Best and fun. Itu summary short trip ke Melaka 12 dan 13 dec baru ni. Budak2 memang dah excited sangat mengira hari nak pergi Melaka dan balik kampung. Ye lah cuti dari 19/11 tapi manjang lepak kat rumah or pergi mall kan, mau tak boring gila. Awish lah paling untung backtoback enjoy sakan. Lepas mandi manda kat Langat tu on 10/12, then tidur rumah kazen, sampai rumah balik pagi 12/12 tu, just in time utk bertolak ke Melaka. Walaupun aku was-was jugak ni sebab maktok tak penah jalan2 macam ni (selalu sekejap2 je), but gamble bawak jugak. Saja test the water, see maktok ok or not.
Semua excited tengok ada badak besar dan zebra. Aku? hehe
Ni semua tengok sambil lalu je, sebab naik tram. Tak dapat nak tengok dekat2 lama2.
Nampak lizard/iguana ni menjerit-jerit le budak-budak ni. Ini je gambar yg larat di upload. Then banyak jugak binatang2 lain but takpelah, sebab sangat lah bongok upload semua jadi belak2, tensi aku. so sikit2 udah le.
Awish insisted nak naik tram. So kita naik tramlah. Maktok naik free, yg lain RM2 tak silap. Senang jugak sbb duduk aje tengok kiri kanan. Cuma limited view lah.
Last sekali bergambar di depan entrance sebagai kenang-kenangan. Maktok ikut laluan lain so tak masuk dalam ni hehehe.
Lepas tu kita teruskan perjalanan ke Bandar Melaka. eh nak cari lunch sebenarnya tapi tak reti. So sambil drive sambil google kat gps...tapi satu pun aku tak berani nak simply terjah ngan keta ni sbb takut sesat. Perut dah lapor......budak2 ni anytime turn into monster sat lagi. Maklum dah pukul 2ptg tp belum lunch. Sepanjang jalan dari zoo ke town, punyalah banyak traffic light kan, lepas tu keta pun banyak....so tahan jelah.
Tamak...gps dgn iphone sekali. Aku kalau cekpen takde mmg tak konpiden lah. Iphone tu aku display map hotel yg dari website derang. GPs tu ofcos lah tunjuk jalan kan. Tapi landmark2 mana ada kan, so kat web hotel tu ada bgtau landmark2 yg kena perati so konfiden sikit bila jumpa landmark maknanya betullah gps ni kan.
Bila nampak Stadthuys ni ...lega..dah dekat dah...tapi tetap lambat sebab jam, hujan, takde parking. Masa ni dekat pukul 3 dah, so aku check-in cecepat, parking then bawak derang jalan terus cari kedai makan. Eh tapi maktok kena gak naik bilik sbb nak terkucil. So yg lain tunggu je lam keta. Lepas tu baru sama2 jalan.
Lepas jalan less than 100m, aku perasan aku kat Jonkers walk. And ada satu je kedai ala cafe kat situ, lainnya kedai makan cina. Takkan nak pusing jalan lagi kan, penat weh..lapor lak tu. So tahan pakcik beca ni. Suh maktok naik dulu sbb nak tolak wheelchair kejap turun pavement jap naik pavement, payah jugak kan. Tapi awish tak puas hati, terus sentap sbb dia pun nak naik beca. Yelah perut dia pun lapor so angin dia kurang elok lah. Tak dan nak tunggu aku cari beca lagi satu, terus amuk je kat situ..eiii geram tau. Langsung tunjuk perasaan, maka dapatlah sikit2 'nasihat fizikal' kat tepi jalan tu.
Lepas tu dapat beca lagi satu. Awish muka lepas kena 'nasihat'. Paksa dia senyum =B.
Eh sambung next entry lah...aktiviti melaka ni. Nak kena bersiap gi sdmc, follow up sarah pagi ni.
Kot2 lepas ni upload gambar lagi laju ke kan...ni semput je upload, hilang semangat.
bye....
No comments:
Post a Comment