Friday, August 26, 2011

Raya! Raya!Raya!

*lompat tepuk tangan buat-buat happy*


Dah dekat sangat nak raya kan. Rasa macam nak suruh postponed jek raya ni :(. Sebab I dah raya awal sangat ni. Dah la puasa pun tak sambut, lepas tu miss P datang awal pastu hilang, pastu datang lagi..huwaaaa pitam lah nak ganti tahun ni punya hutang >__<".


Korang dah setel dah semua persiapan? I ni baru terkedek-kedek buat checklist. Especially apa yg nak di pack bawak balik kampung. Kali ni risau lebih lah sbb nak bawak Sarah balik lama kan. Dah la cerewet taknak makan, pening la kalau kat kampung nanti dia still macam ni. Plus dia start batuk dan selsema la pulak ni hah. Camno? Boleh ke ambik ubat kat klinik biasa? Tak sanggup nak ke spital le, berjanggut menunggu turn.


Esok pulak maid cuti balik Surabaya, so hadaplah Sarah punya perangai sorang2 huhuhu. Pastu kena bawak baju lebih balik kampung sbb takde tukang cuci, lipat gosok baju bagai...huwaaa kompem tak muat bag.


Macam biasa, belum raya lagi kasut/ selipar dah jadi belasahan kat rumah. Mina 2 kali raya mintak selipar tebal ni...selamat poket ayah ye.
Mesin jahit jadi peneman setia hilangkan bosan. Tak sangka dah berhelai-helai menjahit pakai mesin cikai ni. Dah makin expert jugak adjust2 mana yg patut. Kalau tak dulu cuma takat jahit kaki seluar or apa2 yg koyak.



Ni my first kaftan blouse. Handmade gitu. Chiffon lak tu....serik nak setelkan selai.



Ni pulak, sofa cover baru. Baru siap jahit utk 2 seater seat cover ni. Sofa yg 3+2+1 tu belum lagi. Huwaaa banyak lagi tu dengan seatnya, armrestnya, pastu cushionnya. Nasib baik la tak buat sekali frame cover tu...pengsan le. Ni memang target lepas raya baru setel. Silap hari bulan dah habis Syawal pun tak siap lagi. Kena pasang zip n piping ...perghhhh. Baru pegang mesin jahit nak berapa hari pastu tak agak-agak jahit sofa cover bagai kan...rasakanlah.


Okaylah....nak ucapkan Selamat Hari Raya kat semua kawan2 blogger. Maaf zahir batin, halalkan resepi2 yg dicopy =P.


Dan berhati-hati di jalanraya ye utk sesapa yg balik kampung,





Tak kawan

2 malam lepas, Awish bercerita apa yg terjadi kat Kafa. Mengikut ceritanya, Awish, Shafiq, CikWan dan beberapa orang kawan lain bermain permainan yg di panggil...eh lupa lah dia cakap main apa. Tapi permainan tu macam ala-ala acah nak sepak, kick boxing, karate....kira main lawan le.

Ok, pointnya, masa main tu CikWan telah berlari dan tersadung kakinya di kaki Awish sebab Awish sort of menghadang macam tu. So Cikwan telah tercampak dan luka2 di kaki or tangan (tak sure). Cikwan sangat marah dan mahu menerajang bontot Awish. Awish kata dia ada mintak maaf dan cakap tak sengaja tapi tak dapat dimaafkan le nampak gayanya sebab Cikwan taknak berkawan dengan dia.

Tapi Awish konfiden cakap, esok mesti Cikwan akan kawan balik dengan dia.

Mama punya concern, kalau kat rumah, biasanya apa yg Awish kata 'tak sengaja' tu adalah sengaja. Macam dia sepak Mina or Sarah, bila adik tu menangis, cecepat lah dia cakap tak sengaja walhal, memang kaw kaw dia kenakan. So if at school, mama rasa mesti lebih kurang apa yg jadi kat rumah. Dia cakap 'tak sengaja' tu just to escape from punishment or mintak maaf yg tak ikhlas.

Kadang rasa nak join camp....ada tak camp utk parents n children yg macam ni? Ye lah kan, takkan nak hantar anak je ke camp, mak bapak pun kena 'di camp kan' sekali supaya tau nak buat macam mana ye tak?

Mungkin korang pun tak pahamkan....pelik sangat ke Awish ni? Well, dia ni 'atas pagar' sebab taklah sampai masuk kategori kena special school tapi dia a bit left out at normal school. Camno nak describe? Behaviour ni tak nampak le kalau setakat duduk 2,3 minit dengan dia. Cuba try 2,3 hari hah baru le nampak ciri2 pelik tu.

Anyway, adalah progress ke arah positif, cuma maybe expectation mama utk Awish catch-up with his peers tu tinggi sangat kot....kotlah. Hish tak tau lah nak set expectation macam mana yg sesuai.



Wednesday, August 24, 2011

Special Request

Awish buat special request. Hari Jumaat dia nak berbuka dengan Mee Hailam lagi. 2hari lepas, mama first time try masak ikut resepi zarin yg dicopy dari orang lain jugak. Memang maveles.

Terima kasihlah para blogger yg rajin kongsi resepi2 ni. I kalau resepi yg blogger2 dah try ni, I konfiden sedap.


Monday, August 22, 2011

Camwhore di Konsert REAL Kids dan point takde kena mengena

Peserta akademi REAL Kids. 3 tahun berturut-turut, mendapat anugerah best dance performance. Betul. Tak tipu. Tapi yg bg anugerah tu mama lewww kui kui kui!. You got talent lah Mina. Cuma mama takmau le sampai ke besar. Cukuplah takat kindy je ya. Besar nanti masuk pertandingan ilmiah ye.


Pastu janganlah selalu kutuk Sarah tak pandai dance walaupun memang tak, keras macam kayu kan hik hik. Mina can dance and sing well....sing tu maybe dari genetik ayah le kot, but dance? Tak tau le dapat dari mana sbb mama pun stok keras kayu macam Sarah =B.


Forget all other camera. Instagram is super cool...total coolness :P


Sayup. Last year duduk depan sekali. this year duduk belakang sekali. Tak cool langsung. Kali ni takde limit for each family so end up i tengok ada satu family ni satu row diorang booking. Amaa- appa- abang- cousin- rapperhiphop-nenek-atuk semua ada.


Nak ikut jugak walaupun dah diberitahu nanti dia akan merasa kebosanan tahap maksima. Last-last membuta awal, even konsert tak start pun lagi.




Cerita sampingan bujang ni:


  • Berat dah turun semenjak puasa. Perut dah kurang buncit.


  • Kena hipnosis (malas gugel camna nak eja) bila nak tidur malam kat bilik sendiri. Macammana? Mama kena kira dari 1 sampai 10, lepas tu dia tutup muka dengan bantal. Habis kira mama terus tinggalkan dia, tutup pintu bilik. Insyallah tidur sampai pagi, tapi ada jugak lah time yg dia bangun dan masuk bilik kitorang, hantar balik le jawabnya.


  • Ada improvement sikit dalam pelajaran semenjak mama duduk rumah ni tapi progress latih tubi tergendala sebab dia ngantuk gila bila puasa ni. Rotan lah camna pun takde makna, tetaplah katup mata tu....mama naik hangin lewww.

Yang ini pula....komen saya:




  • Tidak banyak songeh melainkan hal yg melibatkan Darwish misconduct behaviour. Dia akan bertukar menjadi naga yg mengeluarkan api dari mulutnya dan mata yg merah menyala, oh serta libasan maut ekornya juga. *Sila guna imaginasi masing-masing*



  • Menghadapi tekanan dari Jeneral Yamashita yg digeruni oleh 'semua' penduduk setempat (opis lewww), 'semua' itu termasuklah high ranking director. Eh hello tuan director pun takdak telur ka mau jawab itu Jeneral punya soalan? haiyooo, susah lor ikan bilis mau hidup ini macam. manyak stress wooorr.



  • Itu saja komen saya. *takut nak komen banyak, nanti semangat Jeneral Yamashita ikut balik rumah. Takpun #semangat Tampin# merasuk, tu pun marabahaya*...matiklahhh kalau dia baca nih, kui kui kui.

    Girl ucuk anje sangat tak boleh blah ni pulak:



  • Sangat aktif.....main je kejenya.



  • Still takde selera makan walaupun dah habis sebotol multivitamin with lysine. Mungkin prof betul kot bila dia tanya mama balik "lysine is for what?" dengan nada yg kenapa-kau-percaya-dengan-strategi-marketing-si-penjual obat. Lepas tu dia cakap "multivitamin only is enuf". Sentiasa ada helah utk elak makan. Cuma yg menakutkan bila dia tetap sakit perut dan kadang muntah masa makan. Adakah itu betul atau helah jugak?



  • 13 kg from 3rd week July until now. Tak naik-naik lagi.



  • Melekat dengan mama. Tak mau bibik sangat dah. Dah habis rindu kot.



  • Suka buli semua orang dalam rumah ni.



  • Bila Sarah berak 'bubur' mama legaaaaa. Bila berak air + angin, mama pun susah hati.



  • Still on Nutren Junior. Bila nak go back to Pediasure ni.....susah le nak cari stok Nutren ni.


  • Rambut dah around 2mm-4mm, kening dah lebat tapi bulu mata belum cukup panjang macam dulu.




    Cukuplah citer hari ni, lepas ni misi mencari baju kurung sendiri. Ok babai!





Friday, August 19, 2011

Semperit, Keria dan sardine roll




Pagi tadi lepas Mina pergi kindy, terus ke dapur dengan Sarah. Menguli dan memicit-micit. Dapatlah 3 balang kecil semperit. Sarah repeat makan ni, kira sedap le kot.




Ni semalam punya choc cookies tak famous sebab kerassss sangat.


Ni menu hari ni, keria dan sardine roll.



Nak buat cookies lagi ke tak ek? Mood M dah datang ni, jahitan pun tak siap lagi.....kena siapkan jugak le kang lepas raya bibik takde lagi le tak dapat pegang mesin jahit. Kena seru semangat rajin cecepat ni.

Thursday, August 18, 2011

Nilai 3----> Parkson SP

Semalam cuti kan, so cekpen memang dah awal-awal ajak pergi beli Baju Melayu dia dgn Darwish. Last year Jalan TAR so this year dia ajak pergi Nilai 3.

So lepas pusing dgn kereta, then pilih tempat utk survey. Cari punya cari........hasilnya cuma sepasang sandal croc-tipu utk Darwish. Dan juga kain ela utk ganti sofa cover yg macam belacan kat rumah ni. Lain yg di cari lain pulak yg dapat. Whatever lah kan....kat sana from 11.30 sampai 1.30 mcm tu.

Panas okeh...mmg pancit lah , lepas tu decide balik ke pangkal jalan, sebab kedai-kedai tu semua jual baju yg rupa mcm tah berapa tahun punya tah. Buruk sangat. Baju kurung pun takde yg baru...semua nampak dah kepam. So last-last cekpen kata cari kat Parkson jelah.

So sampai Subang Parade, terus aje tuju Parkson sebab malas nak tinjau-tinjau tempat lain sbb dah penat tahap kronik. Dapatlah jugak akhirnya apa yg dicari, dan tambahan belikan jugak sepasang baju biasa utk AMS. Malangnya Sarah cuma dapat blouse jek, seluar or skirt takde color or saiz dia....tapi sbb dah tak larat nak survey, balik je terus. Lain kali je lah cari skirt sarah.

Hampir complete lah baju raya ni, tinggal mama je takde baju lagi dgn sandal/slippers utk Mina and Sarah. Kat Subang Parade booth baju siap tu mahal ya ampooon. Semenjak dua menjak tau harga kain ela, rasa macam melampau harga baju siap tu. Material yg doblas hengget semeter, bila jual baju siap jadi $199...pitam!@#$#%%.

Bila la pulak nak keluar lagi carik baju sendiri...malasnya nak kuar time puasa ni....hausss daaa.


Konfem

Cookies tu konfem keras semacam lah. Baling kat dinding pun tak pecah :/

Tak famous amous lah

Mencuba resepi choc cookies famous amous.......dah separuh bancuhan di-bakar...hasilnya macam keras kematu...hmmmm.

Lagi separuh tambah butter lagi......hasilnya.....belum tau lagi...still dalam oven. Tapi nampaknya mcm tak jadi jugak sebab bebola tu tak turun merata pun.....mencik ahhh.

Nanti testing lepas buka puasa. Kalau sendiri pun tak boleh nak makan ...tak dapek nak nolong eh.

Tuesday, August 16, 2011

.....

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Tak jumpa ketenangan
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Hanya kebimbangan

Up

Netbook eh kena virus. Tak boleh masuk windows. Dah godek2 tak boleh jugak. So tadi format sudahnya. Start from zero balik le.

Wednesday, August 10, 2011

Dah siap dah.

Baju kurung Mina dan Sarah. Mina punya baju senteng sebab mama salah ukur..huahuahua..takpelah...stail.


Dress untuk Sarah. First time buat dress....kualiti tak boleh dibanggakan tapi dah siap rupa dress tu dah syukur banyak la. Nanti ada mood lagi boleh try buat pesen lain pulak.



Ada lah kan rupa dress...ke takde?






Tuesday, August 9, 2011

Aik! Nak balik rumah sendiri pun sesat kewwww?

Pagi tadi terlajak bangun daaa...dalam kepala dah set nak gerak ke Shifa' pukul 7. Sekali rupanya celik pukul 7 cissss.

So kecoh2 gerak Mina n bibik (haah bibik aku femalas sekarang, aku bangun dulu dari dia, melampau kan), mandi, siap, terus angkut Sarah masuk keta.

Sampai dah pukul 8, tapi takpe sbb gate tak bukak lagi. So sementara menunggu tu, biasalah borak2 ngan 'penunggu' yg lain. Ramai pulak pesakit cancer hari ni, so dah jadi macam Hj Lokman Cancer Support Group giteww.

Ramai le tadi yg tolong sekolahkan nasihatkan sorang kakak ni yg ada breast cancer tapi taknak buat rawatan kat spital. Sanggup menahan sakit n buat rawatan kat Shifa' je sbb takut sakit. Akak oiii....memang le sakit..takde yg tak sakit bila kena operate n kimo bagai tu...tapi usaha kena buat kak. Takkan nak tawakal je, Allah kata kita kena usaha kan. Haaa ada 2,3 orang pulak tu yg on recovery from breast cancer so, mmg kena ceramah le akak sorang ni.

Hopefully akak tu gi lah hospital jugak, Shifa' buat, spital pun buat. Even HjLokman pun akan suggest menda yg sama biasanya.

So sambil menunggu, berborak, berfb dan sempat jugak le siapkan baju Mina. Sempat kelim tangan, bawah, leher dan jahit butang. Ye lah 4 jam kat situ, mmg le better buat something utk kill the time. Sambil2 layan Sarah berak kencing semua tu kan.

Setel semua dah pukul 12. Terus pecut balik...GPS tetap ON sbb nak keluar dari Gombak tu kan takut jugak silap ke hapa. Pastu mata makin lama makin lah ngantuk. So pecut punya pecut nak cepat sampai rumah dan qada tidur sekali terlepas simpang Puchong daaa.

Sah mata celik tapi brain conciousness zero. So terpaksa exit Sunway, buat U-turn kat depan Sunway Hospital. Tak pepasal kena tambah tol 3hengget doposen. Sampai rumah terus bummm tido.

Monday, August 8, 2011

Bestnyaaa

Ada sorang 'Belanda' ni kan, hijack katil mama n ayah. Sesedap hati dia je nak landing atas quilt tu dengan gaya bebas. Dia suka buat quilt tu fluffy fluffy pastu tido. Bukannya nak berselimutkan quilt pun. Lepas tu kan, dia ajak sekali geng-teddy dia yg dah lebih 10 ekor tu tido sekali. Terpaksalah tuan punya katil merempat tempat lain.

Sunday, August 7, 2011

Cuufuuga

*sapalah yg buat entry ni......tinggal netbook terbukak sbb charging tepon, adalah pulak tangan gatal tekan2 ni.*

Wednesday, August 3, 2011

Classic picture





















Suka betul dengan application Instagram ni...boleh buat macam-macam klasik effect kat gambar. Paling suka yg macam kat atas ni semua...nampak macam gambar 70's.













Tuesday, August 2, 2011

Broken

Broken pipe......fixed.


Broken lamp......need to wait till tomorrow.

Part of self-proclaimed maintenance manager job description.




Sayang anak tangan-tangankan

Orang kata lain anak lainlah sifatnya. Anak orang lain pun tak sama macam anak kita. Jadi tak semestinya kalau kita ikut cara orang didik anak, anak kita jadi macam anak diorang. So pandai-pandailah buat apa yang sesuai untuk anak masing-masing.


Anak saya yang seorang ni tak sesuai nak ditangan-tangankan sebab tubuh badannya yang 'mampat pejal'. Memang saja buat tangan sendiri lebam le kalau nak 'tangankan' dia. So alternatifnya adalah 'rotan-rotankan'.....eh tapikan takde rotan. Saya pakai yg atas ni...ni anak panah. Jadinya sekarang ni sayang anak 'anak-panahkan'.

ok...tak lawak....
tapi kalau tak kena 'anak-panah' konpem dia tidur dalam celik.




Monday, August 1, 2011