Wednesday, January 26, 2011

Helper @ maid wanted

Dear Friend

If you happen to know someone be it local, indonesian or cambodian who want to work as a maid or work in a laundry shop please let me know ya.

I need a maid or laundry worker as soon as possible. Sms me at 012-9112421.

Tak kisah yg 'kosong' pun takpe. As long as they want to work immediately.

Doa dan harapan untuk Dhia Maisarah

Mungkin ada yg tertanya-tanya keadaan Sarah yg sebenarnya. Aku cuba cerita kat sini utk kawan-kawan dan jugak untuk aku mengingatnya kemudian nanti. I try not to be emotional in this entry...more to information basis.

Cancer yg di panggil Germ Cell Tumor ni adalah sangat rare atau pun jarang sekali berlaku dalam sejarah perubatan. Terutamanya bagi kanak-kanak. Pead Oncologist Prof Lin Hai Peng, (spell??) pernah bertugas di UMMC dan antara yg terbaik, sekarang berkhidmat di SDMC, dah tua dah dia ni, maknanya dah berada di bidang ni cukup lama, Dhia Maisarah merupakan pesakit yg ke-2 setelah berpuluh tahun.

Germ Cell Tumor Sarah ni , actually adalah satu ketumbuhan malignan yg terletak diantara spine, hati dan buah pinggang. Saiznya yg terlampau besar iaitu 10cm x 11cm x 9cm, menyebabkan semua organ-organ bersebelahan telah di tolak (displaced) dari kedudukan asal.

Tapi oleh kerana cell itu adalah malignan dan telah membesar bagai johan, ia telah berumahtangga ataupun mencemari hati (metastasizes liver) dan lymph node (somewhere nearby). Ini bermakna, cell cancer itu telah begitu giat mencari kawasan baru untuk didiami.

Alhamdullillah setakat semalam, hasil segala ujian menunjukkan organ-organ penting yg lain masih selamat, kidney, spleen, pankreas, lung, bone marrow, blood, spine, bone and brain semua dalam keadaan baik dan tiada tanda2 didiami oleh cell ini.

Oleh kerana ia telah memasuki kawasan lain juga maka keadaan ini di gelar Stage 4. Rasanya ramai yg dah tahu asal cancer je orang tanya stage berapa kan. Sebab ia menentukan jenis rawatan yg akan diberikan dan juga peluang utk pulih.

So apa peluang Sarah atau what is her prognosis? Yg ni memang susah nak cakap lah. Tapi being positive, Prof Lin explained that she has a better chance since its a germ cell tumor when initially they thought it was neuroblastoma. Neuroblastoma survival or curing is very low at this stage. Germ cell tumor better in the sense that it will response better with the chemotheraphy treatment. Maksudnya chemo dapat membunuh cell cancer itu dengan lebih cepat.

Ok ada yg confuse? Macam ni, mula-mula lepas ultrasound tu, based on ultrasound image menunjukkan ianya Wilm's Tumor atau nephroblastoma. Lepas CT scan abdomen, lebih jelas menunjukkan ketumbuhan berdekatan spine, jadi itu menunjukkan kemungkinan Neuroblastoma. Selepas keputusan ujian darah keluar, kandungan Alpha-feto-protin yg tinggi iaitu 328,000++, menunjukkan ia tanda-tanda Malignant Germ Cell tumor.

Ianya disahkan selepas phatology report yg dilakukan keatas sampel hati dan tumor itu sendiri menunjukkan cancer itu 100% adalah Germ Cell tumor. Faham ye. Aku nak tulis lagi detail pun banyak perkataan jargon2 yg aku tak boleh nak recall...maklumlah aku laki bini sekolah engineering, jadi kelam kabut jugak nak capture kata2 doktor2 pakar ni. Ni pun aku dah start catit mana2 perkataan pelik2, ubat2 dia semua. Aku kan pelupa jadi kena lah tulis. Nanti kot pergi jumpa doktor lain dah menggeragau pulak aku nak explain kan.

Langkah pertama yg perlu diambil adalah mengecutkan saiz tumor tersebut. Jadi sesi chemotheraphy telah dimulakan pada hari ini 26/1/2010. Sesi pertama ini akan berakhir pada hari Jumaat dgn 4 jenis chemo medicine. Entry lain akan dipublish untuk chemo ni.

Sabtu kami boleh balik, ada gap 2,3 minggu sebelum cycle yg kedua bermula. Kami nak cuba supportive treatment yg lain pada masa ini untuk menambahkan kekuatan badan Sarah melawan cancer tersebut.

Aku nak ucapkan terima kasih kat semua yg komen dalam entri2 sebelum ni dan maaf tak dapat nak balas cepat. Dan juga ucapan terima kasih kami untuk semua yg doakan Sarah, buatkan sembahyang hajat, bacakan Yassin, bg idea, bg sumbangan, bg contact no. Terima kasih banyak2.


Tuesday, January 25, 2011

.......

I want to stop thinking the 'why, when, where, how, what'....anything before the 21/1/2010, the day i saw the ultrasound result. Tired of the sleepless night and headache for the past few days, thinking what when wrong and why the malignant growing right under my nose, infront of me day by day silently really make me feel i'm a useless mother.

I just want to build my strength now, and together with Sarah and the rest of the family members to fight the cancer. I hope Allah give her the strength and willpower to win this battle.

And whatever the outcome for our decision to stay here with the SDMC team, we will accept it.




Saturday, January 22, 2011

It's NOT Nephroblastoma

Sarah please be strong...mama love u.

Edited 25/1/2011- Onco has confirmed it was not nephroblastoma....its Malignant Germ Cell Tumor
Much more aggresive. They have found the primary location. 95% sure that it is ..the 5% will be confirmed by bone and brain scan. Bone scan done..pending for report, brain scan maybe by today or tomorrow.


@ SDMC

Went to Sunway Medical Center yesterday morning, just to clear my doubt on her deterioting health and appetite loss that getting worse day by day.

Somehow, Sarah ultrasound suprised us. Referred to SDMC for futher investigation.

Now, fasting for CT Scan, Sarah sleep...and me still in Einstein-Bad-Hair-Day shock condition.

I hope me, Sarah and all cekpen clan are strong enough to face it....Insyaallah.



Thursday, January 20, 2011

Pemulihan kaki merekah

Kebelakangan ini, kaki ku dah start merekah-rekah semula.
Bukan pertama kali, dah beberapa kali sebenarnya. Bila dah berumurselalu berdiri , bergerak dalam rumah tak pakai selipar memang senang nak jadi.
Tapi merekah takdelah seteruk macam gambar hiasan atas ni.Sikit2 je tapi nampak le jugak dan rasa kasar2. Bila berjalan kat lantai tak beralas rasa ngilu je.

Teringin gak nak pergi belai kaki kat spa macam gambar atas ni tapi bila masa pulak nak pergi kan. Dgn sarah tak sihat...nak tinggalkan kat siapa? Forget it lah.

So macam biasa buat sesi pemulihan kat rumah. Masih setia dengan produk kat atas ni "foot smooth shower scrub". Dah 2 tahun pakai, belum habis lagi. Pakai bila kaki merekah je, so bila dah ok, tak pakai lah, tu yg boleh bertahan lama. Masa mandi , aku scrub kaki aku tu pakai scholl ni, biar lama sikit.
Agak-agak dah lama sikit aku perap kaki dgn scrub scholl tu, aku tenyeh dengan stone exfoliater ni. Aku akan buat dalam 3, 4 hari je, lepas tu konfem rekahan tu dah hilang.

Tadi aku perasan buku lali aku sebelah kanan lagi hitam dari yg belah kiri. So aku gosok dengan stone exfoliater tu. Kat kulit yg hitam tu ,macam kulit mati tg tebal sangat, tak rasa apa2 pun aku dok tenyeh dgn batu tu.
Lepas mandi aku baru rasa pedih yg amat sangat. Rupanya terlebih tenyeh kat area yg tak hitam..melecet laaaa...adehhh
Lepas ni bila duduk nak elakkan dari tindih kaki kanan. Aku rasa sebab tu kulit bukulali tu mati dan menebal...kematu sbb terindih hari-hari. Aku ni suka duduk lipat kaki. Bad habit!



Rombongan kenduri Singapore

Haaaa....rajin pulak aku nak citer hari ni..maklumlah sempena sambutan Thaipusam, mari memerap kat rumah sebab shopping mall sure penuh. Dan untuk makluman cekpen sukarela gi kerja hari ni buat report katanya, utk menjawab soalan2 cepu-emas-harakiri esok pagi.

Last weekend, 15 Jan, Sabtu lepas subuh kitorang bertolak ke Singapore sebab ada kenduri kawen sepupu sepapat korge cekpen. Tah apa mimpi kali ni rajin pulak dia nak pergi.

Ramai jugak le famili dia yg pergi tapi kitorang tak join konvoi. Maklumlah kitorang ada anak kecik, macam leceh sikit nak ikut orang punya plan....kitorang ikut anak2 nye arahan kerenah.

This is my second time to Singapore after a very loooooooooonggg time. The first trip tu adalah rombongan sekolah rendah...darjah 2 uolssss......aku cuma ingat nama tempat aku pergi dulu tu woodland hahak =P.





Ada yg overnite kat JB. Kitorang dgn satu lagi famili overnite kat Village hotel kat area Arab Street ni. Boleh nampak Masjid Sultan tu.

View dari bilik kami....jalan kaki je nak rayau-rayau ke makan-makan kat bawah tu.


"Amik jek duit orang tu nak bagi, nanti u nampak all designer bag on sale u went crazy u knowww!!!"

Itulah kata-kata i pada biras i tu before her trip to London Paris recently.

Tu tengah mengadu le tu, betapa menyesallll kan tak bawak duit bebanyakkkk...=P
Kata nak gi boxing day ...

Lepas anak-anak main pool, lapar le pulak..so turun makan kat belakang tu...restoran zam zam.


Bila sampai mee goreng ni, aku bajet konpem tak sedap...rasa kari.

Tapi salah ...ianya adalah sangat sedap...mcm makan ayam tandoori.
Tapi portion tersangat lah besar, so tapau bawak balik...sambung makan sebelum tidur.


The famaous murtabak singapore...terbaekkk dari ladang.
Tak pasti lah kedai mana yg paling sedap sebab sempat makan kat kedai ni je.


Ni la majlis yg diadalah 2 hari 2 malam tapi kitorang tak tau. Kalau tau malam tu ada, kitorang kompem datang melantak jugak. Dasyatnye orang Singapore wat kenduri kawen, dah le 2 hari 2 malam, makanan nya mak aiiiihhhh...dah macam buffet kat hotel. Semua ada...yg takde kambing golek jek.







Kitorang tak sempat pun nak kemana-mana sangat sbb kejap sangat gi. Anak2 plak sibuk nak masuk pool aje. Adalah insiden2 yg menyebabkan mood aku ke laut, dan kalu boleh nak balik la tu jugak. Memang tak puas.

Dan benda alah mcm touch n go ni pulak, ada lagi value 44dolar. Dekat seratus engget le kan.
Sayang kan membazir...tak leh refund.
So sebabkan menda ni ada ...mungkin nak repeat lagi masuk Singapore CNY ni..
Agak2 ok tak time CNY?
Ke KO?



Wednesday, January 19, 2011

Macam kenal je 'selebriti' ni....

Eh..bukan selebritilahhhh.....'datin'. Apa ada dalam goodie bag tuuuuuu!
Wawahhhh..u gi fashion show yeeee...
tak ajak i lak tu...cisss
(elehh! mcm nak pegi =P).
Aku dok tunggu cekpen atas katil ni hah sambil2 layan tenet nak bg mata mengantuk...eh memang mengantuk tapi takleh tido sebab hidung sumbat dua2 . Selsema baru bermula takleh nak napas. Tengah dok tengok budiey-nye you-tube pesen -so mimpikita tu...terpandang lak datin2 ni macam kenal.....sekali pause sekejap, uihhhh memang kenal sangat hahak.
Nak kepoci ngan cekpen dia dah berdengkur kat bilik darwish tak keluar2 lagi...so aku kepoci kat blog ni je lahhh...

Wednesday, January 12, 2011

Mengidam?!

Aku mengidammm....tapi bukan jeruk asam, daging rusa gulai bagai.

Ngidam yg atas ni....suka!!!!
Leather dan cokelat..dan 2 ways..kalu 3 ways lagiiii mak suka.



Mari verangan... +P





Tuesday, January 11, 2011

arrghhhh!

Tengah tengok citer melayu kat 106.

Abang tolak adik dlm sungai...saja bg lemas.

Adik selamat....tumpang lori nak balik rumah. Tapi drebar lori lupa nak turunkan dia. So sampai kat KL kat construction area.

Mintak tolong kat orang yg keje situ....pakcik...so pakcik ni bawak budak ni jumpa pegawai dia.

Pegawai bg seratus engget, suh pakcik ni tolong hantar balik rumah.

Pakcik pau duit tu..tinggalkan budak ni kat klinik.

*aku sakit jiwa hokey....tak boleh lah.....kenapa wat citer camni!!!!*



Friday, January 7, 2011

Tak suka mak membebel?!

Sinonim kan...bebel---->pompuan---->macam nenek....heheh.

Well, bukan aku yg kuat bebel tapi mak aku. Dari kecik2 lagi aku kena tahan telinga ...tapi selalu yg kena bebel akak2 aku lah. Aku kan anak bongsu...so kureng sikit =P.

Since after mid Dec aritu mak aku duduk kat umah aku ni. Mak dah tak duduk kampung since raya seminggu last year. Lepas kena mild stroke tu dia bawak diri dia gi berurut dan berubat cara tradisional kat KotaTinggi, umah kakak sulung aku. Dah mak takde kat kampung aku jadi serba salah nak balik, sebab nak gi Kota Tinggi dgn bebudak ni aje macam very risky.

Alih-alih kakak aku bawak mak ke Klang, so senang le kan sebab dekat...tapi sian jugak kat anak-anak aku yg sibuk nak balik kampung tak dapat time cuti sekolah aritu. Takpelah ...panjang umur sok, balik le kita ye.

Since mak aku siang2 home alone kat Klang tu, so aku ajak dia duduk ngan aku. At least aku most of the time kat umah. Kalau keluar pun kejap2 je. Mula-mula takut jugak mak tak serasi. Sebab last year, few months lepas bapak passed away tu, dia tak suka duduk sini. But this time, mak macam ok, makan selera, tido lena...takde takut2 ke hapa. So aku assume dia ok le tu.

Lagi satu petanda dia ok , dia membebel...hahaha :D.

Awish la yg salu kena bebel sebab salu buat mina ngan sarah menangis. Lagi satu mak akan tanya dia dah sembahyang ke belum semua tu.

Hahaha teringat zaman rebellious dulu, kalu mak tanya jek aku dah sembahnyang ke belum..memang hangin satu badan le...panas betul soklan tu. Cukup buat aku bengang gila.

Tapi sekarang aku bersyukur, sebab bila mak bebel2 kat darwish, aku pun jadi kuat semangat jugak nak push darwish utk sembahyang. Kalu tak aku tak larat nak bebel2, suh dia sembahyang dan bergerak tangkas everyday sebab jadual dia yg pack tetiap hari kan. Letih tau membebel...hati rasa bengkek je kalau membebel...tu yg aku tak suka tu.

Tapi since mak take over tugas membebel ni..senang sikit hidup aku skang =P.

Lagi satu, kalau aku kuar nak beli barang ke, run some errand ke, dah takyah risau tinggal bebudak ni kat umah. Mak akan jadi reporter bagitau apa derang buat...hihihi.

Cuma Sarah je lah yg aku tak berani tinggalkan, takut dia 'amuk' habis lah maktok panik karang.



Thursday, January 6, 2011

Malam-malam

Carca marba apa yg aku nak blogkan malam ni...takpe..janji apa yg aku pikir nak tulis..aku tulis.

Sebenarnya niat nak recap balik 2010 nye kisah tapi terbantut sebab layan feeling dengar lagu lama malam-malam kat red.fm. Terus le teringat kisah-kisah lama aku masa zaman lagu-lagu ni femes. Syahdu jek rasa...teringat kenkawan sekolah..kawan uni...boipren-boipren...

Ni baru umur *batuk*34...dah rasa macam lama sungguh peristiwa-peristiwa tu berlaku. Esok sok umur 50 camna lak aku rasa ....

Desert rose - Sting

It must have been love - Roxette

Sunshine - errr tak ingat sapa nyanyi

Sebelum create new post ni tadi, aku dok tidokan mina and sarah sambil baca forum gosip. Ngeri ok baca forumer2 ni melahar / kutuk awek keeper mesia. Tak paham aku apsal derang sesibuk nak kutuk...kalaupun blog awek tu derang tak suka. Aku rasa kalau mesia kalah aritu, takdelah derang sesibuk korek celah bedah player ni..tapi sebab menang and awek ni lak ala-enterprem kat blog dia sendiri pun, abih semua nak kutuk. Sian gak aku tengok..

Moralnya...berblog tu biar berpada...kalau blog kita ni jenis yg biasa...citer rutin harian..pandai-pandailah pilih apa yg nak diblogkan *mcm blog aku yg takde hala tuju nih*.

Siang tadi plak aku baru cek email ..sbb malam tadi aku *batuk** ter-oder maxi dress lagi...dapat pulak berita spanx yg aku order bulan lepas hilang...aduaii..sedeyyyy....sedeyyy mengenangkan perut muncit ni tak dapat disorokkan bila perlu...memang takde rezeki aku nak ber-spanxing.

Takpelah...aku pakai je lah korset tesco nih...sob sob...

Eh..tetiba otak aku beku...apa yg aku nak citer lagi tadi ?

.

.

.

.

.

.

Astagaaaa.....orang sebelah aku kentuuuutttttttttttttttt.......ceh! Okeh...Fokus ! Pikir balik apa nakcerita tadi..

.

.

.

.

.

.

.

.

Still takde idea...haih..till tomorrow then...or maybe the day after tomorrow.

Warm up!!!

Samekommmm..

Wawahhh..blog sendiri dah dilupakan..asik bertenggek baca blog orang...baca gosip...baca forum..

Takpe-takpe..kayuh pelan-pelan..

Nanti hapdet lagik.