Salam syawal 1434H utk semua. Best ke raya memasing? Kitorang ok je, budak2 happy kira best jugaklah tu. Tak banyak gambar kali ni sbb camerawoman lupa pegang aipon. Tak sempat nak pegang pun, busy u. Nasib baik lah gambor raya sekorga tak lupa nak ambik. Kira lengkaplah raya sbb ada gambor atas tu, kalau tak kenalah re-snap backdated punya gambor, ngehngehngeh =B.
Persiapan raya kira ala kadar je. Yang penting makan ada, tempat tido ada and tempat melepak ada. Walopon ala kadar tu, i tau i tak dapat nak tolong sangat sbb kang terlebih buat kerja kang tak raya le i, sakit tanganlah, kakilah itu lah ini lah. So utk mengurangkan beban my sil (sebelum raya, cuma our family and her family je yg konfem sambut raya kat rumah pusaka tampin ni) i pun bawak maid i balik kemas2 seminggu sebelum raya.
Dapatlah susun barang2 kat rumah tu elok2, pasang sarung kusyen, pasang langsir, siapkan 3 bilik yg konfem nak guna (bilik kitorang takde snap gambor le plak), mop dapur tu. So my sil balik on tuesday tu, tak payahlah le nak sibuk kemas2, bolehlah she masak2 aallllll the time =P. Then we all tumpang makan sama aalllllll the time jugak =B. Kitorang balik lepas subuh hari rabu. Kira dapatlah relaks2 je tolong buat kerja sikit mana yg i rasa i mampu. My maid tak ikut balik raya sbb dia pun nak cuti raya jugak. Kalau tak senang le i jadi mandur, pacak dia je utk tolong hehehe.
Lepas siap2 tu nampaklah rupa rumah nak sambut raya. Kalau tak memang errrrr agak tak selera jugaklah. Barulah naik sikit mood i. If not memang rasa nak hentak kaki mintak balik pontian je sbb takmo raya kat rumah tinggal hehehe.
Feeling homestay.......adalah sikit2. Kalau kudrat i lagi power, lagi banyak benda i nak buat, tapi memang pancitlah. Ni pun from 9am to 1.30pm je i mampu. Bibik pun dah nampak penat sangat (i suruh dia buat yg berat2). Jadiklah dari tak bersiap langsung kan. Cekpen siapkan lampu pelita and lampu lip lap.
Pagi rabu lepas subuh bertolak ke tampin. Smooth je traffic dari puchong sampailah kat kampung around pukul 7.45am. Terus singgah Kendong, beli lemang Saadiah. Bertahun2 tak dapat beli lemang dia sbb manjang habis. Tahun ni ada rezeki, alhamdulillah.
Ada pulak anak kucing comel manja kat sini 5 ekor. Cekpen acah2 mintak sekor, tapi makcik tu bg ambik 2 ekor. Wahhh suka la kan. tapi masalahnya, lepas ni kitorang nak balik pontian, keta pulak sangatlah padat, kat mana pulak nak sumbat anak kucing tu kan. So terpaksalah lupakan dulu. Kalau ada jodoh, adalah next time kitoang gi ambik.
Lampu lip lap kat tangga depan. Lampu pelita kat pagar. Bringing suasana raya pontian to tampin hehehe. Kat tampin ni semua anak2 buah dah besar2 so memasing dah tak kisah sangat benda kecik2 ni. But i mintak cekpen buatkan semua ni utk anak2 kitoanglah. Kalau kat pontian memang konfem adalah sbb kat sana takde rumah yg takde pelita, siap berlumba2 dgn macam2 design lagi, tapi kat tampin takde u. Boring je suasana raya kat sini. Ada pelita barulah feel nak main bunga api. Bagi derang main puas2 malam tu. Apa? Tak boleh main bunga api??? Apa kelas raya takde bunga api kannnn!! Takat pop pop dgn bunga api belang2 tu je, as long as kita monitor derang main insyaallah takde apa.
Tapi kan, pelita tu cekpen cuma nyalakan satu malam je....pffftttt. minyak habis!
Gambar atas, last day of berbuka puasa. 3 family sambut raya di tampin. lewat sikit another sil balik, tu yg jadi 3 family tu. She's the owner of the rumah pusaka, so tuan rumah adalah raya tahun ni heheh. Bawah kiri, i tengah sibuk siapkan order nasi goreng utk breakfast (awish order), so i suruh awish mintak cousin dia tolong pakaikan butang baju melayu. Sarah and cousin main game. Gambar last tu, my sil family getting ready utk gambar raya derang.
Tak ikut timeline gambar atas ni. Kami kat kubur uwan. Singgah raya kedua, lepas tu terus gerak ke pontian. Doa akhir puasa by anak buah yg bercuti dari mesir. Kitoarang beraya kat rumah sil yg dekat dgn rumah pusaka tu. Dinner malam raya kedua.
Petang raya pertama tu ramailah adik badik lain yg sampai. So suasana pun tambah meriah. Borak2 tak ingat dunia, makan2 tak sedar diri, tau2 aje perut dah rasa nak melotop. Itu je lah kan, apa lagi aktiviti boeh buat sangat time raya ye tak.
Lepas ni entry pontian pulak. Itu lagi sikit gambar huhuhu. Apa yg ada je lah ye. ok...baiiiii.
No comments:
Post a Comment