Wednesday, November 30, 2011

Pencarian Ultra

Sambungan kisah selepas kenduri. Masa kenduri tu Awish dapat sampuls. Kebanyakkannya aku simpan dah tapi ada 2 keping red note kat tangan dia yg dia taknak bagi kat aku. Merayu-rayu nak beli toys otomen ....eh anak korang stop beli toys kekarut camtu umur berapa ye? Aku rasa macam dah tak sesuai dah umur dia ni, tapi dia still interested nak main figurin2 camtu tau. Tertunggu-tunggu aku bila dia nak main bolasepak ke, ragbi ke, swimming ke...yg lasak sikitlah. 

So isnin tu dok merengek-rengek nak ke toys r us, nak beli otomen. Petang tu selepas aku lemas dgn rengekan tuh, aku bawak le semua kecuali bibik ke ioi mall. Tapi kan aku lupa, isnin is coti2, sbb cekpen tak coti kan so dalam kepala aku dah set ioi mall lengang. Sekali nak masuk parking pun dah jam. Basement penuh. Kena park kat belakang building tu. Dah le maktok aku ajak sekali , hujan renyai2 pulak tu. Last2 aku drop maktok n awish kat salah satu entrance, sbb parking konfem dapat jauh2 kan.
Masuk je terus tuju toys r us, Alhamdulillah.......otomen takde wakakaka!  Gumbira hatiku....tapi awish kuciwa lah kui kui kui. Bukan apa, kalau ada pun belum tentu rega nya doploh hengget kan. Better beli kat stall2 kat giant tu, konfem lagi murah hehe.

Dah kuciwa tu, aku ajak le round2 dulu kot2 ada stall2 kecik yg jual kan. Tapi mmg luck on my side...takde otomen di ioi mall hehe. Sambil round2 bagi maktok tengok dunia cucu2 dia ni. Tengok perangai cucu2 yg macam terlepas kandang sbb tak berhenti lari sana sini kat kawasan yg luas...hehe.
Sarah take 5. Selamba nyot nyot dgn kaki sebelah angkat.  Mina dgn Awish ambik kesempatan main kejar2 sambil tolak pram sarah.

 

Lepas tu Sarah nak naik kuda merry go round ni. Maktok tengok dari tepi le. Kemain sarah babai2 maktok ye. Happy letewww. Maktok nampaknya dapat kawan baru kat sebelah tu.


Lepas sesi berkuda, Mina heret semua orang ke pizza hut pulak. Cuak je aku sbb  apa pulak aku nak orderkan utk maktok, tak sure dia ok ke makan pizza2 ni. Aku pikir order spagetti je la sbb kat rumah dia boleh makan yg aku masak. Tapi sudahnya cuma order set pizza sbb mina nak makan yg super cheesy apa tah tu, yg tu takde personal size, ada regular je. Karang sapa plak nak habiskan pizza tu sbb aku pun takmo. Awish pulak nak lasagna je. Gamble je hulur kat maktok,  nasib baik maktok ok ja hehe habis jugak le satu slice. Tapi still tapau bawak balik sbb tak habis jugak. Lepas makan, ajar derang semua say thankyou kat maktok sbb maktok beriya nak bayar bil,
 "terima kasik maktok belanja makan pizza"
-_______-





Selasa, awish still buat tuntutan otomen ..aiyoooo. Oklah, aku bawak le sekali sbb nak beli some groceries kat Giant. Pujuk dia beli keychain otomen ni je sbb yg ni material ok sikit, tak mudah pecah barai. Yang besau2 semua jenis sekali campak berderai tangan kaki semua. So sekarang happy dok kelek otomen sambil berangan fight2 siap sound efek macam2. Sabor je le.



No comments:

Post a Comment