Monday, March 8, 2010

Eh eh...dah mula berjuang keee???



Masa dok belek2 Womens Weekly (gila laa brotben ni asik down sampai khatam 20 kali womens weekly ni tau), ada iklan produk ni utk memulihkan kulit dari bekas2 jerawat, kedutan, kekeringan dan macam2 lagi. Yang bestnye, kita ni bila cuba menda baru mesti nak tau result cepat2 kan, haaa yg ni claim dalam masa 6 hari boleh nampak perubahan.


Dok google review2 yg ada pun masing2 kata mmg nampak perubahan tu cuma ada yg sikit ada yg banyak. Biasala tu kan, ikut badan masing2 utk absorp menda2 yg kita telan ni.


Kebetulan hari ni pergi Guardian sbb nak beli ubat cacing and scott emulsion utk Sarah, so 'terbeli' sekali produk ni...kira harga dia murah jugak le kot bebanding menda alah kolagen2 yg ada kat shelf tu i tengok. Korang tau2 je lah kan, ime.deen tu dah baper hengget kan...yg lelain pun behkurang sama je rega.


Malam ni sebelum tidur, bermulalah perjuangan I, dengan tag line Kino.himitsu yg melekat dalam pala otak ni.


'Beauty that glows from inside out'

'Bounce back your skin today'

'Youth and beauty in a bottle'


Wah wahhhh.....kalau "Jeanie in a bottle" lagi cun kan....dia jadik khadam utk buat segala beauty rutin utk I yg malas ni..kui kui kui =P















6 comments:

  1. amboi akak....teruskan perjuangan hingga ke penghujung tau...:)

    ReplyDelete
  2. Snow - ala...8 botol jek snow, 8 hari habis dahh...huhuhu

    ReplyDelete