Tuesday, March 19, 2013

Sarah dan Follow Up

Semalam pepagi dah sampai SDMC utk buat blood test and jumpa prof. ALhamdullilah AFP 3.0, and prof set next appointment jauh sikit...in 3 months. Prof said she's doing really really well considering the condition masa memula admitted 2 years + ago. Next month will be her surgical anniversary. Prof was looking through sarah punya history semalam and mentioned that its a very rare success too.....up to this point, and wish that sarah remain free from cancer. 


Everything seems so calm that kadang i feel like a storm was brewing somewhere. Mungkin still trauma kot. Macam ada time bomb. Scared to face the unknowing future.

Friday, March 15, 2013

Bau

Bibik bercuti last weekend, so nak tak nak i have to go into the kitchen to cook meals. But really tak tahan bau kitchen and everything, termasuklah bawang. Awish was looking for excuses utk skip ulangkaji. Dia offer kupas bawang. Bagilah dia buat, sbb at least i don't have to endure it myself, kalau awish boleh masak semua lagi mama suka.

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, March 5, 2013

Beli Baju Pengakap

Hari rabu adalah hari koko. Selalunya awish kata dia ada ping pong je. Tapi 2 minggu lepas, hari selasa, dah pukul 7 kot masa tu tengah dinner, dia bgtau "mother i need baju pengakap tomorrow". Dah pukul 7 mlm, tinggal 2 jam beh kurang sebelum semua kedai tutup. Sabar je lah.

Lepas hantar dia mengaji pukul 8 mlm tu, terus lah bawa selai baju sekolah dia buat ukuran, pegi ioi mall, sbb mmg tau ada satu kedai uniform kat situ. Sampai2 situ ada 3 parents lain yg tengah cari baju pengakap jugak. Bila tiba my turn, tunjuk je sample baju, salesgirl tu kata size tu dah habis. Oh takpe mintak yg besar sikit sbb mungkin tak jauh beza, tengok2 besar sangat le pulak.

Bergegas ke tesco pulak. Ada satu kedai uniform jugak kat situ. Sampai2 pun ramai jugak yg tengah membeli. Bila tiba turn, takde size jugak, yg ada mmg tersangat besar or tersangat kecik. Tak sempat dah nak ke setia walk or bandar puteri, sbb nak kena pick up derang from mengaji pukul 9. Pecut balik, sampai ngam2, 8 minit je dari tesco ke bandar kinrara without heavy traffic, phewww.

Lepas tu, dah buntu kan, try jugaklah yg baju besar tu, so bawak awish n mina ke tesco (sbb tesco punya kecik sikit dari ioi punya baju). Bila dah try mmg tak sesuai, besar sangat.

I give up. Bgtau awish if tomorrow, i can find the uniform, i'll bring it to him masa lunch. Kalau mama tak datang tu maknanya takdelah. Awish pun dah muka kuciwa. Sapa suruh bgtau last minit kan. dah dekat pukul 10 dah, kedai mana lagi jual uniform pun tak tau.

Next day, lepas gym, round bandar puteri, pukul 10 pg kedai tak bukak lagi. Pergi setia walk (sbb salesgirl kat ioi bgtau ada kedai uniform baru), pun tak bukak lagi, but mcm nampak ada orang kat dalam so, tekan je door bell. Ada lah owner kot, but dia kata takde stok lagi utk baju pengakap. 

So decide pegi kompleks hijau puchong perdana, manalah tau kan. Alhamdulillah, bila tanya kat satu kedai tu, derang ada jual, walopon takde display seketul pun uniform or baju sekolah. Lega sangat. 

Balik terus lah jahit segala mala lencana batch mak nenek tu. Sempatlah bawak gi sekolah by lunch time. Sukalah bujang senang sorang tu sampaikan dgn selamba letak tangan yg basah (lepas makan) setepek kat belah depan baju. Entah bersih tah tak tangan tu dari minyak2 tak taulah. Hangin je tau. Tapi apa pun happy sbb dapat tengok awish join pengakap. Tak taulah sejauh mana dia boleh pergi, but at least he start somewhere.