Pilih meja bulat 8 seater je. Scallop tu aku mintak kaler light blue/baby blue dgn light pink. Tapi aku dapat biru gelap dgn shocking pink. Nasiblah aku mmg dah agak kemungkinan derang tak menepati permintaan aku tu, so aku cool ja. Cuma instead of tema yang tenang, serene, khemah ni membuatkan macam ada birthday party. Biras aku cakap "wah siti dari jauh i nampak khemah u" T____T
Kambing kuzi, beriani dgn ayam masak merah beserta side dishes, semua dari Kambinghalal.com Eh ...siap bg aqiqah certificate utk Sarah. Memang camtu ke pesen sekarang?
Lepas konfemkan 3 benda ni, barulah fikir yg lain-lain. Takdelah banyak 'lain-lain' tu, hehe sbb kang hover plak macam buat kenduri kawin. Aku just order roti jala dgn pulut kuning dari kedai makan breakfast yg kitorang dulu2 selalu pergi. Pulut kuning tu pun idea cekpen, pastu aku cadangkan pack je pulut kuning tu as door gift, sbb takut orang dah kenyang karang tak jalan pulak pulut tu kan.
Then aku order cheesetart special..special sbb wife anak buah cekpen yg buat. Lagi special sbb dapat kek coklat stoberi percuma..hehe thanks Aida *angkat tangan miss universe*. Disebabkan aku tak tau ada kek coklat stoberi suprise dari Aida ni, aku order butter cake dari Uniquecake. Order 2 kg, tapi aku kan adalah lupa, 2 kilo butter cake adalah seciput aje saiznya huahuahua, jadi aku tambah 0.5kg Angry bird butter cream cake Berrys. Hambik ko, takde birthday takde apa tapi ada 3 cake..Alhamdullilah...heheh
The Cheesetart yg sangat yummeh!
Strawberry chocolate cake + Carnation butter cake with butterfly..butterfly tu add on last minit sbb Sarah dok mintak butterfly cake hahaha. Carnation adalah tema majlis yg tak kesampaian -____-
Inilah "burung marah".
Darwish dan kawan setaman dah makan burung itu. Memang sedang elok je saiz burung ni utk derang semeja. Lepas makan semua mulut dgn gigi kaler biru hehe.
Basically tu je food yg ada, then aku letak some tidbits macam kacang, maruku, lollipop, fruit plus candy dgn kisses coklat dari Langkawi tu ari. Gambar tidbits buffet tadak satu pun dlm kamera hehe. Aku mmg tak sempat le nak pegang kamera amik gambar sana sini. Eh ada jelly kelapa muda yg sangat sedap jugak dari Bang Chik (BIL cekpen). Nasib baik ada rezeki aku merasa sbb masa bukak ada last kopek seketul hehe. Terus ambik letak tepi kejap. Line clear je nyum nyum share ngan cekpen hehe.
Last sekali adalah keadaan, dalam rumah, aku clearkan hall. Sofa dgn coffee table semua ketepikan sbb nak letak tikar je. Mudah utk orang baca yassin dgn tahlil kan. Meriah lantai rumah aku kan.....nasiblah, guna apa yg ada je hehe.
Bunga carnation yg sama umur dgn Darwish....maktok kata tak cukup sbb pasu kemain besor tapi bunga ciput jek..hehe
Bebola pom pom DIY. Ada macam2 design ball kat youtube ni, ada carnation tissue ball, pomander ball, hydreangea flower ball. Pilih aje nak buat yg mana hehe. Aku buat pom pom sbb paling mudah dan murah =P.
Bebola pom pom tisu ni aku buat pagi sabtu. Langsir tu pulak dah berkurun rodnye ada kat rumah ni, akhirnya aku pasang utk cover view tangga dari pintu masuk. Ni angan2 tak yg tak kesampaian tu le. Aku suka sangat menda bola sbb senang nak buat then nampak fluffy sangat kan. Cadangnya nak gantung banyak2. Tapi tak dapat cari tisu paper yg lagi murah le. Nak gi survey luar Puchong mcm tak berbaloi, sudahnya aku buat 3 ketul je..jadiklahhh. Kalau banyak gantung2 ni macam best je kan.
Frame info.Aku guna frame kecik2 ni instead of bunting sbb errr over la kalau pakai bunting keh keh keh.
Ni masa hari Sabtu. Cekpen cuba nak bukak grill sliding door tak boleh. Mangga solex tu dah berkarat. Terpaksa panggil locksmith ni. Last2 dia grind / potong solex tu.
Ni hasil tangan cekpen....gambar kenangan Sarah sepanjang tahun ni. Hopefully we don't have to go through this journey again ye Sarah. Amiiinnnnn.
Itulah serba sedikit tentang kenduri baru2 ni. Simple je, takde sampai tidur lewat ke apa....tidur tetap macam biasa..hehe. Eh lupa plak nak cerita. Kebetulan jiran cina rumah sebelah ni buat sembahyang, bakar2 kiriman duit kertas semua tu utk ayahnya yg passed away last year. Sesi bakar2 tu pulak sama dgn sesi baca Yasin dan tahlil. Habuk2 dah start berterbangan masuk kawasan rumah kitorang. Tapi hujan rahmat turun dgn lebatnya sekejap. Hujan tu dapat menghilangkan debu2 kertas yg dibakar tu, dgn timing yg sangat cun iaitu selepas semua kertas tu terbakar habis, hujan turun. Rahmat hujan. Masa makan hujan berhenti, jadi takdelah tetamu tempias2 kena air hujan. Cuaca pun jadi tak membahang sangat. All in all semuanya ok, lauk pauk mencukupi dan ada lebih sikit utk saudara mara bungkus bawak balik. Alhamdulillah.
dah lama sebenarnya tak buat kenduri kesyukuran camni
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Wrmbth,
ReplyDeleteTerima kasih Puan kerana mengulas tentang perkhidmatan kambing kami. Daripada UMM BARAQAH RESOURCES
Azmi
http://kambinghalal.blogspot.com.
Izinkan saya untuk copy danpaparkan di blog syarikat kami ya. Tq
mamasyaza- sesekali buat seronok dan rasa bahagia je jiwa kan.
ReplyDeleteEn Azmi - sama2. no problemo :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga Sarah akan sembuh sepenuhnya.Amin
ReplyDelete