Wednesday, July 31, 2013

Day 19 Ramadhan 1434H Hutan Terbakar Panggil Bomba- Bomba tak datang berlumba

Hari ahad keadaan kat rumah ni ala montaj je. Slow je sebab pagi tu pukul 9 all 3 of them pergi mengaji. Sarah i suruh pergi jugak sbb weekdays kan dia tak dapat pergi sbb takde transport. Then pukul 10 balik, pukul 11 awish gi tusyen pulak sampai 12.30. I tak ikut cekpen hantar sana sini, i duk umah mengerjakan perca kain nak buat maternity pillow tu. 

Dah lepas zohor camtu i tanya memasing nak berbuka apa hari ni semua blurrr je. Last2 tu awish cakap nak ikan 3 rasa......lagi?? I macam alahai, dah repeat 3 kali dah sepanjang bulan puasa ni, boring le pulak. Nak berbuka kat malls mcm malas jugak. Last2 cekpen suggest berbuka kat giant foodcourt je, sbb i kena beli stok ayam utk minggu ni. Lepas bersungut-sungut tu awish agree, dgn syarat sahur kena masak ikan 3 rasa utk dia. Iyelahhh 3 rasa pun 3 rasa laahhhh.
Since sabtu dah terlebih2 kenyang, i just order assam laksa, cekpen makan bakso (takde dlm gambar), mina makan sizzling mee (lagi!), awish makan nasi goreng thai dgn sizzling mee (kuuusss semangat anak mama sorang ni)  then sarah makan her feveret nasi ayam. ABC share2 sbb tak larat nak habiskan sorang.  Simple je, tapi food kat sini kira sedap jugaklah, so puas makan. 

Lepas makan, solat semua cecepat gi masuk supermarket beli barang2 yg perlu n bergegas balik. Dekat2 pukul 9 masa tu. Bila dah sampai area kilang2 dekat rumah ni, i ternampak api kat bukit belakang rumah kitorang. Bukit tu is reserverd forest puchong ayer hitam n UPM.

Cekpen tak sempat nak tengok sbb terlindung. So bila makin dekat tu, dia pun nampak apa yg i nampak.
Ngeri okay sbb memang nampak api menjulang-julang. Masa tu api paling dekat is bersebelahan dengan apartment yg next to the double storey houses. Then ada 2 row of the double storey yg memang akan direct contact lah dgn api tu sbb the corner lot memang just dipisahkan dgn wire fencing je. Our house is two rows from the last row tu. Still if one of the houses cought in fire, rumah yg lain pun boleh ucap selamat tinggal lah kan. Tau je lah api kalau dah besar memang berapa minit je boleh habiskan kawasan tu kan.

Lepas 'isya, cekpen pergi tengok lagi. Dia overheard frantic call from our nebor yg rumahnye kat row paling bahaya tu. "ni macam mana ni? bila u ol boleh datang? Dah berapa puluh kali kita call takde sapa datang lagi ni. Ni api dah less than 20 meter ni.....kitorang perlu tinggalkan rumah ke??"

Masa tu api lagiiiiii dekat dah. Yg kat apartment u memang tinggal gap longkang dgn tanah tar less than 10 meter je dari building. Masa tu lah baru dengar siren bomba. Phewww...alhamdulillah. Bersorak semua orang. Memang terasa 'kesuperheroan' bomba time tu, walopon bebetul last minit baru derang sampai. Bomba cecepat lah cuba kawal api tu.

Tak lama tu another 2 more datang. Then ada satu unit keselamatan awam (sumthing like that), 6 anggota bawak lampu suluh, pergi another side and tebang some pokok2 utk buat border stopkan api tu sbb yg tu pun dah dekat dengan another row of the double storey house. Then derang panjat bukit yg belum terjejas and buat surveillance kot. Tengok api ke arah mana agaknya. 

Lama ok. Pukul 11 lebih tak setel lagi. Tu yg kat area rumah kitorang. Yg kat atas puncak bukit nun, masih menyala-nyala lagi. Cekpen sambil2 tu borak dgn another nebor. According to him, petang tu memang api dah marak dekat the other side of the bukit, yg tu boleh nampak dari Bayan Hill Homes (puchong jaya). Bomba ada kat sana. Masa kitorang nak ke giant tu pun, kitorang bertembung dgn satu truck bomba jugak menghala ke bandar kinrara 6.  Maybe yg border bandar kinrara dgn hutan tu pun dah kena.

Come to think of it, actually banyak kawasan perumahan surrounding the reserved forest. So nasib lah api tu menghala ke rumah sapa. Taman wawasan pusat bandar puchong, bandar puteri.....tsk banyak lagi. And petang tu sebenarnya bomba dah datang survey kawasan kitorang, masa tu api still jauh lagi. Then bomba kata tak boleh buat apa2, lepas tu derang blah. Boleh gitu???

And malam tu, IF bomba lambat sikit, tak sure lah apa nasib kitorang semua. Kalau takat guna baldi dgn paip tu boleh ke padam api besar camtu?? Malam tu cekpen suruh i pack all important document....just in case bomba suruh kitorang evacuate. Panik jugak lah kan.

The next morning, masa cekpen nak hantar me and sarah pergi SDMC, kitorang pusing belakang. Asap tebal nampak yg kat puncak je... api tak nampak dah. Then petang tu cekpen dapat citer, actually pukul 2 pagi baru bomba dapat betul2 kawal api tu. Then isnin tengahari ada hujan lebat turun sekejap. Agaknya dapatlah padamkan lebih bara2 yg tinggal kat forest floor tu. 

Ingatkan kat indonesia je bakar2 ni, rupanya belakang rumah kitorang pun kena. Punca kebakaran tak pastilah. 



No comments:

Post a Comment