Wednesday, January 26, 2011

Doa dan harapan untuk Dhia Maisarah

Mungkin ada yg tertanya-tanya keadaan Sarah yg sebenarnya. Aku cuba cerita kat sini utk kawan-kawan dan jugak untuk aku mengingatnya kemudian nanti. I try not to be emotional in this entry...more to information basis.

Cancer yg di panggil Germ Cell Tumor ni adalah sangat rare atau pun jarang sekali berlaku dalam sejarah perubatan. Terutamanya bagi kanak-kanak. Pead Oncologist Prof Lin Hai Peng, (spell??) pernah bertugas di UMMC dan antara yg terbaik, sekarang berkhidmat di SDMC, dah tua dah dia ni, maknanya dah berada di bidang ni cukup lama, Dhia Maisarah merupakan pesakit yg ke-2 setelah berpuluh tahun.

Germ Cell Tumor Sarah ni , actually adalah satu ketumbuhan malignan yg terletak diantara spine, hati dan buah pinggang. Saiznya yg terlampau besar iaitu 10cm x 11cm x 9cm, menyebabkan semua organ-organ bersebelahan telah di tolak (displaced) dari kedudukan asal.

Tapi oleh kerana cell itu adalah malignan dan telah membesar bagai johan, ia telah berumahtangga ataupun mencemari hati (metastasizes liver) dan lymph node (somewhere nearby). Ini bermakna, cell cancer itu telah begitu giat mencari kawasan baru untuk didiami.

Alhamdullillah setakat semalam, hasil segala ujian menunjukkan organ-organ penting yg lain masih selamat, kidney, spleen, pankreas, lung, bone marrow, blood, spine, bone and brain semua dalam keadaan baik dan tiada tanda2 didiami oleh cell ini.

Oleh kerana ia telah memasuki kawasan lain juga maka keadaan ini di gelar Stage 4. Rasanya ramai yg dah tahu asal cancer je orang tanya stage berapa kan. Sebab ia menentukan jenis rawatan yg akan diberikan dan juga peluang utk pulih.

So apa peluang Sarah atau what is her prognosis? Yg ni memang susah nak cakap lah. Tapi being positive, Prof Lin explained that she has a better chance since its a germ cell tumor when initially they thought it was neuroblastoma. Neuroblastoma survival or curing is very low at this stage. Germ cell tumor better in the sense that it will response better with the chemotheraphy treatment. Maksudnya chemo dapat membunuh cell cancer itu dengan lebih cepat.

Ok ada yg confuse? Macam ni, mula-mula lepas ultrasound tu, based on ultrasound image menunjukkan ianya Wilm's Tumor atau nephroblastoma. Lepas CT scan abdomen, lebih jelas menunjukkan ketumbuhan berdekatan spine, jadi itu menunjukkan kemungkinan Neuroblastoma. Selepas keputusan ujian darah keluar, kandungan Alpha-feto-protin yg tinggi iaitu 328,000++, menunjukkan ia tanda-tanda Malignant Germ Cell tumor.

Ianya disahkan selepas phatology report yg dilakukan keatas sampel hati dan tumor itu sendiri menunjukkan cancer itu 100% adalah Germ Cell tumor. Faham ye. Aku nak tulis lagi detail pun banyak perkataan jargon2 yg aku tak boleh nak recall...maklumlah aku laki bini sekolah engineering, jadi kelam kabut jugak nak capture kata2 doktor2 pakar ni. Ni pun aku dah start catit mana2 perkataan pelik2, ubat2 dia semua. Aku kan pelupa jadi kena lah tulis. Nanti kot pergi jumpa doktor lain dah menggeragau pulak aku nak explain kan.

Langkah pertama yg perlu diambil adalah mengecutkan saiz tumor tersebut. Jadi sesi chemotheraphy telah dimulakan pada hari ini 26/1/2010. Sesi pertama ini akan berakhir pada hari Jumaat dgn 4 jenis chemo medicine. Entry lain akan dipublish untuk chemo ni.

Sabtu kami boleh balik, ada gap 2,3 minggu sebelum cycle yg kedua bermula. Kami nak cuba supportive treatment yg lain pada masa ini untuk menambahkan kekuatan badan Sarah melawan cancer tersebut.

Aku nak ucapkan terima kasih kat semua yg komen dalam entri2 sebelum ni dan maaf tak dapat nak balas cepat. Dan juga ucapan terima kasih kami untuk semua yg doakan Sarah, buatkan sembahyang hajat, bacakan Yassin, bg idea, bg sumbangan, bg contact no. Terima kasih banyak2.


6 comments:

  1. Ya allah...sedihnya dengar.

    Get well soon to sarah. Smoga sarah di beri kekuatan utk melakukan chemotheraphy.

    Untuk CT, banyakkan bersabar yer.

    ReplyDelete
  2. mommy CT,

    if there anything that i/we can help, i/we are here for you. anything. insyaAllah.

    *hugs*

    dear sarah, aunty doakan awak cepat-cepat sihat :)

    ReplyDelete
  3. Salam, i bumped into ur blog...and i realised our daughters names are slightly similar SARAH and she's gonna be 3 yrs in OCT..

    I hope all well with Sarah soon...may Allah gives strength to all of u...never give up!!!

    ReplyDelete
  4. Mommy CT,

    I pray for Sarah's recovery. She'll be fine Insyaallah.

    To u and family, banyak2lah bersabar ya.

    ReplyDelete
  5. semoga sarah sihat hendaknya...tabah ye kak

    ReplyDelete
  6. Dapat semuanya in correct order now. Lin was my prof dulu. Dah pencen tuh Paeds onco.

    Ya massive secondary tumour but chemo responsive. Now we are trying to deal with side effect of the chemo pulak. Doakan she's strong to go thro' smuanya. Bacalah 'La illahailla anta subhanaka innikutumminazzolimin, doa nabi allah yusof dalam perut ikan; lagi satu 'Rabbi yassir walatua'sir ya karim" ya rab permudahkan lagi mudahkanlah....

    ReplyDelete