Thursday, January 20, 2011

Rombongan kenduri Singapore

Haaaa....rajin pulak aku nak citer hari ni..maklumlah sempena sambutan Thaipusam, mari memerap kat rumah sebab shopping mall sure penuh. Dan untuk makluman cekpen sukarela gi kerja hari ni buat report katanya, utk menjawab soalan2 cepu-emas-harakiri esok pagi.

Last weekend, 15 Jan, Sabtu lepas subuh kitorang bertolak ke Singapore sebab ada kenduri kawen sepupu sepapat korge cekpen. Tah apa mimpi kali ni rajin pulak dia nak pergi.

Ramai jugak le famili dia yg pergi tapi kitorang tak join konvoi. Maklumlah kitorang ada anak kecik, macam leceh sikit nak ikut orang punya plan....kitorang ikut anak2 nye arahan kerenah.

This is my second time to Singapore after a very loooooooooonggg time. The first trip tu adalah rombongan sekolah rendah...darjah 2 uolssss......aku cuma ingat nama tempat aku pergi dulu tu woodland hahak =P.





Ada yg overnite kat JB. Kitorang dgn satu lagi famili overnite kat Village hotel kat area Arab Street ni. Boleh nampak Masjid Sultan tu.

View dari bilik kami....jalan kaki je nak rayau-rayau ke makan-makan kat bawah tu.


"Amik jek duit orang tu nak bagi, nanti u nampak all designer bag on sale u went crazy u knowww!!!"

Itulah kata-kata i pada biras i tu before her trip to London Paris recently.

Tu tengah mengadu le tu, betapa menyesallll kan tak bawak duit bebanyakkkk...=P
Kata nak gi boxing day ...

Lepas anak-anak main pool, lapar le pulak..so turun makan kat belakang tu...restoran zam zam.


Bila sampai mee goreng ni, aku bajet konpem tak sedap...rasa kari.

Tapi salah ...ianya adalah sangat sedap...mcm makan ayam tandoori.
Tapi portion tersangat lah besar, so tapau bawak balik...sambung makan sebelum tidur.


The famaous murtabak singapore...terbaekkk dari ladang.
Tak pasti lah kedai mana yg paling sedap sebab sempat makan kat kedai ni je.


Ni la majlis yg diadalah 2 hari 2 malam tapi kitorang tak tau. Kalau tau malam tu ada, kitorang kompem datang melantak jugak. Dasyatnye orang Singapore wat kenduri kawen, dah le 2 hari 2 malam, makanan nya mak aiiiihhhh...dah macam buffet kat hotel. Semua ada...yg takde kambing golek jek.







Kitorang tak sempat pun nak kemana-mana sangat sbb kejap sangat gi. Anak2 plak sibuk nak masuk pool aje. Adalah insiden2 yg menyebabkan mood aku ke laut, dan kalu boleh nak balik la tu jugak. Memang tak puas.

Dan benda alah mcm touch n go ni pulak, ada lagi value 44dolar. Dekat seratus engget le kan.
Sayang kan membazir...tak leh refund.
So sebabkan menda ni ada ...mungkin nak repeat lagi masuk Singapore CNY ni..
Agak2 ok tak time CNY?
Ke KO?



No comments:

Post a Comment