Selepas sabtu yg sangat memenatkan, sambung pulak gi menonton kartun Planes kat GSC. Malangnya our feveret GSC kat ioi takde show ni, yg paling dekat yg ada show is 1-utama. So ke sanalah. Ambik morning show sbb lepas lunch nak terus balik. I is fenat. Oklah citer ni, simple je, Cars lagi best kot, tahlah. Simple sangat walopon grafik cantik menyebabkan sarah takleh fokus lama sgt. Nasib baik citer kejap je tak sampai 2 jam.
Habis tu terus lunch kat BBQ chicken menda tah, awish le yg sibuk nak terai. Ujung2 semua ayam punya kulit yg rangup tu dia taknak makan, sbb bbq kan manis sikit kan, itupun i orderkan yg extra pedas tu, ada gambor cili 2 ketul. I dah bgtau dia that i rasa ni korean punye style mesti ada manis sikit, tapi nak jugak kan. Dah le semua 8 ketul peha besar gabak! Cekpen kata "ni mesti ayam injek"...hmmm. ye lah kan, even kepsi n nandos pun jarang dapat drumstik yg besar gabak camtu.
Tu le budak2 ni kan, kalau makan kat luar tu kadang derang nak menerai kekedai yg kitorang tak tau ok ke tak, sedap ke tak, bila dah rasa sikit tak sedap mulalah terkulat2 memasing. Pernah derang nak try Delicious, reluctantly cekpen ikutlah, ujung2 semua makan tak habis, dah le mahell kan. Tsk tsk sk. Ada lah lagi beberapa tempat lain, camtu lah jadinya. Tapi still nak ulang gak mistake tu, takmo dengar cakap mama ayah. Mama ayah tau lah tekak korang camna so boleh agak le kalau korang boleh telan ke tak, tapi salu tak percaya. Bila dah terkulat2 takleh telan barulah buat muka kesian cakap dah kenyanglah, taste weirdlah, macam2 alasan keluarkan.
No comments:
Post a Comment