Hohoho....lama tak update ni. Sebab takde apa sangat kot, dalam pantang kan. Rutin sama je tiap hari. Hari2 hadap AFCchanel ni hah, dengan harapan habis pantang sok skill masak improved 150%, Iyolah tu.
Tengok tak program ni "My grandmother's ravioli"?. Dah i hari2 hadap kan, so tertengok jugak lah episode yg ada nenek tu. Memang kelakar lah. Suara nenek tu memang tak boleh blah hehehe. Nenek dari Thailand asalnya. Suka tengok walopon macam tah apa2 sikit program ni, ada aje nenek or atok yg best2. Pandai masak and happy je memasing. Nenek thai ni punye gelak memang best hehehe. Nampak naaa i ni dah boring gila kat rumah kan, sampai citer masak nenek2 pun i layan keh keh keh.
Oh...aritu i citer pasal tukang urut tak menepati citarasa tu kan. So last friday i start another session dgn tukang urut lain. Yg ni siap complete dgn tangas dan tungku. Cara urut pun memang macam yg i nak, tahap menjerit kesakitan. Nak sangat kan, rasakan, padan muka aku. Sampai lebam2 lah. Tapi best sbb urat2 kaki yg berketul2 berkumpul dekat part2 vein yg timbul2 tu dah smooth balik.
Then peranakan belah kanan i jatuh sikit katanya, so dia betulkan balik. Maklumlah i bukan boleh tengok certain things kat umah ni yg tak betul, cepat aje betulkan, luruskan sofa yg senget, kutip toys and menda sepah2 yg samada budak2 or kucing buat, angkat lesung lah hehehe. So mungkin terlajak sikit kot, kui kui kui. Nak buat macam mana kan, impulsive behaviour. Dah buat baru teringat, 'eh tak boleh buat ni'. Pastu skru katil ni patah, i siap 'terangkat' sikit sbb try nak betulkan vavavava. Cuba beringat but tu lah, kadang lupa. Tu yg agaknya peranakan terturun kot sbb 'terbuat' benda berat.
Kakak urut ni buat tangas pakai periuk nasi letrik yg dah dimodified, so wap tu memang betul2 panas dan banyak. Siap ada kain bungkus daripada kain beluci ke apa nama tu, yg macam bengkung tu. Kita duduk atas kerusi, periuk tu kat bawah then dia bungkus sampai leher. Better then dulu2 i buat just guna kain batik lepas tu tangas tu tak panas lama sbb bukan atas api kan. Ni pakai periuk letrik, so dia sentiasa 'on' utk keep the stim flowing out.
Ni gambar google ye. Credit to whoever own it. Macam gambar atas ni lah yg kakak tu buat. Duduk dalam ni dalam 20 minit ye. Memang berpeluh2 basah kuyup. Sampai kena mop lantai sbb basah peluh meleleh-leleh. Sama macam sauna le jugak, cuma ni ada rempah2 sekali lah. 2 hari i buat ni, i pening kepala sangat. Hari ke 3 dah ok takde pening. Sbb apa pening i pun tak tau, mungkin bau rempah or mungkin temperature difference, sbb kepala kan kat luar, tak masuk sekali hehehe.
Lepas tangas, terus bertungku. Part ni i tak tahan. Gila panas. Selalu suruh kakak tu alihkan cepat2 sbb i tak tahan. Rasa kulit macam nak melecur, tapi bila tengok takde apa pun. hehe. Dah siap semua, tak bleh terus mandi, so dgn peluh2 busuk tu, kena berbengkung and tunggu 3,4jam.
Kakak tu suruh sapu dgn losyen panas, or slimming lotion sebelum berbengkung, tapi i takde beli, so i pakai minyak gamat panas je, nasiblah, janji ada perkataan panas kah kah kah. Kakak ni rekomen pakai losyen mustajab, yg makcik urut sebelum dia tu suruh pakai losyen anugerah. Google2 cari sapa jual online, terjumpa pulak orang review beberapa brand losyen panas ni termasuklah mustajab dgn anugerah. Tapi orang tu kata another brand 'bio trim' much better, paling panas berbanding yg lain2. Disebabkan dia bukan seller, just pengguna, so i macam percaya jugaklah dia punya pendapat tu. I pun belilah bio trim semalam via online. Pagi tadi dah sampai, effisien sungguh. Memang panas lah losyen ni, tapi i rasa i boleh tahan lagi, kira moderate je kot. Ni dah 2 jam i pakai, yg kat perut dah sejuk, but kat peha still rasa. Sebab kat peha i balut dgn plastik wrap tu kot heheh so panas bertahan. I pakai bengkung moden so peha tak cover lah tu yg pakai plastik je tuh vavavava.
Ni gambar dari website bengkung moden. I pakai similar to this in black. Tak sure sama ke tak sbb i tak beli kat sini pun.
Then i pakai yg atas ni on top (overlap) of yg atas tu. Nak lagi firm holding so bila bergerak2, bengkung tu stay. Both i pakai kat pinggang, biar selim cepat perut buncit ni huhuhuhu.
Disebabkan bengkung tu pendek2 kan, so tak cover hip area. I pakai pulak yg atas ni. Beli kat mammahouse jugaklah. Selesa sbb senang nak bukak bila nak ke toilet. Semalam i ingat macam dah ok je hip bone, so malas nak pakai ni. Bila dah malam, rasa ngilu semula kat tulang tu, so hari ni pakai balik. Tu tandanya, tulang belum lagi balik ke posisi asal le kot.
Tak sabar dah nak tunggu habis pantang, hari ni 28 hari. Dah more than halfway dah. Hari2 dok telan air rebusan akar kayu tu, pahit ya ampun. Jamu tu nasib lah in pill form, takdelah susah nak telan. Esok last day minum air akar kayu tu, jamu pun esok start set yg lain pulak. Kali ni rasanya lebih berdisiplin berbanding 3 pantang sebelum ni. Maklumlah badan dah lasak macm dulu so kenalah berjaga-jaga.