Tuesday, November 8, 2011

Menu lepas Qurban

Salam AidilAdha :)

Kami balik Tampin lagi Raya Haji kali ni. Anak-anak semua happy macam biasa sebab ada ramai sepupu sepapat dan dapat main kat laman yg luas. Citer raya tu biar cekpen update le. Agak malas nak transfer gambar dari kamera ke netbook ni. 

Balik Puchong semalam, terus tapau McD for lunch. Tapi Sarah taknak makan fastfood so, lepas makan aku masak le sikit nasik ngan gulai ikan cencaru, sebab dia nak sup yellow....maka gulai lemak cili api kurang pedas lah yg siap. Berselera dia makan.

Dinner pulak masak simple je. Perut dah sebu kan so tukar le yg tak lemak berkrim sangat.

 Cencalok...nyaris terlupa beli masa on the way balik.

Ikan sepat masin....tapi dah kering jadik kureng thrill. Lama sangat simpan dalam fridge .

Salad+timun+tomato+ayam.

New Zealand mussels. Balance 5 ketul je tinggal selepas yg lain digulai dengan pucuk ubi last week. Besar2 so 5 ketul pun penuh jugak semangkuk kecik.


2 comments:

  1. semuanya nampak sedap2 belaka..... :) x lunch lagi ni..

    ReplyDelete
  2. bila hari2 makan yg berat, then tukar yg simple ni terasa sedap sangat.

    ReplyDelete