Wednesday, October 31, 2012

Magic

*chicken dance*
That's not my waist.... that's my tummy....u know just below the belly button.
Before and after wearing that 'thing'.

Monday, October 29, 2012

AidilAdha 2012

Dah habis dah cuti2 raya. Budak2 dah pergi sekolah. Cekpen dah pergi kerja jauh2. I dah balik dari pasar utk isi fridge dengan barang2 basah utk masak. Ada masa sikit sebelum amik sarah from kindy ni, donlod gambar2 yg ada sepanjang raya ni. Now nak citer sikit pasal raya utk ingatan bila dah lupa nanti.

Kali  ni dah plan nak balik Pontian sbb cuti lama kan 3 hari, then plan terus hantar cekpen kat jb or mana2 utk dia ke singapore. Tapi plan terpaksa diubahsuai sebab ada permintaan utk balik jugak ke Tampin. Utk tidak menyebabkan laki i berbelah bagi, i kata bolehlah, but tetap nak raya di pontian dulu, satu malam pun takpe tak kira nak jugak. Kali ni terasa nak selfish sikit sbb dah selalu gak beralah bila raya haji. So lepas budak2 balik sekolah kitorang bertolak around 2pm camtu. Trafik takdelah teruk sangat  sbb sampai kampung around 5.30 camtu. 

Kat pontian takdelah ribut sangat bila sambut raya haji, mostly macam takde apa, biasa2 je. Dinner pun simple je. Kitorang takde tradisi wajib ada lauk2 pauk macam raya puasa. Beza dgn tampin macam langit dgn bumi hehehe. Kalau balik tampin kompem seriau bab2 nih. Walopon takde ramai yg balik kat tampin tu tapi expectation utk prepare raya haji tu tetap menakutkan. Dulu arwah mil ada lagi , i tak kisah le kan sbb ada mil guide. Now mmg nahas le sbb fil nak semua mcm lah time mil ada. tsk tsk tsk.Tu yg beriya2 takmo raya tampin tu hahaha. 

Pagi raya i buatkan nasi goreng utk awish supaya dia kenyang dan takde alasan utk tak pergi solat sunat. Lepas tu i masak lodeh sementara my sis n sil siang ayam kampung yg baru disembelih fresh by my bro. Then ayam kampung masak kari, buat sambal tumis cili kering, sambal kacang, burung puyuh goreng berempah,settle. Ketupat dengan lepat pun dah siap malam raya tu. Oh ye, tetap masak nasi sbb sarah, awish dgn adib tak makan ketupat.

Lunch dah sesiap pagi tu buat so apa lagi duduk berborak le lepas dah kenyang bersarapan kan. Another sil datang bawak rendang ayam, oh lagi lah senang hidupku hehehe. Kami berborak2 kat rumah depan, mak duduk kat katil kat rumah bawah, saje je trick nak suruh mak bangun dari katil dan bergerak ke depan. Setelah sejam kot, barulah mak keluar. Dapatlah muscle2 kaki dia exercise sikit. Lepas tu pelan2 kami turun ke anjung, mak pun lelama ikut turun hehehe. Time ni je lah mak nak bergerak. Kalau takde kami balik ni, dia memang taknak beralih dari katil kat dapur tu. Gitulah mak yg kejap ok kejap tak ok, kejap mandi kejap taknak mandi. 

Disebabkan sekejap sangat kat pontian, i tak pegang tepon. bila tak pegang tepon, maknanya takde gambar. Yg ada gambar anak ayam dgn kucing je. Takpelah ...lain kali. Yg penting seronok menikmati raya haji tanpa batasan hehehe. Sarah pun ok, most of the time dia main je. Of course, mina dah diwarning utk make sure dia tolerate ngan sarah dan make sure kakak limah include sarah dalam dia punya circle. At least this time around, sarah kurang komplen which means i berjayalah kawal keadaan tu compare time raya puasa aritu. 

Lepas solat jumaat, lunch then bertolak ke tampin. Sesampai tengok byk keta dah depan rumah. Ramai jugaklah yg balik that day, which means someone very happy....guess who? Atuk le sapa lagi kan hehehe

Lepas maghrib, tinggal 2 family je yg overnight kat tampin. Lauk2 byk dah memasing bawak sikit2 kan. So takde nak ribut2 masak..i like hehehe.  So malam tu lepas makan lepak tengok hantu kak limah balik rumah. First time awish mina and sarah tengok. Memasing excited 'funny ghost' katanya. Mina and awish macam dah tau sikit2 sbb kekawan kat sekolah ada citer kot. I dgn cekpen pun layan tengok jugak sbb nak tau apa yg box opis sgt kan. Dah sudah habis citer tu, i pikir "tu je ke? I don't get it.....box opis camtu?" Whateverlah kan.
Pagi pun very the simple. I kalau balik ngan my biras yg ni mmg mudah le hidup, sbb sama2 tak cerewet. Makan je apa yg ada hahaha, jangan membazir, tak baik. Panaskan kuah lodeh, kari ayam,sambal kacang, potong nasi impit dgn lemang cecah rendang daging and rendang ayam. oh ye tambah french toast sbb roti dah nak expired so kena perabihkan. Sarah pulak sangat lah bagusnya sbb kat pontian dgn kat tampin ni, dia makan lauk yg ada tanpa byk songeh. Kalu kat rumah tak 3 kali masak lauk tak sah. Thank you sarah sbb mempermudahkan hidup mama....maklumlah bibik cuti tak ikut balik kan, kalau tak mama kena terperuk kat celah dapur le jawabnya.
Lepas breakfast, mina frust sbb tak dapat pegang apa2 teknologi main game. So i bawak dia keluar rumah, biar dia berlari2 main kucing. Cekpen pun dah boring baca buku turun join jugak. Time ni lah dapat ambik gambar2 ni.

I suka tengok rumah tampin ni, sbb masih nampak macam rumah lama. Kawasan luar dijaga elok. Siap ada pokok bunga lagi...bunga kontroversi kah kah kah. I  bgtau cekpen suruh caretaker kebun ni tanam serai, lengkuas, kunyit, cili, halia...sayur pun tanam sekali. Supaya bila kitorang balik kg senang nak masak dan senang i nak hangkut balik puchong hehehe. 
 
I am 100% very sure this guy is very happy sbb balik kampung dia. I think the 'permintaan' tu mmg anytime dia akan comply, dia tanya i macam mana nak buat tu, orang kata to be polite le kot, its just a very subtle way of saying that by asking my opinion. Well..............kawin ngan orang nogori katanya 'kucing beranak pun balik kan' hahaha. Anyway life is short so enjoy while we can, while we are healthy and able to. No rooms for sulking. As long as he's happy the kids happy...then i have no reason not to be happy ;).

Wednesday, October 24, 2012

A Day in 1U


 Actually its more like 2 hours in 1 utama ..ngen ngeh ngeh.....=B





Sarah contribute 10cent for a picture taken by  Softlan cancer campaign. 

Tuesday, October 23, 2012

Brave little girl @ sdmc


Semalam trafik being nice, sekejap je dah sampai sdmc utk follow up sarah. Kaunter registration pun tak bukak lagi sbb baru pukul 8. Sementara nak tunggu 8.30 tu, sarah dah tak senang duduk lah. Masa menunggu ni keep on mantra kat sarah, 'jangan nangis, cucuk sikit je, sarah brave, eat nasi lemak, bla bla bla.' Alhamdullilah.....Sarah sikit pun tak nangis. Pecah rekod. First time tak nangis setelah dekat 2 tahun kuar masuk spital hehehe. Bravo sarah!
Ada video masa ambik darah tu, tapi tak boleh transfer ke pc lah pulak. Actually, semalam somehow, salur darah tu kecut je, so 3 minit baru siap. Sebab kecut jarum tu di pusing2, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah nak carik the right depth and position. Dah dapat sikit, lepas tu darah tak mo keluar , so korek lagi. Sepanjang prosedur tu, sarah tengok je jarum tu, mama pulak lepas seminit dah tak berani nak tengok. Mama siap nak muntah lagi sbb kengerian yg amat. euwwww...ngilu tengok jarum tu. Serius nak muntah...tak tau lah kenapa gag reflex yg bertindak utk situasi camtu.
Pukul 12 baru dapat jumpa prof. Sempat lah sarah tidur kat riba dekat 45 minit...pengsan mama. AFP 2.2, Alhamdullillah. Last follow-up @ 1.5. Prof macam biasa lah until next year baru boleh get better chance katanya. Next follow up 3 dec kena buat ctscan abdomen n chest sekali. Sarah dah nangis dah sbb taknak masuk dalam mesin ctscan tu....takpe byk masa lagi nak bina semangat dia. Harap2 takde masalh le nanti.


Sunday, October 21, 2012

Cekpen's Life

On weekdays, Cekpen's daily life start at 5am. Wake Darwish up. Then lay down until 5.30am, wake the wife pulak. Stay in the bathroom for 15-20 minutes.  Get ready, solat, breakfast with kids, wait till van pick up the kids for school, then off to work around 6.30am. Get beat up with all the craps he can take for the day and reach home around 7pm. Everyday is a long day for him. The wife would wait and listen if he need to let out some tension. Fortunately his world is not foreign to the wife so she can understand better. Even the names are familiar to her.

Saturday, 11am , cekpen bring the family jalan-jalan at 1 utama. The wife mission is to buy a cereal dispenser, so that she can ration reduce the potential of kokocrunch 'lemau' when the kids leave them expose to the air. Rugi tak makan. The kids mission is to get out of the house. Cekpen mission is to make everyone happy. 2 hours later, the wife had a feeling that cekpen's pocket weren't that happy. So must go home faster to avoid unnecessary finance stress induce. Not all weekend were spent this ways but.........
Rain was pouring down heavily, but cekpen's has another mission last night. Putrajaya half marathon, 21km journey to complete. The wife and kids stay at home. Wishing him good luck and finish the  race without injuries (thats the wife's pray). He came home at 12.40am in one piece, with some cramps and sweat smell. Nothing serious. Alhamdullilah....he finished the race. His mission accomplished. That also means the wife mission accomplished too, that is letting him do what he love to do. 

Now, sunday morning, the wife and kids stay at home, at 8.30am cekpens already in Genting highland, attending work related event. Tomorrow the cyle continue....................



Saturday, October 20, 2012

Easy but

Bread pudding. Ada roti, ada susu, ada kismis, ada telur, ada gula, ada esen vanila.....prep 10 minit and ready to bake. Very easy.....but.....sendiri buat sendiri makan lah.....buat sedap hati cekpen makan sikit. Hnnn....

Friday, October 19, 2012

Breakfast ideas

Nasi goreng, bihun goreng, mee goreng dan spagetti adalah menu yg sentiasa ada (bibik punya menu otometik). Kadang-kadang tukar angin macam yg atas ni (ni mama kena buatlah, bibik tak reti). Kadang-kadang leftover kuih yg mana budak2 mmg tak nak le, mama jugak yg kena habiskan dah macam perut dbkl. Nasi lemak roti canai biasanya weekend lah. Sup2 sesekali je, sbb cekpen kata dia kureng sikit makan benda bersup pagi2 , unless time dia demam sakit tekak le. Mina and awish ada masa terpaksa breakfast cereal sbb mungkin hidangan breakfast tak kena kat tekak salah seorang dr derang berdua ni. Cereal pun cuma kokocrunch n honeystar je, yg lain taknak. Bebaru ni tekak awish dah boleh terima tortilas so adalah perkembangan sikit. Walopon macam2 makanan boleh cuba tapi sbb ada yg nak makan ada yg taknak, so jadi kurang semangat lah nak membuatnya. Derang ni, kuih2 sahaja mmg takmolah, kena ada yg heavy jugak. Hmmm...

Thursday, October 18, 2012

Puteri Air Mata

Ni gambar lama. Masa ni mina baru start makan mee hot plate ni, tetiba je dia sendu terus menangis. Bila di tanya kenapa...
"when sarah cry, you always says alalalala sayang sayang.....but when i cry you never say the same thing....u don't love me"

Malam tadi, masa nak pakaikan sarah diapers, mina tarik pull out bed, dan tak sengaja tergilis lah ibu jari kaki mama......punyalah sakit macam jari tersepit or kita drop benda berat atas tu...phewwww....hilang napas kejap menahan. Mina terus panik dan peluk minta maaf beriya-iya. Mama pulak baru lepas cool down  selepas awish pi muntah atas karpet sebelum tu, so mmg rasa2 nak lost temper lah kan, so suruh dia pergi masuk bilik dia tanpa jawab permintaan maaf dia tu.

Dah kurang sakit sikit tu, turun bawah minum anw sejuk....sbb nak sejukkan angin amarah ni kan. Lepas tu naik nak talk ngan mina. Mina tgh menangis-nangis sedu sedan kat bilik dia. So pujuk la cakap its ok sbb dia tak sengaja kan. Sambil menangis-nangis tu dia cakap:

"i'm scared you don't love me anymore
I really need to show her more affection lah. Susah jugak sbb its not my nature bukan tak sayang anak, its just that i am what i am........now i hate myself even more. 

Cuppies

"I want to make cupcake for ayah, darwish and mina. But i don't want. ok mother. "

usketch





Monday, October 15, 2012

Thursday Apron

 "Mother please buy for me the painting dress, teacher ask me to wear."
"why you forget againnn! You say u buy for me!"

Lepas 2 kali art class mama lupa beli, the 3rd time no excuse. So lepas hantar sarah balik rumah @12 noon, terus gegas ke Daiso.....lagi. Dalam kepala fikir kalau nak benda pelik2 insyaallah boleh jumpa kat daiso. Nasib baik ada. Fuhhhh lega. Selamat dari penangan sarah. Sarah pergi kelas dengan happpy siap letak paint brush lagi kat poket tu.....over. 
Lepas beli barang sikit dalam giant, ada banyak lagi masa nak tunggu sarah habis kelas, so lepak dekat kopitiam ni sambil membaca apa2 yg boleh di baca. Macam nilah tiap2 khamis. Walaupun dekat je kalau nak balik rumah, tapi rela tunggu je dari ulang alik keluar masuk.

Sunday, October 14, 2012

Taste of heaven

Nipis.......rangup...lemak.......masin.......ketumbar...jintan...bilis ....crunchy kacang. This is the best rempeyek ever. Cekpen beli kat koperasi opis dia. You want some? =P




Saturday, October 13, 2012

Bersidai mosyarat tingkap

Dulu2 masa budak2 ni kecik lagi, nenek sebelah ni selalu bersidai kat tembok ni sbb nak main dengan derang. Sekarang budak2 ni dah besar, nenek sebelah pulak dah ada cucu kecik duduk sekali dgn dia, dah jadi terbalik lah pulak. Hari2 mina ngan sarah duduk kat tembok ni. Siap ambik kerusi buat panjat. Bibik pun sama bersidai layan baby tu jugak. Baby pulak memang pantang nampak mina or sarah, mesti dia nak keluar main. Maklumlah dia sorang je baby kat rumah tu, so takde kawan nak main. Bila nampak mina balik sekolah kemain lagi excited nak keluar rumah.

Wind chimes talisman tu cekpen beli dari bangkok. Masa cekpen bawak balik tu, i angkat kening sebelah bila baca packaging tu ada mention talisman pastu ada simbol yinyang tu kan. Its a bird talisman. Pastu pikir i don believe dgn apa yg the intended function of it, so just gantung je lah kat porch. Bila angin bertiup, dengar lah bunyi yg nice kan. 

Friday, October 12, 2012

Reborn

Atas tu, Cekpen layan jagung rebus sangkut dalam tunnel kat jalan tun razak. Balik dari Al-Islam kg baru ziarah abang ipar kena denggi.

Bawah tu, hari yg ada wedding kat shah alam. Malam tu, kami berdua pergi ke reborn.....urut kaki sbb fenat. Pakai kasut heel 1 inci je tapi betis rasa nak putus, tu yg ajak cekpen gi urut kaki. Pengurut dari mainland china. Yg urut cekpen tak habis2 pot pet tanya cekpen macam2. My pengurut diam jek. Last2 cekpen buat2 tido sbb malas nak layan =B. Not bad lah derang berdua ni, kemain kuat lagi tangan derang. Berbaloi le satu jam, naik lunyai rasa kaki tu. Habis tu rasa lega sangat, dah boleh jalan macam biasa, urat betis dah bersambung balik hehe.

Thursday, October 11, 2012

Darwish Follow-up @Sunmed



6 October Darwish ada follow-up kat Sunway medical center for his hearing. Same day dgn konsert sarah. Yang bestnya my calender alarmed dah reset sbb update software kan so takde reminder lah. So i lupa. Darwish pulak under strict rule utk buat ulangkaji so i tak teringat langsung pasal follow up ni. Bila dia cuba ingatkan dgn gaya yg i dah biasa iaitu gaya nak elak dari kena buat ulangkaji, i just get mad at him. Finally at 11.15 baru dia manage ckp pasal apmt ni, tu pun lepas i marah sbb dia menangis lama. Straight forward cakap taknak, dok pusing2 tanya "mother you don't remember eh"...hish. My tolerance level mmg low lah so i get easily annoyed and angered. Pergi jugaklah walopon dah lewat sbb kang sarah nak siap lagi kan. 

So at 1pm baru dapat jumpa doktor. Bukan doktor Koay pulak kali ni. Before masuk i keep on remind darwish not to move or flinch bila doktor asses telinga dia. But still lah dia dok elak tolak2 tangan doktor dan alihkan kepala. Sabor je lah. Sensitif betul bila orang usik telinga dia. Tengoklah rupa yg tengah keras suspen tu.

First time after so long, dapat tengok tiub dalam telinga kanan tu. Nampak oklah. Yg telinga kiri tu tiub dah lama tanggal, yg nampak kesan lubang je. But since hearing awish ok (doktor buat some low noise movement utk confirmkan), so no need to do anything. Doktor reassured that everything should be fine along with darwish growth. Ameeenn.

Next check up will be on saturday, first week of january. Still every 3 month check-up. I was hoping 6 month interval but takpelah. Pasrah.

Wednesday, October 10, 2012

Green Planet



Pokok2 yg kesemuanya hampir mati lepas kena tinggal balik kampung masa raya. Prior to that bibik yg tolong jaga, which she failed to do it properly. I pulak tengah malas and took longer than necessary to revive them. So about 3/4 weeks ago barulah i start balik nursing the dying plants. Mostly boleh kira berapa helai je daun tinggal, but now things start to change. Daun pandan, daun kari dan daun limau dah banyak helai dah. Pokok bunga ros sarah yg dah nyawa2 ikan pun dah start berputik. Pokok2 lain (tak tau nama) pun dah start menghijau......best je rasa sbb dapat selamatkan especially yg mmg salu guna utk masak tu. 

Tuesday, October 9, 2012

Bits and Pieces

Sing your heart out....suara mmg out!

Jumping beans.....@klcc park.

Messy hall and butterfly panty?

Halloween cushion yg menjadi rebutan. 
Mina latest close up photo. Cekpen pegang tangan and kepala. Mama cabut gigi yg dah senget2 tu. 

Monday, October 8, 2012

Sarah's Concert 2012

Finally the day came, for us to watch Sarah perform her dance routine that she'd been practiced for few weeks. I told cekpen that we might be watching a stiff-stick-dance by looking at some of her practiced. She loved to dance but she's kinda lack of 'lenggok' compared to Mina who is more natural and able to follow the beat with ease. Still we are looking forward to it. Before we let her join her friends and teachers backstage, i told her not to cry and enjoy herself. Remind her to smile on stage and waved to us if she can spot us in the crowd.  
Turn out Sarah really enjoying her moment on stage albeit her stiffness. Well almost perfect except a small glitch, where her dance partner were terrified and had a stage fright. The boy went rigid and crying all the way. But seems like Sarah doesn't let that small glitch to hinder her stage moment. She forced the boy to dance along anyway. Audience were cheering at the display, i couldn't stop myself from rotfl :D. Sarah oh sarah. If my memories serve me right, it was the same boy who cried last year. He was in the pre-nursery class back then. 

Sunday, October 7, 2012

JLO Concert Sneak Preview

Gambar semalam sebelum concert 'JLO' bermula. I don't know when or where she pick up this obsession of menggeliat lentik twisting leg posing.

Saturday, October 6, 2012

Needles and dicapitated bunny

Giant angle needles and thicker thread to sew back the decapitated arm of Sarah's bunny. Re-stitched the dangling leg too. 

Friday, October 5, 2012

Daiso berhantu

I dunno about others but kalau i masuk daiso ni mmg ada je lah barang yg masuk dalam bakul. >___<

Wednesday, October 3, 2012

Batu Seremban dan Ceper

Mina has been bugging me to make batu seremban for her. Dulu2 pakai biji getah je kalau main batu seremban, main sampai naik berkilat. Kat sini mana ada kan, so kena carik alternatif. Nak bagi main guna batu kerikil tepi jalan macam bahaya lah pulak sbb budak2 ni kalau main ada tendency jadi ganas. Kang ada pulak dahi berdarah. Pastu fikir2 macam pernah nampak readymade kat daiso. Pergi tengok tadi takdelah pulak. Carik pasir2 yg mcm dalam soft toys tu pun takde, last2 pakai batu ni je lah. Elok licin tapi boleh tahan keras kan so wrap dalam felt. Bg ada cushion sikit kalau kena kepala kurang sakit.
Lepas satu round mina tak nak main dah >_<. Nak kawan kat sekolah yg ajar katanya. Ceh sabor je lah.



Penutup botol aka ceper ni plak awish yg bawak balik ke rumah. Excited nak show off dia dah pandai main. Ingatkan dah pupus dah game2 ni. Rupanya ada lagi. Eloklah kan dari asik hadap pc game jek kan. Tapi ceper ni i dah tak ingat dah camna main dia, so cekpen le ngajor. Kenangan zaman kanak2, now anak2 yg main :).