Ni gambar malam tadi. Sarah tengah baca barbie mag sebelah baby. Baby pulak tengah galak menendang menumbuk. Kiri kanan perut kena attack. Cekpen letak tangan nak rasa, dapat lah kejap sebelum sarah suh dia alihkan tangan. Kedekut kakak sorang niiiii.
My car still pending kat workshop tu tak boleh buat apa. Polis tak buat conclusion lagi, lepas tu the sarjan pergi kursus pulak sampai sabtu ni. So duduk saje je lah kat workshop keta tu. Agak upset jugaklah me semalam with all the agent, etiqa n workshop people ni but bila fikir balik, takde apa pun yg i boleh buat. Cekpen try jugak mintak 'kabel' dia tolong but still all depend dgn sarjan tu.
So Sarah is missing 3 kelas mengaji minggu ni n kemungkinan besar minggu depan pun sama. Miss jugak her art class utk hari ini .*amended: sarah pergi jugak art class naik teksi, maybe another entry just for the adventure we have today* Minggu depan mungkin boleh pergi art class sbb cekpen pergi bangkok 3 hari. So ada keta utk rabu, khamis n jumaat. Takde rezeki lah sarah.
Kalau by raya pun keta still pending dgn segala birokrasi isu ni, hmmm kita balik naik keta ayah je lah. Tak dapeklah mina nak berkampung kat 3rd row seat tu. Takdelah tengok dvd ke hapa. Kita nyanyi lagu raya je lah.
Pagi semalam distract myself dgn siapkan baju mina tu kan. Lepas tu alter seluar cekpen. Tengahari tu mina dah order kari ayam, sotong kuning, dgn udang goreng. I suruh bibik buat kari ayam tu. Bibik kalau masak kari i boleh telan lagilah. Then dia buat kangkung belacan sekali. Sotong dgn udang tu i tak bg dia buat.
Lepas tu fikir nak buat kuih apa tak tau. Bukak fridge ada seketul lagi keledek yg dah rebus. Ni beli masa gi pasar borong hari ahad tu lah. Selain jantung pisang, cekpen teringin nak makan keledek kuning rebus. So i belilah 3 biji yg kecik2 takut ada yg busuk ke kan. Alhamdulillah le tiga2 tu elok. Tapi dia mampu makan 2 biji je. Eh macam mengidam pulak cekpen kan hahahaha. So tinggal le sebiji tu.
Teringat pulak resepi kuih keria koboi yg i pernah try dulu. So apa lagi, daripada jadi batu kat fridge lelama, i pun lenyek2, campur tepung dgn gula sikit. Goreng n celup dalam gula halus tu terus le jadi keria instantly. Tapi kalau kurang sikit tepung lagi best kot, ni mcm hilang moist sbb terlebih tepung. Ke memang sbb dah simpan dalam fridge jadi cenggitu?
Mina punya komen "this is so nice mother, i like it, can u make it again next time?" phewwww. I bajet i ngan cekpen je makan keria ni, rupa-rupanya ada jugak anak mama yg nak mencuba. Thank you mina sbb cakap sedap.
Sebab a bit stress pasal keta kan semalam, so nak goreng udang pun gugel kat internet. Saje je biar tak boring. Lepas tengok gambar2 udang goreng tu, last2 i pilih yg goreng celup tepung ni. Hmmm, pastu sanggup lap sekor2 nak keringkan, cucuk2 dgn tooth pick nak bg udang tu straight tak bengkok2. Bila resepi tu kata letak bancuhan tepung dlm fridge 30 minit pun i ikut. Hahahaha. Padahal selalunya i takdelah ikut bolat2 apa tips2 orang tulis dalam masakan derang but i betul2 nak lupakan hal keta tu so sanggup baca n follow every single details.
So semalam punya makanan berbuka, kuih keria, sotong kunyit, udang goreng, kari ayam. Takde dalam gambar kangkung belacan, bubur lambuk, dan agar2 pandan (belum habis lagiiii). Kira meriah le semalam padahal selalunya lauk sejenis je i buat. Tapi tah apa mimpi mina nak ada 3 lauk, layan je lah. Lepas tu sahur pulak awish demand sambal sotong......so sotong lagiiiiii. Buat je lah. But i cuma makan ikan bilis campur bawang n cili kicap dgn telur masin je. hik =P.
No comments:
Post a Comment