Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Beli Baju Pengakap

Hari rabu adalah hari koko. Selalunya awish kata dia ada ping pong je. Tapi 2 minggu lepas, hari selasa, dah pukul 7 kot masa tu tengah dinner, dia bgtau "mother i need baju pengakap tomorrow". Dah pukul 7 mlm, tinggal 2 jam beh kurang sebelum semua kedai tutup. Sabar je lah.

Lepas hantar dia mengaji pukul 8 mlm tu, terus lah bawa selai baju sekolah dia buat ukuran, pegi ioi mall, sbb mmg tau ada satu kedai uniform kat situ. Sampai2 situ ada 3 parents lain yg tengah cari baju pengakap jugak. Bila tiba my turn, tunjuk je sample baju, salesgirl tu kata size tu dah habis. Oh takpe mintak yg besar sikit sbb mungkin tak jauh beza, tengok2 besar sangat le pulak.

Bergegas ke tesco pulak. Ada satu kedai uniform jugak kat situ. Sampai2 pun ramai jugak yg tengah membeli. Bila tiba turn, takde size jugak, yg ada mmg tersangat besar or tersangat kecik. Tak sempat dah nak ke setia walk or bandar puteri, sbb nak kena pick up derang from mengaji pukul 9. Pecut balik, sampai ngam2, 8 minit je dari tesco ke bandar kinrara without heavy traffic, phewww.

Lepas tu, dah buntu kan, try jugaklah yg baju besar tu, so bawak awish n mina ke tesco (sbb tesco punya kecik sikit dari ioi punya baju). Bila dah try mmg tak sesuai, besar sangat.

I give up. Bgtau awish if tomorrow, i can find the uniform, i'll bring it to him masa lunch. Kalau mama tak datang tu maknanya takdelah. Awish pun dah muka kuciwa. Sapa suruh bgtau last minit kan. dah dekat pukul 10 dah, kedai mana lagi jual uniform pun tak tau.

Next day, lepas gym, round bandar puteri, pukul 10 pg kedai tak bukak lagi. Pergi setia walk (sbb salesgirl kat ioi bgtau ada kedai uniform baru), pun tak bukak lagi, but mcm nampak ada orang kat dalam so, tekan je door bell. Ada lah owner kot, but dia kata takde stok lagi utk baju pengakap. 

So decide pegi kompleks hijau puchong perdana, manalah tau kan. Alhamdulillah, bila tanya kat satu kedai tu, derang ada jual, walopon takde display seketul pun uniform or baju sekolah. Lega sangat. 

Balik terus lah jahit segala mala lencana batch mak nenek tu. Sempatlah bawak gi sekolah by lunch time. Sukalah bujang senang sorang tu sampaikan dgn selamba letak tangan yg basah (lepas makan) setepek kat belah depan baju. Entah bersih tah tak tangan tu dari minyak2 tak taulah. Hangin je tau. Tapi apa pun happy sbb dapat tengok awish join pengakap. Tak taulah sejauh mana dia boleh pergi, but at least he start somewhere.

Tuesday, February 19, 2013

CNY Wedding di Kota Tinggi dan Cuti Di Desaru

Huh malas sungguh nak hapdate blog. Nilah bila mood dah ke laut, mmg le rasa berat jek nak bukak pc. Oklah hari ni buat jugak, gambar dah loading berhari-hari, tinggal bebel je belum.
Anyway, cuti raya cina tu hari kakak sulung buat wedding anak dia, so memang dah plan lama lah nak ke sana dan bercuti-cutian. Kali ni ikut highway desaru yg baru siap tu. Sebab kakak tak ajak gi ngantor pengantin, so kitorang rilek2 lah bertolak pagi ahad tu, then singgap lunch dulu kat jpo. Tapi lunch dgn bebudak sekali, so masa makan tu jadi panjang le, masa soppin jadi pendek. Sudahnya barang yg di cari tak dapat, tapi dapat barang lain. Takpelah.

Highway ni pelik sikit sbb ujung2 dari 2 lane tinggal satu lane...apakah konsep baru? biar bersesak di jambatan beramai-ramai? Hujan lebat nak mamps, so masa pegi memang tak nampak apa. Atas ni gambar masa dan n the way balik, barulah nampak rupa jembatan dan kapal2 yg berlabuh...yg rupa nak karam pun ada jugak.

Kitorang port dekat desaru....desaru damai. Cam haremmm hotel ni, terus black list hahahaha. Kot ye pun hotel lama kan, takkan le sampai tengik dgn bersemut api bagai...hoih ko nak suruh customer lari ke? Horror ok. Harap saiz bilik je besar, menda lain, like toilet, curtain, carpet, pintu, eh semualah sangat kotor. Biar rupa buruk janji bersih dan wangi, rosak sikit2 tu boleh terima lagi, ni kalu dah tengik camtu, mana boleh hilang takat bukak tingkap.
Malam takde menda nak buat, gi kat lobi....lobi pun tengik ok. Sabor2. Main lah apa2 yg ada sementara nak tunggu waktu tido.

2 hari kat situ, 2 hari lah hujan lebat. bebudak ni dapatlah mandi kolam kejap2 je, itupun dalam hujan lebat, belasahlah, kalau demam makan obat. Ombak pun kemain lagi tripple looper, so mmg pantai tu tak jejak le, sekali tengah korek pasir, ombak bergulung, mau digulung sekali bebudak ni ke laut kang, tak pasal je.
Ni sepupu pengantin enter frame....kemain lagi. Nasib tak jahanam pelamin tu korang pepanjat.
Ni mak usu pengantin jadi bidan terjun hias pinggan lauk meja pengantin. Takleh escape, sbb yg tukang masak lauk ni (mak2 sedara yg lain) belum mandi, belum bersiap, so terpaksalah kita buat2 kretip masa ni, sementara kasi peluang derang nak bersiap huhuhu.

Lagi
Haaa nilah pengantin baru itewww. Anak my sister yg no.5. Lepas ni tinggal sorang je lagi yg belum kahwin.
Selamat pengantin baru iwan n wifey, semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.
Geng2 sepupu.
Pengantin dan maktok. Mak tok, masih tak pulih dari masalah depression. Apa pun Alhamdulillah sbb kali ni mak tok dapat jumpa ramai saudara mara, anak2 buah dan adik beradik beliau yg lain.
Ni pengantin lama, berteduh sambil memerhatikan anak2 yg mandi dalam hujan.

Thursday, February 14, 2013

Syukur


Balik dari Kota Tinggi (tuesday), jalan makin lama makin sesak bila dah melepasi ayer keroh. Macam biasa *kofkof*, emergency lane jadi pilihan. Tiba2 terpandang polis memegang teropong di tepi hentian (lupa hentian mana). Tak lama selepas itu, dapatlah tiket pink. Dah sampai rumah,cekpen baru perasan roadtax dah expired on 10/2. So kita kat johor 3 hari lalu roadblock berkali-kali, dan akhirnya disaman atas kesalahan trafik tapi tidak sekali pun disaman sbb roadtax tak renew. Syukur.

Tuesday, February 5, 2013

Pagi sabtu di Taman Bukit Jalil

Mina sungguh-sungguh ajak gi taman bukit jalil, so pegilah pagi sabtu baru ni. Cekpen tak ikut sbb ada kerja kat opis. Awish tak ikut sbb lebih rela main game dari ber-rekreasi. So bertiga je lah. Mina bukannya nak main kat playground, dia nak eksesais kat outdoor gym tu. Lepas tu bawak jalan kaki keliling tasik, dekat 1 km jugaklah. Nasib baik sarah dapat bertahan dan tak mintak dukung. Lepas jalan, terus nak balik sbb nak beli slurpee. Sabor jelah. Tak sempat pun nak berpeluh.


Thursday, October 11, 2012

Darwish Follow-up @Sunmed



6 October Darwish ada follow-up kat Sunway medical center for his hearing. Same day dgn konsert sarah. Yang bestnya my calender alarmed dah reset sbb update software kan so takde reminder lah. So i lupa. Darwish pulak under strict rule utk buat ulangkaji so i tak teringat langsung pasal follow up ni. Bila dia cuba ingatkan dgn gaya yg i dah biasa iaitu gaya nak elak dari kena buat ulangkaji, i just get mad at him. Finally at 11.15 baru dia manage ckp pasal apmt ni, tu pun lepas i marah sbb dia menangis lama. Straight forward cakap taknak, dok pusing2 tanya "mother you don't remember eh"...hish. My tolerance level mmg low lah so i get easily annoyed and angered. Pergi jugaklah walopon dah lewat sbb kang sarah nak siap lagi kan. 

So at 1pm baru dapat jumpa doktor. Bukan doktor Koay pulak kali ni. Before masuk i keep on remind darwish not to move or flinch bila doktor asses telinga dia. But still lah dia dok elak tolak2 tangan doktor dan alihkan kepala. Sabor je lah. Sensitif betul bila orang usik telinga dia. Tengoklah rupa yg tengah keras suspen tu.

First time after so long, dapat tengok tiub dalam telinga kanan tu. Nampak oklah. Yg telinga kiri tu tiub dah lama tanggal, yg nampak kesan lubang je. But since hearing awish ok (doktor buat some low noise movement utk confirmkan), so no need to do anything. Doktor reassured that everything should be fine along with darwish growth. Ameeenn.

Next check up will be on saturday, first week of january. Still every 3 month check-up. I was hoping 6 month interval but takpelah. Pasrah.

Monday, October 8, 2012

Sarah's Concert 2012

Finally the day came, for us to watch Sarah perform her dance routine that she'd been practiced for few weeks. I told cekpen that we might be watching a stiff-stick-dance by looking at some of her practiced. She loved to dance but she's kinda lack of 'lenggok' compared to Mina who is more natural and able to follow the beat with ease. Still we are looking forward to it. Before we let her join her friends and teachers backstage, i told her not to cry and enjoy herself. Remind her to smile on stage and waved to us if she can spot us in the crowd.  
Turn out Sarah really enjoying her moment on stage albeit her stiffness. Well almost perfect except a small glitch, where her dance partner were terrified and had a stage fright. The boy went rigid and crying all the way. But seems like Sarah doesn't let that small glitch to hinder her stage moment. She forced the boy to dance along anyway. Audience were cheering at the display, i couldn't stop myself from rotfl :D. Sarah oh sarah. If my memories serve me right, it was the same boy who cried last year. He was in the pre-nursery class back then. 

Sunday, October 7, 2012

JLO Concert Sneak Preview

Gambar semalam sebelum concert 'JLO' bermula. I don't know when or where she pick up this obsession of menggeliat lentik twisting leg posing.

Tuesday, October 2, 2012

Wedding @ Guthrie

Sambungan majlis dari Rengit, so sabtu lepas 30 sept 2012, wedding kat shah alam pulak utk pihak lelaki. 
Pelamin, Mina dan Darwish. Kat songkok awish ada bunga manggar yg dia pakai ke hulu ke hilir dengan selamba. Dua-dua ni bolehlah bawak diri, but awish over banyak. Dah macam gang leader dah dia. Suka la tu ada kawan yg lagi kecik dari dia so feeling abang2. But overall takdelah dia buat scene teruk2. 
Sarah macam biasa lah, kejap ok main kejap melekap kat pinggang. Kejap hilang, kejap tarik mama sana sini. At one point, bagi dia give away nips nih utk budak2 yg datang. Suka sangat dia. Lama jugaklah dia berdiri kat entrance tu. Termalu-malu konon, nyampah mama tau. Dah le taknak pakai baju kurung ke dress ke. Nak pakai jeans je. Suka hati lah sarah, tak kuasa mama nak bertekak.
Yang atas tu Mina dok tarik nak bergambar ngan pengantin, tapi masa tu tak dapat carik awish sbb awish tengah 'go having adventure' katanya. Yg bawah tu ambik lagi sekali sbb kalau tak karang ungkit tak hengat sebab takde muka dia dalam gambar yg atas. 

Anyway, congrats to both of you again dan Selamat Pengantin Baru.

Tuesday, September 25, 2012

Teddy cookies

Another fun things to do with Sarah. Making cookies. The last two previous batch from the same cookie mix  were shape into heart and star theme. Ada lagi cookies tu dalam bekas belum habis. This time i manage to find 'ice cream stick' to follow exactly the teddy cookies making like the one she saw on youtube. Actually takde jumpa wooden ice cream stick tu, instead i beli yg buat jolok tekak, yang besar tu, yg doktor salu guna kat klinik tu. Whatever lah kan, janji rupa lebih kurang. Since cookie mix tu tinggal sikit je, dapatlah buat 3 ekor je teddy. Kali ni habis terus mina and sarah makan. Bagus takde membazir. Ni sarah dah sibuk nak baking cookies lagi tapi takde stok cookie mix kat Giant. Nasiblah kena tunggu, mama malas nak buat sendiri nanti tak syedap hehehe. 

Kadang-kadang Berdua Lebih Baik

Kalau keluar berdua dengan Mina best sangat sebab dia kurang demanding berbanding Sarah. Lepas tu dia dah bolehlah sembang2 mintak pendapat ke hapa kan. Tapi tak dapat le selalu kan sebab dia sekolah, time dia free weekend memang takdelah nak keluar berdua je, konfem sarah nak ikut punya. Mina ni lah yg balancekan tension between 3 orang tu, sebab dia yg paling senang nak tolerate dan faham keadaan. Kelegaan utk mama dan ayah di situ. Penat nak tinggikan suara all the time.

Kalau keluar berdua dengan cekpen....of cos lah kan best. Baru lah feeling2 muda remaja dating2 hehehe. Bila budak2 nampak gambar dalam tepon, habis kantoi....byk lah soalan kuiz nak kena jawab. Penat mama ayah nak memikir  menjawab dengan 'jujur'.

Monday, September 24, 2012

Request and sleepover

Mina :Mother, long time you never cook mee hailam...*sad face*


Mina kurang selera makan lately n tend to vomit tak pepasal. So bila dia request mee hailam, cepat-cepatlah sediakan for sunday breakfast. Dia request kuih lapis jugak but dapat lewat sikit(petang semalam)....which i dont have any picture of it. Their cousin Adib having a sleepover at our house tambah memeriahkan suasana. Ni last sleepover until long school holiday le nampaknya. Lepas ni Awish dah kena pulun for final kalau nak merasa naik stage lagi, so takleh main je dah. 2 more weeks to go.



Saturday, September 22, 2012

Fasa kurang chomel

Tak menahan lah tengok gigi Mina ni. Rasa nak cabut je terus. Tapi budak ni tak bagi. Dia duk main gigi tu dgn lidah and bibir. Dah ruper nenek kebayan gigi tinggal sebatang dah.

Tuesday, September 18, 2012

Blue Wedding

Weekend baru ni, kitorang balik kampung sbb ada wedding. Anak buah cekpen dapat jodoh orang Rengit. Dah dekat2 sangat lah tu dgn my kampung. Since dekat sangat so, kitorang overnite kat kampung je lah sabtu tu. On the way balik tu, I suggest kat cekpen utk lunch kat Melaka sbb last time kitorang pegi dia tak join. Nasib baik lah tak jem sangat. 

 Last year, kitorang stuck kat sini dekat setengah jam kot. But hari tu siap lalu 2 kali lagi sbb bila keluar dari jalan ni salah ambik junction. Makan kat restoren asam pedas selera kampung tu....sedapnyeeeee.

Sampai kampung dah pukul 4 dah, so tanpa mebuang masa, derang start le main. Sementara kakak limah leka bersukan ni, dapatlah sarah bergomol dgn all the kittens.
 Pagi Ahad, bila sampai kat rumah pengantin utk upacara nikah, i nampak wajah2 yg dikenali. Rupa-rupanya pengantin perempuan is sepupu jiran i kat kampung tu. What a small world =). Now dah ada pertalian la.....
eh..suhaib nnt kalau balik beraya bolehlah singgah rumah kat kampung ye....sebelah je tu hehe.


 Dr. Suhaib + Dr. Suhana = Dr ????
 Our in-laws, cekpen side and my side.
 That boy in black spoiling the picture lahhh.
 That boy in black had his second fill.
 Mina nak jadi konduktor silat keee?
 Pasangan pengantin biru.
Yang ni tak tau apa motip cekpen forward sekali to me dgn gegambar yg lain kat atas tu.



Monday, January 16, 2012

Weekend di kampung and how to show that you care

Gambar ulangan.

Alhamdulillah, pagi Sabtu balik ke Tampin sekejap. Cekpen dah rindu kampung. Sebelum ni sebulan sekali mesti balik, paling lewat pun 2 bulan sekali, sekarang takde sapa kat rumah pusaka tu so jaranglah balik. Boleh baca kesedihan cekpen kat sini. Luar rumah terjaga elok, macam masa Atuk and uwan ada. But kat dalam rumah memanglah berbeza. Unlike me, cekpen memang lahir dan membesar kat rumah ni, so of cos the sadness tu sangat mendalam. I don't mind balik kampung ni semalam dua even nobody at home but its all depends on cekpen.  

Then sambung perjalanan balik ke Pontian. I grew up here but was born kat rumah lain. Rumah yg sekarang my eldest brother duduk, sebelah kampung ni, is where i was born. I start duduk asrama masa Form 1. From then on, i was a bit distance with mak. I dunno why, padahal sebelum tu mmg sampai darjah 6 tidur bawah ketiak. But memang in our family we don't show much love. We are very simple, from house, what we wear, what we eat, everything seadanya saja. And of cos we are not 'orang senang'. It seems like we tak kisah sangat but in actual no. We do care each other, its just how we live our life mmg macam tu. A phone call to my mom mmg i jarang buat. Orang lain mmg akan selalu call kan. For example cekpen, he never failed to call kampung every week. Now he still called abah every now n then. But me sebulan sekali tu paling kerap.

But in recent event, i start to change. I try my best to change. Called mak kat kampung, which i hardly do before. When mak was around in november and december last year (bunyi macam dah lama kan, padahal baru je sebulan), my kids don't really welcome her. I am saddened with that. They were saying things like "when maktok want to go home?", "why maktok stay here too long?"" I don't want maktok here". Can you imagine how i feel when i'm old, and my cucu's say such things? (kalau panjang umur sempat dapat cucu =B)

They don't mind maktok datang sekali sekala, but they are not comfortable when maktok stay longer. I don't want my kids to feel that way  and doesn't know how to show their respect. I want my kids to appreciate, respect, love everyone especially the elderly. I don't want to raise my kids that growing up only think what they want, what interest them only. I am not a good writer, i don't know how to put it nicely here, but there's so much more i wanted to tell.* Sigh...*

I just had breakfast with mak. She finished a bowl of porridge and 2 cube of nasi impit. She tried the kuah lodeh, but she said its too spicy. There's no chilies or pepper in it but i guess her taste bud dah become more sensitive. Even the same milk (enercal) yg i bring from kampung, which she had every morning, she said its too sweet. No sugar added.

Last nite, she also had a bowl of porride and nasi sesenduk. Oh i put few pieces grilled chicken jugak and dia makan. Not bad huh, cos kat kampung she only had porridge, vege soup and fish je. And another good progress is she eat by herself. Kat kampung terpaksa suap cos if not mmg tak habis makan. Even ambik tisu lap, then wipe her mouth pun i let her do. I want her to move her hand and fingers.

 She also go to the toilet herself, for shower and others. Kat kampung they have to help her, push her on the wheelchair. Her mind keeps wondering around sampaikan she keep on forgetting apa yg dia nak buat.  I just want her to be mobile around the house ni, so that her muscle can exercise a bit. I don't push her much. Just tell her to come to the dining table or seat at the sofa, put up her legs and so on. Then i let her do it by herself. Alhamdulillah as now, she passed my test, her motor test.

The challenging part is her mind, her emotion. Yang ni frankly i dunno what to do. She's delusional, thinking that semua orang marah kat dia. Now that's she's here, she thought cekpen marah kat dia. Sigh. Not only cekpen, even budak2 ni bising2 main pun she thought budak2 marah dia. She feel ashamed of herself. She tak boleh sembahyang properly or tak sembahyang langsung. Nak kata nyanyuk i think boleh dikategorikan macam tu lah. Tengah sembahyang dia boleh lupa toleh sana sini, termenung and so on. She keeps on mumbling nonsense macam "mak susahkan orang", mak malu, mak tak boleh buat apa2, badan mak tak sedap".

Ni baru je she said " kalau nak hantar mak balik pontian jauh pulak, macam tak sedap rasanya ni", referring to her body. So i told her to stay a little bit longer, and promised to send her back after CNY.  Last time, she had this problem, she recuperate kat my sis house for few month. So this Friday am going to send her there for  3 days as we won't be around this CNY. If she insist nak balik then i hantarlah dia balik after that.

Cekpen pun stressed cos he's scared to do anything. Scared that apa2 action dia, mak misinterprate. Even nak bangun from the chair after dinner pun dia takut. Well cekpen pun macam i, we don't know how to show that we care, how to belai2 talk softly pujuk2, we are 'keras' like that. And at this moment what mak really need is someone who can 'talk' to her, someone yg boleh yakinkan dia, someone yg she would listen too. Somehow, that someone not that 'free' at this moment and already told mak that she cannot take care of her. All of us in the family feel very sad. We are more than willing to take care of mak but, mak actually want someone else, someone special in her heart, someone that she missed terribly when she's in depression. We all knew but we cannot do anything about it, its really sad. I just hope and doa mak can recover as soon as possible, having said that, we redha if its takes longer. We just hope we are not letting her down, thats all. we loved her just like everyone else love their parents. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup mak and also Abah Tampin, may Allah blessed us all.












Wednesday, January 11, 2012

Dining Table

Yang ni i snap kat kedai kat Garden baru2 ni. 

Both table sesuai utk rumah yg ada ruang yg luas. Suka warna putih dan design yg simple kat atas tu. Yg gambar kedua tu suka jugak details kat kerusi but tak suka kaki meja tu. Table top macam crystal frosted glass tu pun very nice kan. Dulu kitorang ada meja yg 8 seater but in dark brown, masa Darwish kecik dia selalu terlanggar, terhantuk kat meja tu. Walaupun letak child proof apa tu yg rubber utk cover corner meja tu, tetaplah dia nak langgar sana sini. So end up, letgo that big table then beli yg boleh extend kat IKEA. Lepas tu letak kat dry kitchen je. So hall takde meja makan. Kuranglah kejadian terhantuk, benjol2 kepala tu. Sampai sekarang masih takde meja makan besar hehe. Sanggup bersempit kat dry kitchen tu sbb nak hall luas takde halangan utk budak2 ni. tunggulah budak2 ni semua melepasi ketinggian meja tu, baru lah nak letak banyak barang2 sikit. For now biar kurang barang, sbb tuan rumah pun kurang rajin nak melayan menjaga semua tu hehehe, dan kurang jugak nak memerintah bibik lepas tu tensi sendiri sebab hasil kerja tak memuaskan hati hahaha. 

Tuesday, January 10, 2012

I don hav a bahtab

Koleksi gambar dari Home Inspiration


Dapat yg klasik2 camni pun dah oret sangat kan. Mari berangan....*droolllllll*