Another boring entry. Well nak buat camna, buat masa skarang memang inilah my life...its boring like that compare to other people yg byk aktiviti. But i'm ok with it. Tapi boleh tau lah orang nak baca citer2 best mcm shopping2 ke, jalan2 ke kannn, heheh bila entry camtu laju je traffic masuk. Takpe, its ok, i pun bukanlah berblog sbb nak traffic banyak2, saje je nak keep myself entertain heheh. Dulu2 adalah jugak kenkonon nak bernuffnang beriya-iye, pastu takde dah. Lepas kena virus tu, tukar template semua dah malas nak bubuh ads.
Pagi tadi baru dapat siapkan baju Mina. Since ada lebihan kain sikit, i buatkan butang bentuk ribbon tu. Korek2 takde span nak buat backing, pastu terjumpa a cutoff of my waist trimmer. Benda tu ada span nipis so i ambik buat backing ribbon ni. Takde transport nak ke kedai mencari span bagai so koreklah apa yg ada. Hidup kena kreatip hehehe.
Desert berbuka semalam. I dah buat agar2 pandan dgn santan ni sbb teringin nak makan. Mina balik sekolah agama menangis lah pulak sbb dia nak kuih ketayap. So bancuh lah sikit buatkan utk dia 5 ketul. Nasib baik last time punya inti ada banyak i buat n mmg simpan utk case2 mcm ni le. Budak2 ni biasalah kalau nak, dan dan tu jugak kalau boleh, kita kata esok pun tak nak terima.
Buat jugak sambal ikan bawal dgn sayur pak choy ni. Untuk orang yg nak makan nasi. Tapi yg makan nasi cuma sarah n bibik je, so banyak lebih sayur. Malam2 i ratah sayur ni macam tu je, sedap betul, crunchy je batang sayur tu.
Semalam punya main dish is lamb grilled. Ni pinggan i, takde salad hijau2 so mcm bland sikitlah. I cooked using my fake happycall tu jugak. Bagus betul sbb dapat retain the moist tu. Bebudak ni punya pinggan ada nasi sekali. Oklah tak kisahlah nak makan dgn nasik pun boleh jek. Takde sapa nak kata tak boleh, kita kan kat rumah.
Ni le last black pepper sauce yg i prepare 2,3 bekas simpan dalam freezer. Mina suka sangat sos ni, siap makan dgn nasi camtu je. Tsk...memang le sedap, byk MSG kan. I guna resepi yg ada letak knorr brown sauce powder tu. Tak reti nak buat tanpa the brown sauce powder tu. Gugel pun takde jumpa resepi yg mudah yg i tau mana nak cari ingredient. So ikut ajelah.
Semalam i tak makan nasi langsung, pagi tadi sahur pun i makan spagetti je, sbb nak menghabiskan sos yg dah ada dlm freezer tu. Kalau tak perabihkan kang banyak pulak benda tinggal time cuti raya. Kalau ada short circuit, takde letrik, wangi le jawabnya bau rumah semerbak dari fridge kan.
I letak agar2 dalam acuan apam beras tu. Punyalah kemaruk kan, 8 ketul i sorang perabihkan malam tadi. Lepas tu potong lagi yg kat loyang sbb cekpen nak makan, i pun makan lagi 2 piece. Pagi tadi masa sahur, semua orang dah sambung tido, i still makan agar2 ni lagi. hehehe.....i rasa baby lah yg kemaruk ...not me...ehemmm.
No comments:
Post a Comment