Saturday, July 20, 2013

Day 10 Ramadhan 1434H Accident Happen

That's my car. The only word that can calm me down is FATE. Fate that i had an accident AGAIN for the 3rd time since i get my license back in 1999. And this is the worse so far because there's a victim involved. :(

Macam mana nak start ye? Camnilah, start dari 12jam sebelum kejadian. 

Khamis malam jumaat tu, i kena cramp kat betis kanan. Kat area belakang lutut tu kan. So pagi tu walopon tak berapa selesa nak guna kaki disebabkan kesan cramp dan jugak veriscose vein web berdenyut2 tu still i buat keje2 macam biasa. Tapi lepas balik hantar sarah to kindy, rasa lain mcm jek dari pelvis ke hujung jari kaki kanan tu. Kebas2 lenguh dan sejuk je kaki. So sms cekpen bgtau the condition. Then around pukul 11.40camtu cekpen call kata dia bebetul ambik cuti (he told his boss the day before that the boss must see him immediately because dia cuti on friday). So since i was about to go out to pick up sarah, i pun cancel lah, and let him pick her up. 

Semua ok...sampailah 1.30pm, lepas cekpen bawak awish gi semayang jumaat. Memula cekpen fikir nak balik semula lps solat, then hantar mina and sarah. But i cakap takpelah i still can drive, kejap je tak jauh pun. Then Mina get ready awal gila nak gi sekolah agama. Terus suruh i hantar time tu jugak. I cakap tak boleh pergi awal sangat, bahaya, tak tau sapa yg ada kat sekolah semua tu kan. 

So she sulk and wait. Tepat pukul 2 terus bangun and she said "now mother". i pun malas nak bertekak dgn dia, ajak sarah sekali sbb dia mengaji pukul 3 kan, sambil tu plan utk drive pelan2 to kill off time. Dalam kereta mina start menangis, bila i explain lagi sekali kenapa tak boleh awal sangat pergi sekolah, dia kata dia faham. Tapi still tak berhenti menangis. I pun amik kesempatan, saja berenti tepi jalan, told her that kalau dia tak berhenti menangis i akan tunggu je kat tepi tu. Saje je buang masa. Sambil tu fikir, bukan boleh cuai ni, anything can happen, ramai je orang saiko skrg ni tak kira kat mana pun, even kat tempat yg kita fikir selamat. And tergerak jugak kat hati ni, kenapa mina hari ni buat perangai macam ni, tak pernah2 pun sebelum ni. So my instinct told me MAYBE something 'bad' is going to happen. I pun macam try nak avoid this so call hunch by dragging time so that i would be at my usual schedule. Taknak be at the wrong place at the wrong time.

Sampai sekolah, dah nampak budak start sampai lah. Mina pulak, out of the blue suruh i drop her kat back entrance, selalu i drop her kat front gate. Still tak sedap hati, i tunggu dia masuk gate and sampai kat building sekolah. Kat luar pagar tu ramai orang baru balik semayang jumaat lah sebab dekat dgn masjid. Lepas tu i drive slowly, sanggup beratur kat traffic light lepas masjid tu walhal boleh je lalu kat route lain sbb saje nak buang masa, masa tu baru pukul 2.10 jam kat ipon ni. Dekat kan, slow mcm mana pun takde beza sgt. Tunggu baper kali tah lampu hijau, last2 sampai kat area perumahan sarah mengaji tu.

Dah kat area tu i lagi slowlah sbb selalunya i hantar sarah after 2.30, itupun rasa bersalah sbb i bayar utk mengaji je, bukan daycare kan, tapi sarah salu sampai 20 to 25 minit earlier. Ada sorang budak sekolah agama naik basikal pakai tight pink. I relax je, pusing masuk lorong taska sarah mengaji tu, jumpa balik budak naik basikal ni. I pun macam biasa makin slow sbb kiri kanan rumah orang, lorong tu sempit (tapi still main road lah), anytime akan ada budak meluru keluar. dah selalu nampak kan so kita pun anticipate. Dan selalu jugak lah teenagers naik motor tak pakai helmet merempit time2 ni, but selalunya derang boleh tahan expert menciluk2 or mengelak keta kita.

Lepas i bypass budak sekolah in pink tight tu, i akan lalu kat area yg kiri kanannye adalah lorong it between rows of houses tu. So since memang dah slow, i taklah berenti kan sbb i kan in the main road. Then sambil layan sarah bercakap2, i tengok sekali imbas macam takde  motor or anything moving kat lorong tu. 

Suddenly i  rasa impact and something rolling at my side. I terkejut and thinking that i might hit budak sekolah. I cuma boleh cakap Ya Allah n stop the car. Sarah tanya i "whats that mother?" I told her i dunno sambil nak keluar kereta. I stop a few feet away je, sarah was not even jolt (she's not wearing seat belt, i know i;m a bad mother), she was as i recalled still sitting as she is and look puzzled.

Then there was, the victim lying at the corner of the house right next to the alley, holding his head/helmet, mengerang kesakitan, motor ada kat sebelah dia. Just a few step je belakang my car. I go to him, but couldn't say a word except Ya Allah. Saw a little blood on his lips. Few second later, the neighbours came out and start shouting. I tak dengar sangat dah masa tu, but i think ada yg tanya what happen, and i said i tak tau. Then suddenly came a lady, raising her voice and she says " Dah tau dekat simpang kenapa bawak laju!" , I went to defensive mode lah and told her i definitely not speeding. I leave her at that and try to focus on my situation at hand.

A guys suggested to bring the victim to the hospital, i immediately say ok and open up my car door. The victim manage to say "SDMC", so i said ok, i'll bring him there. I saw there's SIME DARBY words stitch at his shirt and thinking maybe its his panel hospital. Tak kisahlah janji hospital kan, and pray hard i don't have to experience rejection once we are there because its private and 'no medical card no treatment policy', i don't think i can survive that.

While the guys trying to place him safely back there, i remember cekpen most probably dah ada kat rumah. So i called him despite feeling guilty sbb i tau dia nak qada tidur yg dah berapa malam tak cukup sbb kena buat paperworks. I told him briefly what happen and i want to meet him at the nearest shell station on my way to hospital. At the same time the guy there told me that we are in front of the victim house and ask me if i want to meet up with his family dulu, to say sorry ke. Lepas i letak my phone call, i quickly think whats important.........and decided getting a fast treatment for the victim is  way better sebelum jadi lagi teruk. I fikir i can apologize later once everything settle at the hospital and once i get my head straight.

Luck on my side, on the way keluar dari area tu, kat jalan yg lead to our house i dah nampak kereta cekpen. So kitorang berenti kat tepi yg selamat sikit and i mintak dia drive my car and i drive his car. I'm still shaking lah of cos kan but i want to make sure he get to the hospital too.

Now luck dah habis at that. Depan Sunway pyramid to subang jaya round about adalah tersangat jam. Not moving. We are not ambulance so how???? After stuck for i don't know how long, cekpen getting out of the lane and heading towards npe ke shah alam/glenmarie exit. I  ikut je belakang dia walopon tertinggal but i can see his plan. 

I saw him heading back towards subang parade. After few more minutes kitorang sampai SDMC. Cekpen terus ke emergency drop off. I went to park my car kat basement. Masa tu i terfikir "wow, minggu ni banyak nye i pergi hospital". Isnin n selasa kan sarah ada follow up dgn prof lin kan. Then rabu i pergi for my monthly check up kat sunmed. Then jumaat i pergi sdmc lagi bcos of the accident.

Then i pun jalan dgn sarah utk ke emergency, nampak nurses tgh try bawak keluar victim from my car. He can't sit or walk on his own. So sambil tu i tengok the damage to my car and again told cekpen i think he hit my car from the side bila cekpen tanya lagi apa yg terjadi. Masa tu i cuma nampak my side mirror yg dah terkulai layu tu. I tought cuma that side mirror and my crack wind screen je lah. But rupanya kat bumper depan pun kemek. That's puzzled me. I tak nampak pun the motor from in front masa kejadian tu. Seriously.

Lepas tu cekpen dah park my car properly, while waiting for more information and maybe the hospital nak tanya apa2 kat kitorang kan, duduklah kat emergency waiting area tu. Masa tu lah i break down bila i cerita balik the whole incident to cekpen starting from mina throw tantrum. I knew something was up dah masa tu. I was trying my best to prolong the super short journey selewat-lewatnya but still lalu that road much earlier than usual. What more can i say. i drive very slow dah. I betul2 tak nampak pun motor tu. Masa ni i fikir maybe dia keluar dari pagar rumah dia thats why i tak nampak sbb most probably my view was block by the A pillar of my car because of his position angle.

Lepas jawab some question from the hospital attendant, kitorang balik ke bandar kinrara utk buat report lah. Masa tu dah pukul 4 ptg dah. Tunggu turn, jawab soal siasat semua dah pukul 6. Cekpen dah balik dah masa ni sbb nak pick up mina n awish from sekolah agama kan. I pesan kat dia belilah apa2 food utk buka puasa sbb tak sure i sempat masak or if i'm capable of holding a spatula after all this ordeal. 

The officer nak pergi kat tempat kejadian sbb accident dgn motor ni dia kata, kalau ada kecederaan mcm retak or patah will fall under certain category. I pun bawaklah dia dgn cermin retak n side mirror terkulai tu. Scary ok. I could meet another accident bcos of my car condition ni. Plus nervous ada polis at my co-pilot seat. i tak tanya lebih lanjut apa kategori yg dia maksudkan tu. I had enough already, another fatal information would not do any good to me. I'm scared.

I told the officer that its not a bloody scene, but surely the victim was in a lot of pain. But i also told him that i'm worried what the impact might do to the victim sbb he doesn't look young. Selalunya orang yg dah berumur ni lagilah senang nak patah ke retak ke even just jatuh terjelepuk je pun kan. And when i leave the hospital, the victim was on his way for x-ray. 

Sampai kat scene tu, ada kereta dah park depan rumah tu. Officer tu bg salam (nama officer tu Rolan, cakap slang sabah n bagi salam....erkkkk), tuan rumah lelaki rambut beruban sikit keluar and talk to the officer tu. Then surprise2.....thats not the victim house. The victim house was kat row belakang alley tu. Rumah mangsa pun lot tepi, tepi alley tu jugak. Oh my my my.......panic. Then motor tu dah takde kat situ sbb abang mangsa dah masukkan kat rumah dia. Officer bgtau i dia nak pergi rumah mangsa utk ambik gambar motor. I pun bawak le keta ke sana while he just walk there. Sambil berjalan tu i overheard their conversation, the victim tu adalah imam surau kat situ. Alahai lagilah i rasa tak sedap, somemore dia punya komen is tak taulah sapa nak imamkan terawih malam tu. T______T. 

Sampai sana dia tengah ambik gambar n i jawab tepon cos cekpen call. I letak tepon officer sampai kat keta n said he was done. Nobody was in the house walopon gate tak kunci. Semua pergi hospital lah rasanya kan. I pun hantar the officer balik ke balai. I tanya teruk ke motor tu. Then he said, taklah teruk sangat sbb handle je senget sikit. Lepas tu dia cakap tapi kalau u nak claim insurance mcm susah sikit sbb motor tu mcm tak tau dah berapa lama....meaning motor tu dah berusia lah kot. I takdelah paham sangat masa tu, but i said it was ok cos i insured my wind screen semua. And my side mirror tu pun asalnya memang dah patah. I attached dgn gam je, but 3M bonding type lah sbb masa tu 5 years ago kan i kerja kat automotive company lagi. I told him lah peristiwa sisa tayar lori kat highway terbang and broke my side mirror. So tak perlu impact yg kuat pun nak break the glue bond.

Sambil tu i cerita balik kat dia semua dari awal. I bgtau dia i tak sure he came out from the alley or not. But when the neighbour bgtau itu rumah mangsa (which turn out bukan), i agak dia mungkin keluar dari rumah tu and because of the slope (rumah higher than the road) maybe dia turun slope tu jadi laju le kan. But since now i know that its not his house so definitely he came out from the alley, and i swear i tak nampak the victim. The officer told me that tak kiralah keluar dari rumah or dari lorong tu, the victim was technically at the wrong sbb i yg at the main road. Regardless who is wrong who is right i still feel bad about what had happen. Imam, bulan puasa, terawih... so much he'll miss out, i really3x feel bad.

And the funny thing is, sbb jalan nak ke balai dgn jalan nak ke sekolah agama sama je kan, so somehow i went into autopilot mode. I turn towards sekolah agama. Haha. Officer tu ingatkan i tau another short cut to the balai sbb dia belum familiar dgn area ni sbb baru transfer kat balai sini. Tsk malu je. 

Dia bgtau lah if anything that balai will call me kalau derang nak ambik more statement. Tanya i nak repair kat mana, i told him most probably i'm sending my car to nissan service centerlah next morning, sbb dekat je dgn rumah. I need the car to ferry my kids pergi sekolah. He did not say that i cannot repair my car ke apa. 

6.30pm i sampai rumah. Terduduk kejap kat kerusi luar tu, trying to digest everything that happen for the past few hours. Lepas tu i still mcm autopilot lagi. Sit, talk, trying to answer the kids question. Did i mention sarah was with me all the time sampailah cekpen bawak dia balik sekali masa ambik mina and awish from sekolah agama? Ye all the while she was there and she talks and asked a lot of question. At some point i told her to stop because i'm trying to concentrate on driving and recalling the event. But kids kan, ada ajelah yg nak di tanya n diborakkan.

Buka puasa dgn apa yg cekpen beli, takde selera, makan aje supaya tak lapar. Tapi cekpen belikan karamel, so terubat sikitlah my stress, sbb mcm teringin je nak makan bila gi shah alam last week, singgah kedai yg ada jual karamel yg super sedap tu tapi derang tak jual pulak bulan poser ni. 

Mandi, sembahyang, baring, then cekpen gi hantar awish tusyen lepas tu dia terus ke SDMC melawat mangsa aka imam tu. He came back after 9.30. Dia bgtau first thing yg imam tu cakap is "saya salah, saya tak berhenti kat simpang". I broke down again. I dunno sama ada i feel relieved or more guilty. It was overwhelming. Imam bgtau lutut kiri dan tulang kat pinggang retak. Other than that semua alhamdullillah. Doctor bgtau he can fully recover within 6-9weeks. Cekpen witness when the doctor suruh imam gerakkan kaki and jari2 kaki, meaning saraf dia ok. For the time being dia kena guna crutches.

Pukul 10 cekpen pergi ambik awish and i kejut mina and sarah utk naik tido kat atas. Then belum apa2 kena marah dgn awish sbb dia balik tusyen pukul 10 tetengok semua orang dah naik atas. Tak sempat dia nak having fun and tengok tv katanya. Marah2 kat i sbb dia haus nak minum air.  I bg dia air yg i bawak naik (mmg rutin bawak air secawan naik utk sarah n me). 

Bangun sahur darwish ungkit lagi pasal i cause dia tak cukup minum air and bibir dia kering berdarah. Adoyaiii. Sabor2. 

That's what happen on my 10th ramadhan. 
















2 comments:

  1. Innalillahi wainnailaihiraajiun. Besar ujiannya. I can relate a bit on children unexplained demanding behaviour (moody). I just had it this morning. May Allah forgive me and grant me more patience.

    ReplyDelete
  2. definitely need a lot of it.

    ReplyDelete