Tuesday, December 31, 2013

Closing 2013 with a bang!

@  Grand Lexis PDee
My latest precious 'handbag' acquisition. This is the 'bang' =P
Ini je gambar yg Awish ada make appearance. "camera shy' sangat skrg. Susah betul ajak kemwor.




Friday, December 20, 2013

Perawat Shifa 4

3 disember tu ari ada follow up sarah kat Shifa. Disebabkan cekpen tersilap amik cuti hari isnin (sehari sblm apmt) so bawak lah Mina utk tolong jaga zafri bila perlu. Kami tak dapat rawatan dgn Hj Lokman, dah 2 kali berturut dah dapat perawat no4. Agaknya sarah tak kritikal kot so dah boleh pass kt perawat lain, agaknyelah. Apa pun according to him, Cancer cell remains dorman Alhamdulillah. Problem UTI tu perawat tu bg ayat utk amalkan siang hari. Tp asik tak sempat je nak baca sbb zafri sgt lah tak ok timing dia nak meragam.
Girls club day out. Eh zafri ada lah...cuma takde dalam gambar ni je , dia tengah tidur dalam stroller.
Zafri yg kejap ok kejap tak. Merasa lah bf sambil driving dlm jem. Lama sgt keta tak bergerak kan so melalak le. Bila trafik dah nak laju cecepat letak balik kat car seat huhu. Nasib baik polis trafik tak nampak tsk. I know bahaya buat camtu, tapi my reason is masa tu keta memang tak bergerak sangat, jem teruk gila dari tol plaza selatan mex hiway tu nak kuar ke jalan tun razak. Kat situ merangkak keta dekat 40 minit kot. Padahal cuma ada keta rosak tepi jalan T___T.


Thursday, December 19, 2013

UTI di SDMC lagi

5 Disember ada follow up Sarah kat SDMC. Utk kes urine infection tu. Minggu sebelum tu cekpen yg bawak. Kali ni result still sama jugak ada traces of protein, blood and sugar. Dari blood test pulak, creatinine dia spike to 70. The highest as of now, padahal sebelum ni dah turun from 62,63 ke 59 camtu. Since bacteria pun dah turun ke normal level iaitu kurang dari 1000 count, prof lin takde bg ubat. Cumakena minum air banyak, 1.5 l sehari.

Sampai sekarang terkial-kial lagi nak capai 1.5liter tu. Tapi she manage to drink between 800ml to 1.2l lebih kurang. Itu pun nak kena sentiasa ingatkan dia utk minum. I tuang kat cup yg kecik je, equivalent as half cup from a 1.5l bottle.Motip tuang kat  cup kecik supaya dia boleh habiskan at one go. Kalau pakai normal size mug, dia cuma minum few sip/ teguk je at one time, mmg takkan or lambat sangat nak habis, membuatkan dia lemah semangat. 

Punyelah paksa dia minum banyak kan, masa balik kampung aritu tak menyempat nak sampai kampung dia dah menangis-nangis tahan kencing. Last2 terpaksa berenti n kencing tepi jalan huhuhu, cuci pakai air dalam botol le hahaha.

My attire sekarang mesti palazzo yg bergetah kat pinggang, seluar lain semua tak muat x___x. So belilah 4 lai palazzo utk pakai sementara masih ada extra 2 inci ni. Suka betul beli kat IG seller, senang nak banding rupa dan harga. Semua harga RM39 je selai siap free postage. Yg bagusnye nanti kalau dapat buang 2 inci tu, still boleh pakai lagi heheh. Then, beli sleeveless nursing shirt ni. Murah je Rm15 selai. Pakailah dgn apa2 cardigan or front button shirt yg ada dalam stok. Ni pun rasa nak tambah lagi 2/3 lai sbb selesa sgt pakai camni. 
Macam biasa lepas ambik urine dan blood, kita sarapan dulu utk buang masa. Kali ni i dah inform awal2 kat the girls i taknak mamak -_-' . Boring lah asik2 mamak kalau gi sdmc. So pilihan kali ni, gi makan kat restoren bawang. Suka masakan derang ni sedap sangat.
Zafri ada ikut sekali. Takkan nak tinggal kan sbb i bukan ada stok ebm pun kat rumah. Dah tentu lama kat SDMC, so bawak je lah. Tu tengah menyusu le tu. Nasib baik mama sempat makan habiskan sarapan tu dulu sebelum dia bangun nak nenen. Bak kata maktok, kalau maknya kenyang, baby pun cepat kenyang bila menyusu....betul ke? Betul kot...sbb menyusukan baby memang buat kita lapar kan, maklumlah terbakar segala kalori hehehe.



Friday, December 6, 2013

Muda vs Tua

Baby vs Daddy. Macam sama je, macam iras je, macam encem je....hak hak.

Both hantar n temankan mama jumpa gynea on 29 Nov. Pap smear, and iucd done. Walaupun kali ni lain dari my previous, tapi semua nampak ok je, normal macam orang lain. Dah seminggu ni takde apa2 call dari hospital tu maknanya ok kot result. 

Thursday, December 5, 2013

Handmade Booties

Sekarang ada lagi satu port shopping baru iaitu via Instagram. Beli booties comel ni dari seller Ig. Cute sangat. Dari sebelum bersalin lagi dah aim. Masa dlm pantang tu order hehe.

Erti Merdeka

Last day of confinement was last friday. Start hari ahad lepas tu hampir tiap2 hari keluar rumah. Sukeeee =D
Ni pagi2 ahad, jadi antara yg awal sampai kat ioi mall. Tujuan utama, beli baju sekolah. Terus tuju kedai Trio (sebelah MANGO outlet). Borong 6 baju kurung dgn 3 kain biru utk  mina. Pastu 3 pasang baju melayu, 3 kemeja dgn 3 seluar biru utk awish. Sarah tak dapat beli kat kedai ni sbb takde saiz. Sarah punya terpaksa beli kat Kamdar. Kualiti tak secantik dan tak semurah kat Trio tu. Lepas tu tak dapat kain hijau sekolah agama kat sini, Jusco pulak mahal sgt, selai RM22 kain hijau tu tsk. I cakap kat cekpen, better gi kedai kat Puchong perdana. Kasut pun beli 2 pasang sorang kat kedai kasut budak2 sebelah jusco. So far puas hati dgn kedai Trio tu sbb sama je kualiti dgn brand canggih n jusco tapi harga murah gila. Dulu ada jugak 2 tahun beli kat tesco, tp menjak tau Trio last year, better kualiti dgn harga tesco, mmg taknak le tesco punya dah hehe.
The Boys @ Seoul Garden

 4 jam outing sekeluarga, rasa refreshing sgt lepas terperap 44 hari hahaha. Merdeka yg di tunggu tunggu =B.







Wednesday, December 4, 2013

Love

Baru sampai love soap yg di order masa awal awal dalam pantang. Ingatkan dah hilang ke sbb lebih 20 hari tak sampai2. So pagi td emel kat derang mintak tracking no semua. Bila check kat pos Singapore tulis status attempted delivery on 27/11. Rasa mcm takde harapan je. Macam hangus je duit. Sedih je. Tetiba je tadi dengar bunyi motor posmen tekan hon. Bila nampak envelope bukan kaler biasa terus teruja. Yeaayyy!!! Love fr Singapore sampai jugak akhirnye. Jimat lah sikit banding beli kat sasa n confirm ori hehe.

Wednesday, November 27, 2013

Cloth diaper

Mak-mak jaman sekarang kemain lagi kan, ada group breasfeeding, ada group baby wearing, ada group cloth diapering, apa lagi? Banyak lagi kot yg i tak tau, maklumlah kitew kan old skool. Whatever float my boat le kan. Anyway i'm not into these group thingy. Dedulu jaman baru kawin ada join forum waja performance club. Sekarang bila ingat balik macam, 'apalah yg aku mengarut masa tu'. Takde kaitan dgn cerita baby but still lah kan club kelabul yg tah le hehehe.

Walopon takde kaitan atau terpengaruh dgn mana2 group, atas nak dasar2 berjimat cermat, dah sebulan i dok pakaikan cloth diaper ni kat Zafri. Mula-mula tu ada jugak ah kes kebocoran,  tapi sekarang takde dah. Kecuali kes terpencil, contohnya bila dia berry banyak2, pastu i tak sedar, so bila kaki dia dok gerak2 maka ada pengaliran keluar lah sbb ada gap kat peha bila dia tak duduk diam. 

Selalunya ok je takde bocor, takde rash. Sehari guna dalam 4 helai, kadang 3 kalau malam i guna yg disposable. Still guna sehelai je insert sbb kalau 2 helai, gemuk sangat dah montot zafri dah macam hippo. I ada 10 keping and so far cukup utk rotate. Jadi tak cukup kalau bibik cuti and i tak sempat nak basuh, so kena top up dgn disposable lah. Bolehlah tambah lagi beberapa keping kot. tunggu sebulan dua lagi, tengok kualiti babyland ni lepas basuh berkali2 macam mana. As of sebulan pakai ni, nampak ok, takde tanda senang koyak or tercabut button ke.

Ni mata ngantuk sesangat ni. dah 2 malam zafri tak lena. Malam kemarin, dari pukul 12 sampai pukul 4.30 dia kekejap celik, bila menyusu tu mengamuk. Malam tadi dari pukul 9 sampai pukul 3 ke 4 pagi tah, langsung tak nak lena jugak. Asal cabut je susu dari mulut, dia bangun nangis. End up i kena rela lah tidur senget2 badan sbb nak bg tek kat dia. sudahnya i pun takleh tidur lena. Nak kata dia tidur siang berlebih tak jugak, macam biasa je. Sakit bahu, sakit pinggang, ngantuk.....redho je lah.

Friday, November 22, 2013

Kucen Kucing

Lama tak cerita pasal Kening n Chomel. Kening yg semakin gemok dan Chomel tetap bantut. Dah 3 bulan kot since ambik derang dari kampung, dua-dua ni still perangai macam kanak2 ribena. Asal masuk rumah je main kejar-kejar. Bunga besar yg i buat kat kedai before bersalin tu dah jahanam dikerjakan sbb derang suka main kat situ, walopon dah alih tempat. grrrrrr.

Sofa cover dah memang jadi tempat asah kuku derang, langsir pulak utk asah bakat memanjat si chomel. Nasib Kening takde panjat2 langsir ni, kalau dia pun suka manjat dgn badan yg mokmok tu...tsk, runtuh kot panel tu. Dah macam bela monyet dah.

Last week derang pecah tradisi, kencing dalam rumah, atas tilam lagi, 2 kali. Tilam bilik bawah ni, bilik yg i pakai siang malam. Hangin je dibuatnye. First time buat, i basuh, sabun, bubuh perfum bedak semua. Selang 2 hari derang repeat lagi at the same spot. Tak pasti le Kening ke Chomel yg buat. Tapi lepas 2 nd time tu, memang diharamkan masuk dalam bilik bawah ni dah.

Seems like derang mark spot tu as territories dia, sbb duk tercari-cari terhidu-hidu. Maybe first time tu sbb tak tahan kot, budak2 ni cuti kat rumah kan, so tak ingat nak masukkan balik dalam cage bila siang. Agaknya lama sangat tak membuang, so dia cari le tempat. Once dia dah mark, tu yg repeat lagi tu. Semenjak tak bagi masuk tu takdelah derang buat lagi or cari tempat lain dalam rumah ni. And i have to remind the kids utk masukkan derang dalam cage every 4/5 hours. 
Ni ada kucing sapa tah terlepas, so dia jalan2 masuk pagar rumah kitorang. Besar sangat kucing ni and gebu sbb bulu panjang kaler putih kan. Rasa dekat 3 kali ganda saiz Kening kot. Kening dgn chomel dalam cage masa ni duk tengok je sambil bulu2 belakang badan tegak. Feel threaten kot.

Lepas tu i bawak 2 ekor ni masuk rumah, tapi tetap lah derang nak peratikan kucing putih tu. Sanggup memasing mengintai ikut siding door ni hah. Bibik siap masukkan kucing putih tu dalam cage. I suruh keluarkan balik. Dibuatnya tuan dia cari, kang tak pasal dituduh kidnap kucing dia.
Ni normal expression chomel. Muka boring.
Sapa lagi besar??
Dia tau i simpan toys atas meja ni. Tu derang punya collar ada atas meja tu sbb mandi pagi tu bukak collar. Chomel dok kuis2 so bell kat collar tu berbunyi, pastu jatuhkan ke bawah and main dgn kening. Dua ekor ni suka main toys kecik2 bebudak ni. Satu hall derang heret. Pastu kang yg kecik2 sgt tu, mulalah terselit bawah sofalah, bawah kabinet tv semua. Kalau tak pun tinggal je mcm tu sepah2 atas lantai, i jugak yg kena kutip letak atas meja tu balik, tsk.
Beza saiz badan chomel dgn kening. Ni lepas makan nasi gaul ikan yg dah diblender. Kenyang le tu terus tidur kat dapur. Derang nak dah makan ikan, boring kot dok makan blackwood je 3 bulan ni. Tapi bulu gugur le pulak. Dah dekat seminggu makan nasi dgn ikan, barulah selera makan blackwood balik. Eloklah tu, sbb cekpen tak bagi dah i bg nasi gaul ikan tu, taknak bulu gugur lagi. Anjer sangatkan, antar balik kampung kang baru tau.





Wednesday, November 20, 2013

His sleep pattern, smile and talk


Sleep pattern?  Hnnn...up till now, zafri belum ada sleep pattern yg stabil. Masih berterabur. Ada musim ok, ada musim tak ok. Tapi dah 3 hari 3 malam ni, dia macam ok sikit. Tidur siang agak lama, dalam 1jam, lepas tu bangun, terkebil-kebil baru nangis mintak susu. At least dapatlah rest kan each side more than 1 hour. Kalau kena angin tak ok, nak bergayut je, memang pedihlahh. Time tu memang terpaksalah kejam sikit, biar nangis, pujuk, nangis, pujuk sampailah agak2 tangki susu tu dah top up, kurang2 sejam setengah lah jugak. 

Ni dah 3 malam, tidur dia boleh menten 2,3 jam straight, dapatlah i tidur puas sikit. Susu pun sempatlah penuh, lelebih tu takdelah. So far dapat pam 2 kali je. 3 minggu lepas try, 20 ml pun perit nak dapat. Lepas tu jenuh menunggu setengah jam camtu tapi bila pam takde apa yg keluar. Ni dah lama tak try pam, tapi rasanya sama je mcm dulu tu. So nampak gaya kena esklusif lah, diretc feeding sajok.
Dia punya senyuman pulak, dah banyak dibuat dalam keadaan sedar, bukan hanya time tidur je. Mungkin sebab mata makin nampak jelas. Dah makin banyak nak borak2, tapi tau lah baby talk je, 'ah...er....uuh' camtu je lah. Dah kenal sangat suara and muka mama. Pantang dengar or nampak, mulalah mulut ternganga ke kiri ke kanan atas bawah mencari sumber makanan dia. 

Apa pun, so far semua as predicted lah, especially my lack of sleep huhuhu. 


Monday, November 18, 2013

Kejam

Beberapa hari lepas, i tanya cekpen, ada tengok tak video yg budak2 kena dera kat taska. Cekpen kata taknak tengok sbb tak sanggup. I pun walopon ada je orang share kat wall fb tu, i tak pernah bukak. Tak sampai hati. Hari ni ada orang share pasal bekas pekerja taska tu ceritakan pengalaman dia masa bekerja kat situ. So i fikir takpe kot baca sbb bukan video kan. Tapi silap ye, walopon baca tetap terbayang kekejaman tu, tsk. Tu cara2 speed reading tu, tak baca bebetul, just run through je. *nanges*. Apalah perasaan parents yg ada anak kat situ kan, still having nightmares kot.





Wednesday, November 13, 2013

Apa Cerita?

Hohoho....lama tak update ni. Sebab takde apa sangat kot, dalam pantang kan. Rutin sama je tiap hari. Hari2 hadap AFCchanel ni hah, dengan harapan habis pantang sok skill masak improved 150%, Iyolah tu. 

Tengok tak program ni "My grandmother's ravioli"?. Dah i hari2 hadap kan, so tertengok jugak lah episode yg ada nenek tu. Memang kelakar lah. Suara nenek tu memang tak boleh blah hehehe. Nenek dari Thailand asalnya. Suka tengok walopon macam tah apa2 sikit program ni, ada aje nenek or atok yg best2. Pandai masak and happy je memasing. Nenek thai ni punye gelak memang best hehehe. Nampak naaa i ni dah boring gila kat rumah kan, sampai citer masak nenek2 pun i layan keh keh keh.

Oh...aritu i citer pasal tukang urut tak menepati citarasa tu kan. So last friday i start another session dgn tukang urut lain. Yg ni siap complete dgn tangas dan tungku. Cara urut pun memang macam yg i nak, tahap menjerit kesakitan. Nak sangat kan, rasakan, padan muka aku. Sampai lebam2 lah. Tapi best sbb urat2 kaki yg berketul2 berkumpul dekat part2 vein yg timbul2 tu dah smooth balik. 

Then peranakan belah kanan i jatuh sikit katanya, so dia betulkan balik. Maklumlah i bukan boleh tengok certain things kat umah ni yg tak betul, cepat aje betulkan, luruskan sofa yg senget, kutip toys and menda sepah2 yg samada budak2 or kucing buat, angkat lesung lah hehehe. So mungkin terlajak sikit kot, kui kui kui. Nak buat macam mana kan, impulsive behaviour. Dah buat baru teringat, 'eh tak boleh buat ni'. Pastu skru katil ni patah, i siap 'terangkat' sikit sbb try nak betulkan vavavava. Cuba beringat but tu lah, kadang lupa. Tu yg agaknya peranakan terturun kot sbb 'terbuat' benda berat.

Kakak urut ni buat tangas pakai periuk nasi letrik yg dah dimodified, so wap tu memang betul2 panas dan banyak. Siap ada kain bungkus daripada kain beluci ke apa nama tu, yg macam bengkung tu. Kita duduk atas kerusi, periuk tu kat bawah then dia bungkus sampai leher. Better then dulu2 i buat just guna kain batik lepas tu tangas tu tak panas lama sbb bukan atas api kan. Ni pakai periuk letrik, so dia sentiasa 'on' utk keep the stim flowing out.
Ni gambar google ye. Credit to whoever own it. Macam gambar atas ni lah yg kakak tu buat. Duduk dalam ni dalam 20 minit ye. Memang berpeluh2 basah kuyup. Sampai kena mop lantai sbb basah peluh meleleh-leleh. Sama macam sauna le jugak, cuma ni ada rempah2 sekali lah. 2 hari i buat ni, i pening kepala sangat. Hari ke 3 dah ok takde pening. Sbb apa pening i pun tak tau, mungkin bau rempah or mungkin temperature difference, sbb kepala kan kat luar, tak masuk sekali hehehe.

Lepas tangas, terus bertungku. Part ni i tak tahan. Gila panas. Selalu suruh kakak tu alihkan cepat2 sbb i tak tahan. Rasa kulit macam nak melecur, tapi bila tengok takde apa pun. hehe. Dah siap semua, tak bleh terus mandi, so dgn peluh2 busuk tu, kena berbengkung and tunggu 3,4jam. 

Kakak  tu suruh sapu dgn losyen panas, or slimming lotion sebelum berbengkung, tapi i takde beli, so i pakai minyak gamat panas je, nasiblah, janji ada perkataan panas kah kah kah. Kakak ni rekomen pakai losyen mustajab, yg makcik urut sebelum dia tu suruh pakai losyen anugerah. Google2 cari sapa jual online, terjumpa pulak orang review beberapa brand losyen panas ni termasuklah mustajab dgn anugerah. Tapi orang tu kata another brand 'bio trim' much better, paling panas berbanding yg lain2. Disebabkan dia bukan seller, just pengguna, so i macam percaya jugaklah dia punya pendapat tu. I pun belilah bio trim semalam via online. Pagi tadi dah sampai, effisien sungguh. Memang panas lah losyen ni, tapi i rasa i boleh tahan lagi, kira moderate je kot. Ni dah 2 jam i pakai, yg kat perut dah sejuk, but kat peha still rasa. Sebab kat peha i balut dgn plastik wrap tu kot heheh so panas bertahan. I pakai bengkung moden so peha tak cover lah tu yg pakai plastik je tuh vavavava.

Ni gambar dari website bengkung moden. I pakai similar to this in black. Tak sure sama ke tak sbb i tak beli kat sini pun.

Then i pakai yg atas ni on top (overlap) of yg atas tu. Nak lagi firm holding so bila bergerak2, bengkung tu stay. Both i pakai kat pinggang, biar selim cepat perut buncit ni huhuhuhu.

  
Disebabkan bengkung tu pendek2 kan, so tak cover hip area. I pakai pulak yg atas ni. Beli kat mammahouse jugaklah. Selesa sbb senang nak bukak bila nak ke toilet. Semalam i ingat macam dah ok je hip bone, so malas nak pakai ni. Bila dah malam, rasa ngilu semula kat tulang tu, so hari ni pakai balik. Tu tandanya, tulang belum lagi balik ke posisi asal le kot. 


Tak sabar dah nak tunggu habis pantang, hari ni 28 hari. Dah more than halfway dah. Hari2 dok telan air rebusan akar kayu tu, pahit ya ampun. Jamu tu nasib lah in pill form, takdelah susah nak telan. Esok last day minum air akar kayu tu, jamu pun esok start set yg lain pulak. Kali ni rasanya lebih berdisiplin berbanding 3 pantang sebelum ni. Maklumlah badan dah lasak macm dulu so kenalah berjaga-jaga.










Wednesday, October 30, 2013

Berurut dan Pantang



Hari ni dah hari ke-15 berpantang. Bila kira rasa macam eh..cepat jugak. Tapi tiap hari rasa, eh lamanyeeee, bila lah nak habis pantang ni.....sapalah yg create sistem pantang2 ni isk. Komplen-komplen jugak tapi tetap le tak berani nak langgar hehehe.....langgar sikit2 adalah hahaha.

Hari ni baru le first time makan jamu. Jamu dalam set bersalin tu bentuk pil, senang le nak telan. Patut start hari ke-empat, tapi baby start kuning (jaundice) so memang tak berani lah nak makan kan. Ni baby so far dah ok, elok je so cubalah makan. Terus lompat makan pil set yg ke 2, sbb yg 1st tu dah over dah masa yg sepatutnya makan. Set ke 2 ni from day 9 to day 28. Takpelah, tak nak membazir sbb dah beli kan, so makanlah ikut suka hati walopon dah 14 hari baru terkedek-kedek nak telan jamu.

Hmmm...citer berurut. I start berurut masa hari ke 5 (isnin). Tapi makcik urut tu lambat sbb hujan (naik motor), so end up dapat urut sejam je sbb baby ada appoinment dgn paeds pukul 11.30. Then the next day dia ada hal tak dapat dtg. Then sambung balik hari rabu dgn khamis. I ambik 3 hari je. Sebelum tu terpikir jugak maybe nak ambik extra 2 hari. tapi tak jadi sbb tak kena gaya urut tu. 

I tak tau lah macam mana i boleh termiss benda paling penting tang urut tu masa booking. I ingat macam dah check semua background n review but end up its not what i wanted. I ni kan jawa totok, so bila cara mengurut tu totally different, memang terkelip-kelip je lah mata. Takde tangas, takde mandi herba, tungku pun pakai yg i beli tungku herba yg alahaiiiiiiii.....tak best. Takde sapu2 param, pilis, tapel semua tu...takde.

Teknik mengurut tu bukanlah tak berkesan. Result urutan tu nampak lah elok, angin keluar, sakit2 banyak yg kurang. Overall oklah. Tapi sbb i dah biasa orang urut secara kuat, so bila yg lemah gemalai ni, ia menyebabkan ketidakpuasan lah. Tak rasa macam berurut. Mungkin orang lain tak kisah kot, but ni kan kali ke-4 dah i bersalin, so end up i dok comparelah dgn yg dulu2. 

So sekarang ni i still usha2 tukang urut. Ada yg neighbour rekomen tapi bila call, tak sampai ke puchong pulak servisnya.Sigh....kalau tak dapat gak, tunggulah abis pantang sok, kita ke thai odessey je lah jawabnya. 

Disebabkan tukang urut ni moden dan bukan jawa, jadi utk elakkan pembaziran, i pakailah sendiri bahan2 sapuan set bersalin yg i dah beli tu. Banyaklah area takleh nak cover, nak buat macam mana kan, tangan tak sampai. Pun kira lewat jugaklah start, selalunya start pakai masa berurut kan, lepas tu sambung sendiri. Ni dah hari ke 9 ke 10 tah baru lah nak berparam, bertapel dan berbedak sejuk. Pilis je i tak sanggup nak bubuh sbb selalunya i akan pening kalau pakai pilis. Takpelah i buat lah mana yg mampu. 

Makan minum pulak, cubalah jugak nak follow tapi banyak jugak yg terbabas. The first few days tu i tak masak langsung, suruh bibik buatkan sup ikan je with lots of ginger and balck pepper, guna fillet fist cap giant tu je. Itulah lauk lunch n dinner. Then my sil ada bg ikan bilis goreng mix dgn halia dan black pepper. So adalah lauk lain utk tukar selera. Lepas habis stok fillet fish, i buat sendiri pan grilled chicken, letak sikiiiiitt je olive oil hehe. Kadang buat sup ayam, atau ayam halia. Sayur masak terus sekali dalam sup. Kobis ke broccoli ke, carrot ke masuk je sekali harung. Senang. Ada sekali tu buat sup letak fusili. Lepas tu buatkan mina fussili dgn bolognaise sos.....hasilnye mina punya sedap, my sup tak sedap...so paw mina punya beberapa susu heheh....berminyak lah sikit..nasiblah.

Breakfast dgn snack i belasah apa2 yg senang. Kekadang termakan gak benda bergoreng....tu bila lapar sangat lah, then ada pulak balance breakfast derang kan so ngap aje heheh. Sikit2 je lah. Tiap hari minum horlick+milo+habbatusauda 3 kali sehari. Ada try buat herbal tea sendiri dgn halba, jintan manis, honey etc......tapi tak sedap hahaha. 

Lah ni dok pulun makan tauhu....sbb cekpen belikan banyak keping. So buat sup tauhu lah dah beberapa hari ni. Tadi langgar pantang sikit, makan ikan kembung goreng tepung. Orang kata nanti gatal kan. Tapi i tak makan pun memang gatal gila stretch mark kat perut ni so belasahlah. Gatal sangat garu je lah. Eh cerita pasal perut gatal, baru teringat, lupalah nak beli krim anugerah, makcik urut tu kata bagus sangat krim tu. Esoklah gugel kot ada jual online.

Still gigih berbengkung but i pakai yg moden velcro je. Senang nak pakai sendiri. Bengkung ni memang dari awal lepas bersalin tu i terus pakai, but masa awal2 sebelum urut tu i pakai tak ketat sangat lah. Lepas berurut dah sengkak semua barulah pakai ketat2. Takdelah rasa macam bawak belon isi air dah ....huhu. Perut pun so far dah surut almost like pre-pregnancy state. Tapi muscle2 kat perut mmg out ler...sesia bergym sebelum pregnan hehe...takpe takpe....nanti masuk gym balik biar ketul2 tummy ni hahaha. Weight max masa pregnant tu ari is 58.6kg.....now dah 52.8kg. So ada 4 kilo lebih lagi lah extra. Biarlah dulu tu sbb takde nampak naik pun....tu semua kat midsection le tu. Tu kena kasi trim kat gym....diet2 tak jadi nye. Lagipun breasfeed, manjang kebulur, kang diet takde plak bahan mentah nak supply kat kilang susu ni. 





Tuesday, October 29, 2013

Rela Ku Pujuk

Pujuk sapa? Pujuk kucing yg nama Kening tu lah. Masa balik dari hospital tu, memang tak dapat lah nak layan dia kan, still kelam kabut dgn baby, and tak nak lah baby dekat2 sgt dengan kucing. So bila dia dok gesel2, meow2 tu, i tak layan lah. Lepas 2 hari tak layan, merajuk terus. Panggil nama pun taknak pandang, Lepas tu sengaja main kat pasu bunga yg besar letak kat lantai tu. Wahhh sampai patah2 ranting2 dikerjakan. Terpaksalah i cucuk balik bunga2 tu, susun2 and ikat ranting tu sbb dah terkulai-kulai dah. 2,3 kali pulak tu dia rosakkan lagi ...ewah ewah.

Last2 hari ke 5 ke 6, i try lah pujuk balik, pegang2, tepuk2, walopon dia jual mahal. Pandang pun tak, dok paling muka tengok lain. Lepas 2 hari pujuk barulah nak mengiau sambil pandang muka i. Barulah nak datang dekat gesel2. Sabor je lah.
Sekarang dah tak merajuk ni, mulalah tidur kat sebelah i semula. Tu pun ada hati nak selit celah Zafri...tsk tsk...i suh dia baring sebelah je.
Ni i nak nap petang dgn zafri, dia pun nak menempel sekali. Oklah kasi can, gi lah ketiak yg free sebelah tu, lagi sebelah zafri dah cop.


Thursday, October 24, 2013

Baby No 4 dan Pengalaman Bersalin Induce

Sekadar mencatit pengalaman (99% yg terakhir) utk ingatan di hari tua, andaikata panjang umur le kan. 3 anak sebelum ni takde blog belog ni hah so semua main ingat2 gitu je. Boleh skip je kan sbb bersepah dah orang len cerita hehehe. 

Akhirnya saat yg ditunggu-tunggu. Tepat pukul 7 pagi 16 oktober, i gi report duty kat delivery suite Sunway Medical Center. Nurse terus bg masuk kat one of the labor room. Berdebor-debor dada ni hah. Dalam kepala duk teringat ayat "induce ni biasanya lagi sakit". Taknak fikir 'kalau'.........gynea mmg ada highlight risk tu, yg in the end cesarean jawabnye. Takmo takmo takmo..... i tak spare duit utk cesarean hahahaha...masak weh jika itu jalannya.

Gedebak gedebuk nurse buat itu ini, suh tukar pakai baju hospital, gi buang air semua, pastu get readylah utk stay in bed sampai beranak. Masa tu nurse tanya, ada sakit tak , ada contraction tak.....i jawab takde. Lepas dia siap ambik baseline ctg reading tu, dia nampak lah ada satu peak dekat 70-80 (apa unit contraction tah ye) 

then cakap kat i, "tu ada contraction tu, tak rasa ke?"

i jawab, "oh itu mmg sentiasa ada kadang sejam sekali, kadang 2 kali kadang 4 kali , tak menentu, tapi takde sakit apa pun". 

Dia dah prep kan semua, then Dr Wong masuk pukul 8.45 camtu, nurse buatkan line drip kat tangan, pastu doc suh masukkan 5mg pitocin (kalau tak silap ah). Lepas tu bermulalah episod menunggu......dan tunggu.....tunggu lagi.....agak2 nak buang air panggil nurse...dah takleh gi toilet dah.....huwaaaaa boring gila la kan sbb takda apa. TV pun takde apa yg best, baca surah maryam pun dah letih....imagine 8.45 pagi sampaiiiiiiiiilahhhh 4 ptg......apa pun tarak. Nurse pun dah tukar shif. Dah baper kali tah nurse check dilation.....by pukul 4 tu baru 5cm......stretchable tu 6cm which indicate baby tak ready nak kuar. Huwaaaaaaaa...apakah ini?!!

Sakit???? yilekkkk
Contraction???? Ada every 2 to 3 minit...reading about 30 -40 je kata cekpen. Tak konsisten and tak kuat.
Induce masa tu dah at 96ml/hr kot....max dah tu.

Sepanjang hari tu nurse dok tanya, dah sakit belum? nak injection tak?
Dah i tak rasa sakit, nak ambik injection buat apa kan.

Lepas pukul 4 tu ada rasa sakit sikit....sikit je ok which i doubt sbb, mungkin sbb i dah penat kena baring berjam2 so muscle pun naik letih kan. Dah le tak bagi i baring on right side...manjang left side. Baby heart rate reading tak cantik katanya kalau baring belah kanan. Hoih dah le hip joint kiri ni mmg dah loklak sangat, sakit tau berjam2 tampung berat badan. 

Lepas 4.30 ptg doktor masuk n nurse update the progress. Doc cakap its unnatural for me to have this issues, so dia nak stopkan semua procedure in another 2 hours camtu. Nak bg i try to have natural labor. Ye lah dah 2 orang sebelum ni pun dia handle so adalah rekod i dalam folder tu.

Masa tu i macam..."haper??? nak stop???......" dalam hati je lah. Muka i masa tu cuma boleh terkebil-kebil sambil otak pikir laju2 apakah implikasi arahan tersebut.  Ada ke orang lain kena induce pastu tak jadi??? So kena overnite kat spital tapi tak beranak?? Boleh balik tak?? Pastu kalau sampai esok pagi camtu gak camna??? Are we making the wrong decision to get induce??? Dugaan apakah ini??? Are things going to get more complicated??? Can we endure another test from Allah????? Perghhhh........ketar lutut i tell u.

Lepas tu doktor keluar, i still blank. Cekpen pun macam jadi blur jugak le kan. Tak lama tu doktor masuk lagi. Dia decide utk check i sendiri instead of nurse. Dia cakap apa2 hal karang kalau dia dah balik sangkut kat traffic susah pulak kalau time tu lah baru i nak beranak kan. So dia nak judge sendiri my readiness. Sambil dia buat tu, dia mintak nurse alat utk pecahkan waterbag, dia kata tengok progress macam mana lepas pecahkan, sbb physically i dah ready tapi i takde contraction yg kuat utk tolak baby tu turun.

Selesai tu, dia keluar, then i was hit by a strong contraction for the first time in the whole day! Perghhhhh.....itu baru sakit nak bersalin. Terus i mintak pethidine kat nurse. Boleh nurse tu gelakkan i, yelah sebelum tu i mcm eksyen kot taknak. Sekali kau kena terus menggelabah.

After the 3rd ke 4th wave, i dah nak push. Bagitau nurse, i taknaklah pethidine tu sbb rasa nak push dah. Dia cakap 'takpe takpe, i bg jugak'. Lepas tu dia keluar cari doktor. I dengar dia cakap "mana pulak doktor ni merayau. orang dah nak bersalin ni".

Dia masuk cucuk jugak. Tak lama tu doktor sampai dgn muka terkejut tanya "already ah, so fast, can i change my shirt, still got time or not?" 

Sambil tu i dah 2,3 kali meneran tu......cepatlah doktor wehhh.....tak leh nak tahan dah ni.....i mcm dah rasa baby head dah crowning dah pun masa tu. Nurse suruh doktor cecepat tukar baju, sambil tu suruh i tahan dulu jangan push. Iyolah tu....mcm lah senang nak tahan kan.

By the time doktor duduk depan i, nurse suruh letak kaki kat stand pun i dah tak boleh angkat. Dah tak berfungsi terus kaki kiri hohohoho. 

Derang letak je kaki, i terus sap sap soiiii........2 kali push..selesai...Alhamdulillah. Punyelah berinduce bagai dari pukul 8.45pagi.......last2 tak sampai setengah jam doktor pecahkan waterbag terus baby meluru keluar.

Masa ni i teringat.........perghhh sakitnyeeeee nak beranak, patutlah lepas sarah dulu dah decide nak stop. Tapi agaknya dah lupa sakit tu, then teringin nak ada baby lagi, tu yg tambah sorang lagi tu. Now dah ingat balik betapa sakitnya rasa sakit bersalin, jadi cukuplah ye.  Umur pun dah x cun sgt dah....kang hantar anak tadika orang ingat hantar cucu tsk.



Ni le budak yg kitorang tunggu-tunggu. Lahir pada 16 Oktober 2013, pukul 5.16 ptg, berat 3.35kg. Info lain malas pulak nak gi bukak kad dia hehehe. Darah 0+ve...sama dgn sarah. Nama belum register lagi, cekpen tak sompek lai. InsyaAllah akan didaftarkan as E'Shan Zafri bin Mohd Affendi, bermaksud Yang dirahmati, Kemenangan.

Ni latest, gambar hari ni. Yep...kuning. Tapi blood test hari isnin tu still ok, not exceed limit, tak perlu duduk bawah lampu lagi. Nampak hari ni mcm getting better. I pun dah kembang2 tekak minum susu kambing ni hah. Cepatlah sembuh ye sayang.


Wednesday, October 23, 2013

Raya Haji yg sendu

Salam...hopefully dapat taip panjang sikit. Hari ni baby byk tidur lepas kena urut pagi tadi. So dapatlah maknye berehat kejap.

So punyalah saspen kan tunggu kot2 bersalin since dah dilate since 7th october, rupanya takde apa. Baby takmo kuar lagi. So pergilah appointment on 14th. Check lagi........3-4cm pulak. Hmmmm .....since takde sakit or apa2 sign lain, so kitorang decide tunggu lah lepas raya then opt utk induce sbb doktor akan cuti from 17th -21st. I taknak tetiba time tu nak bersalin pastu doktor oncall doktor laki. Oh tidak le kan. 

So beraya haji lah kami kat puchong je.....huaaa mcm tak raya. Buat rendang daging, lontong, pastu cekpen belikan lemang dgn satay kajang. Itu jelah raya kitorang. duk rumah seharian, sambil menjawab persoalan anak2......."mother, are you sure today is raya??"  Ye memasing tak paham kenapa raya, tapi kami duduk rumah aje, tak balik kampung, tak kuar ke mana. So derang tak leh terima kenyataan yg hari tu adalah hari raya haji.

Lepas breakfast, suh anak2 dara naik mandi, then cekpen sms kata ada lintas langsung tv3 kat masjid sini. Kebetulan tgh lalu lalang depan tv, so tukar le channel tv3, hah terus nampak awish enterprem belakang ally iskandar dgn imam masjid. Sambil tu menggagau capai henpon nak amik gambar or video. Tapi terlepas.

Tunggu lah depan tv tu, last2 dapat lah tengok sikit2 nun hah dalam masjid...hahaha over kan, beriya tunggu. Pastu bila budak2 2 orang tu dah siap, i bgtau lah mungkin akan nampak awish or ayah kat tibi. So derang pulak tercongok menunggu.
          Ni cekpen gi carik kat youtube ke tonton tah...itulah awish menge-bom interbiu ally n imam. 

Ujung2 dapatlah mina n sarah tengok masa ally interbiu ketua projek korban, awish enterprem di saat2 akhir. Poyo sungguh. Nasib lah cuma berdiri gitu2 je, kalau sakan buat aksi, hmmm anak sapalah tuuu.

Malam tu takleh tidur, ketakutan sebab nak induce esok pagi. Wah tak penah kan induce2 ni, anything goes wrong, terus kena potong, mak tak readylah.....tawakal tawakal tawakal. Bacalah surah maryam utk kesekian kalinya malam tu huhuhu.Takuuutttttt.......byk sgt cerita2 scary pasal induce nih. Apa pun since dah booked labor room semer kan, kena redah jugak. 

Cerita dalam labor room lepas ni. Nak pi qada' tidur jap sementara bb masih tidur ni.