Wednesday, July 31, 2013

Filler Wake up call

Ahad malam isnin tu i dapat sembang kejap dgn jiran sebelah ni. Last sekali sembang sebelum i pregnant. Punyelah lamaaaa kan, padahal sebelah rumah je. Salu apa2 hal i pesan dgn bibik dia je, sbb bibik tu salu jugak terserempak time sidai kain kat depan.

So my nebor tegur lah dah baper bulan, bila due semua tu. Bila i cakap due oktober, dia mcm surprise sikitlah sbb perut i nampak mcm dah turun katanya.

I memang le tak reti bab2 tengok perut turun naik ni. hahahaha. Sama je i tengok. But bila dia cakap mcm tu i saspen sikitlah. Tsk i ni apa pun tak prepare lagi. Yg ada cuma barut dgn bedung je, tu pun belum basuh =B. Baby please stay in there for a bit longer, k....mama lum ready apa2 lagi nih. Ikutkan plan nak start membeli lepas raya.

So disebabkan teguran tu, jadi agak terajin sikitlah nak sambung survey2 barang2 baby online. Especially clothing. I plan nak beli Newborn je dulu. Maybe nak start beli sikit2 kot. Ye lah kan, pepehal karang takdelah cekpen menggeragau nak kena gi shopping sensorang, tah apa pulak yg di beli nanti, jumpa pun belum tentu hahahaha.

Tapi ada sikit bengang. I masuk Cotton On punya website, pilih2 yg offer paling murah. Adalah 3 yg rega tinggal 10 hengget je selai. Murah kan. So masuk dalam cart. Then pick jugak selai beanie after disc $6 je. Sekali nak checkout, shipping cost is RM43. Apakah???? Barang RM36 je.
 NP:RM44
NP:RM49

NP: RM55
NP: RM34.

Katanya kat notis kat web tu kalau beli lebih RM250 barulah free shipping. Apalah yg i nak beli sampai 250 tu. Dah le cheapskate, ambik pun yg paling murah. tsk T____T. Kalau ada semua barang dari towel sampailah ke mak nenek toiletries mungkin lah kot boleh cecah, but takde, ada pun yg mahelll aje. Yg atas ni pun kalau i choose another pattern or colour rega takde diskaun dah, yg design tu je yg diskaun, so takkan nak amik yg serupa sampai 3 set kan. Boring le.

Pangkah lah dulu. Pergi pulak kat H&M. Pilih2 yg paling ekonomi gak, rompers n jumpers yg putih ada 6 ke 7 pieces. Selai tu jadi lam $13 je. Sekali barang takde online shipping...tsk. Hoihhh dah le i malas nak kuar, semua pun takde online acaner????

Gi jengah mothercare....dari page 1 sampai page 18...phewww mmg tak lahhhh...mahellll jugak. 

Last2 pegi balik kat cotton on. Belek lagi items yg on sales satu2. Sampai lah dpt 9 items for newborn. Purata still murah @ $14/piece. Lepas tu fikir apa yg all of us in the family WANT that is on sales jugak. I pick items yg either less than $10 or max $15 je hehehe. So everyone get something. I manage to grab 4pcs of bra yg selai rega 6 hengget sajok. Saiz not to worry, sbb penah beli so i just choose one size up. Mina and sarah dapat kasut. Haritu masa shopping kan i tak bg mina beli kasut tutup sbb mahel n dia jarang pakai kan, tapi ni sbb murah bebenor, so bglah dia pilih sepasang. At least tak le ralat kalau dia jarang2 guna. Sarah pun sama. Awish susah sikit sbb kasut takde utk dia sedangkan itu yg dia takde. So end up belikan t-shirt. Walopon adult t-shirt tapi ada saiz "s" yg bila i ukur with his current baju, saiz 's' tu sama. Cekpen pun dapat selai jugak. Finally malam tadi baru lah check-out n make payment.

Now waiting for delivery. Saspen jugak sbb they can't promise exact no of days, shipping terms tu tulis within 5 to 7 days. Ngam2 aje sehari sebelum balik kampung utk raya. Harap2 takde masalah le.

Lepas ni ada lagi few basic items i kena secured dulu. Lepas tu boleh rileks kejap. Sambung balik lepas raya or september. Sambil2 tu bolehlah siapkan bedding , nursery room, clearing some drawers to keep his belonging. Phewww!



No comments:

Post a Comment