Akhirnya, bermulalah aktiviti shopping utk raya. Shopping baju bajan bebudak ni je lah. I kan boyot, tak dapatlah menyibuk sama. Plan pergi lepas awish habis tusyen pukul 12.30, bila dia sampai rumah, taknak keluar pulak. Penat katanya nak jalan kaki ke sana sini kat mall tu. Nak tinggal. bibik takde. Last2 tinggallah jugak sensorang. Pesan kat dia kalau ada apa2 telepon kitorang. Kitorang pun pergi mall dekat je, sunway piramid. Tak larat nak redah mall yg lagi besau. Itu pun i asik tertinggal je sbb penat.
Mina dgn sarah heret cekpen gi popular bookshop ni. Masa gi bayar, i tunggu le kat tempat derang display buku2 yg tengah offer. Ternampak le pulak james patterson ni, waaahhhhh nangis lah. Diskaun banyak tu. Beli 2 tak sampai $50. Tapi tak dapat le nak rembat :(, sebab sarah n mina dah pauu 5 bijik buku, tengok ajelah.
Dah beratus kali gi piramid ni pun, asik lah lupa floor mana,wing mana baju bebudak ni. Jumpa kedai kasut payless tu dulu. Hah suruh anak dara 2 orang ni pilih. Tapi dgn syarat, cuma boleh pilih yg ada diskaun tag 50% =B. Lepas tu kalau boleh jenis sandal2 je, takmau tutup2 sbb selalunye kalau beli yg tutup2 ni manjang berkulat dalam lamari kasut je. Yg sandal tu biasanya derang lenjan cukup2. Merengek-rengek lah mina nak kasut tutup balerina tu, nasib baiklah saiz dia in between 1 dgn 2, bila 1 sempit 2 pulak longgar hahahah. Kenalah pilih sandal or yg bertali2 je hehehe.
Lepas tu, jumpa FOS, oklah. Not bad ada yg offer bagus jugak. Tapi cuma dapat 2 lai suar h&m saiz sarah, beli 2 terus sbb kalau beli selai jadi 43, 2 lai 69, so ambik le 2 lai. Warna pulak2 kaw kaw kuning dgn electric blue. 2 batu dah boleh nampak muahahaha. Mina tadak saiz. Baju awish pun takde. Dapat jugak baju selai sorang utk mina n sarah kat sini.
Jalan lagi sampai jumpa cotton on kids...eh camtu ye nama kedai tu? Tak sure hehehe. Sama jugaklah, carik yg offer bagus2 punye. Suh derang pilih. Sekali sarah amik kaler oren terang, nak pakai ngan suar biru tadi, perghhhhhh. Anak mak sorang ni kang muka memang konfem tenggelam lah. Apa-apalah labuuuu. Mina pulak nak amik legging je....tsk tsk. Ada je suar yg baggy sikit, mahal sikit lah dalam 59 camtu but at least besar kan, taknak pulak. Eh lantak le, kalau ayah bagi bolehlah, kalau tak nasiblah. Cekpen pun malas dah kot nak argue ngan mina so beli jelah. Sib baik shirt yg dia amik tu labuh2 sikit so takdelah nampak cekci sgt.
Still tak dapat baju utk awish. So pikir2 gi parkson je lah sbb last year pun dapat saiz awish kat parkson. Sampai depan zara tu ada pulak show jejoget arab. Dancer pakaian decent so bglah derang tengok kejap. I pulak tak larat nak diri lelama so masuk zara kot2 blh duduk sambil cuci mata. Sekali amik ko, ternampak price tag 19.90 je. Whoaaaa...cargas terus kaki ku.
Rasa mcm last sekali masuk survey kat zara ni i macam tobat tengok rega dia. Eh apsal kali ni mcm best je? Dok belek2 tu, derang pun sampai....wahhhhh kemain excited derang tu, memasing wirid "i want to buy, i want to buy, i want to buy". So bglah derang pilih n try. I nak suh amik yg 15.90 n 19.90 tu, dedua taknak sbb takde gambar...sabor je lah. Tapi yg derang pilih still around 35 camtu so acceptable lagilah. Kalau atas 40 kim salam je lah. Lepas tu baju utk awish pun adaaaaa, wahhh best2. Murah2 jugak. Dapat laidback shirt for $29 je, kemeja $35 je, tshirt berkolar dlm $45. Settle semua kat sini. Takyah gi parkson dah.
Ada jugak long pants yg cecantik sesuai utk mina n awish but rega above 50 lah semuanya. So i ckp kat cekpen tak payah lah. Awish seluar yg dia ada mostly ok lagi baru awal tahun rasanya beli. Lagipun dia tak ikut, takut kalau beli kang sangkut kat ponggong n perut gendut tu.
Dah pukul 4 dah gitu gini so cecepat balik sbb nak masak apa semua kan. Pagi tu cekpen dah hantar i gi pasar borong sbb keta takde nak gi weekdays. So i dah prep barang2 nak masak sebelum keluar. Lagipun dah 3 jam tinggalkan awish kat rumah kan so balik cecepat.
Pari bakar dgn air asamnye. Awish mintak ni. Masak guna my fake happycall tu, oklah not bad so far pakai walopon tak ori. Jantung pisang dgn sambal belacannye. Ni cekpen terliur masa kat pasar borong tengok jantung pisang berlonggok longgok derang jual.
Sup fishball dgn button mushroom. Mina punye request pulak. Baby kailan ikan masin, i punya request..eh sendiri masak sendiri requestlah kan... Kena masak sbb daun dah start kuning lama sangat dlm fridge. Bihun left over yg mesti kena perabiskan sebelum it turn bad. Buah melaka kat stall2 depan speedmart bawah bukit rumah kitorang ni. Bagus jugak ada 5,6 gerai orang berniaga kat bawah tu, takyah susah2 gi bazar ramadhan kalau setakat nak beli kuih ciput camni.
Setel masak, i pun ambik hasil shopping hari tu ambik gambar. Lepas tu tunjuk kat awish baju dia. Tetiba dia tanya mana kasut n seluar utk dia. Erkkkk......
I masa tu mcm nak cakap tak payah beli baru boleh tak but cekpen beat me. Dia tanya awish " awish nak ke?? Kalau nak nanti lain kali kita pergi beli. Tadi awish tak ikut so tak boleh beli takut tak muat." Which is true also lah kan. Sambil tu cekpen selit2 jugak lah bgtau kasut dia ok lagi tapi kalau awish nak jugak yg baru nanti pergi belilah.
So dia agree lah utk ikut next weekend. Cekpen tak sampai hati le tu, 2 orang dapat memacam kan, takkan awish tak dapat yg sama. Walopon kitorang tau kalau di pujuk tu awish terima je takde suar or kasut baru tapi tak sanggup lah pulak tengok muka dia sedih nanti kan. Dah pesan ngan bibik tak boleh cuti 2 minggu lepas ni. Sbb taknak bawak sarah n mina, nanti kena paw lagi huahuahua.
Gitulah cerita hari ke 12 kami.
Ko gi la bookxcess. Novel kat situ pukul rata sebijik 17.90 tapi kalo james patterson x sure la. Buku budak2 pun gila murah. Cam cepat sangat ramadhan kali ni gerak huhhhh........ Kasut bebudak blom setel. Anak sulong mmg payah nak bawak jalan2 skang!
ReplyDeletekalu bookxcess tu dekat senang le aku nak singgah... :(
Delete