Dah berapa kali backspace lah ni. Nak start entry ni asyik tak dapat ayat intro yg sesuai. Actually nak cerita semalam terserempak dgn mak classmate Darwish masa kat REAL Kids. Punyalah seronok dapat jumpa dia, sampai kalau boleh nak bercakap tak berhenti. Sembang pasal hal-hal sekolah Darwish n her dotter. Masa darjah 1, anak2 kitorang ni masih satu kelas, tapi masuk darjah 2, Awish dah kena reshuffle ke kelas lain. Telepon aku pulak kan rosak masa saat2 kritikal Sarah start admitted early this year, so lost contactlah and tak dapat nak tanya mana dia pindah sebab rumah dah kosong semua tu.
So semalam dapatlah catch up apa yg berlaku kat family dia ngan family kitorang. Pastu ujung2 rupanya dia satu kompeni dgn blogger Moon, yg biras Norma (brain cancer). What a small world.
Rasa relief sangat sebab she's the only mommy yg aku kenal kat sekolah tu sebenarnya. aku tak kenal mak2 lain. Dah terlepas peluang berkenalan dgn mak2 classmate Darwish sbb masa midterm, cekpen yg pergi ambik penyata, aku kat spital lagi masa tu.
Penting sebenarnya kenal dgn mak2 kawan2 anak kita, to share hal2 sekolah. Walaupun cuma nak crosscheck pasal homework atau aktiviti sekolah yg lain. Takkan semua nak call cikgu kelas ye tak. Pengsan cikgu nak jawab semua panggilan telefon hehe. Kang tak pasal cikgu dapat darah tinggi sbb semua pesan dia anak murid tak ingat, manjang mak tepon tanya.
Ni pun aku ada berangan nak meet up geng2 UM, walaupun ada sedikit low self esteem sbb dah tak kerja ni. Bila la gamaknya tu. Bukan ramai pun, tinggal 2,3 kerat je. Nak tunggu semua available mmg tak jumpa tarikh le jawabnya. Hopefully ada le rezeki satu hari nanti. Insyaallah.
askum.
ReplyDeleteada plan nak keje balik ker? aku dah 6yrs... dah 'sebati'.
tapi last weekend tgh cari kasut baru kawan aku kata beh kurang camnih... "tu lah kau... kalau ko kerja dapat la ko beli kasut mahal"
menusuk jantung betul... :P
haha niki...as of now soalan paling killer aku dpt pun "lepas ni nak buat apa".
ReplyDeleteAku punya plan taknak kerja sampai 2013/2015. No rush.
Kena consider Darwish n Sarah punya condition. They need me more. Mina pun aku tak sure dia boleh ke tak bila masuk primary school.
Kalau ikut hati mmg le mcm cacing kepanasan ni tapi muhasabah tiap hari.
"anak aku lg penting dari kasut n handbag" kui kui kui....keep telling myself that =P
Kalau nak jugak 'reta dunia' biarlah laki aku keje kuat..ngeh ngeh ngeh. Kot ujung tahun dia nak hulur vonus sikit kannnnn....tak dapat kasut mahal, dapat kasut baru pun jadilah haha, tak kisah le apa orang kata.