Bestnya pagi ni, bangun pukul 4.30 hujan lebat mencurah-curah. Rasa nak berselubung dalam quilt lelama. Tapi kena jugak bangun sahur kan, karang pancit sebelum azan maghrib pulak. Kita nak cerita aktiviti semalam dan juadah berbuka/ sahur lah. Orang lain share kita pun share, so nanti takdelah kering idea nak masak sebulan ramadhan ni kan.
Pagi semalam lepas hantar sarah ke kindy, i sambung jahit hujung tali barut tu. Nak matikan so that takdelah benang tali tu nanti tercabut2 kan. Seksa betul sbb area nak jahit tu cuma selebar setengah inci je, baru mesin gedek2 sikit dah terik sbb material tu jarang n lembut sangat. Lepas tu benang dok pintal2 kat belah bawah, huih menguji kesabaran betul. Dapatlah jugak habiskan semua sekali, satu barut ada 3 tali means ada 6 ends pastu ada 11 barut so total ada 66 end of tali barut nak kena jahit. Nangis tau sebab area lain dah cantik jahitnya tapi hujung tali semua nampak tak pro langsung huhuhu. Takdelah mama nak tambah barut baby oiii, cukuplah sebelas lai ni kita rotate sampai tak muat. Pastu takyah barut2 dah. Sila pastikan perut kebal dari kembung ye.
Lepas siap barut tu, sambung pulak start jahit cantum baju mina. Last Friday lepas ambik dari kedai jahit tepi cuma sempat buat baju Sarah je. Menjahit sampai pukul 1 lebih lepas tu sakit belakang dah. So tinggalkan je walaupun leher je belum buat. Gi baring nak tido rehatkan pinggang. Sarah dok push i siapkan jugak sebab nanti dia boring kalau i tido. Huih takdelah mama nak paksa diri duduk lagi, karang pinggang bengkok 2 hari, naya je.
Bangun tido terus masuk dapur buat kuih and masak lauk. Mina takde sekolah agama petang semalam, sibuk push i buatkan batu seremban, takyah siapkan baju raya pun takpe katanya. So lepas satu jam setengah kat dapur, kaki pun dah agak lenguh, terus bg instruction kat bibik camna nak buat gulai pucuk paku campur tulang ayam. Then terus gi buat batu seremban utk mina. Si Mina sedap tido time tu, sabor je lah. Tak buat karang bangun tido merajuk.
Then ada masa sikit lagi tebuklah lubang leher baju dia n jahit. Tapi masa ni dah penat, so bila buat jahit mesin kat leher tu tak boleh nak menten precision 2 mm hehehe. Kejap ketengah kejap ketepi. Nasiblah. Pastu sembat dalam leher tu. Tapi tak sempat siap dah kena berbuka. Pagi ni hah duduk kat porch sbb best hujan, sejuk, sambung sembat leher. Kejap je dah siap. So setel sepasang baju mina n sarah.
Ni Sarah punya. Leher tu lagi kemas sbb dapat menten saiz jahit kat edges tu. Lepas ni dah takde apa nak jahit dah. Ingat nak gi Kamdar or Tewah kat ioi karang, beli more fabrik utk baju kurung dgn flannel utk buat blanket and bedung baby. Aritu balik tampin ingat nak beli kekabu utk buat bantal baby, tapi tak sempat nak menyinggah so yg tu later2 lah nanti. But i plan memang nak buat sendiri bantal2 tu, termasuklah nursing pillow hehehe. Sebab senang sangat nak jahit, plus i need to do something to occupy my free time ni.
Sambil tu i still cari idea apa lagi nak buat utk baby yg tak payah beli punya. Hmmmm?????? Untung baby, kali ni dapat banyak benda dari hasil tangan mama, yg lelain dulu tak dapeklah sbb mama kerja full time. Main beli je semua. I actually berangan nak buatkan baju2 newborn, mitten, booties and hoodie semua tu, tapi tak sure boleh dapat material ke tak. Sbb kedai2 kain biasa ni takde jual stretachable cotton kan, ala kain2 cotton yg sesuai utk tshirt or baby clothing tu. Dulu masa i gi korea tu, kat gedung kain derang melambak2, cute2 pulak tu, banyak sangat choice n murah. I tak tau nak cari kat mana kat sini. Kat mana ada jual textile yg macam tu??
Oklah enuf about jahit2. Bawah ni apa yg kitorang makan berbuka semalam.
Petang semalam, i buat ikan talapia berlado, gulai pucuk paku, lasagna and kuih lapis. Kuih lapis agak terlebih lembut, tapi rasa sedap je. Mina langsung tak berbuka nasi, dia belasah lasagna je sampai tinggal suku. Awish yg mintak ikan talapia berlado tu then i buatkan kuih lapis tu sbb tu faveret dia. Me n cekpen tak kisah pun makan apa, janji buka posa dan kenyang heheh.
Ada dispute tentang lauk berbuka, Mina nak ikan tiga rasa, awish nak ikan berlado kan, so i bgtau mina i akan masakkan ikan siakap tiga rasa for sahur. Nasib baik dia nak mengalah. So i dah preparekan sos 3 rasa tu malam tadi and bibik gorengkan ikan tu pagi tadi macam biasa. Satu tu je i masak, then panaskan sambal ikan bilis, keluarkan baki telur masin semalam, cukup le tu je. Tu pun i rasa over dah sebab pepagi buta dah makan ikan huhuhu. Tapi nak buat camna kan, kenalah ikut tekak anak2. Ikutkan i dgn cekpen, sambal ikan bilis tu je pun dah cukup.
Assalamualaikum sis,
ReplyDeleteNak tanya set tu set corelle kan. Apa namanya ya. Cantik. Kena cari ni. Kak Sue
Errr yg mana satu ni, yg piring kuih lapis tu ye corelle country herb. Tapi yg bawah tu ada mangkuk kecik 3 dgn satu medium tu bukan corelle. Tu melamine beli kat Daiso je :)
Delete