Monday, December 17, 2012

Sunday, December 16, 2012

There was a time Skyfall

There was a time, i have rows of GSC popcorn on my kitchen counter. 5 to 6 box of popcorn exactly as this picture. My sole purpose going to GSC at that time was to buy a box of pop corn for Sarah. From parking spot, straight to the elevator to go level 2, que to buy pop corn that paid the parking fee and went back home.

Hmmmm nostalgia, tengah tunggu nak tengok Skyfall sebenarnya, sambil tu makan popcorn. Tu yg teringat masa sarah kimo dulu. Dah basi dah citer james bond tu, panggung pun almost empty. Not too bad lah citer tu but takdelah spesel sangat. Part paling disukai, kemunculan q-master baru hehehe.

The latest geek. Messy hair, clip words, glasses....latest hotness define!

BMI

BMI changes in 3 weeks.


Tuesday, December 11, 2012

Sesi Kotak Merah

Cekpen melayan sarah ngan mina karok. Suasana lebih terkawal sbb cuma dua anak perempuan je yg sama2 join sesi ni. Anak lelaki seorang tu pergi mandi sungai. Jadi kurang sesi usik mengusik bercakaran tak tentu pasal membolehkan sesi karok tamat setelah hampir 3 jam. Selalunya 2 jam pun tak lepas.

Sementara mereka bertiga makan mikrofon, mama tolong makan buffet spread yg lazat2 tu. Ni antara yg sempat di snap. Yg tak sempat ada banyak lagi...Alhamdullilah derang kenyang menyanyi, mama kenyang makan.

Wednesday, November 21, 2012

Penang 17 Nov 2012 Photo Album

Sambungan cerita cuti2 sekolah. Sampai Penang around 11.30 kot, terus ke Queensbay mall. Cekpen nak collect race kit dia for the Penang Bridge half marathon. Budak2 memasing dah lapor, so makan je kat situ. Gi kat foodcourt je sebab sarah nak nasi ngan fish curry. Respek lah makanan food court ni sedap. Kalau Sarah boleh habiskan sepinggan nasi penuh dgn sekor ikan kari, mmg sah le sedap. Awish n Mina makan hot plate sizzling mee with some drama fr awish. Mama makan asam laksa yg cair sgt, tp rupa je buruk, rasa sangat le sedapnya.





Kali ni booking Gurney hotel lagi. Malangnya, service tetaplah hampas mcm masa first time dulu. Sampai pukul 2.15 camtu. dapat kunci pukul 5. Panas tak??? Pukul 2.45 camtu dah tak tahan dah sbb susah nak kawal budak2 ni yg boring menunggu kat lobi. So tinggalkan cekpen kat lobi, kitorang berempat gi mandi manda terus kat swimming pool. Bagusnye hotel ni facility dia mmg menepati citarasa, bilik luas dgn 2 king bed n bath tub cukup. Kids pool with slide dan byk game2 kat tepi pool tu, volleyball, basketball, dam haji, ping pong, futsal, snooker, dart semua ada. Gym pun kat tepi tu. Tapi lenkali mmg taknak dah duduk sini, horror lah menunggu berjam-jam nak check in. Takkan lah nasib tak baik kan kalau 2 kali terkena. Mmg konfem servis tak bagus. Siap suruh tunggu lagi sbb nak repair jacuzzi rosak katanya, peh. Tak payah lah ....tak pakai pun jacuzzi bagai tu, bebudak ni nak tido kat pool kalau boleh.
Lagi satu, ada pasir siap2 kat pool, so takyah susah2 gi pantai.  Nak buat sand castle kat sini je pun boleh. Tak penuh pun pool. Aman.








Berendam, menyelam, sliding, sampai pukul 6 petang. Pagi sambung lagi sampai pukul 11. Dah hangus dah memasing. Nampak gigi ngan bijik mata je dah.
 Oiiii.. control macho nampak.
Jalan kaki gi makan kat mamak tepi jalan pantai tu. Tapi mama tak makan kat situ sbb tak selera. Ada bau. Budak2 ni pun tak habis makan sbb ayam goreng tu tak cukup masak. First time makan tak habis sepanjang 3 hari makan luar ni. Selalu licin.
Menunggu ayam tandoori dan roti nan utk mama tapau bawak balik hotel. Ni restoren Kapitan kat belakang hotel. Sedap. Alhamdullillah. Kalau tak mmg makan maggie je jawabnye.
Sarah memula wat perangai sbb takde nasi n gulai ikan. Breakfast hotel nak oiii. Tu yg mama muncung je tu sbb penat layan kerenah budak ni. Nasib baik lepas mama dah satu round dia nak tengok apa yg ada dan agree utk makan nasi goreng.



Masa utk pulang ke pangkal jalan. Habis dah cuti2 kali ni. Kena tunggu end disember nanti utk short travel bercuti2 lagi. Sementara tu layanlah derang ni kat rumah sepanjang masa, kena byk sabar ni.

Tuesday, November 20, 2012

Lost World of Tambun 16 Nov 2012 Photo Album

Next stop, Lost world of Tambun.

Sampai around pukul 10 lebih sikit kot. Tak ramai sangat lagi. Beli tiket pun takyah que. Changing room bersih dan kering lagi. Budak2 ni memang dah excited tak sesabor nak terjun dalam air. Excited sampai lupa nak tinggalkan bunny n teddy dlm keta. Awish siap bawak sweater. Buat penuh locker je, sabor2. Cecepat tukar baju segala then bg derang bersuka ria dalam tu.
Mama jadi lifeguard je, takleh terjun sama. So mama tolong ambik2 gambar je lah.
Naik snail train ni around theme park tu. Awish tak minat dah train2 ni, lagi rela berendam sensorang kat dlm pool tu. Dapatlah tengok rimau sekor, gajah2 batu, tin mining err process, swan lake (sarah nak naik swan pedal boat tp mama taknak =P), lagi apa ye? Tak ambik gambar so tak ingat sgt le.
Lepas tu turun kat petting zoo. Adalah ayam, burung, err kucing, racoon, prairie dog, blue (rio macaw), nico (rio), kuda sekor, apa lagi ek?? Rabbit, ular.......errr......ikan.....itik...peacock....tu je kot.

Mama, mina and Sarah naik spinning boat nih. Kalau ikutkan Sarah tak cukup ketinggian tapi staff tu bg jugak masuk. Gambar ni awish tolong ambik. Nampak kepala mama je. Boleh tahan pening jugak le bila turun. 
Yang ni tak naik sbb konfem sarah tak lepas punya. So kita tengok aje lah.

Yang ni memula tak jadi naik sbb sarah tak lepas jugak. Since dia tak lepas dia tak bg mama n mina naik. Frust sangat sarah sbb tak dpt naik boat ni, asik2 ungkit nak jadi taller. So terpakalah mama n mina bersabar tunggu sarah lupa utk naik ni.

Bila sarah leka dalam pool, mina n mama senyap2 pergi balik kat boat tu. Mina nak sangat duduk yg hujung sekali so bglah kan. Sekali 2 kali swing mina dah tunduk tak angkat muka. Mina ketakutan. hahaha. Mama mula2 seronok bila boat tu turun, siap saje jerit2 lagi..adrenaline rush. Tapi dah 5 round tak berenti-renti mama pun tak larat nak jerit dah. Mamat depan pun tanya apsal tak habis2 lagi ni. Lamalah masing2 boring sbb lambat naa nak berenti. Agaknya sbb takde sangat orang que kot so staff tu biar boat ni swing lelama sikit....agaknyelah. 







Menyelam je keje derang nih. Tak habis2 tunjuk terror kat mama. Sarah lagi best ...siap boleh turn around 360 lagi dalam air. Renang berirama ke sarah? Derang ni taknak pool kanak2 yg ada slide bagai tu. Yg tunnel slide tinggi2 tu ( apa nama tah) pun taknak. River circling around kawasan ni pun derang taknak masuk. So memang habiskan masa kat pool ni je lah sampai pukul 6 petang...sampai tutup kolam le.
men-Dugong katanya.
Posing penutup.
Tido kat Lost World hotel malam tu. Tapi ada satu je king bed and satu day bed. So bersempit-sempitlah tido berempat atas katil. Awish tido kat daybed sensorang. Lenkali nak standby bawak toto lah dalam keta kalau gi cuti2 kat dalam mesia ni. Breakfast pulak hotel bg kat papparich bawah tu. hotel ni macam shop lot je sebenarnya tapi di redesign jadi hotel 3 tingkat by sunway prop. Nak cakap rega tak kena dgn rupa sebenornya. Rega sama je dgn century pines kat CH dan Gurney hotel penang tapi katil ciput, bath tub pun takde. Kalau ada toto mmg senanglah bentang sbb luas hall dia.
Dah kenyang breakfast, terus gerak ke Penang. Memasing pun masih penat, tambah pulak perut dah kenyang so apa lagi tido lah bertimpa-timpa kat belakang tu.