Seronok dapat balik kampung. Seronok tengok rabbit2 yg maktok dok citer kat kitorang masa kat Puchong. Rupanya rabbit dah beranak second round sepanjang peninggalan maktok ke rumah kita.
Cute sangat rabbit2 ni. Baru umur sebulan lebih. Ni kira yg survive sbb ada adik badik rabbit yg dimakan tikus masa baru lahir. Yg brown atas ni nama dia 'Tupai' sbb warna bulu yg sama ngan tupai le. Lembut sangat, geram je Sarah tu kan, siap cencium lagi...euwwww. Lebih seronok sbb dapat main dgn kakak Limah, yg namanya disebut2 Sarah selalu kat Puchong ni. Akhirnya dapat lepas rindu kat kakak Liman kan Sarah kan.
Pagi esoknya, aktiviti kemaskan bilik maktok. Dah sebulan lebih tinggal kan so mmg berhabuk bersawanglah. Sambil tu spring clean area dressing table tu sbb ada byk ubat batuk expired, minyak2 apa tah yg arwah paktok guna dulu. Then jumpa barang2 kepunyaan arwah paktok ni.
Simpan balik elok2 dalam drawer.....kenangan :(
Lepas tu, kitorang jalan-jalan carik slurpy. Mina punya permintaan le sapa lagi kan. So masing2 dapat sorang satu. Jauh 7-11 tau...paling dekat kat Benut. ..pun dekat 15-20 minit dari kampung. Lagipun memang nak kena pergi beli extension cable mesin basuh maktok yg rosak. Dah nak naik angin gak le mulanya sbb ada je benda yg bibik guna rosak, nasib baik bila pomen datang cek mesin ok sebenornya. Kalau tak kena carikkan maktok mesin baru le.
Petang tu kita gi rumah Wak Amat. Bawak baju siap2 sebab nak mandi kolam and nak tidur situ tunggu dorian gugur. Sarah memang melompatlah nampak dorian Wak Amat dah simpan banyak utk dia. Nasiblah ada budak kecik ni nak join mama club makan dorian. Awish n Mina tak suka dorian, busuk katanya. Masa sampai air kolam tengah isi, Wak siti busy sebenarnya hari tu sbb ada ramai tetamu datang lunch. Tetamu adalah geng wak Amat tembak monkeys. Monkeys yg byk but maybe dah takde hutan sangat, so invades kebun2 orang kampung utk cari food. Lepas seround mandi kolam, makan dorian, Sarah pengsan....kenyang dan letih agaknya.
Lepas dinner, tengok tv then masing2 bergelimpang tido kat dapur ni. Rumah wak bukan main besar tapi nak jugak tido kat sini. Takpelah, kita temankan maktok tu kan.Maktok makan 2,3 ulas je dorian, tapi tido kepanasan malam tu. Siap gi mandi pukul 2 pagi tak silap. Maktok jugak tak berapa selera nak makan dah time ni dan sukar ke toilet.
Next morning tengok Wak Amat kutip dorian yg gugur malam tu. Walopon pokok dorian tak banyak, dalam 6,7 pokok je, tapi buahnya cukup banyak utk semua orang merasa. Malah banyak jugak yg over-masak sbb tak sempat nak makan. Yg tu wak bukak then buat lempuk. Wak bg satu bekas utk kita bawak balik. Dapat jugak bawak balik 2 plastik durian yg dan kupas.
Dari malam tu Sarah mintak makan lauk daging. Pagi tu buat muka tak malu le tanya wak ada daging tak sbb nak masakkan utk Sarah. Wak pun apa lagi, bukak 'peti ajaib' tengok ada daging tak. Punggah punya punggah, sekali jumpa stok sate daging raya ...wahhhh banyak jugak tu. Dah le sate wak Amat ni yg terbaik sekali, memang rezeki Sarah la, mintak daging dapat sate terus..hehehe. Wak pun siapkan tempat utk bakar sate semua tu. Lepas sate defrost terus lah kita bakar...kejap je sbb daging dah perap lama gila kan, dah lembut. Walopon dah berbulan dalam freezer, rasa tetap manis dan sedap sangat..thank you Wak!
So pagi tu, round kedua masuk kolam, sambil meratah sate dan dorian. Memang seronok lah budak2 ni. Bibik tu tak makan dorian, tapi kena juga suapkan Sarah dorian hahaha. Sebab Sarah makan dorian taknak pegang sendiri. Tengah mandi2 camtu, tetiba tepon wak bunyi. Rupanya nenek Rubiah or Bik Ru meninggal pagi tu pukul 10. Bik Ru ni adik bapak or paktok. Bik Ru dah few years sakit kencing manis and kidney failure yg dah kronik. Innalillah. Kita pun cepat2 bersiap balik rumah maktok, sebab maktok nak gi ziarah.Petang tu, gi kedai AhTee, beli eskrim dgn beras Tamaki utk Sarah. Dah tua dah Ahtee, dah kedut2 dah. Tu sekolah rendah kitorang kat kampung ni.
Esok pagi, Mina sakit perut guling2. Muntah tidak cirit pun tidak. Tak sempat nak bersihkan bilik Makcik Ani sampai habis. Kemas lebih kurang then bawa Mina gi Klinik Kesihatan Ayer Baloi. Tak ramai orang. Sampai je klinik Mina nak berry, hah keluar le toksik2 yg buat dia sakit perut tu. Terus lega. Tapi tunggu juga le jumpa pegawai kesihatan tu and ambik ubat. Sakit perut sebab makan kerang rebus malam tu kot. Nasib baik Sarah takde apa2, sbb Sarah makan kerang lagiiii banyak banding Mina.
Sabtu, pergi wedding Ina ni. Bawak mina sorang je sbb kalau semua ikut sangat takut kecoh2 pulak. Cantik pengantin purple ni . Tahniah Ina. Semoga bahagia ke anak cucu. :)
Sunday morning, lepas breakfast, kita sesiap utk balik Puchong. Rindu kat ayah aka cekpen. Rindu rumah sendiri, rindu totis. Singgah dulu rumah Wak Amat ambik dorians. Maklumlah Sarah kan pencinta dorian, ayah pun sama, so kena bawak stok yg cukup utk derang. Ada beras 2 kampit tu 20kg. Ada rambutan satu kampit beras 10kg. Ada 2 bungkus dorian yg dah kupas. Bau toksah citer lah....pewangi dorian le hari tu. Sampai hari ni pun bau dorian tak hilang lagi, walopon dah di'ambipur'kan.
On the way back singgah restoren jejantas Air Keroh. Kita makan kat fav spot ni. Never fail to seat here kalau singgah. Masa ni makcik mini and Adib on the way back to Pontian. Kita berselisih 5 minit kot, kita dah keluar rnr, derang sampai rnr. Takpe next time kita jumpa lagi. Hopefully makcik n adib balik ni, sikit sebanyak dapat naikkan semangat maktok. Hopefully maktok tak terus tenggelam dalam 'dunia' dia. Hopefully maktok cepat sihat dan tersenyum macam biasa...Amiinnnn
since dah jumpa blog ni hari hari plak nak jenguk yer :)
ReplyDeletebestnya balik kampung siap ada swimming pool tu, kewl habiskan..and suka tgk anak-anak you happy sangat..esp sarah. she looks so sihat!
Mamalisa sila2 jenguk sini, i yg malu sbb kadang tah apa2 merapu kat blog ni, kadang tu rasa sendiri tulis sendiri baca hehe =B
ReplyDeleteSalam kenal...
ReplyDeleteBestnya dapat balik kampung...durian kampung best kan?
Salam fiezachomel- durian kampung mmg best. Isi tak tebal sgt so kurang mua, bolehlah makan byk2 :). Thanks for dropping by :).
ReplyDeletegambar saya ada.. suke2x.. :P
ReplyDeleteIna - of cos lah ada. Part of event balik kg tu. :D
ReplyDelete