Sunday, October 3, 2010

Sisters re-united, jamban bergerak and Panic attacked!

Dapat panggilan jumaat malam sabtu, my kak long nak datang. Yeaaaa!!! Sukaaa!!!
Cuma ada sedikit masalah....cekpen dah konfem esok pagi sabtunya, kami sekeluarga gi beraya rumah pak ngah budak2 ni..aiyaakkk!

Walaupun berat hati, sebab i nak kak long stay lama kat my house, bukannya selalu derang datang kan, tapi terpaksa la derang move on to my sis house lagi sorang kat Kelang pagi sabtu tu jugak, cos dah janji ngan Pak ngah.

Harap my sis tak serik la and datang lagi to my house in the future :(.

Kitorang ni dah plan berkali2 nak pergi rumah dia asyik tak jadi jek :(...nampak nye tunggu akak dapat menantu le tahun depan...insyaallah kitorang akan stay kat sana.

Lepas beraya rumah Angah (abang cekpen), kami balik Puchong, tinggalkan cekpen kat rumah sebab dia ada training takraw, while me and the kids hop- on to our livina, and went straight to my sis house kat Kelang and re-united back with Kak Long...yeahhh!

Then kami 3 beradik perempuan ini, with our kids of course, heading to the famous-tempat-tragedi-pembunuhan-kak so.si.la.wa.ti , which is Banting, to meet our sister lagi sorang. I tak jumpa pun dia masa raya kat kampung sebab dia balik lambat.

Kami main redah je tak nak bagitau dia sebab takut derang terlebih-bagi-makan. Sebab base on previous experience, bila kami bgtau nak datang, makanan yg disediakan kadang kala cukup untuk buat kenduri walaupun kami datang berdua je. Tak makan banyak kang nampak macam tak hormat tuan rumah, nak makan banyak perut memang dah tak muat. Hahah, so kali ni diam-diam redah.

My sis kat Banting ni duduk dengan parents in-law, so nak lama-lama sangat pun segan. Borak-borak kejap je, then sempat jugak derang buat mee goreng tu, lepas makan balik le kami ni.

On the way back, Darwish and Mina dah tertido dalam kereta. Sarah je yg segar bugar and kejap2 gi belakang, kejap ke depan keta. Geram betul, tak tau nak duduk diam.

Lepas tu i dapat call yg customer kat drop center nak collect baju dah. I was late!! Normally i dah hantar baju kat drop center before 5pm, tapi semalam at 6.30pm i'm still at Kesas. So I promise them i'll be there before 7.30pm and tekan pedal la apa lagi.

Tetiba Sarah jerit dari belakang, "mother darwish bashahhh! "

I pun pusing tengok seat tu memang dah basah! Darwish dah ter -wet his pants and the car seat tu. Lepas tu boleh pulak dia beralih and duduk kat seat lagi satu...haiyoooo!!!! Ko ingat ni jamban kee.... Boleh imajin tak kencing budak umur 7 tahun??? Banjir hokeyyy!!!




Since i'm running late, i just bagi dia towel kecik sarah and ask him to sit on it. I know its too late sebab seat tu memang dah kena pun, damage is done! Nak marah pun takde mood.

Boleh pulak dengan seluar basah tu dia demand nak makan pizza and lasagna....mmg hangin le sebab i still need to pick up the laundry then send it to the drop center then go back home to clean and change his clothes.

Plus whenever the kids wants to eat out, father must be there la kan, he is the bankers. So sepanjang dalam kereta tu i tried to call cekpen tak dapat. Tak berangkat le pulak. At the same time nak kena explain kat darwish we need father, need to finish my work, need to change and all. Still he keep on nagging for pizza.....haihh!

Manage to reach home around 7.30pm and still no answer from cekpen...kids dah siap mandi.
Darwish sit beside me while i'm trying for hundreds time to call cekpen.

Then he slowly pop-out a one-in-a-million question, with a very sad and gloomy face,

" Is Father DEAD??"
I was shocked...terkaku....and all the possibility of accident, heart attack, any freak unthinkable tragedy come rushing into my head!!
PANIC!!!


Then terpikir, who should i call to ask his whereabouts? Omaigod....i seriously tak tau nak call sapa..i don't have his collegue numbers....

Walaupun i try to convince myself that he may just did not hear the phone ringing, or he might had left his phone on the training place or somebody snatch his bag.....but still i'm sooooooo worried. Plus darwish face tu memang buat i rasa nak pitam terus.

Lagipun kalau dia lambat selalunya dia akan call. Dan selalunya, kalau i keluar berjimba without him, dia akan call i just to know my whereabouts....so bila that does not happen, lagi la rasa risau dan pelik itu semakin kuat.

Try to ignore my freak-brains, i pergi mandi dan suruh darwish pegang telefon tu. Ok, seriously masa mandi tu, kepala dah pikir segala macam what if scenario.....it was scary ok to think about your life without your other half, your kids future and all....macam nak pengsan.

Then masa tengah bersiap, i terdengar bunyi pintu di buka, then suara budak2 ni

" FATHERRRRR!!!!"

Sungguh tak tergambar perasaan i time tu.......legaaaaaa!!!!! Well, ada la sedikit adegan airmata neng yatimah, but lepas tu semua ok....lepas tu kami semua ke Giant la sebab darwish nak pizza. Sms my maid, i akan lambat ambik dia from the laundry....waited the kids habis makan.

Ke-panik-kan lebih kurang 1 jam setengah itu sungguh memenatkan....nasib baik semua freaky thought itu ....hanya imaginasi sahaja......we live happily ever after





4 comments:

  1. en. abah pun camtu, kita ni risau gila kat dia, tp dia boleh cool, lambat jwb tpon, kengkdg tu dia ada miting, saja silentkan tpon...buat kita hilang semangat ja

    ReplyDelete
  2. mamasyaza - kan...mmg le kepala kita jadi mereng kadang.

    ReplyDelete
  3. kalau ada graf depicting my emotion masa baca entry ni, macam naik roller coaster tau!

    hihi...

    ReplyDelete
  4. esh - mmg. tang happy takpe...tang panik tu yg tak tahan.

    ReplyDelete