Saturday, July 13, 2013

Day 4 Ramadhan1434H

Kemaruk nampaknyeeee. Pagi sabtu pun nak hapdate belog nih. Boring lah weh boring....takleh makan kan nak buat apa lagi. Budak2 ada sekolah ganti hari ni, pagi petang pulak tu. Tapi cekpen kata petang takyah lah gi sbb kesian, dah le puasa kan nak kena sekolah 6 hari full day minggu ni. So ponteng le jawabnye petang ni. Takdelah soping2 lagi jawabnye hari ni. Esok pagi ada mengaji dgn tusyen lagi, adoiiii sabor je lah.

Cekpen tu pun bawak balik homework kemain tebal lagi tu nak kena buat. Sambil melayan sarah dok berjoget menggeliat-liat macam ulat nangka ni. Boring-boring. Nak gunting kain pun kena tunggu bibik siap kemas kat atas nun. Nak buat 5s pun mcm dah takde apa yg nak di sisihkan. Nak mengecat tak larat, karang tangan malfucntion lagi. Apa lagi boleh buat?? Berangan? Letih berangan dah.

Jadi marilah hapdate blog, dapatlah buang masa barang 15 minit. Apa nak citer memula ??? Haaaa, pasal beranak. Si vivy dah bersalin kan, cute betul anak dia sama mcm maknye. Mak comel anak pun comel ye dak. My real life friend pun ada sorang bersalin masa hari pertama ke kedua puasa baru ni. Si laki hapdate status kat fb tgh in labor, sampai lah ni tak bgtau apa cer nye lagi. Isk. So ada lagi few blogger yg tgh berderet2 tunggu turn nak meletop sampai ujung tahun ni kan. In real world, anak buah i ada 3 orang, then my best fren sekampung ada sorang, mak sarah punye art class mate sorang. Ramai kan.

Memasing pun gigih berpuasa walopon tgh memboyot. I semalam lewat2 petang tu agak lemah jugaklah. Last2 cepat2 siapkan air dan lauk before 7. Then gi baring sementara menunggu azan. Semalam panas lebih sikit kot, so maybe a bit dehydrated banding 2 hari sebelum tu, tu yg lemah tu. Pastu lepas buka semalam timbang berat badan, uihhhh turun lagiiii. Dah le next week check-up, i ingat boleh menten le sbb memalam mmg paksa diri mengunyah sikit2 tapi tak berjaya nampaknye.

Sebelum hari sabtu lepas my weight around 54.6kg. Lepas puasa sehari, tinggal 53.6kg. Semalam lepas berbuka puasa hari ketiga tinggal 53.1kg. Dai larr laik dis. Harap2 baby tetap membesar mcm biasa, yg turun tu hopefully only my own weight or mungkin sbb hilang air banyak ke kan. Dah le kalsium gummies dah 2 hari habis, takde jual pulak tu kat farmasi, yg ada yg jenis pil tu, uweekkk tak suker. 17 julai ni mesti mintak kat dokter.
Ni bubur lambuk dari Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara. Awish lah beriya-iya suh singgah masjid sbb nak ambik bubur lambuk, peer pressure sbb kenkawan sibuk bercerita. Tapi kan, memang sedapppp sangat bubur lambuk ni. So far, inilah bubur lambuk yg paling menepati selera. Tahun2 sebelum ni tak pernah gi ambik so tak tau le. Ingatkan yg pakcik kat bazar bk5 tu dah yg paling sodap heheh. Tapi kan, awish sudahnye tak makan pun, dia rasa icip2 sikit je, pastu taknak sbb ada rasa rempah2 sikit kan. Sabor je lah. Lepas tu lagi nak tamak nak ambikkan utk mama, mina, ayah sebungkus sorang. Tsk. I cakap tak payah le, satu bungkus kita share 3 orang dah cukup, bukan kitorang boleh habiskan sebungkus sorang. Sedap macam mana pun weols makan mmg tak banyak. So sebungkus tu i akan bahagikan 3 mangkuk kecik tu. Satu utk mina, satu i share dgn cekpen. Satu lagi tu spare if lewat2 malam mina or cekpen nak makan. Cukup je sebungkus. Takyah tetamak nak amik lebih kan.
Semalam, i buat pecal. Hari khamis i terjumpa kuah pecal instant kat pasar tani, so belilah sepeket nak try test kan. Beli sekali pucuk ubi, bahan lain dah ada dlm fridge dah so senang. Dalam peket tu kering je, so kena tambah air, serai and lengkuas. Tapi i tweak sikit tambah cili api 7 biji dgn cekur. Nak pedas n lagi wangi. Memula tak mix up well pun tau, so i tuang dalam blender and blend kejap. Barulah jadi pekat. Rasa dia nyum nyum...sedap. So boleh beli lagi len kali. Lupa pulak nak ambik gambor peket rempah pecal tu. hehe.

Lauk berbuka semalam, awish mintak ikan bawal kicap, mina nak ayam goreng kunyit, sarah nak apam beras eno tu (mcm le puasa dia ni demand2), then i potong tembikai. Itu je very d simple sbb dah ada pecal kan tak payah le nak sayur lain. Apam tu nasib le jadik sbb i tersilap satu step. I terbubuh eno tu awal2 lagi, patutnye bubuh masa dah perap 3,4 jam kan. heheh, maklumlah jarang2 buat, tak ingat. Tengok resepi lebih kurang je mcm terror, nasib baik boleh di makan.
Sahur i cuma goreng ikan selar makan panas2. Yg lain2 tu left over sebelum ni punya. Nak kena perabiskan tak baik membazir, so makan lah apa yg ada. Terkulat2 anak2 pagi tadi tengok lauk2 ni aje hahahah. Nasiblah, mama letih nak bersilat kat dapur, so kena light2 je. Nanti lenkali mama dah bertenaga balik, mama buatlah lauk2 kesukaan korang.


No comments:

Post a Comment