Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Peplum Hype

Bila lah nak insaf tsk! tsk! tsk!

Dah lama kan peplum hype ni ...dah nak basi dah kot. Dok usha yg ada kat online, but mostly rega 40++.  Kat kedai2 mall lagi up up and away. Kat kedai luar Giant supermarket pun dalam 55 - 79 hengget. Hasil kajiselidik (usha kat porum hak hak), actually boleh dapat as low as $15 to $35 kat few places, namely Kenanga Wholesake Center, GM, dan pasar malam. Malangnya kat pasar malam sini takde nampak pun. KWC n GM tu tah bila2 pulak nak redah kan. So hasrat terpendam lamaaaa le. 

Ingatkan memang takde harapan le nak merasa pakai peplum ni, tapi kalau dah jodoh kan tak ke mana. Last saturday masa gi cari pasal kat ikano curve sana nun sbb nak karokei katanya, ternampak le plak peplum munger2 ni kat kedai kat ikano nama Love It, rega 26. Pastu ada cart kat bridge ke the curve pun ada jual (exactly sama) 59. Haaa kannnn sikit punya dekat tapi rega beza berganda. So on d way balik tu singgahle beli yg munger2 tu. Bolehlah matching ngan suar ijo ituuuu.

Pastu tadi gi antor baju nak alter kat puchong perdana kompleks (orang puchong panggil kompek ijau tapi dah tak ijau dah skrg). Pastu....jeng jeng jeng.....ada peplum dah kat siniiii. Sebenornya nak round belikan tudung mina, tapi dah ternampak baju  ni murah kan apa lg beli le kan. Ni 35 je kat sini, padahal kat Giant ada yg jual sampai 69 huhu, online 55 kot tak silap, same material same design tau. 

Tapi kan..........kena exercise kecikkan perut dulu sbb agak vuroks side view bila pakai dgn perut muncit. Sementara tunggu exersize perut kempis lambat kan, bolehlah sarungkan waist nipper dulu buat masa ni hak hak. Beauty is pain gitewwww. Lantak.


Thursday, December 29, 2011

Patah tumbuh hilang berganti

Patah tumbuh hilang berganti, 
Bedak dgn lipstik dah habis, kenalah pergi beli.


Tinggal serdak je. 
Goodbye Bodyshop,
Welcome Etude House.
Macam biasa, niat nak beli satu benda je, sudahnya tau2 ajelah. Dah kat situ, baru teringat eyeliner pun dah nyawa2 ikan, so ambik sebatang. Nasib lah murah2 je, mahal lagi kosmetik kat guardian.

r
 Salesgirls Etude yg melayan tadi baik le pulak. Nasib baik iman kuat, kalau tak makin parah. Suka interior design this shop, sweet jek....masuk je kedai terus terasa nak jadi comel hahaha           
 -____- 

 Lipstik pun dah habis korek tu. Selepas 2 tahun pakai kaler nude brown, kali ni beli kaler merah cili api. Menyalalah bibir ni sampai trend outdated, maklumlah lipstik lambat nak habis.
Nak tengok tak kaler merah tu??

Buat-buat tanya pulak, padahal saje nak tunjuk hihik.

Presenting
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.

..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
......
...
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Rio Rio

Tak menyala sangat pun sebenarnya sbb my lips ni warna gelap, so bila pakai lipstik warna terang idok le memancor-mancor . 



Friday, September 30, 2011

Padini Warehouse sales paling dasyat!

Maksud aku, Padini warehouse sales paling dasyat yg aku pernah pergi. Selalunya sale yg kat mall je, kira ok lah kan. Tapi kan yg kat Glenmarie ni memang gila lah. Tak terbanding dgn yg sale2 lain kat stadium ke haper. Lagi gila sebab semua item RM5 sahaja. Lagipun pengalaman sebelum ni, kalau que melampau tu, even dah ada barang kat tangan pun, aku tinggal je tak jadi beli sebab tak sanggup nak tunggu que tu. Tapi hari ni, lone ranger, tak tau mana datang kegigihan tu, aku redah lautan manusia. ok ...poyo.

Apa yg ada kat sini? Benda yg sama lah, tops,bottom, ladies, kids, mens, adalah kasut, beg sumer tu. Rasanya kalau dah biasa masuk padini concept store tu korang dah boleh agak lah.....sama, cuma harga mmg RM5/piece dan stok lama. So tengoklah apa yg dicari, kalau nak cari yg latest2 design tu, takyah lah, mmg takde...kalau nak cari tops biasa2 tu berlambak. Kalau korang tanya aku 'bebaloikah?' , jawapan aku..'berbaloi-baloi' sebab kalau aku bawak duit RM100 pergi padini concept store tu paling byk 3 helai tops je kot. So kat sini kalau ko bawak seratus....ko boleh beli 20 lai...ok tak? ok sangat bg surirumah macam aku ni.

Aku keluar rumah pukul 8.45am, konon taknak le awal benar terpacak kat situ kan, macam kiasu sangat. Pehtu dekat2 pulak dgn kilang yg dulu aku salu deal masa kerja, so mcm kenkonon taknak le ada orang yg cam aku ternampak aku, malu le kononnya.
Pulak tol sunway clear takde jem...oh masa tu terasa sangat ini mcm petanda yg sangat bagus. 15 minit aku dah sampai glenmarie. Tapi lepas tu dari depan BMW glenmarie tu nak sampai ke simpang Menard tu, perghhh tersengguk2. Sampai kat area kilang2 tu, dah jem, keta dah bersepah2 parking. caitttt!

Pukul 10 kot baru dapat parking. Pastu tengok2 entrance warehouse tu derang tutup. So berlonggok-longgok le manusia depan tu. Aku tak nampak que pun, rasa nak balik tp pikir balik, arhh teruskan je lah.

Ko tengok minah tak reti malu tu. Dia memang panjat dan nak cross tembok pagar tu. Ko caya? Sampai ahsoh belakang aku dok jerit "don't do it girls!" .
Padahal ramai orang padini jaga kat pagar tu lagi nak buat taik. Masa dia angkat kaki dia nak cross tu, semua orang jerit 'booo!' kat derang berdua tu. Orang padini pun jerit tak bagi. Ni bukan tahap kiasu dah..aku tak tau nak label apa.
Since dah setengah jam aku still tak dapat masuk, aku start make friends dgn orang sekeliling aku dan ajak push ke depan sama2....=P.
Masa gambar atas ni, aku lagi sedepa dapat masuk pintu pagar tu. Aku siap tumpang pegang bahu mamat cina depan aku sbb aku takut aku jatuh kena tolak sbb aku kat sebelah je dgn longkang. Gambar hadap pagar. India depan tu lah pagar. Dia ketepi orang boleh masuk. Pastu dalam 10-15 orang masuk dia akan blok balik dgn badan dia. So korang boleh bayangkan bottle neck yg hazab kat situ. Sbb yg nak masuk baper juta, tapi space pagar yg derang bukak besar mamat tu jek.




Kat dalam plak ada lagi satu roadblock, tp behave sikit lah, nampak lah line que. Itu pun still ada yg nak potong. Memang kena booo lagilah.

Lepas aku berjaya masuk ni, gambar kat dalam tengah punggah memang takde lah ye, tak sompek lah nak tetangkap gambor. Aku dah set timing pukul 12 kena kuar so memang tekun la dari satu box ke box yg lain aku punggah. Masa ni memang bagus sensorang, takde tekanan, tak yah sesibuk nak tanya 'ok ke ni?' kat member, asal kenan terus masuk plastik dulu, kemudian dah tak larat angkat, baru stop dan sorting balik. Mana tak jadi beli campak balik dlm box.


Atas ni gambar aku tgh berasak-asak nak ke cashier. Masa nak bayar ni macam ada staff derang yg bertindak sebagai bonzer lah. Cashier que mmg haru. Line tape merah putih tu, dah kat lantai kena pijak2 jek. Cashier banyak tapi yg nak membayar pun banyak berganda-ganda.


Ni gambar orang nak bayar..ni dalam 1/8 je yg muat dlm frame camera iphone aku. Sesak gila. Menjerit-jerit bonzer suh orang beratur bagai...mana ada orang nak dengar kan.

Aku pulak memang nasib baik. Orang keliling aku memang 'pusher' yg dasat. Sebab derang push lah aku setel urusan pembayaran tak sampai 10 minit. Kira potong que dgn tak sengaja, sbb que pun mmg tak nampak, tau2 je aku dah ditolak sampai depan bonzer dan masuk line utk ke cashier.
Selama ni ada jugak gi warehouse sale kat kilang2 camni tapi ni le first time merasa yg sangat over ramai.

Mungkin sebab rm5 tu kot. So sanggup le redah.


But frankly kalau tak sihat, janganlah datang cari penyakit kat sini, boleh pitam pengsan kat depan pagar tu. Lepas tu janganlah bawak anak/ baby semua tu. Tadi ada okay yg bawak..isk isk isk...memang lah aku paham, murah sangat, bila nak ada peluang macam ni lagi, anak plak takde orang yg jaga, fulus pulak kalau di bawak ke mall baper lai sangat boleh beli, so terpaksa gi sini jugak kan. Kalau boleh tunggu lah laki cuti like sabtu ke ahad. Suh laki tinggalkan korang kat situ, pastu datang pick up balik lepas settle semua. Kalau nak 'ngobor' datang pepagi buta pun buleh. Bawak le selimut pukul 4,5 pagi (eh ada plak yg buat ni nanti), sebab sabtu ahad kompom lagi teruk dari hari ni.


Anyway, i have a good haul today. Gambar tangkapan next entry =P.

Wednesday, October 27, 2010

Jail break!

I went GAGA over this jailbreak maxi!!
Nice kan.
Cost me RM30 inclusive postage....termurah yg i jumpa selepas menskodeng beribu-ribu 5, 6 blogshop.

Note : Semalam i potong satu maxi dress...lalu ia bertukar menjadi skirt ..ngeh! ngeh! ngeh!



Thursday, August 26, 2010

Dapat mood raya bila

Mood untuk raya dah up sikit apabila
Abang Posmen hari ni bagi hadiah kat saya =P.



Tuesday, August 3, 2010

Official Colour For Eid 2010

Yes it's BROWN ,Cekpen clan will be in bebehh!

Last weekend dah setel all the baju kurung and baju melayu. Gigih hokey pergi Jalan TAR kat KL tu (mcm korang tak tau). Belum ada gerai2 ramadhan lagi. Suasana tak sesak sangat, kira OK laahhh, boleh minum, makan...kalu pegi bulan puasa...pengsan !

Semua keadaan mcm biasa kat sana, kecuali 2 menda/ kedai baru (at least baru bg i).
1) Kedai tudung Hajra (besarrr) satu row ngan Ariani.
2) Kedai baju melayu A-niz satu row ngan Euro Moda.

I beli satu tudung kat Hajra tu walopon bersepah kedai jual tudung yg lain kan tapi saje je nak try hihik.
Pastu baju melayu Darwish beli kat A-niz. Murahhhhh sangat...material biasa2. Beli yg memahal pun takde pekdahnye kalu takat pakai setahun sekali kan.

Lainlah cekpen, kena beli yg cun2, sbb dia boleh pakai lagi doploh taun, dgn syarat badan menten saiz M huah huah huah :D.

Me and Mina dapat yg sedondong walaupun beli kat kedai lain2. Sarah punye lain sikit. Cekpen dgn Darwish pun tak sama. Yg penting dari group Cokelat jugak.

Beriya citer gi Jalan TAR ni, padahal beli sorang selai jek kekeke! Baju siap pulak tu wakakaka!

Takpelah kan...janji adoooo!





Wednesday, May 5, 2010

It's not a NEED

But i sooooooo WANT it......help please :(

I have few hours (maybe)...before someone else grab it. :(

*tafakur kejap....nak kawal nafsu*




Monday, January 18, 2010

Wanita dan Emas

Ni pun kisah pagi Ahad jugak sebenarnya.
Lepas I kena goda ngan orang jual perkakas dapur tu, I singgah Poh.Kong kejap.

Sebabnya, rantai leher Mina yg dipakaikan ke Sarah oleh my maid (pandai dia jek , sbb mina takleh pakai gi skool kan) telah putus (halus benar nak wat camne).

Tujuan ke PK tu nak suh derang sambung balik lah.
Tapi aduhaiii..korang tau je la kan kedai emasssss...
Bling2..silau2 kuning...silau2 putih...macam2 silau ada kat situ.
Boleh juling mata la dibuatnya.

Mula2 I duduk pun takmo..takut terjebak...tapi minah PK tu buat lambat2 le pulak.
Sambil2 tu siap suruh i rileks dulu, tengok2 emas sikit, cincin ke (i tak pakai cincin terus jadik isu plak kat situ).

Keluarkan gelang lah walopon i cakap takde saiz ni..tangan besor tangan baby jek..tak dulik.
Dia heret gak......phewww..mau tak berpinar mata mak nengok gelang besor lipan kat tangan ni hah..

Dekat 15 minit barulah siap repair rantai leher tu..hah cepat2 i say thank you n blah.

Alhamdullillah ..kuat semangat jati melawan godaan syaitoonnn nafsu diri sendiri semalam..

Gilalaahhhh!!

PS:// korang kalau zaman i kelija dulu...gerenti dah bocor daaaahhhh...kredit kad sure i bagi ngan rela kat derang sbb dlm kepala "leklaaa gaji sok leh bayor...skrg wa sedar diri sikit....gaji takdo ..jgn nak gedik gesek kredit kad..laki wa tak petik duit dari pokok tepi jalan muahahaha.

PSS:// emas 916 = RM138.00/gram...



Wednesday, December 30, 2009

Sunday, December 27, 2009

Makcik!!!??? >_<"

Semalam, pi Jusco ioi ni hah nak belikan awish kasut sekolah, singlet, stationary ngan uniform KAFA.

Dah abih survey, i pun suruh le promoter tu carikkan saiz kasut yg i nak. Masa tu dia tgh sibuk layan customer lain.
Bila sampai turn i, dia tanya:

"makcik nak saiz apa tadi?"

Makcik ???? hellooooooooo!!!

Pastu ...harap maklum..cekpen adalah tersengih-sengih macam kerang busuk, dan keep on repeating 'makcik' sampai le ke hari ni...

Eh kalau i ni makcik....u tu pakcik hokey!

PS: i memang takleh terima hakikat ye kalau orang panggil makcik.. still stok perasan young mommy...auuwwwwwwww..muntah lah korang...muahahaha~



Friday, November 6, 2009

Bijak membeli

Haha..tajuk tah apa2.

Anyway i baru jek balik dari IOI mall.
Jumpa member ini dan member2 yg lain.
Sementara menunggu derang sampai sempat le gi membelek kasut Elle mcm kat entry kawan kita ni. Try je la...bajet tadak nak rembat .

Lepas tu gi Padini Concept Store...jumpa handbag vincci cun and muras banget.
Tapi takut le nnt cekpen jeling2 manja...so verangan je la depan cermin jap.


Pastu pastu pastu...ada sales jugak kat sini. Price start from RM9.
Hehe..apa lagi ..punggah le kan.
Jumpa selai jek jeans ni. Rega asal RM99.
Size 26...macam ok..so gi le try. Sib baik ngam2.
Harga lelong RM19. Berbaloi.






Heh. Jadi surirumah ni kenalah pandai berjimat. Itu sebab beli yg murah gila babas nye...taraf pasar malam pon ko takleh dapat rega cenggini.
Ok lah..happy weekend everbodi. Selamat sopin sopingaaaannnnn!


Tuesday, November 3, 2009

Serangan Jantung

Tiap2 kali nampak ini...tak kisah lah kat blog sapa..tak kisahlah kat konsert tadika (tetiba jek..hihi aritu masa konsert budak2 ni ada amoi gorjes pakai seyy)..tak kisahlah kat mall mana..

rasa jantung berhenti kejap...dub....dab....dub...dab....selooooo jek ....

Takde orang nak rembat ke..seksa aku tengok tauuuu! (uhuk maklum le...tabung ayam tak cukup lg)






Friday, October 30, 2009

M.A.N.G.O

Sudah ada M.A.N.G.O Outlet di IOI Mall.
Penduduk Puchong sekaliaaaann...pergi la serbuuuuu.


Ari ni kan ari jumaat....leh shopping warge opis yeee.



Saturday, October 17, 2009

Mendung Buatan

huaaarrgghhhh *bangun tido*
ehemmm...i tak tido pun td.
Cekpen je yg tido...*anda tau sapa ular sawa skang?....pandaiiii!*
Ok..balik dr majlis akikah kat Bangi tadi...lepak jap kat umah. Saja bg perut longgar2 sikit.
Mana perut tak ketat....awish dok mintak tambah nasik. I amik lg 2 senduk lah..lepas 2 suap takmau. I jugaaaaakkkk kena abihkan.

Mina pulak kata nak many2 nasik square (read: nasi impit) last2 separuh mangkuk pun tak habis. Aaaaaiiiiiii jugak kena telan.

Cekpen kat ne tah...sbb makan laki pompuan asing2....

Nampak tak baby cukur jambul? Tak nampak? I pun tak nampak...sbb duduk kat belakang orang..ngeh!
Ok...lepas zohor sambung gi umah colik cekpen kat Sekyen 7 Shah Alam....
Alhamdullillah (kurang asam je kan...siap bersyukur tu)...semua kanak2 takmo ikut ke Shah Alam...kecuali sarah...tapi tetaaappp kena tinggallll.
Sebab dia tengah memerut...sembelit dari pagi td. Mau meroyan satu shah alam karang kalau dia ter poo poo kat open house tuuu.....harap maklum...bau yg pasti terhebat akan dilancarkan bersama poo poo tu.

Kat mana tadi? Shah Alam?...
ooohhhh I likeeeee Shah Alammmm.....korang suker?
Rumah kedua nanti insyaallah kat area sana kot (phewwwwwwwww! tak salah mengidamkan..eh ehe...tak tak I tak peknen) Cekpen nak ada laman sikit nak tanam pokok buah katanya. Pastu dekat ngan masjid or surau (sejuk tinge aiii....)

Ehh telebey berangan ke nih..haloooo!!! wake-up...

Agak2 bila mampu duduk Shah Alam ada lagi dak kompleks ni??
Anyway since still full lg perut ni..i just makan satay je.
Bersempena keluar berdua-duaan aka dating. I cucuk2 pinggang cekpen sikit...."subang parade ye Yah...budak2 takde ni"...


Ni le subang parade yg di vangga-vanggakan
Tah kenapa I suker jek gi sini...seyes...banding KLCC ke PV ke MV ke Vavi ke...eh silap...i tetap suker Subang Parade...kampung kan...whatever la kan..janji happy.

Memang ada niat le kan datang sini. 2 taun lepas my Dior shade hilang kat sini. Masa tu bulan puasa, I gi anakonda kat sini survey baju raya...tu yg tak berkat tu kan...dah le puasa ber anakonda pulak...kan dah hilang spek. Semenjak tu i tak bershade tau....redho jek pakai yg seploh hengget ehhh..45hengget ..spek yg boleh lipat2 tu cap nannini gitu.
So tadi I pikir , I akan coba2 le mencari. Lepas round kat optical store kat ground floor tu...i tak tergamak nak menerai..sbb ghoper promoternye macam ala2 kerek gitu. Isk muka tak mesra alam...I takleh le. I orang biasa2 je...kang kot tak jadik beli kang...isk takmo bayang ghoper derang tu.
Pastu naik kat atas tu..yg selevel ngan Coca tu...jumpa kedai lagi satu...Pro Eyes.
Alhamdullilah ...promoter ghoper yg frenly2 gitu...tak de lah rasa cuak nak menerai.

Ni le kedainye..senang..google je kuar gambar.
Abih semua spek i terai...konon nak carik cap lain la.
Ada coach tp diskon 10% jek..isk..
Gucci 50%....tp tak bape seswaiiii...
Berangan gak nak nerai yg latest2 tu tp semua pesen besar ya ampuunnn.
Memang tak bleh lah...punah nak merasa cik gucci.
Cik MJ pun tak bleh blah ngan muka i.
Pastu Armani...Armani lg la ganas...isk
Last2 cik Dior jugak....hihik sukerrrr sgtttt... 2 taun u tak bermendung-mendungan di kala matahari tegak di kepala....phewww..akhirnye sampai ke tajuk ye....panjang gila mukadimah!
.
.
.
Nak tengok ke mendung buatan yg I beli tuuuuu?
.
.
.
Lenkali lah ye...sbb kuar2 Subang Parade tadi memang mendung betul pon..so tak dapek le I nak melaram.
*padahal pakai gak sampai ke rumah wakakakaka...cam vangang dah mendung bershade bagai*



Thursday, September 3, 2009

Maxi & Tunic Madness

Nampaknya masih belum hilang lagi addiction yg satu ini.

Selain dari kedai2 kat tepi blog ni, brochure2 yg sampai melalui snailmail pun boleh menggugat jiwa.
Sapa nak pegi Isetan angkat tangan! Nak kirim tunic kat atas ni. Cap avenue. *Gigihnya scan brochure lagi tu*

Ni maxi dari Missallysya. Cantik tak? Masalahnya yg di order minggu lepas lum sampai lagi. Lupa pulak order ngan sapa. Takkan nak order lagi satu..isk! isk!






Saturday, August 29, 2009

Ogawa Voucher

Dok klik2 iklan nuffnang yg baru ni ada Ogawa voucher. Tapi 4 barang je.
2 jenis eye massager, 1 thermometer and 1 vacumm cleaner.
Semua dah ada kat rumah. Tp vacuum cleaner kat rumah tu jenis yg mcm robot starwars R2D2.

Isk bagus benor ke vacuum ni sampai rega asal RM1999? Harga dgn voucher RM360. Perlukah?





Friday, August 28, 2009

Baju Warna Meriah dan Bag Purple Cantik

Santapan mata sebelum waktu berbuka ye.

Lokasi : Vincci IOI Mall (Padini concept store)
Harga : Paling tinggi pun RM129.90 (before less)
Diskaun: 20%


Baju bajan bawah ni dah cukup cantek lah dgn harga yg murah amat ni.

Lokasi : Tewah IOI Mall
Harga : Paling tinggi pun RM89.90
Material: Chiffon (confirm bukan lycra or spandex...i dah rasa2 jilat ^_^)


Dah tau mana nak carik baju kojer murah pasni... takyah nak rayau jauh2 dah. Depan rumah je ^_^....sukerrrrrrrr sgt!