Saturday, January 30, 2010

Pelik tapi benar

Hmm mungkin tak pelik sangat...mcm ni citernya.

Kat area kedai saya ni dah ada satu existing laundry shop. Masa saya tgh buat kerja2 mengecat tu kerap jugaklah tokey laundry tu lalu depan kedai i ni...ada la dlm 3 kali. untuk pergi ke supermarket 99Speedmart. Dia selalu beli sabun, softener dan makanan kucing kat situ...(i donno why he keep on buying in small pack, sedangkan normally dobi beli direct dari supplier at bigger volume). Takpe...no issue kat sini.

Well, lepas kedai saya start beroperasi on 6 Jan 2010, minggu pertama dan kedua dia akan lalu depan kedai i ...lebih kurang 7,8 kali sehari. Mungkin sbb bekas pekerja part time dia, kerja fulltime dgn saya....jadi dia nak tengok2 kot. Fine...walopon terasa rimas.

Sebenarnya untuk ke supermarket tu dia tak perlu lalu depan kedai saya. Ada laluan lain dari kedai dia dan lebih mudah.

Saya bukan tak bertegur sapa dgn dia, in fact saya hari2 ckp "hi uncle" kat dia everytime dia lalu.

Lagi satu yg tak boleh blah kan, bila dia nak hantar laundry ke hotel2 (dia ada kontrak dgn hotel sekitar sini) atau bila dia mahu ke mana-mana, pasti dia akan memandu melalui jalan depan kedai saya jugak. Dan dia TIDAK singgah pun di supermarket. (Saya akan lari ke pintu dan perhatikan adakah dia mau membeli barang hingga perlu lalu depan kedai saya).

Kedudukan kedai beliau adalah berdekatan dgn jalan keluar dari kawasan shoplot sini. Beliau tidak perlu membazirkan minyak membuat satu pusingan tawaf utk keluar ke jalan utama sebenarnya.

Bukan dia sahaja yg berbuat begitu ye. Ada sekali tu , isteri beliau (warga indonesia sulawesi) lalu betul2 kat belakang kedai saya dan mengintai di dalam kedai. Cuba menegur pekerja saya
(bekas pekerja dia) dan kemudian pergi...APAKAH yg dia cuba buat?

Itu yg saya nampak...yg saya tak nampak?? Wallahualam.

Sekarang adik ipar beliau, lelaki, (adik isteri dia lah) warga sulawesi jugak ye, datang membantu di dobi beliau (saya tau adik ipar sbb pekerja saya bgtau).
Dia pun mewarisi sikap yg sama, dah berkali-kali memandu lalu di depan kedai saya tanpa singgah di supermarket.
Jalan di sini kalau one way pun mmg dia tak perlu bazir minyak lalu lalang macam ni.

Lepas tu kan, 2,3 hari ni, bila si isteri lalu depan kedai saya, dia tidak akan memijak lantai koridor depan kedai saya ni. Dia akan melompat (ye dia lompat) ke tanah parking, dan kemudian naik semula ke koridor kedai sebelah saya...kiri dan kanan kedai saya. APAKAH???

Pekerja saya (skrg dah jadi bekas pekerja sbb saya takut pasal isu majikan kena tangkap, denda, penjara jika di dapati mengupah pekerja asing tanpa permit....TAKUUUUTTTT), selalu mempersoalkan telatah tokey dobi itu sekeluarga.

Saya selalu berkata, "dah jangan pikir, nanti kita yg jadi gendeng (gila)"...

Memang malas nak pikir...lantak le ....jgn buat jahat kat saya sudah!



Friday, January 29, 2010

Mau ke mana?

Hubby dah tanya I kat mana nak celebrate aniveseri tahun ni.
Kejap jek dah 10 taun. Pejam celik, pejam celik anak dah tiga.

Alhamdullillah, syukurlah atas nikmat pemberian Allah memanjangkan usia perkahwinan kami ini.

Tapi ada 2 menda nak kena setelkan sebelum boleh cuti berdua-duaan.
Pertama :
Ada orang yg dipercayai untuk menjaga anak2. Setakat ni maid i masih boleh diharap.

Kedua :
Ada pekerja yg boleh dipercayai utk menjaga kedai sepanjang ketiadaan i.
Ni masalah sikit. Sbb pekerja yg ada ni last day hari ahad ni.....(takde permit, i tak berani nak amik risiko dah sbb banyak sgt operasi kat sini)..sayang sgt sbb ada experience, boleh harap..tapi takde dokumen huhuhu.

Mungkin sempat setelkan masalah kedua ni sbb anni adalah lambat lagik...doa-doa la sempat carik pekerja, train dia dan build trust.

ok, berbalik kepada tajuk, kat mana best yek?

Phuket? Bali? Koh Samui?.....destinasi wajiblah yg bukan LONDON....ongkos enggak adaaaaa nak london jugak!



Wednesday, January 27, 2010

Pengsan

Bersemangat drive pergi MPSJ sbb lesen bunting dah approved.
Terus meluru gi tempat ambik tiket giliran.

NO ANDA : 6813
NO SEKARANG : 6572

Ada 241 orang sebelum sampai my turn.

Pengsan nak tunggu...esok je lah jawabnya.





Commissioners of Oath

I baru balik dari Kompleks PKNS Shah Alam.
Kat situ kan banyak advocates kan, ada dokumen nak kena sain.

Since ni first time buat kan, wonder gak baper charges derang.

Rupa-rupanya RM4 je per signature. Ok la, takdelah cekik darah.
Siap tak samai 10 minit.

Pastu ada sorang indonesian nak buat sumpah jugak sbb permit hilang.

Agak2 kalau orang tu buat-buat permit hilang walhal takde permit, derang tau ke????




Tuesday, January 26, 2010

Alat mencantikkan rumah Doraemon??!!!


Malam tadi ..masa tengah layan mata nak tido, sambil2 surfing from my iphone, saja je cek kot rizalman dah hapdate blog ke belum.


Tengok2 mmg ada latest update....bertajuk "alat mencantikkan rumah"... dia suh wat bunyi mcm doraemon masa baca tittle tuh.

Memang harus dipuji la ye, rumah kampung yg mcm tak siap...mcm nak runtuh pun boleh bertukar jadik eksotik.


Haihh...kat mana pulak nak cari "Alat mencantikkan rumah" yg murah2 yek. Kot kat vending machine, masuk duit limaposen pastu kuar satu bola.


Pastu kita lempar jek bola tu kat rumah, keluar la segala sofa, chandelliar, hapa nenek tu kan, best gilak....


tsk....tsk....tsk...uwaaaaa nak rumah santek jugaaakkkkk!



Monday, January 25, 2010

Hampir lengkap kehidupan kami

Hampir lengkap kehidupan kami di Puchong ni:



1) Nandos - checked.

2) Dominos - checked.

3) KFC - checked.

4) MCD - checked.

5) Pizza hut - checked.

6) Kenny rogers -checked.
7) Papparich - checked.

8) Old white coffee - checked.

9) Nasi lemak antarabangsa - checked. (walopon tak sedap)

10) TGI - checked.

11) Korean (tah apa nama tah) - checked.(walopon sampai laa ni tak makan2 lg kat situ).

12) Pelita Nasik Khandaq- checked. (tasted. confirmed sedap!...baiiikk punya kas2.)

13) Little Penang - checked. (pun tak jejak lagi)

14) Waterlily cafe @ bumbu bali @ ole2 bali - checked.

.

.

.

.

.

Apa yg kurang?

1) Steamboat - ada kat ikano. sedap dan murah.

2) Coca - kat subang

3) Sri ayuthya - subang

4) Pepahat / seafood etc - bagan lalang



dan lain-lain lagiiii.....

tapi yg dah ada tu pun - j a r a n g - pegi. Sesekali je nak tukar angin..kalu dak hari2 makan nasik ...heheh







BADANG memang kuat...tapi








Badang memang kuat ..tapi Sarah tak kuat macam Badang. Last week, Sarah insist nak galas bag Darwish yg berat tu. Menjerit-jerit cakap "mine, mine, mine".


Dia tak caya mama cakap bag berat, so mama bagi dia rasa galas bag tu. Mula2 boleh senyum2, gelak, tak lama tu dengar dia merengek-rengek.
Instead of terus turunkan bag tu, I dok ambik gambar dia. Lagilah dia hangin sebab tak larat dah kan...yg I pulak dok gelak2 kan dulu and ambik2 gambar.
Tu la berlagak sangat kan, mama cakap berat tak caya. Rasakan...hahahah











Friday, January 22, 2010

Thursday, January 21, 2010

Dah ku tebus

Setem Giant tu dah bertukar menjadik periuk..=P
Mungkin sempat menukar lagi setem menjadik kuali pulak..heheh





Tuesday, January 19, 2010

Shooting!

Saya tengah sibuk shooting ni.

Shooting baju. Gigih jugak le, nak shooting, download kat komputer, resize bg kecik sikit, pastu upload balik kat internet.

Ni kategori things to letgo......sbb takde space dah. Maka harus di letgo utk bg ruang kot terbeli yg baru kan. Nak di perturunkan malangnya anak2 buah semua saiz lg besar dari saya. Kalau baju kurung senang sikit. Ni blouse2 ni payah le.

Selain blog, lowyat, mana lagi korang promote ek?


Sebahagian yg disayangi tapi tak pakai....







Monday, January 18, 2010

I will stop at 45kg

Hahaha..last year kemain lagik nak gemuk kan.
Tahun ni...takmo dah.

Nak menten current weight cos dah kat borderline bmi yg ok iaitu 18.
Sebabnya mmg perit nak naik kan..jadik takmo stress.

Yang penting saya dah keluar dari zone underweight.

Kalau mimpi nak body macam segala artis tu mmg tak dapek nak nolong eh.

Tapi ada sedikit lagi harapan utk sekilo dua heheh...tanpa sebarang bantuan supplement apa2.
Hanya mengharap faktor penuaan yg akan merendahkan kadar metabolisme supaya pembakaran lemak2 akan menjadi sedikit perlahan dan tersimpan di lokasi yang sepatutnya.

PS:// saya ada seorang customer yg sangat cun-kalah-anak-dara, dan beliau mempunyai anak perempuan yg bersekolah menengah... x_x. Cun macam mana? ok la..susah nak imagine kan..takkan nak amik gambor dia pulak kan....ok..sila bayangkan cun macam errr....macam RCW...tapi 'saiz' kecik sikit...haaa boleh bayangkan tak???
Mulut saya adalah sangat gedik-tak-tau-malu nak bertanya umur dia.....tapi lupakanlah...nasib baik otak saya waras lagi..huhuhu.

Apa relevannya ngan citer berat badan saya?
Macam tersedar mustahil saya akan jadik macam dia bila darwish dah sekolah menengah disebabkan faktor2 genetik...maka saya ingin berhenti verangan dah berpijak di bumi nyata..
=P





Wanita dan Emas

Ni pun kisah pagi Ahad jugak sebenarnya.
Lepas I kena goda ngan orang jual perkakas dapur tu, I singgah Poh.Kong kejap.

Sebabnya, rantai leher Mina yg dipakaikan ke Sarah oleh my maid (pandai dia jek , sbb mina takleh pakai gi skool kan) telah putus (halus benar nak wat camne).

Tujuan ke PK tu nak suh derang sambung balik lah.
Tapi aduhaiii..korang tau je la kan kedai emasssss...
Bling2..silau2 kuning...silau2 putih...macam2 silau ada kat situ.
Boleh juling mata la dibuatnya.

Mula2 I duduk pun takmo..takut terjebak...tapi minah PK tu buat lambat2 le pulak.
Sambil2 tu siap suruh i rileks dulu, tengok2 emas sikit, cincin ke (i tak pakai cincin terus jadik isu plak kat situ).

Keluarkan gelang lah walopon i cakap takde saiz ni..tangan besor tangan baby jek..tak dulik.
Dia heret gak......phewww..mau tak berpinar mata mak nengok gelang besor lipan kat tangan ni hah..

Dekat 15 minit barulah siap repair rantai leher tu..hah cepat2 i say thank you n blah.

Alhamdullillah ..kuat semangat jati melawan godaan syaitoonnn nafsu diri sendiri semalam..

Gilalaahhhh!!

PS:// korang kalau zaman i kelija dulu...gerenti dah bocor daaaahhhh...kredit kad sure i bagi ngan rela kat derang sbb dlm kepala "leklaaa gaji sok leh bayor...skrg wa sedar diri sikit....gaji takdo ..jgn nak gedik gesek kredit kad..laki wa tak petik duit dari pokok tepi jalan muahahaha.

PSS:// emas 916 = RM138.00/gram...



Sunday, January 17, 2010

Tahan godaan!

Semalam pagi pergi beli lauk2 and sayur sayuran kat Giant stok utk minggu ni la.

Sampai habis licin freezer kat rumah tu I lupa pergi beli muahahah.

Maid pun satu hal, bukan nak warning kalau tinggal sikit.



Lepas bayar tu ada sorang panggil tanya dah ambil bag free belum. Since i setel awal 15 minit dari biasa i pun pergi lah tengok kejap walaupun tau mesti ada apa2 punyalah.



Well mmg betullah kan. Kena isi nama bla bla bla semua. Pastu tunjuk bag free ngan voucher RM50. Dia bukakkan and buat2 terperanjat apsal free gift dalam voucer tu bagus sangat.



Nak tau apa FREE gift nya?



Induction cooker + water filter vacuum cleaner = RM6099.00= FREE



Tapi FREE gift tu hanya layak ditebus dengan pembelian SATU barang lain yg disenaraikan, yg setiap satunya adalah bernilai LEBIH RM3000.00. Dan saya memang BERKENAN tengok microwave yg derang adaaaa....



Nak bagi I lagi excited lah kononnya, voucher yg ini cuma ada 30 keping je diorang sediakan out of 3000 pcs voucher yg lain....wahhhhh kira BERTUAH gila la niiiii..



I tanya boleh tak i bawak balik voucher tu nak tunjuk kat laki, tak boleh katanya.

Lepas tu I malas dah nak mengarut kat situ, I mintak bag free tu and nak angkat kaki.
Promoter2 tu boleh pulak cakap sesama derang,
" kita bagi kat customer semalam tu lah. dia memang nak sangat dapatkan semua ni kan"

Ewaahhh...last pancing keee?

I tetap blah...tak pasal jek karang terbang RM3000.....hish!










Friday, January 15, 2010

Wanita dan katalog

I tengah study.....

Study katalog avon....heheh.

Kerana mulut tempayan



Hari Rabu baru ni kan I makan dgn Mina kat Giant kan. Lepas tu Mina dgn bangganya bercerita kat Darwish pasal aktiviti kami berdua tu. Mulut tempayan tul..hehe tak reti nak simpan rahsia. Apa lagi jeles lah darwish..sbb tak ajak dia kan.
So rela paksa I promise, hari ni since Darwish habis kelas at 12pm, untuk bawak derang sama2 lunch kat Giant lagi.
Macamlah lama sangat tak makan nasi goreng Giant tu, nampak je batang hidung mama dia ni terus ajak gi Giant....takut mama buat2 lupa lah tu.
Masa kat guard house school tu, I tengok bag dia botol air takde. Suruh dia pergi carik balik kat kantin tak jumpa katanya.
Terpaksalah I pergi sendiri tengok. Nasib baik jumpa, siap jumpa yg botol ke 2 yg hilang hari tu.






Derma Darah

Umur dah lebih 30 taun tapi sampai skrg i tak layak derma darah.....
Sbb tak pernah cukup berat.



PS: baca redmummy nye fb status pasal seorang budak need blood transfusion. He need A+. Same like mine.



Thursday, January 14, 2010

Penangan Zarin

Gara2 gambar maggie gorengmu itu...2 hari berturut i makan mee segera.

Semalam i makan mamee kari berapi.
Tapi takde cili api so tak kick ..tak puas makan.



Hari ni siap bawak cili api dari rumah. Pastu petang tadi beli pulak maggie kari..
Makan panas2 sambil ratah cili api hidup2...phewwww!
Meleleh hingus wa cakap luuu!

Ni semalam punye..ari ni punya tak sempat snap dah habis i kena belasah.






Wednesday, January 13, 2010

Dan pemenangnya adalahhhhhh!!!!

AIMAN MOHD AMIN...
Tahniah yek. Anak buah cekpen yg dapat ye nampaknye kawan2 sekalian...sungguh bertuah anda hari ini. Nanti makcu bg hadiah yg dijanjikan tu.
Btw...bukan ko dah hari2 duduk korea ke? Ni fm korea yg ke baper nih? =P




Berapa banyak kasut ?

Nak tanya brape pasang kasut sekolah korang bg kat anak korang ah?

I rimas betul tengok kasut darwish. Sehari jek dah lebam.
Tak sempat kering pun yg lg satu tu, yg lg sepasang pun lebam.
Main harung jek..dah le musim hujan , becak kan.

Btw...kasut dia 2 pasang jek . Kang beli banyak kejap jek dah tak muat. Tapi kalu gini gaya comot kotornye, memang kena tambah lagi le jawabnye.

Kasut getah ada lagi tak sekang? Krok takmo buat kasut sekolah ke?
Senang nak lap lepas basuh. Lepas tu kan getah dia lembut, lambat le sikit nak sempit kot kan..hmmmmm...expand ikut kaki yg memanjang ..boleh?





Makan bertemankan anak dara

Lepas ambik Mina dari sekolah, mood terasa macam taknak makan kat umah. So terus je la pergi Giant Bandar Kinrara, makan kat sana. Lupa plak nama kedai ni...manggo chili ke camtu le behkurang. Budak ni bila orang suh senyum tarik muka masam le pulak.

Order glass noodles utk mina and myself set tomyam+kerabu mangga+nasi. Barulah tekak terbuka luas nak telan. Ni le kalau time2 sakit tekak, ngan ulser bagai ni mmg kena cari makanan yg boleh kill rasa sakit tu...walopon nak menelan susah tapi kalau air liur dah menjejer ngan selera dah up...ku telan jek pedas ke masam ke.







Korang sure dah beribu riban

Baru check nuffnang nye acc. Korang sure dah ribu riban kan.
I punye?
Heheh baru cecah RM100...kui3x.

Gila lama tabung ayam ni nak naik. Maklumnye tuan punye pun malas kan, traffic pun sejengkal baru ...hah selow melow nak bertambah tabung tu.

Takpe2..yg penting ni tempat I melepak, relaks, and baca2 kisah kenkawan di cyber world bila ada masa. ;) ...tak gitu?



Tuesday, January 12, 2010

Darwish New Adventure pulak..

So far takde masalah. Happy je kat sekolah baru, except last Friday.
Tah mana dia dapat idea, dia ingat friday tak yah gi sekolah. Dah menangis le pulak. Tapi dia cakap dia nangis kejap jek..hihi.

Yang bestnye tiap kali i jemput dia balik...camni rupa dia. Marching sambil nyanyi sowang2 n letak bag kat depan..tersenyum2.

First day dah hilang botol air baru.
Tadi hilang botol air kedua.

Tak tau le bape byk botol air lg yg hilang.
Kang suh bawak botol mineral je kang.







Monday, January 11, 2010

Sarah Birthday Adventure

Baru nak terhegeh2 cerita kisah birthday Sarah 1.1.10 aritu. Takpelah ye, i buat caption sikit2 jek. Karang letih plak nak baca...;-P.


Since takde idea nak wat birthday party camna gaya, kitorang decide utk bawak semua anak2 naik train (tipuuu..naik lrt jek hahak) as promised sebelum cuti sekolah lagi.


Jadinya sebelum lalat bangun kami semua dah tepacak tepi rel ni hah tunggu Putra lrt. Sarah wat aksi melampau sikit ye. Pakai baju baru tau auntie2 semua.....bunga2 lg..kembang jek Sarah hari tu ...muahahah. Tapi camna mama buat pun Sarah tetap nampak brutal...takmau nye lembut sopan santun.

Ni kan kat dalam lrt. Excited kemain. Last sekali dia naik taun 2008, umur setahun so dia tak ingat sangat le. Jakun terlompat2, terjerit2. Mama n ayah sabor je laaaa...


Pastu turun kat KLCC, pi Aquaria le apa lagi kan nak buat kat situ. Piranha ni nampak macam nak kerumun, ratah Sarah kan....ngeri2.


Sarah tengok rama2 pun macam jakun ..heheh.


Tak ingat ni tengok apa, yg pasti Sarah tengah takuuutttt!

Banyak lagi ikan2 lain yg di amik gambor, tp maklum amik pakai tepon jek, takda yg elok le kualiti gambo tu..campur skill camerawoman yg tak seberapa kan, so hadap le gambo shark sekor je ni hah.

Kuar2 Aquaria, Sarah dah krooh...kitorang belikan dia white tige cub ni sbb abang n kakak amik shark n nemo, karang berebut plak. So walopon dia tido, kitorang agak2 je la main amik cub ni. Sib baik dia mmg suka sgt...sayang kemain. Peluk cium ajelah.

Sementara ayah gi sembahnyang Jumaat, kitorang lepak kat taman klcc tu.

Mina in action.....pose model la tu kunun.


Dak Sarah ni dok main n bercakap ngan new toy le.


Kadang2 elok sepakat nak main sama2.
Masa kat taman klcc terserempak my sil n her kids. Derang nak singgah umah kitorang but since kitorang ada booked hotel tak berani nak janji leh ada kat umah, plus mmg promised anak2 utk naik train sampai lebam. Tapi tak dapat pun hotel, semua fully booked...yg ado yg tadak star, takut plak nak tido situ.

Pastu together with all the kazen2, kitorang lepak kat Secret Recipe, tu Sarah bersungguh tiup lilin, ngan air liur sekali dia bagi.


To all auntie, sister, cousin and friends, ni ciuman Sarah utk semuaaaa...mmmuuuuuaaaahhhh! (*hulur tisu ..sila lap air liur yg melekat di pipi ;P)

Lepas makan kek, kitorang naik teksi kaler biru..limo ke hapa tah gi Midvaley. Feeling tourist hahah!. Pastu amik le gambor kat christmas tree ni walopon dah basi.

Ni aksi2 Sarah lepas dapat stroller kecit ni. Susah gila nak tangkap gambor dia. Tak berenti menyorong white tiger cub baru dia.

Tak dulik orang keliling dah. Main langgar jek.

Yo yo oo jek ni hah tunggu komuter dari stesen midvaley ke KL Sentral.


Tengok2 bukan komuter yg datang...KTM Train!
Hah memang bertuah le budak2 ni....betul2 dapat naik train tau.

Peace uolsss! I naik teraaiiinnnn!

Happy sesangat le Darwish.

eh..mama pun terlebih happy hahah!Almost end of the day...dah nak malam dah ni. Dari Sentral ke Kelana Jaya pulak. Ye ye je rupa dah ni nunggu lrt...poyo.
Anyway..bukan mama n ayah je puas dan fenat...anak2 mmg betul2 puas sbb 3 kali dapat naik train+lrt heheh...