow cover. Tu yg siapkan dulu sbb kang kalau dah takde mood teruslah terbantut tak sesiap. Ni tinggal nak buat quilt cover je. Quilt lama zaman mina n sarah dulu, so buatkan cover baru biar tak nampak segala cecomot taik lalat semua tu. Take 5 jap, nak bersandar sbb sakit belakang duk duduk menjahit semalam tak hilang lagi.
Ok, citer pontian. Kitorang gerak dari Tampin lepas cekpen sembahyang jumaat. I yg suruh dia decide nak sembahyang jumaat kat pontian ke tampin, terpulang. Sbb i tau kalau kat kampung i, dia agak terkulat2 je gi masjid sana, abih semorang cakap slang jawa kan, member pun blur lah tak reti nak masuk, takut silap pemahaman gitu.

Kali ni kat pontian, instead of balik rumah mak, kitorang balik rumah my eldest brother sbb mak ada kat situ since puasa. Kisahnya, my brother yg duduk sekali dgn mak, gi terengganu kejap masa bulan posa tu, antor anak dia masuk training center, so mak kenalah duduk ngan my eldest brother ni, dekat je, kampung sebelah je pun. Lepas tu mak tak percaya yg my brother tu dah balik from terengganu, so dia taknak le balik umah dia. 

Tak kisahle kan, kat sini i pun orait je, in fact i was born kat tapak rumah ni sebelum my parents pindah to current house. Every year pun tiap kali raya kedua memang open house kat sini, gotong royong makan satay, sup tulang, beriani, etc lah. So takdelah beza sangat. Cumanya budak2 ni lah sibuk nak gi rumah lagi satu tu sbb kazen derang (kakak limah) ada kat sana. Derang nak main le apa lagi kan.

Dari Tampin kitorang terus singgah kubur arwah bapak and abang i yg no2. Kalau dah lepak kat rumah kang liat nak ke kubur, so singgah siap2 le senang. 
Sesampai kat rumah, derang baru nak start bakar satay, sup pun baru first round nak buang kuah berkolestrol tinggi. Kat pontian derang buat camtu, kuah rebusan tulang tu derang buang 2 kali kot tak silap, so that kurang sikit lemak yg kita telan. But still the sup tulang taste not affected, mabeles je, nak2 dgn sambal kicap pedas, fuh berdesing telinga.

Cekpen cam biasa turun padang lah mengipas satay. I lepas salam2 terus duduk kat dapur tu tolong cucuk satay. Tahun ni ramai anak buah tak datang so, kurang le kakitangan mencucuk, pukul 9 malam kot baru siap cucuk, sekor lembu punya isi tau, bukan sikit tu. Tapi takdelah bakar semua, i think 1/3 tu simpan utk marhaban and sedara mara yg tak datang malam tu and so on. Then 1/3 yg dah bakar pun simpan dalam freezer utk dipanaskan when needed.

I stop mencucuk around 8.30 camtu, sbb budak2 ni nak makan. Lepas tu,  terus basuh baju. Bawak baju mmg cukup 3 hari je, so kalau tak basuh malam tu, next day memang takdelah, pakai baju tido sampai kering le jawabnya. Sambil2 membasuh, sambil makan satay and sup tulang. 5 round baru habis basuh. Masa ni lah rindu mesin sendiri yg fully auto with max 14kg load. *Nangis* 
Tsk susunan gambar tak ikut timeline jugak. Belasahlah. Ni fresh ketupat. My brother gi jemput mak hari ahad tu, so dapatlah i tido satu malam kat rumah mak. Malam tu, my bro rebuskan ketupat utk kitorang semua. Dapatlah i merasa breakfast ketupat fresh...siap tapau 4 ketul lagi bawak balik puchong hehehe. Both my sil buatkan rendang daging, tapau jugak hahahaha. Lepat pun angkut jugak tapi tak freshlah, yg tu stok dalam fridge. Tak kisahlah janji ada, kang ada budak air liur meleleh pulak kalu tak dapat rasa kan.

Aktiviti bebudak ni, main bunga api dgn main anak kucing le dan segala mala haiwan yg ada kat mini safari belakang rumah tu. Cekpen le melayan. Since i tak boleh gi rumah mak  ni, cekpen le bawak derang ke sana. I nak pergi kang mak cari. Itu pun hari sabtu tu, dah petang baru keluar beraya 3 rumah, 2 tu rumah adik bapak, lagi satu rumah my late uncle (adik mak). Tahun ni makin sikit rumah nak gi beraya, sbb ramai wak2 yg dah meninggal. 

Lepas beraya 3 rumah tu, gi ke pekan kejap nak beli plaster, si mina cedera sikit langgar tiang batu masa tengah main kejar2 dgn anak kucing. Tu pun dah dapat follow up call, mak tanya apsal i tak balik2 lagi T___T. 
Kotak atas tu, from left, my auntie Bik Miah(adik mak), my eldest sister kak long Senah, 2nd sister Mini, and my late brother wife Kak Pah. I tak jumpa lagi my sister lagi sorang sbb dia balik kg awal and balik banting raya pertama. Bilalah keta i nak siap, kalau tak minggu ni i dah pergi rumah dia sbb budak2 cuti sekolah lagi kan. 

Then bawah tengah tu, sepupu budak2 ni yg paling kecik as of now, manjang dia mengekor sarah. Sarah siap menyorok lagi, menangis-nangis dak ni mengadu kat mak dia sbb sarah takmo main, hehehe. Pastu elok main sesama lagi...haih bebudak ni lawak le.

Pagi isnin, lepas breakfast, kitorang bertolak balik ke puchong. Mak dah risau2 macam. Actually masa raya kedua, mood dia elok je ceria lah jugak, nampak la dia macam sihat sikit. Lepas tu bila tiba hari sabtu tu, mak ngah (kakak ipar my eldest brother) yg dah bbrp hari duduk sekali kat rumah tu, balik ke rumah dia, mak dah start down dah. Lepas tu my eldest sister pun balik ke Layang, tambah le mak punya kesedihan tu. Petang sabtu tu, bila besan mak datang melawat pun, mak dah senyap dan macam tak recognize besan dia.

Malam tu pulak, my sister mini balik ke Kelang, mak mulalah risau sbb mini bertolak lewat malam (11 lebih kot), risau nanti adib mengamuk dalam kereta, risau nanti Apis (anak my late brother) tu mangantuklah. Mulalah kerisauan berpanjangan dia tu. Malam tu mulalah tidur dia tak lena, kekejap terjaga, pastu duk panggil my eldest sister name. 

Then the next day tu, Ahad, bila my brother jemput balik ke rumah dia, nampak elok ceria semula. Eh mak taknak ok orang hantar dia balik ke rumah tu, dia nak my brother tu sorang yg jemput dia tau. Kalau orang lain nak hantar dia tak percaya huhuhu T___T. Dia takut kena tinggal tepi jalan or kat mana2.

Tapi mood ok tu tak berpanjangan, pagi isnin tu masa i salam nak balik, dia start lah risau semula. Risau i nak bersalin, risau pasal duit since hubby sorang je kerja, risau sapa nak jaga i dalam pantang...tsk mcm2 lah. But surely she doesn't hold me back T____T. I mean she even hold my sil from going back to Kulai tau, but i tak pulak dia tahan2. Eh tak rindu ke? I really wonder whats going through her mind. Bila dia tengah dalam jiwa kacau camtu, the only person she's calling is my eldest sister, anak2 pompuan lain ni dia tak ingat pun, takde dia seru2 malam hari, serius. Maybe kitorang still senang kot utk dia jumpa but yg seorang tu susah sikit kot. And i guess tu lah anak kesayangan, same like arwah bapak dulu, itu lah sorang yg di sebut2 yg di rindu masakannya. What to do?

Anyway, our journey back to puchong ok, jalan clear takde jem, ada sikit je slow moving kat senawang, lepas tu ok. Lepas punggah barang, terus me n cekpen ke Giant. Fridge kosong ye, so kenalah top up sikit. Kalau i ada keta, i boleh pegi anyime next day, tapi takde kan, kenalah cekpen bawak i gi beli barang dapur. Itu pun ikan2 terpaksalh beli kat kedai runcit je, sbb ikan kat Giant tu lobam2 dah, tak selera u.
Sekian. Nak sambung jahit pulak.