Friday, August 16, 2013

Our Syawal 1434H @ Pontian

Assalamualaikum (eh baiknye). Huh pas subuh tadi dah start dah duk photobox kan gegambar. Pastu link ke entry ni, pastu turun breakfast terus tergendala. Sebab lepas breakfast sambung siapkan buat pillow cover baby. Semalam dari pagi sampai malam siapkan bedding tu, dari sarung utk kekabu sampai le cover luar tilam ngan bolster cenonet tu. tapi tak sempat buat pillow cover. Tu yg siapkan dulu sbb kang kalau dah takde mood teruslah terbantut tak sesiap. Ni tinggal nak buat quilt cover je. Quilt lama zaman mina n sarah dulu, so buatkan cover baru biar tak nampak segala cecomot taik lalat semua tu. Take 5 jap, nak bersandar sbb sakit belakang duk duduk menjahit semalam tak hilang lagi.
Ok, citer pontian. Kitorang gerak dari Tampin lepas cekpen sembahyang jumaat. I yg suruh dia decide nak sembahyang jumaat kat pontian ke tampin, terpulang. Sbb i tau kalau kat kampung i, dia agak terkulat2 je gi masjid sana, abih semorang cakap slang jawa kan, member pun blur lah tak reti nak masuk, takut silap pemahaman gitu.

Kali ni kat pontian, instead of balik rumah mak, kitorang balik rumah my eldest brother sbb mak ada kat situ since puasa. Kisahnya, my brother yg duduk sekali dgn mak, gi terengganu kejap masa bulan posa tu, antor anak dia masuk training center, so mak kenalah duduk ngan my eldest brother ni, dekat je, kampung sebelah je pun. Lepas tu mak tak percaya yg my brother tu dah balik from terengganu, so dia taknak le balik umah dia. 

Tak kisahle kan, kat sini i pun orait je, in fact i was born kat tapak rumah ni sebelum my parents pindah to current house. Every year pun tiap kali raya kedua memang open house kat sini, gotong royong makan satay, sup tulang, beriani, etc lah. So takdelah beza sangat. Cumanya budak2 ni lah sibuk nak gi rumah lagi satu tu sbb kazen derang (kakak limah) ada kat sana. Derang nak main le apa lagi kan.

Dari Tampin kitorang terus singgah kubur arwah bapak and abang i yg no2. Kalau dah lepak kat rumah kang liat nak ke kubur, so singgah siap2 le senang. 
Sesampai kat rumah, derang baru nak start bakar satay, sup pun baru first round nak buang kuah berkolestrol tinggi. Kat pontian derang buat camtu, kuah rebusan tulang tu derang buang 2 kali kot tak silap, so that kurang sikit lemak yg kita telan. But still the sup tulang taste not affected, mabeles je, nak2 dgn sambal kicap pedas, fuh berdesing telinga.

Cekpen cam biasa turun padang lah mengipas satay. I lepas salam2 terus duduk kat dapur tu tolong cucuk satay. Tahun ni ramai anak buah tak datang so, kurang le kakitangan mencucuk, pukul 9 malam kot baru siap cucuk, sekor lembu punya isi tau, bukan sikit tu. Tapi takdelah bakar semua, i think 1/3 tu simpan utk marhaban and sedara mara yg tak datang malam tu and so on. Then 1/3 yg dah bakar pun simpan dalam freezer utk dipanaskan when needed.

I stop mencucuk around 8.30 camtu, sbb budak2 ni nak makan. Lepas tu,  terus basuh baju. Bawak baju mmg cukup 3 hari je, so kalau tak basuh malam tu, next day memang takdelah, pakai baju tido sampai kering le jawabnya. Sambil2 membasuh, sambil makan satay and sup tulang. 5 round baru habis basuh. Masa ni lah rindu mesin sendiri yg fully auto with max 14kg load. *Nangis* 
Tsk susunan gambar tak ikut timeline jugak. Belasahlah. Ni fresh ketupat. My brother gi jemput mak hari ahad tu, so dapatlah i tido satu malam kat rumah mak. Malam tu, my bro rebuskan ketupat utk kitorang semua. Dapatlah i merasa breakfast ketupat fresh...siap tapau 4 ketul lagi bawak balik puchong hehehe. Both my sil buatkan rendang daging, tapau jugak hahahaha. Lepat pun angkut jugak tapi tak freshlah, yg tu stok dalam fridge. Tak kisahlah janji ada, kang ada budak air liur meleleh pulak kalu tak dapat rasa kan.

Aktiviti bebudak ni, main bunga api dgn main anak kucing le dan segala mala haiwan yg ada kat mini safari belakang rumah tu. Cekpen le melayan. Since i tak boleh gi rumah mak  ni, cekpen le bawak derang ke sana. I nak pergi kang mak cari. Itu pun hari sabtu tu, dah petang baru keluar beraya 3 rumah, 2 tu rumah adik bapak, lagi satu rumah my late uncle (adik mak). Tahun ni makin sikit rumah nak gi beraya, sbb ramai wak2 yg dah meninggal. 

Lepas beraya 3 rumah tu, gi ke pekan kejap nak beli plaster, si mina cedera sikit langgar tiang batu masa tengah main kejar2 dgn anak kucing. Tu pun dah dapat follow up call, mak tanya apsal i tak balik2 lagi T___T. 
Kotak atas tu, from left, my auntie Bik Miah(adik mak), my eldest sister kak long Senah, 2nd sister Mini, and my late brother wife Kak Pah. I tak jumpa lagi my sister lagi sorang sbb dia balik kg awal and balik banting raya pertama. Bilalah keta i nak siap, kalau tak minggu ni i dah pergi rumah dia sbb budak2 cuti sekolah lagi kan. 

Then bawah tengah tu, sepupu budak2 ni yg paling kecik as of now, manjang dia mengekor sarah. Sarah siap menyorok lagi, menangis-nangis dak ni mengadu kat mak dia sbb sarah takmo main, hehehe. Pastu elok main sesama lagi...haih bebudak ni lawak le.

Pagi isnin, lepas breakfast, kitorang bertolak balik ke puchong. Mak dah risau2 macam. Actually masa raya kedua, mood dia elok je ceria lah jugak, nampak la dia macam sihat sikit. Lepas tu bila tiba hari sabtu tu, mak ngah (kakak ipar my eldest brother) yg dah bbrp hari duduk sekali kat rumah tu, balik ke rumah dia, mak dah start down dah. Lepas tu my eldest sister pun balik ke Layang, tambah le mak punya kesedihan tu. Petang sabtu tu, bila besan mak datang melawat pun, mak dah senyap dan macam tak recognize besan dia.

Malam tu pulak, my sister mini balik ke Kelang, mak mulalah risau sbb mini bertolak lewat malam (11 lebih kot), risau nanti adib mengamuk dalam kereta, risau nanti Apis (anak my late brother) tu mangantuklah. Mulalah kerisauan berpanjangan dia tu. Malam tu mulalah tidur dia tak lena, kekejap terjaga, pastu duk panggil my eldest sister name. 

Then the next day tu, Ahad, bila my brother jemput balik ke rumah dia, nampak elok ceria semula. Eh mak taknak ok orang hantar dia balik ke rumah tu, dia nak my brother tu sorang yg jemput dia tau. Kalau orang lain nak hantar dia tak percaya huhuhu T___T. Dia takut kena tinggal tepi jalan or kat mana2.

Tapi mood ok tu tak berpanjangan, pagi isnin tu masa i salam nak balik, dia start lah risau semula. Risau i nak bersalin, risau pasal duit since hubby sorang je kerja, risau sapa nak jaga i dalam pantang...tsk mcm2 lah. But surely she doesn't hold me back T____T. I mean she even hold my sil from going back to Kulai tau, but i tak pulak dia tahan2. Eh tak rindu ke? I really wonder whats going through her mind. Bila dia tengah dalam jiwa kacau camtu, the only person she's calling is my eldest sister, anak2 pompuan lain ni dia tak ingat pun, takde dia seru2 malam hari, serius. Maybe kitorang still senang kot utk dia jumpa but yg seorang tu susah sikit kot. And i guess tu lah anak kesayangan, same like arwah bapak dulu, itu lah sorang yg di sebut2 yg di rindu masakannya. What to do?

Anyway, our journey back to puchong ok, jalan clear takde jem, ada sikit je slow moving kat senawang, lepas tu ok. Lepas punggah barang, terus me n cekpen ke Giant. Fridge kosong ye, so kenalah top up sikit. Kalau i ada keta, i boleh pegi anyime next day, tapi takde kan, kenalah cekpen bawak i gi beli barang dapur. Itu pun ikan2 terpaksalh beli kat kedai runcit je, sbb ikan kat Giant tu lobam2 dah, tak selera u.
Sekian. Nak sambung jahit pulak.


No comments:

Post a Comment