Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Ceria Beraya di SDMC

No....bukan admitted dan beraya di SDMC, cuma hari ni Sarah ada blood test je. So pagi tadi lepas Mina pergi kindy, kitorang pun bersiaplah. Yg bestnya Sarah tukar baju je...taknak mandi. Mama malas nak spoil kan mood Sarah so apa-apalah..tak nak mandi takpe, yg penting tukar baju.

Sarah happy and soo cheeky hari ni. Macam-macam aksi dia. Tapi bila tiba masa nak ambil darah, terus kudut menikus..keh keh keh.








Ini jarang berlaku. Pakai kasut siap dengan stokin. Selalunya Sarah pakai stokin dalam rumah je. Bila keluar mesti taknak pakai lama. Hari ni, dia pakai sampai balik rumah. Kan bagus camtu. Kemas comel je anak mama pakai complete.











Keras tegak je Sarah bila nurse nak buat prosedur. Hi hi hi...takut le tu.


Esok jumpa Prof Lin. AFP result siap esok. Hopefully everything ok. Then nak tanya prof bila boleh cabut CVL tu. Sian Sarah kempunan nak berendam, berenang main air. Balik Pontian beraya tak dapat pun menyelam dalam pool Wak Amat. Nasib lah Mina pun ikut cakap mama tak mandi pool, kalau Mina terjun jugak, sian la Sarah menahan temptation.


Nak blog about raya tapi macam takde apa nak cerita. Bukan tak best....ok je raya kali ni, cuma gambar takde satu pun yg I snap, semua cekpen snap. So I don't have picca tu tell. Sebab kalau snap sendiri tu, storyline dah ada dalam kepala kan, bila takde mcm payah sikit nak susun cerita. Blog takde gambar a bit boring lah kan.

Bukan nak suruh orang baca cerita raya tu, but more utk kenangan diri sendiri. Raya 2011 from my perspektif not from others. Nantilah belek2 gambar yg cekpen snap. Mungkin ada yg boleh selit kat sini.


Ok...see uols in next entry..tata!

Sunday, October 3, 2010

Sisters re-united, jamban bergerak and Panic attacked!

Dapat panggilan jumaat malam sabtu, my kak long nak datang. Yeaaaa!!! Sukaaa!!!
Cuma ada sedikit masalah....cekpen dah konfem esok pagi sabtunya, kami sekeluarga gi beraya rumah pak ngah budak2 ni..aiyaakkk!

Walaupun berat hati, sebab i nak kak long stay lama kat my house, bukannya selalu derang datang kan, tapi terpaksa la derang move on to my sis house lagi sorang kat Kelang pagi sabtu tu jugak, cos dah janji ngan Pak ngah.

Harap my sis tak serik la and datang lagi to my house in the future :(.

Kitorang ni dah plan berkali2 nak pergi rumah dia asyik tak jadi jek :(...nampak nye tunggu akak dapat menantu le tahun depan...insyaallah kitorang akan stay kat sana.

Lepas beraya rumah Angah (abang cekpen), kami balik Puchong, tinggalkan cekpen kat rumah sebab dia ada training takraw, while me and the kids hop- on to our livina, and went straight to my sis house kat Kelang and re-united back with Kak Long...yeahhh!

Then kami 3 beradik perempuan ini, with our kids of course, heading to the famous-tempat-tragedi-pembunuhan-kak so.si.la.wa.ti , which is Banting, to meet our sister lagi sorang. I tak jumpa pun dia masa raya kat kampung sebab dia balik lambat.

Kami main redah je tak nak bagitau dia sebab takut derang terlebih-bagi-makan. Sebab base on previous experience, bila kami bgtau nak datang, makanan yg disediakan kadang kala cukup untuk buat kenduri walaupun kami datang berdua je. Tak makan banyak kang nampak macam tak hormat tuan rumah, nak makan banyak perut memang dah tak muat. Hahah, so kali ni diam-diam redah.

My sis kat Banting ni duduk dengan parents in-law, so nak lama-lama sangat pun segan. Borak-borak kejap je, then sempat jugak derang buat mee goreng tu, lepas makan balik le kami ni.

On the way back, Darwish and Mina dah tertido dalam kereta. Sarah je yg segar bugar and kejap2 gi belakang, kejap ke depan keta. Geram betul, tak tau nak duduk diam.

Lepas tu i dapat call yg customer kat drop center nak collect baju dah. I was late!! Normally i dah hantar baju kat drop center before 5pm, tapi semalam at 6.30pm i'm still at Kesas. So I promise them i'll be there before 7.30pm and tekan pedal la apa lagi.

Tetiba Sarah jerit dari belakang, "mother darwish bashahhh! "

I pun pusing tengok seat tu memang dah basah! Darwish dah ter -wet his pants and the car seat tu. Lepas tu boleh pulak dia beralih and duduk kat seat lagi satu...haiyoooo!!!! Ko ingat ni jamban kee.... Boleh imajin tak kencing budak umur 7 tahun??? Banjir hokeyyy!!!




Since i'm running late, i just bagi dia towel kecik sarah and ask him to sit on it. I know its too late sebab seat tu memang dah kena pun, damage is done! Nak marah pun takde mood.

Boleh pulak dengan seluar basah tu dia demand nak makan pizza and lasagna....mmg hangin le sebab i still need to pick up the laundry then send it to the drop center then go back home to clean and change his clothes.

Plus whenever the kids wants to eat out, father must be there la kan, he is the bankers. So sepanjang dalam kereta tu i tried to call cekpen tak dapat. Tak berangkat le pulak. At the same time nak kena explain kat darwish we need father, need to finish my work, need to change and all. Still he keep on nagging for pizza.....haihh!

Manage to reach home around 7.30pm and still no answer from cekpen...kids dah siap mandi.
Darwish sit beside me while i'm trying for hundreds time to call cekpen.

Then he slowly pop-out a one-in-a-million question, with a very sad and gloomy face,

" Is Father DEAD??"
I was shocked...terkaku....and all the possibility of accident, heart attack, any freak unthinkable tragedy come rushing into my head!!
PANIC!!!


Then terpikir, who should i call to ask his whereabouts? Omaigod....i seriously tak tau nak call sapa..i don't have his collegue numbers....

Walaupun i try to convince myself that he may just did not hear the phone ringing, or he might had left his phone on the training place or somebody snatch his bag.....but still i'm sooooooo worried. Plus darwish face tu memang buat i rasa nak pitam terus.

Lagipun kalau dia lambat selalunya dia akan call. Dan selalunya, kalau i keluar berjimba without him, dia akan call i just to know my whereabouts....so bila that does not happen, lagi la rasa risau dan pelik itu semakin kuat.

Try to ignore my freak-brains, i pergi mandi dan suruh darwish pegang telefon tu. Ok, seriously masa mandi tu, kepala dah pikir segala macam what if scenario.....it was scary ok to think about your life without your other half, your kids future and all....macam nak pengsan.

Then masa tengah bersiap, i terdengar bunyi pintu di buka, then suara budak2 ni

" FATHERRRRR!!!!"

Sungguh tak tergambar perasaan i time tu.......legaaaaaa!!!!! Well, ada la sedikit adegan airmata neng yatimah, but lepas tu semua ok....lepas tu kami semua ke Giant la sebab darwish nak pizza. Sms my maid, i akan lambat ambik dia from the laundry....waited the kids habis makan.

Ke-panik-kan lebih kurang 1 jam setengah itu sungguh memenatkan....nasib baik semua freaky thought itu ....hanya imaginasi sahaja......we live happily ever after





Tuesday, September 28, 2010

Kawan datang beraya

Kawan-kawan darwish datang beraya lepas main kat playground. Sempat la minum sirap sekejap. Budak tak pakai seluar tu sila abaikan.
Darwish orang datang beraya dia sibuk main game kat komputer...dgn ada sorang lagi kawan la.
Ni le group bebudak datang setelah sekian lama....yg last sekali dulu tak ingat raya tahun bila..punye la lama. I suka budak2 ni cuma ada sekali dulu derang datang masa kitorang betul2 baru sampai dari kampung...belum sempat nak duduk pun. So time tu cekpen bg duit raya kat pagar je..huhu...cian dan kejam.



Saturday, September 25, 2010

Definasi baru mandi sunat pagi raya

Kampung sapa yg tak hujan masa pagi 1 syawal aritu? Kampung kitorang memang hujan lepat eh..lebat dari pagi-pagi lagik. Masa tengah prepare breakfast kat dapur tetiba cekpen panggil.

cekpen : "mama pegi tengok anak mama buat apa kat depan"


Hmmm mandi sunat mandi hujan rupanya..elok le tu ada member sekali. Taiko pun ada sama melayan , syok le dia. Taiko ngan anak eh tu mmg selalu dah buat cenggitu. Darwish tak penah lagi. Nasib baik le tak demam ke hapa, elok je. Kalau mina n sarah kompem meleleh jek hidung pastu.

Adib tengah cebok ke?

Orang lain tak cukup mulut nak melantak ketupat, rendang, lauk pauk segala kan, tapi darwish maintain jek makan nasik goreng dari breakfast sampai ke dinner masa 1st day raya tu.....Lepas tu raya ke-dua dan ke-tiga breakfast nasik goreng jugak. Bayangkan ada hari yang i kena buat nasik goreng sehari 2 kali (banyak pulak tu) lepas tu dia belasah sensorang. Benda lain dia makan jugak le sikit. Lepas gian le tu sebab bulan puasa langsung tak ada menu nasi goreng utk dia, padahal sebelum puasa selang sehari breakfast nasi goreng.

Hari raya ke-empat, baru le dia makan benda lain.

Muka penuh keriangan....happy n mengaku dia puasa padahal...


Yang ni of course puasa.....puasa yang yok.



Yang ni puasa 29 hari full....yg 1 Ramadhan je kantol minum air pukul 4 petang... adalah 2,3 teguk kot.



Tuesday, September 21, 2010

Authentic Chicken, Ketupat, Lepat Story...eh and lemang oso.

Alahai..dah bau asyem dah entry ni duduk dalam draft mode. Gambar byk nak pilih, pastu nak matching ngan story line yg ada dalam kepala, pastu nak resizekan bg kecik. Kalau besar2 file tu karang sampai raya tahun depan pun tak habis upload lagi kan.



Anyway ni first time raya without my father sob sob! To make it more worse, mom pun kena stroke just 4 days away from 1 syawal. Luckily it was a minor attack. She can't move her right body for about 24 hours +-. By Wednesday, she can walk to the bathroom/ toilet by herself , assisted with tongkat of course. But her right hand still can't do much, can't hold anything or pakai kain batik properly. When i reach home and salam her....she cried :(



My mom is a non-believer for hospital treatment and no 'tukang urut' on duty during Ramadhan but my sis manage to bring her to a clinic nearby our kampung..ok lah at least she get some aspirin. Staying in a hospital in 1 Syawal pun doesn't sound really exciting isn't it.


Anyway, our family continue the Raya preparation as usual.....with some errors which my mom was 'membebel' during malam raya and pagi raya heheh! Sorry mak ;)


So how was your beef and chicken rendang prepared??? Ours was slaughtered fresh in our backyard one day before raya. Ayam kampung uolssss!!! Sedap banget kannnn. My brother got the beef portion i think as early as 1st week of ramadhan and few days before raya. Not only beef ok...there's 4 legs in the fridge too. Anyway none of us know how to cook the legs except mom. So it was still there in the fridge when i left kampung to beraya in Tampin..huhuhu.


You know the routine, slaughtered, take out all the inner organs, boiled with hot water for few second just to remove the bulus, remove all bulus, chop chop and wash till clean....we took about 3 hours to do all this...phewww!



I can make my own ketupat...how about you?

Ambik daun kelapa muda je tak pandai..gila ah nak panjat pokok kelapa sambil bawak parang.

My brother as tuan rumah sediakan semua tu. Kitorang sediakan kudrat je lah hehe.




My sis kena buat lagi sebab lepas abang kira2 kepala yg bakal balik beraya macam tak cukup so anyam lagi le jawabnya. Ada lagi satu yg kami wajib ada masa raya is LEPAT. My father punya faveret. But i takde ambik gambar pulak tsk...korang tau ke rupa lepat?

Ala macam orang yg pakai baju fit2 lepas tu nampak ketak2 kat pinggang...heheh just kidding ye..jangan ada yg terasa hahaha =P

Lepat guna daun kelapa muda , pulut, kelapa parut dgn garam je. Macam lemang tapi lemang guna santan. Rasa lain sikit la.


Mina is 99.9% nogori blood....lemang is her favourite!

In red shirt is my brother in law, the lemang master, from cutting the bamboo tree until the lemang was cut and served. Mina was so impatient and make her uncle to give her the 95% cook lemang. Well 95% sebab dah boleh makan dah cuma tak cukup masak lagi le.


Too hot to eat..hahaha kena tunggu jugak.
To be continued with "Mandi sunat Hari Raya"
Walopon dah berderet gambar dah upload bawah ni..takpelah delete balik. Sambung later2 lah ye.



Monday, September 20, 2010

Gambar Raya Family yg tak senonoh....

The one and only family picture taken.
Darwish takmau bergambar..thus muka yg sgt marah itu.
Mina and Sarah tought this is a game..thus can't sit still and look at the camera.
Luckily maktok sporting giving her best smile.



Thursday, August 26, 2010

Dapat mood raya bila

Mood untuk raya dah up sikit apabila
Abang Posmen hari ni bagi hadiah kat saya =P.