Nampaknya terpaksa exercise kaki awal dari plan. Keta still kat workshop so Isnin pagi jalan kaki hantar sarah ke kindy. Masa naik bukit dalam 8 buah rumah teres camtu jaraknya, tercungap-cungap le. Maklumle incline angle pun easily 10 degree kot,mau tak semput. Mengadu lah kat sarah tu mama penat, rilek je dia tanya balik kenapa mother penat, sebab dia tak penat pun. caitttt. Dekat 15 minit jugak one way, so pergi balik 30 minit behkurang. Isnin i yg hantar and ambik, but selasa i hantar and bibik ambik. I pancit le nak jalan pukul 12 tghhari tu. Dah lah start jerebu balik kan. Tekak pun rasa perit je ni, but still bertahan lah, takde batuk. Awish lah dah start demam sekejapan tengahari isnin tu and batuk2 sikit. Suruh budak2 ni pakai mask sbb takut kang tetiba jerebu makin teruk.
Another half portion of Pepahat. I beli sebungkus sebelum puasa tu ari. Lepas tu biar bibik yg setelkan barang2 basah tu semua utk di simpan dalam freezer. Tup2 dia dah masak kari separuh pepahat ni. Redha n telan je lah. Lagi separuh ni dapatlah i pergi google dulu resepi yg paling hampir dgn yg i pernah makan kat Bagan Lalang. Ikut resepi ni ada bubuh telur sebiji, hampir2 lah rasanya. So i pun trylah. Syeedapppp sangat. Lain sikiiiittt je kot sbb i tak letak perasa or sos tiram. Memang taknak letak, sbb i think still sedap jugak walopon takde 2 benda tu.
Ada sayur tumis pucuk paku takde dlm gambar sbb masak dekat2 sgt dgn waktu berbuka so tak sompek nak snap2. Takde kuih sbb kena habiskan kek. Sarah beli lagi 0.5kg butter cake yg covered with icing.....dia makan satu slice je pastu dah taknak. Kitorang lah yg terkulat2 nak habiskan. Lepas buka hari selasa baru habis. Itu pun cekpen yg tolong makan (almost 3 slice punya size) lepas terawih. Kembang tekak dia hahaha.
Isnin i berjaya siapkan selai lagi baju kurung Sarah. Seminggu jugaklah projek menjahit tertangguh. Hari2 sarah duk ingatkan nak i cecepat buat baju tu. Nak buat camna, last week penuh aktiviti kat spital. Minggu ni baru free. I dah lah cuma suka jahit pepagi je, dah lepas tengahari malas dah sbb bilik ni panas sangat. Macam duduk dalam sauna. Siang2 tak boleh bukak aircond, nanti bil melambung hahaha. Itu je lah cerita hari senin aka puasa hari ke 13.
No comments:
Post a Comment