Dah habis dah cuti2 raya. Budak2 dah pergi sekolah. Cekpen dah pergi kerja jauh2. I dah balik dari pasar utk isi fridge dengan barang2 basah utk masak. Ada masa sikit sebelum amik sarah from kindy ni, donlod gambar2 yg ada sepanjang raya ni. Now nak citer sikit pasal raya utk ingatan bila dah lupa nanti.
Kali ni dah plan nak balik Pontian sbb cuti lama kan 3 hari, then plan terus hantar cekpen kat jb or mana2 utk dia ke singapore. Tapi plan terpaksa diubahsuai sebab ada permintaan utk balik jugak ke Tampin. Utk tidak menyebabkan laki i berbelah bagi, i kata bolehlah, but tetap nak raya di pontian dulu, satu malam pun takpe tak kira nak jugak. Kali ni terasa nak selfish sikit sbb dah selalu gak beralah bila raya haji. So lepas budak2 balik sekolah kitorang bertolak around 2pm camtu. Trafik takdelah teruk sangat sbb sampai kampung around 5.30 camtu.
Kat pontian takdelah ribut sangat bila sambut raya haji, mostly macam takde apa, biasa2 je. Dinner pun simple je. Kitorang takde tradisi wajib ada lauk2 pauk macam raya puasa. Beza dgn tampin macam langit dgn bumi hehehe. Kalau balik tampin kompem seriau bab2 nih. Walopon takde ramai yg balik kat tampin tu tapi expectation utk prepare raya haji tu tetap menakutkan. Dulu arwah mil ada lagi , i tak kisah le kan sbb ada mil guide. Now mmg nahas le sbb fil nak semua mcm lah time mil ada. tsk tsk tsk.Tu yg beriya2 takmo raya tampin tu hahaha.
Pagi raya i buatkan nasi goreng utk awish supaya dia kenyang dan takde alasan utk tak pergi solat sunat. Lepas tu i masak lodeh sementara my sis n sil siang ayam kampung yg baru disembelih fresh by my bro. Then ayam kampung masak kari, buat sambal tumis cili kering, sambal kacang, burung puyuh goreng berempah,settle. Ketupat dengan lepat pun dah siap malam raya tu. Oh ye, tetap masak nasi sbb sarah, awish dgn adib tak makan ketupat.
Lunch dah sesiap pagi tu buat so apa lagi duduk berborak le lepas dah kenyang bersarapan kan. Another sil datang bawak rendang ayam, oh lagi lah senang hidupku hehehe. Kami berborak2 kat rumah depan, mak duduk kat katil kat rumah bawah, saje je trick nak suruh mak bangun dari katil dan bergerak ke depan. Setelah sejam kot, barulah mak keluar. Dapatlah muscle2 kaki dia exercise sikit. Lepas tu pelan2 kami turun ke anjung, mak pun lelama ikut turun hehehe. Time ni je lah mak nak bergerak. Kalau takde kami balik ni, dia memang taknak beralih dari katil kat dapur tu. Gitulah mak yg kejap ok kejap tak ok, kejap mandi kejap taknak mandi.
Disebabkan sekejap sangat kat pontian, i tak pegang tepon. bila tak pegang tepon, maknanya takde gambar. Yg ada gambar anak ayam dgn kucing je. Takpelah ...lain kali. Yg penting seronok menikmati raya haji tanpa batasan hehehe. Sarah pun ok, most of the time dia main je. Of course, mina dah diwarning utk make sure dia tolerate ngan sarah dan make sure kakak limah include sarah dalam dia punya circle. At least this time around, sarah kurang komplen which means i berjayalah kawal keadaan tu compare time raya puasa aritu.
Lepas solat jumaat, lunch then bertolak ke tampin. Sesampai tengok byk keta dah depan rumah. Ramai jugaklah yg balik that day, which means someone very happy....guess who? Atuk le sapa lagi kan hehehe
Lepas maghrib, tinggal 2 family je yg overnight kat tampin. Lauk2 byk dah memasing bawak sikit2 kan. So takde nak ribut2 masak..i like hehehe. So malam tu lepas makan lepak tengok hantu kak limah balik rumah. First time awish mina and sarah tengok. Memasing excited 'funny ghost' katanya. Mina and awish macam dah tau sikit2 sbb kekawan kat sekolah ada citer kot. I dgn cekpen pun layan tengok jugak sbb nak tau apa yg box opis sgt kan. Dah sudah habis citer tu, i pikir "tu je ke? I don't get it.....box opis camtu?" Whateverlah kan.
Pagi pun very the simple. I kalau balik ngan my biras yg ni mmg mudah le hidup, sbb sama2 tak cerewet. Makan je apa yg ada hahaha, jangan membazir, tak baik. Panaskan kuah lodeh, kari ayam,sambal kacang, potong nasi impit dgn lemang cecah rendang daging and rendang ayam. oh ye tambah french toast sbb roti dah nak expired so kena perabihkan. Sarah pulak sangat lah bagusnya sbb kat pontian dgn kat tampin ni, dia makan lauk yg ada tanpa byk songeh. Kalu kat rumah tak 3 kali masak lauk tak sah. Thank you sarah sbb mempermudahkan hidup mama....maklumlah bibik cuti tak ikut balik kan, kalau tak mama kena terperuk kat celah dapur le jawabnya.
Lepas breakfast, mina frust sbb tak dapat pegang apa2 teknologi main game. So i bawak dia keluar rumah, biar dia berlari2 main kucing. Cekpen pun dah boring baca buku turun join jugak. Time ni lah dapat ambik gambar2 ni.
I suka tengok rumah tampin ni, sbb masih nampak macam rumah lama. Kawasan luar dijaga elok. Siap ada pokok bunga lagi...bunga kontroversi kah kah kah. I bgtau cekpen suruh caretaker kebun ni tanam serai, lengkuas, kunyit, cili, halia...sayur pun tanam sekali. Supaya bila kitorang balik kg senang nak masak dan senang i nak hangkut balik puchong hehehe.
I am 100% very sure this guy is very happy sbb balik kampung dia. I think the 'permintaan' tu mmg anytime dia akan comply, dia tanya i macam mana nak buat tu, orang kata to be polite le kot, its just a very subtle way of saying that by asking my opinion. Well..............kawin ngan orang nogori katanya 'kucing beranak pun balik kan' hahaha. Anyway life is short so enjoy while we can, while we are healthy and able to. No rooms for sulking. As long as he's happy the kids happy...then i have no reason not to be happy ;).
No comments:
Post a Comment