Sekadar mencatit pengalaman (99% yg terakhir) utk ingatan di hari tua, andaikata panjang umur le kan. 3 anak sebelum ni takde blog belog ni hah so semua main ingat2 gitu je. Boleh skip je kan sbb bersepah dah orang len cerita hehehe.
Akhirnya saat yg ditunggu-tunggu. Tepat pukul 7 pagi 16 oktober, i gi report duty kat delivery suite Sunway Medical Center. Nurse terus bg masuk kat one of the labor room. Berdebor-debor dada ni hah. Dalam kepala duk teringat ayat "induce ni biasanya lagi sakit". Taknak fikir 'kalau'.........gynea mmg ada highlight risk tu, yg in the end cesarean jawabnye. Takmo takmo takmo..... i tak spare duit utk cesarean hahahaha...masak weh jika itu jalannya.
Gedebak gedebuk nurse buat itu ini, suh tukar pakai baju hospital, gi buang air semua, pastu get readylah utk stay in bed sampai beranak. Masa tu nurse tanya, ada sakit tak , ada contraction tak.....i jawab takde. Lepas dia siap ambik baseline ctg reading tu, dia nampak lah ada satu peak dekat 70-80 (apa unit contraction tah ye)
then cakap kat i, "tu ada contraction tu, tak rasa ke?"
i jawab, "oh itu mmg sentiasa ada kadang sejam sekali, kadang 2 kali kadang 4 kali , tak menentu, tapi takde sakit apa pun".
Dia dah prep kan semua, then Dr Wong masuk pukul 8.45 camtu, nurse buatkan line drip kat tangan, pastu doc suh masukkan 5mg pitocin (kalau tak silap ah). Lepas tu bermulalah episod menunggu......dan tunggu.....tunggu lagi.....agak2 nak buang air panggil nurse...dah takleh gi toilet dah.....huwaaaaa boring gila la kan sbb takda apa. TV pun takde apa yg best, baca surah maryam pun dah letih....imagine 8.45 pagi sampaiiiiiiiiilahhhh 4 ptg......apa pun tarak. Nurse pun dah tukar shif. Dah baper kali tah nurse check dilation.....by pukul 4 tu baru 5cm......stretchable tu 6cm which indicate baby tak ready nak kuar. Huwaaaaaaaa...apakah ini?!!
Sakit???? yilekkkk
Contraction???? Ada every 2 to 3 minit...reading about 30 -40 je kata cekpen. Tak konsisten and tak kuat.
Induce masa tu dah at 96ml/hr kot....max dah tu.
Sepanjang hari tu nurse dok tanya, dah sakit belum? nak injection tak?
Dah i tak rasa sakit, nak ambik injection buat apa kan.
Lepas pukul 4 tu ada rasa sakit sikit....sikit je ok which i doubt sbb, mungkin sbb i dah penat kena baring berjam2 so muscle pun naik letih kan. Dah le tak bagi i baring on right side...manjang left side. Baby heart rate reading tak cantik katanya kalau baring belah kanan. Hoih dah le hip joint kiri ni mmg dah loklak sangat, sakit tau berjam2 tampung berat badan.
Lepas 4.30 ptg doktor masuk n nurse update the progress. Doc cakap its unnatural for me to have this issues, so dia nak stopkan semua procedure in another 2 hours camtu. Nak bg i try to have natural labor. Ye lah dah 2 orang sebelum ni pun dia handle so adalah rekod i dalam folder tu.
Masa tu i macam..."haper??? nak stop???......" dalam hati je lah. Muka i masa tu cuma boleh terkebil-kebil sambil otak pikir laju2 apakah implikasi arahan tersebut. Ada ke orang lain kena induce pastu tak jadi??? So kena overnite kat spital tapi tak beranak?? Boleh balik tak?? Pastu kalau sampai esok pagi camtu gak camna??? Are we making the wrong decision to get induce??? Dugaan apakah ini??? Are things going to get more complicated??? Can we endure another test from Allah????? Perghhhh........ketar lutut i tell u.
Lepas tu doktor keluar, i still blank. Cekpen pun macam jadi blur jugak le kan. Tak lama tu doktor masuk lagi. Dia decide utk check i sendiri instead of nurse. Dia cakap apa2 hal karang kalau dia dah balik sangkut kat traffic susah pulak kalau time tu lah baru i nak beranak kan. So dia nak judge sendiri my readiness. Sambil dia buat tu, dia mintak nurse alat utk pecahkan waterbag, dia kata tengok progress macam mana lepas pecahkan, sbb physically i dah ready tapi i takde contraction yg kuat utk tolak baby tu turun.
Selesai tu, dia keluar, then i was hit by a strong contraction for the first time in the whole day! Perghhhhh.....itu baru sakit nak bersalin. Terus i mintak pethidine kat nurse. Boleh nurse tu gelakkan i, yelah sebelum tu i mcm eksyen kot taknak. Sekali kau kena terus menggelabah.
After the 3rd ke 4th wave, i dah nak push. Bagitau nurse, i taknaklah pethidine tu sbb rasa nak push dah. Dia cakap 'takpe takpe, i bg jugak'. Lepas tu dia keluar cari doktor. I dengar dia cakap "mana pulak doktor ni merayau. orang dah nak bersalin ni".
Dia masuk cucuk jugak. Tak lama tu doktor sampai dgn muka terkejut tanya "already ah, so fast, can i change my shirt, still got time or not?"
Sambil tu i dah 2,3 kali meneran tu......cepatlah doktor wehhh.....tak leh nak tahan dah ni.....i mcm dah rasa baby head dah crowning dah pun masa tu. Nurse suruh doktor cecepat tukar baju, sambil tu suruh i tahan dulu jangan push. Iyolah tu....mcm lah senang nak tahan kan.
By the time doktor duduk depan i, nurse suruh letak kaki kat stand pun i dah tak boleh angkat. Dah tak berfungsi terus kaki kiri hohohoho.
Derang letak je kaki, i terus sap sap soiiii........2 kali push..selesai...Alhamdulillah. Punyelah berinduce bagai dari pukul 8.45pagi.......last2 tak sampai setengah jam doktor pecahkan waterbag terus baby meluru keluar.
Masa ni i teringat.........perghhh sakitnyeeeee nak beranak, patutlah lepas sarah dulu dah decide nak stop. Tapi agaknya dah lupa sakit tu, then teringin nak ada baby lagi, tu yg tambah sorang lagi tu. Now dah ingat balik betapa sakitnya rasa sakit bersalin, jadi cukuplah ye. Umur pun dah x cun sgt dah....kang hantar anak tadika orang ingat hantar cucu tsk.
Ni le budak yg kitorang tunggu-tunggu. Lahir pada 16 Oktober 2013, pukul 5.16 ptg, berat 3.35kg. Info lain malas pulak nak gi bukak kad dia hehehe. Darah 0+ve...sama dgn sarah. Nama belum register lagi, cekpen tak sompek lai. InsyaAllah akan didaftarkan as E'Shan Zafri bin Mohd Affendi, bermaksud Yang dirahmati, Kemenangan.
Ni latest, gambar hari ni. Yep...kuning. Tapi blood test hari isnin tu still ok, not exceed limit, tak perlu duduk bawah lampu lagi. Nampak hari ni mcm getting better. I pun dah kembang2 tekak minum susu kambing ni hah. Cepatlah sembuh ye sayang.