Monday, June 29, 2009

Memburu kasut terbaik!

Selain membuat lawatan ke ikea pada hari sabtu, kami juga membuat lawatan ke Sunway Pyramid pada hari Ahad...ala pyramid tu sepelaung jek dr umah...takde alasan taknak pegi .

Sebab utama ke Pyramid adalah untuk mencari kasut mama sekolah dan kasut Bata ayah yg tapaknye dah terbelah dua..ye tuan2 dan puan2 cekpen mmg suka kasut Bata.
Tapi kali ini cekpen nak carik yg lain sbb kasut Bata tu asik kena ganti tiap2 tahun..orang kata ada rupa kualiti ada harga.

Kedai kasut pertama dimasuki adalah clarks...ceh! Mak kan baru balik gader2 ngan kenkawan last week kan, mmg le excited bila jejak kaki kat sini kawan2 pakai clarks lah...tapi sbb anak2 ikut excited sama, cepat2 mak kuar dr kedai ni...kalu beli 5 pasang clarks mahu mau terseliuh kaki poket cekpen kan.

Takpe2 kedai Bata tu mmg strategik, dekat jek ngan clarks tadi..whoaa selamat duit cekpen. nak pujuk anak2 pun senang. Ala derang bukan reti pun brand2 ni kan, janji kasut baru..sure happy punye. Setel kasut sekolah n selipar mina.

Tetapi....Sarah sungguh tak puas hati sampai ke sudah ..eheh sbb dia tak dpt kasut baru.
Alahai Sarah, bukan mama takmo belikan, tapi yg mama bokonan tu hah yg kat clarks tu...camno..ayah kata kang kojap jo ko pakai, lepaih tu tak muat dah, sapo nak pakai lai..ko bukan ada adik pun.

Tetapi...(eheh lagi sekali), mama n ayah pun tak dapat kasut gak. Ayah dah kenan takde saiz. Mama ada kenan ..takde masa lak nak try2, asik layan 3 worang kanak2 nih.
Tunggulah ye... mungkin sesi memburu ni akan bersambung lagi minggu ni or minggu depan.
Lepas ni kena memburu berdua shj, kanak2 harus di tinggal..kalu tak kang mmg tak beli lah asik memburu derang yg tak reti duduk diam2. haih!

Amalan 5S dlm rumahtangga

Kat opis ni tengah sibuk nak apply 5S certificate.

Masa last week morning assembly, my colik bgtau how my boss said that this can be apply at home bla bla bla...I tak dengar pun speech tu sbb masuk lambat. I gelak2 je lah bila derang cerite balik kat I. Tp mmg dah niat nak wat sesi berkemas kat umah.

Since saturday cuti, I pun dgn semangat dok berkemas area laundy merangkap stor dan bilik study kitorang. Anak2 panggil bilikstudy tu 'library'.

Hasilnye byk jugak khazanah yg dah boleh di buang (term 5S is Sisih) . Area laundry pun dah senang nak kuar masuk. Dpt tmt yg sesuai utk simpan mini barbeque set (term 5S Susun). Maid pun boleh bersihkan bawah toyogo cabinet and washing machine lebih mudah sbb semuanye dah di tinggikan..kalu tak jadi tmt lipas main sorok2 kat bawah tu (term 5S Sapu).

Yg best bilik study tu I buat macam kat opis. I marking kan area masing2. Setiap org ada board and shelf sendiri. Dalam 5S, keSeragaman sangat penting. Agak malang sbb smlm pergi ikea utk membeli shelf putih mcm mina and awish punya tak berjaya. dah takde jual dah. So mama nye recycle wooden shelf lama. Kerusi pun tak sama. Kalu beli kosi lain, mana pulak nak sumbat kosi yg ni. Takpelah yg tu nnt pikir camna nak bg seragam.

Last sekali 5S is Sentiasa Amal. Tu yg susah ye. Nak make sure semua diletakkan ke keadaan asal selepas di gunakan. Nak make sure buat homework kat sini instead of depan tv.


Recycle buffet table jadik meja study for 3. Jimat.
Kerusi tu adalah kerusi meja makan yg tak guna. Guna bila ada guest jek. Shelf semua yg lama2 duduk kat laundry area, di gunakan semula.
Board tu 2 lama, 1 je baru.

Moralnye, budaya 5S mmg sesuai diamalkan di rumah juga ye. Disamping dpt bersenam sambil mengemas rumah, anda dpt juga bertukang, berkreatif, dan mengguna semula bahan2 tidak dipakai. Ini dpt menjimatkan ekonomi keluarga anda juga.

Cehh..dah mcm aku pulak bg training 5S.
Apa2 pun training dan amalan 5S adalah berkesan untuk saya sekeluarga...ngeh (T_T).

Mina Yoga

.
.
Gaya tidur...

From Drop Box

Friday, June 26, 2009

The late Michael Jackson!

.
.

Pic googled...masa ni gorjes lagi

Terkojot mak pagi tadi bila dengar radio hotfm, derang tengah citer pasal mamat ni dah passed away!
Regardless semua kontroversi ..child molest lah, hitam jadik putih, kawen ngan anak Elvis....mak rasa dia mmg a very good singer and performer.
Trademark uh! ah!, moonwalk, breakdance, pegang *tut* T_T! Semua mak ingat lagi.
Lagu pun semua sedap2 and evergreenlah.

Boleh coti tak ari ni? hehe..kalu dia tu muslim kan...satu dunia gak eh orang wat tahlil skang.

Thursday, June 25, 2009

Mommy n Frens Day Out!

Yesterday, I purposely took a day off (EL sbb last week dah mc..ngeh T_T) to meet up with my Uni fren. We do this annually for the past err…4 or 5 years I think.

Let me list down all the previous gathering, yg mana I ingat lah..my memory ni bukan boleh pakai sgt pownn..

1) 2 of us were having a day out at 1U. We were there the whole day despite heavily pregnant hahah.. I was pregnant with my second child, Lin was pregnant with her 1st baby. We had a blast shop for baby things. At that point we were thinking that we should do this things again with more frens cos it was really ….a great time off for ourself. Off from being mommy, off from being wifey, off from being workers…and doing it during weekdays pulak tu…mmg best.

2) Then we arrange another gathering a year later. This time 4 of us had our get together at a Spa, massage center somewhere in Plaza Damas (can’t remember though the name). It was me, lin, ita and **** (can’t mentioned her name…her outing is a secret..tsk! T_T”). After 2 hours of massage session, we off to 1U for lunch and window shopping/ shopping.

3) Then the next gathering was at the Curve or 1U ye? Either one lah..i confuse with the next one. We had our chit chat, lunch, shopping and walk around the mall until our feet bleeds…..naahhhhh…exaggerate …hihik.

4) Then another one at 1U…asik2 1u je …hahah. Activity yg sama.

5) Yesterday was the latest one. We meet up at Pavillion sbb dah bosan asik gi 1U plus our dear fren **** never been there.
We had our usual activity. Chit chat, eat and shopping. Ooh …oh….I ajak them to try Carlos ye..(shud thanks verde for this)….the food really good! And the nachossss….yes mmg sgt sedap. Definitely will recommend this to everyone. Oh ya..thanks lin for the lunch treat…T_T….next year will be on me rite mate..

So yesterday catch …lin with a lilac coach yg boleh convert to sling. It’s a large bag and sgt seswai for her since she will be traveling to London , spain, Ireland soon.

Mak Ita got herself a red birthday bag that we choose but…she had to pay on her own T_T”. Wish you Happy Birthday in advance ya. She also bought a blue wrislet from coach…nice catch T_T.

Then **** got herself a new pair of shoes.

Yours truly did not buy any bag ya…cos this month sengkek sangat..only bought mosturiser and cleanser Vit E from Body Shop cos mine finished already. Looking forward for next year outing….its a great time!

PS: Stewpid me ...forgot to take our photo...I got 2 photos of food but I left my phone at home today....duuhhh!

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Raya!




Weehooo...alhamdullillah..
mak dah buleh raya dah....smlm abih ganti 25 ari puasa.
Tu pun nak kecoh T_T

Best Blog Award from Mai


From Mai…Thanks ye…pes time mak dpt award2 gini…jakun jap.

Task 1:Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


Task 2:Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

So, the award goes to :

1. Cekpen
2. Ina
3. Aisha
4. Kausar
5. Chot

Hmmm…yg lain dlm my blog list tu rasanya dah dpt kot award ni…derang semer dah tahap langit ke-7.

Friday, June 19, 2009

Kau menyulitkan kehidupan kami


Kedatanganmu tak diundang ...tetapi posmen tetap memasukkan kamu ke dalam peti suratku.
Haih..tidak cukupkah yg kami berikan...nak lagi?
Taukah kamu jika kami simpan duit itu tiap2 tahun...pasti kami dapat menghantar anak2 kami belajar di tempat yg bagus malah mungkin ke luar negara tanpa perlu sibuk2 meminjam duit PTPTN dan segala bank?
Bukan kami tidak mahu bayar...kami rasa kami dah membayar sgt banyak! Malah zakat pun tidak meminta sebanyak yg kamu pinta.
Lebih baik kami berikan semua ke rumah anak yatim..pasti lebih berbaloi..tetapi kamu hadkan itu jugakan...berapa peratus sahaja rebet yg kamu benarkan?
Hati kami berat sebab kami sangsi....sangsi dengan apa yg bakal kamu lakukan dengan jutaan wang ringgit rakyat marhain seperti kami....yg tidak susah tetapi bukan senang.
Suka suki sahaja kamu menaksir...kami makan gaji ...berhempas pulas..memerah otak..menangani tekanan yg kadang2 bakal menggugat kewarasan otak.
Walaupun kami akan menambah tuntutan itu..tetapi ketahuilah....kami bukan semuanya CEO bergaji 5 angka, memandu kereta mewah. Kami rakyat biasa seperti kakitanganmu juga, terkial2 membayar ansuran rumah dan kereta....hatta menahan diri dari berlebih-lebihan kerana kami tidak punya wang banyak. Baru nak lebih sedikit kamu dah mintak....
Puluhan ribu kamu minta dari kami...dan yg seperti kami..tetapi kamu tetap menyuruh kami membayar pendidikan anak2 kami...tadika kemas pun kamu tak bagi kami masuk.
Hospital pun kami masih perlu membayar bukan? Tol, cukai pintu, cukai tanah, mana ada yg percuma? Lepas ni apa lagi yg kamu mau? Tapak rumah kami pun pajakan saja bukan?
Apa lagi? Bila kami tua esok kamu mau berikan bantuan apa? Bila kami sudah tidak mampu bekerja, apa yg boleh kamu buat? Kamu carik anak2 kami pula bukan?
Yang sangat kaya kamu biarkan....mereka berhelah kamu tutup mata.
Come-on lah.....takkan kamu tak nampak...
Sibuk bergaduh sana sini, berbeza pendapat untuk periuk nasi sendiri....haih....nak muntah lah...uweekkkkkk!

Thursday, June 18, 2009

Mahu jadi cantik tetapi



Sudah lebur..
Oh tidak. Kenapa tak tunggu lagi 2 bulan?
Kan dah kata dah nak raya je baru top up bedak...baru bulan 6 dah lebur...grrr









Nyawa2 ikan



Tamat le riwayat!

Wednesday, June 17, 2009

Last posting

untuk malam ni...
Sgt penat menggodek widget2 ni..
Still double image kat widget title...
Sapa terror...meh tulun makcik ni meh...


Nak rehat utk bbrp hari. Cukuple godekan 2 ari ni....at least takdelah kat opis sok dok mengadap blog layout..sgt berdosa tak keje betul2...huhuhu
Boleh mendraft posting dlm words...takdelah ip aku asik tenet je...kantoi kang satu opis tak dpt guna internet...oh tidak!

Jgn salah guna kemudahan (kerajaan) kompeni.

Susahnyee!

Nak tukar template blog. Terkial2 dr smlm.
Gara2 comment counter tak kuar....mcm nak rak ku pikir.

Dah le tak reti html....grrrrr

Tuesday, June 16, 2009

Angka 4

.
.
21 days….and 4 more days to go tik tok tik tok…

Lepas tu simpan lemak dan tenaga for another 1.5mth before another round of fasting,
1st Ramadhan 1430, somewhere in 21 August 2009.

Monday, June 15, 2009

Journey to AnCasa Allsuite Resort & Spa

.
.
Bersedia untuk membaca karangan panjang, 3569 patah perkataan. Tak caya? Kiralah! T_T.

Destination
Ancasa Allsuite Resort & Spa, Port Dickson Nogori Sembilan
Overall…still sgt best walaupun dah lost count dah pegi PD ni.
W/pun air dan pantainye takdelah putih biru hijau, dan takde coral2 utk di tatapi (mak laki bini bukan reti pun snorkeling bagai) tp untuk jarak perjalanan yg sgt pendek dah tidak memenatkan ni…kira sangat bolehlah.




Preparation
Pagi sabtu tu as early as 5 kot, Sarah dah bangun cam biasa…( n mama sambung tido huahuahua).
I pun suh maid goreng nugget, drummet, chicken ball n bihun utk breakfast dan bawak pegi beach.

Lepas siap packing bersilat, bertempik, berasuah, menangis, meraung, semua around 10.45 baru le bertolak dgn hati ayah yg agak tak berapa nak masak sebab dia tak tau apa yg dia lupa buat sebelum kuar rumah…(mama said kalu menda boleh beli takpelah..karang beli jek kat PD…fenat nak ingat le).


Journey
Kitorang ikut jalan lama, so dari Puchong, menghala ke Putrajaya, terus lagi mcm nak pegi KLIA, kat roundabout yg pegi F1 tu (kalu ada vavi evo or myvi evo race2 sebelah korang tu dah betullah jalan tu) , ikut situ, pastu terus ikut signboard Sepang. Boleh nampak “Bandar Enstek” kat bukit depan traffic light .. pastuh kiri…terus sampai le nampak Port Dickson nye signboard kat traffic light Sg Pelek nye town.
Nanti lalu kat Ladang Khinzir yg pemes tu ..Bukit Pelandok…and Ladang L.B.J ..ada kuil hindu yg meriah…terus lagi…terus je ikut signboard PD.
Nanti sampai le..lepas lalu traffic light yg tah ke baper tah…makcik lost count lah…
Map ni tunjuk ikut hiway...kitorang ikut sg pelek tu nampak tak? ikut tepi pantai.

The Beach
Since sampai PD around 12…cuaca lak agak manja2 tak terik sgt (jerebu le wei)..kitorang terus amik port kat Telok Kemang..ala yg byk gerai tu le..and sgt bernasib baik kerana memperoleh tempat parking kereta terdekat sekali dgn pantai…

Korang ingat tak citer mat saleh salu kat beach tu kan ada payung berderet2 seragam (cantek kan seragam)….kerusi beach …pastu atas table kecit ada Orange Juice yg berais dan meleleh2 kat gelas tu …n gelas tu pulak pun ada payung kecit n sepotong orange lekat kat mulut gelas tu kan?
Pastuh mat n minah saleh pakai 2 piece ber-sun-tanned…..sambil sapu2 sun-block…ingat tak para pembaca budiman semua?

Korang tau tak sekarang dah ada menda ni kt PD….satu payung ada 4 kosi dan satu meja.
So korang berlonggok le piknik bagai kat situ…toksah le bawak tikar kemah bagai tu..wat semak keta je…yang penting ongkosnya ya bapak2 sekalian. Sediakan Rp72,124.27 atau pun RM25.00 per spot….utk sewaan sepanjang hari…dijamin anda puas berjemur menghitamkan kulit yg dah coklat gelap …ngeh…punggahlah periuk belanga anda di sini, dan nikmatilah juadah masakan yg anda dan bini dah berhempas pulas masak pada pukul 4 pagi tu ye….dan biarlah anak anda bermandian sepuas hati…supaya senang untuk anda ugut mereka “ kalu tak buat homework, no more beach holiday for you”..huahuahua…

Seterusnye sila tatapi gambar beach party kami sekuarge. Awish mmg ada spell out “ Beach Party at Port Dickson” tapi tak nampak le pulak dlm gambar. Korang agak2 je lah ye gambor yg mana satu dia tulis tu.

Kitorang blah after 3pm…nak check-in and horay2 kat swimming pool pulak…. Eh rugi pulak ye…3 jam jek kitorang lepak sini…so uols…kalu nak berbaloi RM25 tu..korang sampai subuh ok…sebelum lalat bangun gitu…n balik sebelum mat rempit merempit..bahya.

Eh lupa lak nak citer pasal budak2 ni. Yang paling champion Dhia Maisarah…ye budak yg tak baper sihat, separa demam, batuk muntah2 je keje dia kan. Sarah tak mo duduk pun kat payung yg kemain mahal bapak dia sewa ni…she’s always wandering at the beach or berendam dlm air masin tu… mmg sgt tak tak tahan mak tgk kulitnye yg dah terbakor …gelap teros oiii…..turun lah saham anak mak ni…
Takpelah yang…hitam pun manis..mcm kicap manis kan.
Awish..lambat sikit warm up…tp after an hour he’s start to play with the water…happy gila …dia otomen…ombak tu monster…get it? Sila rujuk gambar.
Mina…oooohhh dia ni sgt tak …emm tak tau nak umpamakan apa. Semua nye mama…yg kena buat or teman…hatta nak pi amik air laut utk siram bunga imaginasi tu pun mama yg kena escort…dia ni yg rekod ‘terbaik wok’ setakat ni…


Paling kuat menangis, merengek, meraung sebelum pegi, semasa masuk keta, dlm perjalanan dan sepanjang masa di pantai…tahap kesabaran mak nasib baik tak lenyap sbb dia sorang je wat hal. Kalu 3 org wat hal…korang dok lah kat beach ni ngan ayah n kakak ja kesayangan tu…mama balik umah tido lagi best.

The AnCasa Suite and Resort Pool
Sangat tak boleh blah….(mcm tu ke guna klise ni? Ampun mak dah tua..dah tertinggal dah slang orang muda2 ni)…maksud nye di sini…sangat puas hati lah.
We took a family suite…2 room+ 2 bath and ada kitchen...finggan mangkuk semua ada.
Simple interior, tak semak and color pun santek.
Hall dan TV sangat besar . dining table pun ado…
Tak sampai setengah jam, kitorang dah terjun berendam kat swimming pool pulak.
Pool biasa tapi sebab ada slide …jadik luar biasa. Sbb kanak2 mmg suka slide….ada 3 kids pool….konpom ni persinggahan percutian utk kuarga bahagia…

Ada Bali Spa (mak takde can nak spa2 bila bersama kuarga ceria ni…tgk katil spa je lah ye )…landskap pun canteklah..sukaaa! Volleyball court dan assembly land yg sgt besar… seswai utk activity family day (Kompeni mak jgn mimpi lah nak berfamily day tmt cenggini…)



Lepas berhoray2 kat pool, dlm kol 6ptg sambung horay kat pantai lagi….awish mina n ayah. Mama order dinner (gila tak lunch pon kitorang, tak sempat, dok meratah nugget, drummet jek, tau2 dah dinner time, order nasik goreng n sup sayur utk sarah. Tp sarah tido le plak so tapau sup n nasik utk dia.

Mlm tu tinggalkan derang kat suite, me and ayah gi round carik coco crunch dan sos cili utk mina (apa ke hei nak sos cili pulak dak ni).
Sambil tu kitorang makan lagi kat kedai Jimat….tak tau apa nama kedai ni sebenornye…
Carik kerang bakar takde le pulak …dpt siakap bakar je..bolehlah..
Sampai bilik derang dah kaput kepenatan.

Esok sambung lagi lepas breakfast, dari pukul 8.30 sampai kol 10.30 berendam kat kids pool lagi. Yg ni jauh sikit , tgk dari view atas boleh nampak ada satu lagi kids pool yg terpisah dari yg lain. Sarah tak join dah sbb dah demam balik…takpelah sabtu Sarah dah pulun cukup2. Ayah n awish sambung kat beach sampai kol 11.30 kot.

Kol 12 check-out…habis beach party holiday darwish n mina…back to school on Monday. Alhamdullillah semua happy w/pun budak mina ni gembeng gila.
Penat but enjoy… Pertunjukkan 'synchronize swimming' pun ada.
Boleh bagi seal makan jugak

Click for more picca ya

Till next vacation…hmmm bila ye? Ujung taun ke?


Friday, June 12, 2009

Inside the Fitting Room

.
.
Verangan lagi nyahhhh!
Hahaha..poyo no shopping akhirnye kecundang jua ari ni...
Tahan 12 ari jek tak shopping..

Tapi takpe..I kan poser ganti dah 2 minggu kan..so ini kira duit yg save sbb takyah gi lunch le...ok apa..2 minggu tak gi lunch dpt beli 2 maxi..ok tak? ok kannnnn!...(T_T justification-->Not guilty)


cewahh..semenjak peeping kat blog model tu..mak pun dah pandai posing duduk uols (padahal pancit poser2 merendek kat kedai..ngeh)


Yg ni tak jadik beli sbb salesgirl tu kata..terang sgt la kak...dari jauh dah nampak....*~*..padtu balik opis budak2 ni pun ckp tak lawoo...selamat makcik ..kalu tak kang org kata remaja tua...ngeh T_T"

So amik cutting yg sama tapi kaler perpel...yg patung pakai..muahahaha..

Cun kan body dia....hmmm
Bilalah badan (makcik...ish tak reti lah nak wat strike2 tu)ni nak jadik 2 keping cam patung tu yek?

Bondej

.
.
Opsss....ahak...bandage lah..kang tah sapa2 lak masuk sini.

Ni hah..tgh malam tadi tetiba jek kaki sakit takleh nak menapak.
So balutle nak kurangkan denyutan tu.

Thursday, June 11, 2009

Tak comel dah!

.
.
Budak kecik ni kan sekang kalu mama balik musti tarik tangan mama sambil molot bising2....
"At..taaaa! At...taaa"
Masa dia baru balik dari taman comel jek..ngan rambut ikat dua pakai baju kurung (mina punye) reben pepel...senyum2..."ammmm...maaaa!"

Tapi tak sampai 5 minit dah start tarik tangan mama dia sana sini cam ni lah...


Kan dah tak comel...nangis ajek ye sarah skang...

Pastu mama dia lak ari ni lentok depan pc masa lunch time.
Pastu dah sedar diri tu malas lak nak pi cuci muka .. tp terasa muka mcm ada lekuk2 jek...nak bukak cermin pun malas kan..so snap gambor diri sendiri....ngeh..tengok le ye cap kat muka tu...(alasan nak enterpem blog sendirik hehe)


Awning tudung tu dah dekat sama dah.....mcm tanduk otomen...

Hurray! Its Holiday

.
.
Yihuuu another 2 more days..then we off to PD for a short vacation..sempena coti2 sekolah…
Kat mane? I pun dah lufer…semua hubby yg setelkan…ngeh (padahal dia dah print reservation tu n tampal betul2 depan my notebook kat umah..hohoho! sungguh ‘Dori’ kan mama ni)..
Takpe janji mama tau weekend ni kitorang nak gi hurray! hurray!..

Wednesday, June 10, 2009

Blog Catwalk?

.
.
.

Dua, tiga hari ni, aku dok ber-emel2 ngan my best fren kat Johor.
Lepas dia baca blog nih, komennye:

#
salam...
hmm akhirnya,..malam tadi..sempat gak aku tgk blog ko dgn laki ko..tapi kenapa dlm blog ko sendrik tu....x der gambo2 yg menarik beb.....tunjuklah gambo ko and anak2....laki ke...omak ko....omak mentuo ko...sodap sket eden nak membaco ehh....#@$@^....hmm apsal laki ko dah nampak mcm tuo ek?..jgn marah...#

Kenapa tuan blog n family tak (catwalk2) enter frame ye?

#ko ni bukan baca semua entry pownn..ko baca yg latest page je mmg le takdok muko den anak banak weiii…cuba ko selak belakang2 tu …bersepah tau..
Lagipun kan ko jugak yg cakap gambor aku tak lawoooo……dah ko yg komen aku tak lawoo takkan aku nak terhegeh – hegeh (catwalk) enterprem kat sini kan…kang muntah (menyampah) lak org nengok eh….T_T”..#

Kenapa laki aku nampak tua?
# Ko berani ko cakap cenggituuu…abihlah ko …..aku dah masuk kan dlm entry abihlah….ko kutuk org minang kacuk jawa ni…hish..aku tak jamin le…hati2 ye..
Raya ni kang aku insyaallah tak singgah umah ko le…..takut apa2 hal pulak kang..kannnn…huahuahua#..

PS: Aku pun suka baca blog org yg banyak bubuh gambor tuan punye blog….tapi derang mmg gorjes2 tau….kalu tuan tak gorjes pun …hangbagnyeeee yaaaaa amppuuunnn sgt d very d gorjessssss…..(ko leh bayang tak air liur aku meleleh tiap kali tgk handbag derang....ngeh ngeh ngeh...)

Tuesday, June 9, 2009

Anak Bijak

.

.

Perbualan masa dinner tadi (mind our inggeris ye):

Darwish: Mother today is what today?

Me: Tuesday

Darwish: (mumbling mode) wednesday, thursday, friday.....(with finger counting) 1, 2, 3..., then mother ??

Me: Then what? School holiday finished? (confuse)..

Darwish: Noooo!...Then mother father no work!

Ayah: Yes, mother father no work...

Me: oooo yes...no work.

Ayah: Darwish, saturday we go to the beach...you want?

Darwish: (with sparkle in his eyes.. yes i can see it...extremely wide and honest smile ) Yes...I want....I want to go to the beach!

Me: Which one you like, play with the sand at the beach or play in the swimming pool?

Darwish: The sand...then i don't know how to make a castle....(after long pause) mother why the crab get into the hole when giant come?

Me: (lost a moment...crab? giant)....

Penat lak nak tulis semer dialog....anyway....me and hubby rasa satu kepuasan, bangga, sebak...sbb darwish faham dan jawab dgn pantas ....

Knowing darwish...apa yg dia jawab through this simple conversation shows his progress and achievement....he can understand!

Most of other kids at age younger than him shouldn't face any problem, understanding and replying, digesting input like this..but not darwish.

I'm glad....I knew he can...take your time dear, mama n ayah always here to help u....but ur time is up by next January (dateline tuu)....You have to face another 39 friends in your class....who might disturb you, tease you or even call you names dear..and your teacher may probably do nothing about it...and mama n ayah won't be able to be there for u...explaining u to ur freinds..

While typing this karangan...ayah said"teringat awish masa lahir...sedih"

Why? " dulu kecik (lupa lak apa ayah ckp lepas tu eheh)...skang salu kena marah, tengking, cubit"

hmmm.....I said " kita kena tukar style...he's doing the same to mina n sarah...bcos dia tiru apa kita buat kat dia"...(emo sikit)

It's true....dia cubit, marah tengking, pukul mina...mcm apa yg dia kena from us...

So apa title tadi? Anak bijak ye....emmm sapa taknak anak bijak kan...dialog kat atas tu menunjukkan peningkatan kebijaksanaan darwish lah....as a parent of cos I bangga...kalupon anak org lain baya dia dah tak heran dah kann...4 taun pun dah terror...tu anak org... mana sama ngan anak sendirik..


Nak tips nak?

.
.
50 Tips rangsang anak bijak…pulak..

Kot le ada yg leh dpt ilmu…bior le den kongsi email ni kt blog..
I notice that some of the tips was used during darwish speech therapy session…

Here goes ##
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI

Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Semoga bermenfaat!

Pheww…habis dah baca? Ke uols skip2??

Monday, June 8, 2009

Peringatan Lagi..

.
.
Semasa melompat (katak) blog…jumpa ini..
Suka benda2 yg mengingatkan diriku yg tak (byk) berwang ni…
Komen saya ##…


1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan.

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

#Selain dari gaji…janganlah malas utk membuat claim (aku le yg malas claim tu). Ustaz Fadhilah Kamsah kata kita tak boleh suka suki buat calculation sendiri, itu mmg hak kita kena claim lah.
Jadi, kalau kita dah keluar duit travel isi minyak bayar tol utk urusan kerja, kenalah claim balik…Jangan malas.#


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul. Anda perlu bajet walaupun pendapatan anda adalah beberapa ribu atau beratus ribu setahun.

#My portion (hubby hulur) utk urusan rumah dan pendidikan adalah fix. Tolerance dlm $100-$200 je. My salary, yg ni kena jaga sikit…salu terlajak perahu…huhu..bila last masuk ASB yek??? Lufer dah …lama sgt le tuu..#

3. Lunaskan hutang kad kredit secepat mungkin

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang yang BESAR! Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Dr Hilmi Yahaya – Tahun 2004 - 1,397 pemegang kad kredit di isytihar muflis, 1,152 dalam 2003 dan 1,117 dalam 2002. Angka setiap tahun kian meningkat. Terdapat 150,000 bankrap setakat Februari 2005.

#Belum pernah kena declare bankrupt…hish…dijauhkan lah ye..insyaallah bulan 7 or 8 ni boleh guna satu jek…consolidate semua phone bill n insurance kat satu card…takyah susah2 gi withdraw pi bayar kat CDM…bahaya woorrrr…snatch thieves bersepah…#

4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Buka akaun dengan KWSP hari ini jika anda masih belum berbuat demikian.

#Ada…ni std…tp tak cukup kan..kan kan…#

5. Menabung

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun berbeza.

#ye…5 ke 10 %...hmmm
Ok…errr ..kalau top up ujung taun boleh tak…let say bulan2 ada miss kan..pastuh ujung taun cover lahh…boleh?#

6. Melabur

Pastikan anda membuat pelaburan – jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim pesaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan dan saham amanah.

#Baru wat bulan January…public mutual…ciput jek… pastu invest yg dr kwsp acc 1. Utk anak2..sorang 100 je..Every month dpt statement tp tak paham…huhuhu…#

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja seperti KWSP. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

#Saya masih contribute yg 11% tu. My employer err…lupa arr tp yg wajib je le takde lebih pun.
My other half much better..I think he get 17% from employer…hmm#


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

#Insurance wajib semua dah ada…mmg sgt2 berguna. Dulu buat open chest surgery utk remove tumor cost me 17K..sib baik ada insurance…phewww!#

9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 90 peratus warga Malaysia tidak mempunyai wasiat. Masalah besar ialah tahap pemikiran yang beranggapan jika tulis wasiat hari ini, esok akan mati. Sebab itu masih ramai yang tidak membuat wasiat.

#hmm..ayah if you read this…we must do this ok…we’ll never know when is our time…we must protect our kids future…w/pun kita takde reta mana pun..wasiat will ease the process if….we no longer here…#

10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Contoh yang baik adalah resit untuk pembelian buku-buku di mana pemotongan cukai dibenarkan.

#Tang resit tu yg salu kantoi…ok..disiplin disiplin disiplin..Eh..taun depan dah leh rebate duit computer rasanye…hihi..mcm nak yg comel2 tu je..#

Sisters?

.
.
There’s a saying…Don’t judge a book by its’s cover…bagaikan ketam mengajar anak berjalan lurus (betui kaa?..whatever..)
But to some extent I think I should.

If I were to educate the people around me or trying to become a saviour or become the intelligent group to say what is right or wrong, I should have set a good example. As simple as how do I cover my aurat as to abide to the rule of Quran.

First impression count isn’t it?
If we are getting a bad first impression how can we agree with the rest of the idea?
Maybe the intention in good, but the execution needs more details. The selection of key person..in fact the whole organization should have strong muslimah figure.

Sometime I feel that those newly convert can do a better job…there can explain and reasoning well..much clearer for us to understand logic or by common sense…with good image too.


Each one of us is getting older by numbers, we are still learning.
Learning to be come a better person, a better muslimah, better parents and better almost in everything. Portrays a good image is a must if ….. if you want people to have a trust in you. Keyword is ‘it’s a way of life’….so how do you live your life?

How do I live my life?
Hmmm….

Sunday, June 7, 2009

Pengsan!

.
.
Keta ku bau deriannn....
Pekat..likat...melekat..euwww..
.
.
dah bubuh roti dahh..hopefully esok kurang sikit ..

inilah..kalu balik kg ni lah...menda yg sesekali je tp.....tak hengat..

Free je sok pagi nye perfume...durian edt....yea bebeh!

Friday, June 5, 2009

Mandom!

.
.
Since ari ni posa, tak tau nak wat pe masa lunch tadi.
Memula nak dok tenet kat opis ni jek.
Pastu rasa mcm bosan.
Pehtu tingat le plak pasal nak gi wat lawatan kat satu kedai kat USJ.
Kedai ni ada online gak..nama Glampot (takleh nak link tenet kat opis ni sangap).
Anyway kedai ni kecit jek..barang ada baru and preowned..
Barang mcm handbag, kasut m baju2 gitu.
Tp sbb salesgirl tu muncung jek….malas nak lelama kat situ.
Bosan kot dia tak ramai customer…

Bosan kan citer ni…nak wat camno tuan tanah tgh bosan..nak soping takleh…nak makan takleh….camni le jadinye…mandom…..

Lambat lagi..

Nak habis ganti posa.
Ari ni baru ari ke-14…
Agak2 leh setel tak bulan ni..
Kalu boleh takmo drag sampai bulan 7.
Gila ko…kalu sampai bulan 7 pastu 21/8 dah start posa lagi…maknanya aku posa dr bulan 5 sampai bulan 9 …perghhh baper bulan tu…5 bulan tu..

Kenapa byk sgt…huhu..ni le gara2 pegnan bulan posa..asik pitam2 jek…udahnye 30 ari terus aku tak posa..ye 30 ari…tu taun 2007.

Pehtu taun 2006 ada stok 10 ari…cam biasa suka ganti last minit kan…so masa 2007, dok start ganti posa tu dah start pegnan lah…so tak abih gak..sama ada sekerat ari or 3 suku ari je bleh…pastu posing2 donia ni..so carry forward 7 ari.

Campur yg 30 ari tu.. tak ke 37 ari…

2008 …adeh tak serik lagi…start mengganti lambat gak mana tak lambat, banak 1.1.2008, Bulan 3 baru start keje balik…ding dong peyet tak menentu….start ganti bulan 5 kot….udahnye tak sempat abih…(mana nak abih..sabtu ahad tak posa..coti tak posa…peyet, tah apa2) dpt ganti 26 ari je….so ada lagi 11 ari.

Pehtu 2008 nye ramadhan lak…still ngan peyet yg mengong tu…tambah lagi 14 ari….hambik ko.. Total 25 ari..

Ni tgh gigih le ni….cepat le habisss…kuruih amat dah ni ….

Thursday, June 4, 2009

Sahur n sentap?

.
.
Lepas tengok CSI mlm tadi, hubby ajak pi sahur kat kedai sbb dia pun nak join puasa ari ni. Since budak2 ni tido awal, I pun ok le. Siap beh kurang tutup aurat mana yg patut…zassss.

Balik tu …tgk kat tingkap mcm nampak kepala org. Terkujat jap…tenung lama2 …rasanye awish.

Cepat2 naik atas..tgk katil dah kosong. Check Sarah and bibik ada kat bilik mina.
Mana awish? Tanya bibik..dia bilang ada di bilik situ (terspeaking lak). Hish..takde pun..
Pi balik bilik mina, ambik sarah letak balik kat my room.

Pehtu tanya hubby “nampak awish tak”? “Takde….”

Ishhh..mana budak ni? I pun pi kat tingkap tu balik, rasa takde sapa2 situ.
Selak langsir ke tepi sikit….rupanye ada belakang langsir belakang penyidai towel (brape byk belakang daaa)..

Muka sedey giler…ajak dia tido balik ngan ayahnye..
Still senyap je dia…sentap pehal?

Tah apa dia cakap kat hubby tah..pastu derang tukar posisi tido.
Tak lama tu I pun belayar.

Pagi2 tadi…cam biasa Sarah bangun kol 6. Turun2 nak handoverkan dia kat bibik..eh takde lak minah ni..pegi mana dong? Udah lari apa’in?

Ishh…takpe2 …takkan tak bangun lagi kot?
Ishh…takpe2… I tukar pampers sarah buatkan susu…tp lepas minum dia still takmo tido n nak berdukung…duhhh rugi time tido (hehe..ye saya mmg memaksimumkan waktu tido seboleh yg boleh).

6.15 dah ..tak bangun lagi bibik nih..takleh jadi…apa lagi…
“Jaaaaa……jaaa….”
“ya”
“ Bangun ..ni Sarah taknak tido dah ni”
..huh..baru turun…
Apa ke hey 2 ari bangun lambat nih?

Lepas tu…bibik tu tanya kat I…
“ Perrrgi mana malam tadi, semua nangis bangun, cari2”

“ Pegi makan sahur lah..mama ayah nak puasa, nnt takyah buat sarapan ayah, buat utk budak2 ni je”

“ ooo…ingatkan sudah ke mana, saya cakap mama ayah balik kampong sama darwish”

Dalam hati I, “lorrrr….ko bilang aku balik kampong..patutle darwish sentap.
Takkan le aku balik tak bilang sama engko…adehhh..sengal jugak ko kekadang ye!”

Wednesday, June 3, 2009

Dugaannnn!

.
.




Sabarrrr....!!!!

Makan Penampor!

.
.
Pagi2 tadi mak kena penampor ngan Sarah.
Sib baik tampor2 manja..kalu tak mak amik mc…(dang2 tu dpt alasan hihik)

Kesahnye …Sarah bangun awal (cam biasa)..tp bibik bangun lambat kot.
So masa bawak Sarah turun, bibik lom setel lagi keja kat bawah.

So mama kenalah take care Sarah sambil lentok2 kat sofa tgk kartun (kol 6.30 pg tau).
Terlelap le pulok…tau2 jek terkujat sbb ada org tampor.
Bukak mata besor2 tgk si Sarah tersengih2 depan mama. Pehtu ayah lak tgk jek …takat jadik eye witness le.

Hish terus naik atas balik solat…n sambung mimpi jap.
Pehtu Mina lak naik nak mandi...takleh dah nak sambung mimpi.
Pehtu Awish lak naik nak mandi…amboi3x masing2 hijack bathroom mama ni…
Sabor je laaaa….

Tuesday, June 2, 2009

Say NO!

.
.
To shopping.
Officially, I banned myself from shopping unnecessarily for this month (only).
Item excluded from the ban are:
1) Food and drink (kebulur, kuruih kering le kalu mak tak makan ikut selera anak tekak).
2) Selipar Mina
3) Groceries
4) Books

Kenapa?
Eheh..dah agak lama tersesat….nak kembali ke pangkal jalan…
Terlajak perahu boleh di undur…terlajak ‘gesel’ cc…mlm tak leh tidur… ;)

1 more month to go..lepas next month boleh potong ambank cc…

Monday, June 1, 2009

Mencik ...

.


.


Ari ni cekpen coti lagik..tapi haku koje..


Dok racun haku mc ari ni..tp tokleh lahh..kang ada hal len lg kang dah susah nak cover line.




So takpe lah..redho le cekpen jadik bapak mithali ari ni..


Layanle derang ye..toksah bikin jeles k...




Haku berkhidmat le utk apek2 ni...bior derang makin kayooo!

Bila laki bini..

.
.
ada blog masing2...kenalah citer menda lain2 kan.
Since kebanyakan aktiviti cekpen dah cover..mommyct cover sikit je lah.
Eheh..ni gambor je ye..gambor masa merewang kat klcc ngan baju tido ngan gambor kat sunway pyramid masa nak tgk monster vs alien...

ps: monster vs alien tu mmg utk kanak2 bwh umur ye. Sapa rasa dia kanak2 yg lebih umur toksah le tgk...tak celen langsung ahaks!