Wednesday, November 27, 2013

Cloth diaper

Mak-mak jaman sekarang kemain lagi kan, ada group breasfeeding, ada group baby wearing, ada group cloth diapering, apa lagi? Banyak lagi kot yg i tak tau, maklumlah kitew kan old skool. Whatever float my boat le kan. Anyway i'm not into these group thingy. Dedulu jaman baru kawin ada join forum waja performance club. Sekarang bila ingat balik macam, 'apalah yg aku mengarut masa tu'. Takde kaitan dgn cerita baby but still lah kan club kelabul yg tah le hehehe.

Walopon takde kaitan atau terpengaruh dgn mana2 group, atas nak dasar2 berjimat cermat, dah sebulan i dok pakaikan cloth diaper ni kat Zafri. Mula-mula tu ada jugak ah kes kebocoran,  tapi sekarang takde dah. Kecuali kes terpencil, contohnya bila dia berry banyak2, pastu i tak sedar, so bila kaki dia dok gerak2 maka ada pengaliran keluar lah sbb ada gap kat peha bila dia tak duduk diam. 

Selalunya ok je takde bocor, takde rash. Sehari guna dalam 4 helai, kadang 3 kalau malam i guna yg disposable. Still guna sehelai je insert sbb kalau 2 helai, gemuk sangat dah montot zafri dah macam hippo. I ada 10 keping and so far cukup utk rotate. Jadi tak cukup kalau bibik cuti and i tak sempat nak basuh, so kena top up dgn disposable lah. Bolehlah tambah lagi beberapa keping kot. tunggu sebulan dua lagi, tengok kualiti babyland ni lepas basuh berkali2 macam mana. As of sebulan pakai ni, nampak ok, takde tanda senang koyak or tercabut button ke.

Ni mata ngantuk sesangat ni. dah 2 malam zafri tak lena. Malam kemarin, dari pukul 12 sampai pukul 4.30 dia kekejap celik, bila menyusu tu mengamuk. Malam tadi dari pukul 9 sampai pukul 3 ke 4 pagi tah, langsung tak nak lena jugak. Asal cabut je susu dari mulut, dia bangun nangis. End up i kena rela lah tidur senget2 badan sbb nak bg tek kat dia. sudahnya i pun takleh tidur lena. Nak kata dia tidur siang berlebih tak jugak, macam biasa je. Sakit bahu, sakit pinggang, ngantuk.....redho je lah.

Friday, November 22, 2013

Kucen Kucing

Lama tak cerita pasal Kening n Chomel. Kening yg semakin gemok dan Chomel tetap bantut. Dah 3 bulan kot since ambik derang dari kampung, dua-dua ni still perangai macam kanak2 ribena. Asal masuk rumah je main kejar-kejar. Bunga besar yg i buat kat kedai before bersalin tu dah jahanam dikerjakan sbb derang suka main kat situ, walopon dah alih tempat. grrrrrr.

Sofa cover dah memang jadi tempat asah kuku derang, langsir pulak utk asah bakat memanjat si chomel. Nasib Kening takde panjat2 langsir ni, kalau dia pun suka manjat dgn badan yg mokmok tu...tsk, runtuh kot panel tu. Dah macam bela monyet dah.

Last week derang pecah tradisi, kencing dalam rumah, atas tilam lagi, 2 kali. Tilam bilik bawah ni, bilik yg i pakai siang malam. Hangin je dibuatnye. First time buat, i basuh, sabun, bubuh perfum bedak semua. Selang 2 hari derang repeat lagi at the same spot. Tak pasti le Kening ke Chomel yg buat. Tapi lepas 2 nd time tu, memang diharamkan masuk dalam bilik bawah ni dah.

Seems like derang mark spot tu as territories dia, sbb duk tercari-cari terhidu-hidu. Maybe first time tu sbb tak tahan kot, budak2 ni cuti kat rumah kan, so tak ingat nak masukkan balik dalam cage bila siang. Agaknya lama sangat tak membuang, so dia cari le tempat. Once dia dah mark, tu yg repeat lagi tu. Semenjak tak bagi masuk tu takdelah derang buat lagi or cari tempat lain dalam rumah ni. And i have to remind the kids utk masukkan derang dalam cage every 4/5 hours. 
Ni ada kucing sapa tah terlepas, so dia jalan2 masuk pagar rumah kitorang. Besar sangat kucing ni and gebu sbb bulu panjang kaler putih kan. Rasa dekat 3 kali ganda saiz Kening kot. Kening dgn chomel dalam cage masa ni duk tengok je sambil bulu2 belakang badan tegak. Feel threaten kot.

Lepas tu i bawak 2 ekor ni masuk rumah, tapi tetap lah derang nak peratikan kucing putih tu. Sanggup memasing mengintai ikut siding door ni hah. Bibik siap masukkan kucing putih tu dalam cage. I suruh keluarkan balik. Dibuatnya tuan dia cari, kang tak pasal dituduh kidnap kucing dia.
Ni normal expression chomel. Muka boring.
Sapa lagi besar??
Dia tau i simpan toys atas meja ni. Tu derang punya collar ada atas meja tu sbb mandi pagi tu bukak collar. Chomel dok kuis2 so bell kat collar tu berbunyi, pastu jatuhkan ke bawah and main dgn kening. Dua ekor ni suka main toys kecik2 bebudak ni. Satu hall derang heret. Pastu kang yg kecik2 sgt tu, mulalah terselit bawah sofalah, bawah kabinet tv semua. Kalau tak pun tinggal je mcm tu sepah2 atas lantai, i jugak yg kena kutip letak atas meja tu balik, tsk.
Beza saiz badan chomel dgn kening. Ni lepas makan nasi gaul ikan yg dah diblender. Kenyang le tu terus tidur kat dapur. Derang nak dah makan ikan, boring kot dok makan blackwood je 3 bulan ni. Tapi bulu gugur le pulak. Dah dekat seminggu makan nasi dgn ikan, barulah selera makan blackwood balik. Eloklah tu, sbb cekpen tak bagi dah i bg nasi gaul ikan tu, taknak bulu gugur lagi. Anjer sangatkan, antar balik kampung kang baru tau.





Wednesday, November 20, 2013

His sleep pattern, smile and talk


Sleep pattern?  Hnnn...up till now, zafri belum ada sleep pattern yg stabil. Masih berterabur. Ada musim ok, ada musim tak ok. Tapi dah 3 hari 3 malam ni, dia macam ok sikit. Tidur siang agak lama, dalam 1jam, lepas tu bangun, terkebil-kebil baru nangis mintak susu. At least dapatlah rest kan each side more than 1 hour. Kalau kena angin tak ok, nak bergayut je, memang pedihlahh. Time tu memang terpaksalah kejam sikit, biar nangis, pujuk, nangis, pujuk sampailah agak2 tangki susu tu dah top up, kurang2 sejam setengah lah jugak. 

Ni dah 3 malam, tidur dia boleh menten 2,3 jam straight, dapatlah i tidur puas sikit. Susu pun sempatlah penuh, lelebih tu takdelah. So far dapat pam 2 kali je. 3 minggu lepas try, 20 ml pun perit nak dapat. Lepas tu jenuh menunggu setengah jam camtu tapi bila pam takde apa yg keluar. Ni dah lama tak try pam, tapi rasanya sama je mcm dulu tu. So nampak gaya kena esklusif lah, diretc feeding sajok.
Dia punya senyuman pulak, dah banyak dibuat dalam keadaan sedar, bukan hanya time tidur je. Mungkin sebab mata makin nampak jelas. Dah makin banyak nak borak2, tapi tau lah baby talk je, 'ah...er....uuh' camtu je lah. Dah kenal sangat suara and muka mama. Pantang dengar or nampak, mulalah mulut ternganga ke kiri ke kanan atas bawah mencari sumber makanan dia. 

Apa pun, so far semua as predicted lah, especially my lack of sleep huhuhu. 


Monday, November 18, 2013

Kejam

Beberapa hari lepas, i tanya cekpen, ada tengok tak video yg budak2 kena dera kat taska. Cekpen kata taknak tengok sbb tak sanggup. I pun walopon ada je orang share kat wall fb tu, i tak pernah bukak. Tak sampai hati. Hari ni ada orang share pasal bekas pekerja taska tu ceritakan pengalaman dia masa bekerja kat situ. So i fikir takpe kot baca sbb bukan video kan. Tapi silap ye, walopon baca tetap terbayang kekejaman tu, tsk. Tu cara2 speed reading tu, tak baca bebetul, just run through je. *nanges*. Apalah perasaan parents yg ada anak kat situ kan, still having nightmares kot.





Wednesday, November 13, 2013

Apa Cerita?

Hohoho....lama tak update ni. Sebab takde apa sangat kot, dalam pantang kan. Rutin sama je tiap hari. Hari2 hadap AFCchanel ni hah, dengan harapan habis pantang sok skill masak improved 150%, Iyolah tu. 

Tengok tak program ni "My grandmother's ravioli"?. Dah i hari2 hadap kan, so tertengok jugak lah episode yg ada nenek tu. Memang kelakar lah. Suara nenek tu memang tak boleh blah hehehe. Nenek dari Thailand asalnya. Suka tengok walopon macam tah apa2 sikit program ni, ada aje nenek or atok yg best2. Pandai masak and happy je memasing. Nenek thai ni punye gelak memang best hehehe. Nampak naaa i ni dah boring gila kat rumah kan, sampai citer masak nenek2 pun i layan keh keh keh.

Oh...aritu i citer pasal tukang urut tak menepati citarasa tu kan. So last friday i start another session dgn tukang urut lain. Yg ni siap complete dgn tangas dan tungku. Cara urut pun memang macam yg i nak, tahap menjerit kesakitan. Nak sangat kan, rasakan, padan muka aku. Sampai lebam2 lah. Tapi best sbb urat2 kaki yg berketul2 berkumpul dekat part2 vein yg timbul2 tu dah smooth balik. 

Then peranakan belah kanan i jatuh sikit katanya, so dia betulkan balik. Maklumlah i bukan boleh tengok certain things kat umah ni yg tak betul, cepat aje betulkan, luruskan sofa yg senget, kutip toys and menda sepah2 yg samada budak2 or kucing buat, angkat lesung lah hehehe. So mungkin terlajak sikit kot, kui kui kui. Nak buat macam mana kan, impulsive behaviour. Dah buat baru teringat, 'eh tak boleh buat ni'. Pastu skru katil ni patah, i siap 'terangkat' sikit sbb try nak betulkan vavavava. Cuba beringat but tu lah, kadang lupa. Tu yg agaknya peranakan terturun kot sbb 'terbuat' benda berat.

Kakak urut ni buat tangas pakai periuk nasi letrik yg dah dimodified, so wap tu memang betul2 panas dan banyak. Siap ada kain bungkus daripada kain beluci ke apa nama tu, yg macam bengkung tu. Kita duduk atas kerusi, periuk tu kat bawah then dia bungkus sampai leher. Better then dulu2 i buat just guna kain batik lepas tu tangas tu tak panas lama sbb bukan atas api kan. Ni pakai periuk letrik, so dia sentiasa 'on' utk keep the stim flowing out.
Ni gambar google ye. Credit to whoever own it. Macam gambar atas ni lah yg kakak tu buat. Duduk dalam ni dalam 20 minit ye. Memang berpeluh2 basah kuyup. Sampai kena mop lantai sbb basah peluh meleleh-leleh. Sama macam sauna le jugak, cuma ni ada rempah2 sekali lah. 2 hari i buat ni, i pening kepala sangat. Hari ke 3 dah ok takde pening. Sbb apa pening i pun tak tau, mungkin bau rempah or mungkin temperature difference, sbb kepala kan kat luar, tak masuk sekali hehehe.

Lepas tangas, terus bertungku. Part ni i tak tahan. Gila panas. Selalu suruh kakak tu alihkan cepat2 sbb i tak tahan. Rasa kulit macam nak melecur, tapi bila tengok takde apa pun. hehe. Dah siap semua, tak bleh terus mandi, so dgn peluh2 busuk tu, kena berbengkung and tunggu 3,4jam. 

Kakak  tu suruh sapu dgn losyen panas, or slimming lotion sebelum berbengkung, tapi i takde beli, so i pakai minyak gamat panas je, nasiblah, janji ada perkataan panas kah kah kah. Kakak ni rekomen pakai losyen mustajab, yg makcik urut sebelum dia tu suruh pakai losyen anugerah. Google2 cari sapa jual online, terjumpa pulak orang review beberapa brand losyen panas ni termasuklah mustajab dgn anugerah. Tapi orang tu kata another brand 'bio trim' much better, paling panas berbanding yg lain2. Disebabkan dia bukan seller, just pengguna, so i macam percaya jugaklah dia punya pendapat tu. I pun belilah bio trim semalam via online. Pagi tadi dah sampai, effisien sungguh. Memang panas lah losyen ni, tapi i rasa i boleh tahan lagi, kira moderate je kot. Ni dah 2 jam i pakai, yg kat perut dah sejuk, but kat peha still rasa. Sebab kat peha i balut dgn plastik wrap tu kot heheh so panas bertahan. I pakai bengkung moden so peha tak cover lah tu yg pakai plastik je tuh vavavava.

Ni gambar dari website bengkung moden. I pakai similar to this in black. Tak sure sama ke tak sbb i tak beli kat sini pun.

Then i pakai yg atas ni on top (overlap) of yg atas tu. Nak lagi firm holding so bila bergerak2, bengkung tu stay. Both i pakai kat pinggang, biar selim cepat perut buncit ni huhuhuhu.

  
Disebabkan bengkung tu pendek2 kan, so tak cover hip area. I pakai pulak yg atas ni. Beli kat mammahouse jugaklah. Selesa sbb senang nak bukak bila nak ke toilet. Semalam i ingat macam dah ok je hip bone, so malas nak pakai ni. Bila dah malam, rasa ngilu semula kat tulang tu, so hari ni pakai balik. Tu tandanya, tulang belum lagi balik ke posisi asal le kot. 


Tak sabar dah nak tunggu habis pantang, hari ni 28 hari. Dah more than halfway dah. Hari2 dok telan air rebusan akar kayu tu, pahit ya ampun. Jamu tu nasib lah in pill form, takdelah susah nak telan. Esok last day minum air akar kayu tu, jamu pun esok start set yg lain pulak. Kali ni rasanya lebih berdisiplin berbanding 3 pantang sebelum ni. Maklumlah badan dah lasak macm dulu so kenalah berjaga-jaga.