Monday, November 14, 2011

School Almost Ended Happily

Gaya manja Darwish....tengah makan bihun goreng selepas nasi lemak dan karipap. Makin bulat lah bujang sorang ni. Balik rumah sambung lagi makan bihun goreng yg bibik buat. Tak sampai sejam lunch...nasi.. -_-".

Apalah hikmah asik tak dapat upload gambar dgn mina. Ni tah kali berapa try baru lah jadi, tak berbelak. Sebenarnya nak cerita semalam lagi, tapi sebab load gambar jadi tah apa-apa pastu tengah2 godek-godek malam tadi, tetiba power supply terputus, terus netbook k.o.....mood pun terus padam sama..tido le sudahnya kan.

Nak cerita Darwish semalam balik sekolah menangis-nangis. Sian pulak le, kena pulau dengan kawan2 kelas dia lagi. Ada pulak sorang yg jadi tekong utk ajak yg lain jangan main dengan Darwish. Masalah yg berulang kali ni salah satu punca utamanya Darwish sendiri la. Dia mmg mempunyai tahap berkomunikasi yg kurang memberangsangkan. Sedangkan kitorang ni as parents pun still ada masanya tak faham apa yg dia cuba sampaikan, inikan pulak kawan sebaya kan. Kat sekolah memang dia cakap dalam bahasa malaysia, tapi ayat2 dia kebanyakannya masih tak cukup tatabahasa, salah guna perkataan utk maksud yg lain dan dia kadang tak faham apa yg kawan cakap semua tu lah. Actually dah ada improvement tapi still tak dapat catch up. So end up bila ada masa yg dia tak dapat nak get along dgn kawan2, dia main sensorang le.

Kitorang dapat saksikan sendiri macam mana Awish main sensorang masa hari sabtu lepas. Masa aku nak bg nasi lemak kat dia, aku dok cari dia kat kantin tak jumpa. Sekali aku nampak dia main lari2 sambil menyorok kat tangga, dgn muka tersenyum2. Gaya main tu memang macam tengah main dgn member lah kan. Aku perati sekeliling, takde sapa pun yg seems to be in the same game. Last2 aku panggil dia, tanya dia main dgn sapa. Dia jawab 'takde sapa, awish main sendiri'.

Semalam tu lepas mengadu sambil menangis-nangis tu siap cakap taknak pergi sekolah lagi.

 "4 hari Awish taknak pergi sekolah, takde orang nak main dengan awish, semua taknak kawan awish"

Tapi agaknya bangun tidur pagi tadi dia dah lupa kot, so dia pergi sekolah gak macam biasa. Balik pun happy je. Bila aku tanya hari ni main apa, dah kawan balik belum dgn *tuuut*. Dia jawab kawan, then main saidina.

Oklah tu tandanya kan. Biasalah budak2, kejap je gaduh. Cumanya bila aku tanya main saidina tu macam mana, agak pelik pulak jawapan dia sbb main 'jentik2'. Tapi adalah pasal beli rumah, hotel semua tu....hmm mcm tu lah. Biasanya dapat gambaran samar2 secara general apa yg berlaku kat sekolah melalui penceritaan  Darwish. A lot better than last year of course  -__-".

Mina pulak, almost a perfect graduation night, except saat2 akhir sebelum balik, aku screw up. Lepas last presentation which is derang nyanyi lagu dedicated utk 'ayah' bertajuk daddy's hand, then cekpen dah ambik dia turun stage, dia dok peluk le 'ijazah' tu. Masa tu ada le kenkawan nak bergambar termasuk lah secret admirer dia (katanya laahhh), but still dia bergambar sambil peluk 'ijazah', walopon berkali-kali aku nak pegangkan, takmaunye dia nak bagi.

Sekali aku tengah bercakap dgn mak kawan dia, pastu mak tu nak balik dah, so aku pun ok ok dia nak blah kan, mina at the same time dok panggil aku. Aku tunggu mak kawan tu blah baru attend panggilan Mina. Guess what? Dia nak suruh aku pegangkan 'ijazah' dia tu. Masa tu dia dah menangis-nangis bagai nak rak dgn drastiknya.

Sebab dia nak bercakap ke salam ke apa tak taulah, dgn kawan yg mak nye bersembang ngan aku tu. So aku pegang 'ijazah' tu and suruh dia cecepat kejar kawan tu, sbb tak jauh pun dalam 5,6 langkah je. Lagi kuat dia menangis hentak sentap beriya-iya "i don't want' jawabnya. Wahhhh apa pasal ?!!! Siap marah aku tak dengar dia panggil katanya....sabor je haku ni. Kalau hari biasa mau dapat ceramah 5 minit, tapi sebab special night kan, so aku just pujuk je lah. Sorrylah mama membuatkan ending malam tu mcm tak best...hopefully mina tak ingat bila besar nanti....Mina ingat yg best2 je ye.






2 comments:

  1. lain anak lain perangai ... sabau jer la...
    anak aku kat sekolah baru ada 1 kawan jer sbb dia pemalu....

    tapi kat shopping mall aku rasa cam anak2 aku jer yg tak malu berlari/shout/tergolek/terlentang... aku plak yg malu.

    ReplyDelete
  2. Kat mall.mmg jd mak singa la kita

    ReplyDelete