Nasi goreng, bihun goreng, mee goreng dan spagetti adalah menu yg sentiasa ada (bibik punya menu otometik). Kadang-kadang tukar angin macam yg atas ni (ni mama kena buatlah, bibik tak reti). Kadang-kadang leftover kuih yg mana budak2 mmg tak nak le, mama jugak yg kena habiskan dah macam perut dbkl. Nasi lemak roti canai biasanya weekend lah. Sup2 sesekali je, sbb cekpen kata dia kureng sikit makan benda bersup pagi2 , unless time dia demam sakit tekak le. Mina and awish ada masa terpaksa breakfast cereal sbb mungkin hidangan breakfast tak kena kat tekak salah seorang dr derang berdua ni. Cereal pun cuma kokocrunch n honeystar je, yg lain taknak. Bebaru ni tekak awish dah boleh terima tortilas so adalah perkembangan sikit. Walopon macam2 makanan boleh cuba tapi sbb ada yg nak makan ada yg taknak, so jadi kurang semangat lah nak membuatnya. Derang ni, kuih2 sahaja mmg takmolah, kena ada yg heavy jugak. Hmmm...
semuanya nampak sedappp
ReplyDeleteada yg sedap ada yg tak hehehe
ReplyDelete