Friday, January 6, 2012

Kedai harga murah bukan 1Malaysia


2 hari lepas, pergi ke my favourite DIY shop kat Bandar Puteri cari pasu bunga dgn saucer sekali. Nak alas semua pasu2 yg ada ni sbb dah start tinggal bekas kat tiles. Nanti huduh le tiles tu kan bila kita tukar2 kedudukan pots ni semua. Ada jugak pokok yg nak kena pindah ke pasu yg besar sikit. 


Masa duk kaut pasu tu nampak le sekali bekas siram bunga, pasu2 ni. Cantik kan. But takdelah terus beli sbb not sure harga tu murah ke mahal, walopon kuat merasaakan murah. Sebabnya kedai ni, barang2 dia memang so far takde kedai lain boleh beat. Yg bekas siram bunga besar ni, RM22.90, yg rendah sikit RM16.90. Kerusi ada pasu kecik tu is together RM16 ke 14 camtu. Yg pasu saiz gelas minum tu RM5.90 tak silap. Next time gi ioi nak banding harga dgn yg jual kat stall push cart tu, see mana lg murah.

Before gi cameron aritu, gi cari baju hujan sarah kat sini, dapat harga RM8 je. Lepas tu ada pulak legging berskirt tu, Busha ke apa orang panggil tu kan RM9.90 je, kat cameron ada jugak jual sebijik label semua sama RM13.90. Then kalau birthday parti punya items tu, macam fairy wings, magic wand, head band, crown semua tu mmg murah lagi dari Sinma, semua below RM5. Toys pun murah2 sgt. Ada sekali tu i saw someone jual children tent online, tema princess dgn boy tema apa lupa, then i saw exactly the same tent kat kedai ni jual lg murah dekat 20hengget.

Apa lagi? Haa pasu bunga plastik tu i beli yg tinggi dalam 20cm camtu RM2.80 je, saucer besar saiz pinggan makan tu pun RM2.80. Murah kan. Then ada jugak bekas letak cake bulat yg plastik ada cover tu kan, yg sederhana besar, RM6 je. Eh macam-macamlah. 

Kekadang tu kalau jumpa barang best kat Daiso, i tak terus beli sbb nak compare dgn kedai ni. If daiso murah then next time beli kat daiso and vice versa. 

Cumanya kedai ni tak semua barang tu sentiasa ada. Kadang ada sekali lepas tu datang balik dah takde stok and memang derang takde nak top up immediately. Means kalau ada adalah, kalau takde nasib lah. Banyaklah barang menarik, cuma takdelah gatal nak membeli kalau tak perlu tu. But kena tahan nafsu lah sbb kadang barang tu cute or comel lepas tu murah sesangat tu yg tempted terigau-igau tu.


5 comments:

  1. Wah bestnya...saya pun suka ke Daiso.Kalau ni lagi murah, whuy not give a try.Kat mana kedai ni?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kedai kat bandar puteri puchong. Nama kedai DIY kaler kuning n merah.

    ReplyDelete
  4. murahhnyerr..mmg rambang mata gitu

    ReplyDelete
  5. Sarah - mmg rambang mata. Tapi tu le kadang ada barang best, kadang takde.

    ReplyDelete