Monday, August 30, 2010
I meet Saloma Uolsss!!!
(sebenarnya mak budak yg kepingin merewang kat malls sampai nak meroyan! Nak raya ok..and this is 2010 ....kalu ko tak pi shopping kat mall ko rasa raya ke tak???)
Lepas setel kat Cotton kids, tetiba cekpen kuar dgn hasil belian sebundle kat tangan. Aiyakkk *tepuk dahi* Sabtu takde plastik bag....i plak lupa bawak shopping bag. Sib baik pakai shopping tote besar, bolehlah sumbat je gomol2 cenggitu...isk nyampah takde paper bag ke?
Cekpen kata kena bayar 5 engget kalu nak bag ..isk mahal kan...kat speedmart 20sen je tau.
Lepas tu sambung gi Parkson carik selipar kasut bebudak ni. On the way tu lalu sebelah ferries wheel...ko tak habis2 lagi funfair tu kat situ! Ke permanent derang buat?
Kalau permanent mmg next time kena detour lah, takleh bagi bebudak ni nampak. Sebabnya rega tiket adalah sangat tak murah.
So semalam nak tak nak, bagi jugaklah derang naik ferries wheel tu. Awish pulak boleh ingat masa bulan bila tah pergi situ derang dapat main yg lain2 tapi not the ferries wheel. And dia ingat kitorang janji nak bg dia naik in August. Hamik ko, Sabtu semalam adalah August ye, takleh nak escape.
Masa tengah dok excited dlm kandang tu adalah lagu-lagu raya semua kat area concourse. Awish nampak lah geng2 Saloma tengah menari-nari. Turun je ferries wheel tu beriya ajak gi tengok dance (saloma tu).
Sampai ke depan tu hah dia heret nak tengok dari dekat. Nasiblah orang tak sesak sangat walaupun ramai le jugak. Kitorang pun layan le sama dekat 3, 4 lagu kot. Best jugak hehe...siap ala drama le. Lagu Kak Nita pun ada jugak.Kostum cecantik bling-bling, ngan rambut style saloma tu....pastu menari dgn 5 inch heels...fuhhhh!
Friday, August 27, 2010
Harap - harap
Harap-harap dapatlah saya melihat ketamadunan manusia di mana-mana mall dalam jangkamasa terdekat ni (jumaat, sabtu atau ahad), kerana jika tidak mendapat pendedahan dunia luar secukupnya ia membuat otak dan mood saya menjadi mood wanita yg pms 365 hari setahun.
Thursday, August 26, 2010
How to make a super simple chicken rice?
Dalam bulan puasa ni, today is the 3rd time i buat nasi ayam.
The first one i cook without anybody request, i saja nak try buat guna resepi SHM yg dia modified dari resepi diana, which i modified lagi sebab i don't have whole chicken. Ayam dah kerat 18!
The outcome DISASTROUS! Well the nasi, sup, sos and kicap semua ok but the chicken nothing like you ever saw before. It's black! like the very the hangus, walaupun tak hangus sebenarnya. I goreng ayam yg dah marinated tu cos i don't trust my RM99-cheap-oven to do the job. No picture taken okay..tak sanggup!
However, nasi ayam tu tetap habis la kan dah itu je yg ada, belasah la kan.
Then, ( i lupa bila) Darwish request me to cook nasi ayam again. This time, I went to Pasar Tani at BK5, and bought a half chicken. Only half because I don't think we can finished a whole chicken at one go.
This time around, it look more like nasi ayam madu but still not that good, i mean the chicken still a bit blackie...sigh! Takpe2 semua yg di masak tetap habis di makan...tiada pembuangan di situ. (PROOF that the recipe followed is very nice indeed ;) )
Lepas tu semalam, Darwish request it again. Sigh! Camno nak bg ayam tu cun???
So today, I went to Giant BK5, dengan harapan dapat beli ayam sekor yg saiz S....kat pasar tani ayam semua saiz L ngan XL, takleh nak masuk oven canggih i tu.
While choosing the right size chicken, suddenly ............ TING!!!
I've got a wayyyyy much much better idea......
Why not i just buy the whole-ready-made- grilled-chicken ????
So that's what i did! I beli sekor ayam perisa black pepper yg besar sikit dari burung puyuh. Lepas dah siap nasi, sup ayam, sos, kicap as per resepi SHM tu, i pun ambik ayam tadi dan kerat2. Panaskan oven, masukkan ayam sekejap, hidangkan panas2 masa berbuka.
Tapi takde lah nasi ayam madu.....jadi nasi ayam black pepper instead...apa apalah kan, janji tetap mudah dah lazat =P.
Lawa la kan....takdelah hitam hangus mcm yg sebelum ni tsk!tsk!
Tuesday, August 24, 2010
Ringkasan kisah hidup saya
Ini ringkasan apa yg berlaku sepanjang 4 hari dari hari terakhir saya update blog ini. Ringkasan berbentuk point form supaya senang nak ingat =P.
1) Sarah selsema dan batuk yg teruk. Sanggup muntah terbelahak sampai kosong isi perut tu...TETAP DISEMBUR keluar ubat tu sampai boleh kena kat pintu yg 2 meter jaraknya dari sinki....mommy blood went UP!
2) Hari kedua, dah agak kurang sikit, tapi dia degil nak minum sirap sejuk, terus demam panas malam Ahad tu jugak. Lagi sekali, muntah terbelahak dan di ludah keluar je ubat tu. Dekat setengah botol ubat, tak berjaya jugak! Mommy blood went UP UP again! Pastu bg 1 suppository yg ada dlm simpanan...tak berkesan...adoyaii..mungkin expired kot tp takde tulis apa2 date..isk! Beli yg baru, baru le ada effect...
3) Tak cukup tidor dan sangat penat sebab budak yg demam tu sangat cranky, taknak makan, heret mommy sana sini, malam bangun, oh! I don't mind getting pregnant patblas kali..tapi cabaran2 selepas itu yg *uhuk* tak sanggup!
4) I pun kena jangkitan selsema Sarah, dan tak sembuh2 lagi sbb belasah ubat yg ada kat rumah ni je....penyakit malas jumpa dokter.
5) Dah masuk 3 minggu "bibikless"..... i am DAMN TIRED!....Tapi kalau Sarah sihat takde la teruk mcm ni kot....uhuk! Nasib lah bibik still ada inisiatif, dia yg still menyapu, mengemop, mengelap rumah, cuci baju, cuci toilet...kalu tak ??? Oh ..bukan sekeping lagi...terus fried lah i ni....mcm kerepek pisang. Nak gi cari SUSUK BESI URAT DAWAI jugak lah. Biar kuat gagah perkasa mcm bibik.
*nyanyi lagu P Ramlee sikit - beginilah nasib diriku yg malang ..oh tuhan*
6) Dari semalam ke hari ni, Sarah akan menangis terjerit2 (exactly mcm masa kena paksa makan ubat). Dan dah 2 hari ni, nenek and atuk (nebor cina tua sebelah ni) keluar dan tengok apa ke hal nye budak ni melalak-lalak dan cuba memujuk.....mana ada jalannnn!!! Ini budak manyaaakkkk lemak sudah....tak bleh punya..sekarang mommy mau ajar ini budak, dia kena dengar cakap mommy! Kebanyakan isu menangis sebab cd ultraman mebius yg tak renti dia dok tengok, gaduh dengan darwish or mina and dia nak menang jek manjang! Dan macam2 hal lain le..campur skrg gedik tak nak cakap apa dia nak...dok merengek-rengek mcm baby ....camna nak paham ...eiiii gerammmmm!
7) Tadi guard yg salu round kawasan rumah ni, mengekori i sampai ke rumah ( i baru balik ambik mina from kindy), tersenyum mesra dan terus tanya
" boleh pinjam 20 ringgit? Gaji lambat lagi masuk 30 haribulan baru masuk! Boleh bg pinjam 20 ka..nanti gaji masuk saya pulang"....
I terkedu sekejap.....and try to remember ada ke 20 hengget dlm purse?
Thinking hard dlm few second...
Then i remember this morning lepas isi minyak there's only...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM1....yes that's all i got!
Friday, August 20, 2010
Sedikit selingan tentang menu buka puasa
Di bawah adalah antara yg saya hidangkan utk berbuka puasa...(skema lagik) hasil "copycating" idea kenkawan blogger dan jugak resepi2 online yg disuaipadankan dengan apa bahan2 yg ada di dapur...=P
Tuesday, August 17, 2010
Misi mencari renda - updated!
Yang ini untuk baju Mina.
Well baju tu kan simple sangat takde beads or apa2 fesyen, so i was thinking nak add some renda kat hujung lengan dan bawah baju.
So today i nak pergi ke satu kedai jual segala keperluan utk perkahwinan. If i remember correctly kedai ni ada jual renda and instant beads.
############
Ada masalah sikit, pagi tadi lupa nak ukur baju, jadi tadi main agak2 beli 1 meter. Sarah punya dapat lebih 1 meter sebab ada rosak sikit kat awal potongan tu. Mina punya ngam2 1 meter.
Baru je ukur ni hah, Mina punya tak cukup...kena tambah sikit je lagi dalam 15cm huhuhu.
Dah le tadi ada kes kat kedai tu, and i dah taubat taknak gi situ lagi sebab marah punya pasal.
Hmmm...mungkin cari lain kot utk baju Mina kat tempat lain.
Monday, August 16, 2010
Macam tak percaya..
Saturday, August 14, 2010
Happy birthday Hubby!
May you be blessed with love, peace, good health, and may all your dreams come true.
PS: pic gugel!
Balik berbuka di Tampin
Hari ni telah mendapat mandat dari Yg Di Pertuan Agong PIL untuk pulang menghadap sembah ke kampung, dan berbuka di sana.
Asalnya memang i tak dapat nak ikut sbb kedai ni la.
But just now, my maid agreed to stay back and tido kat kedai.
So i can join Cekpen, Darwish and Mina today.
However, i'm still worried of leaving my maid here alone......tambah2 pulak baru je dengar berita my sil nye maid buat hal lagi..tsk tsk tsk
Tawakal je lah.
Ziarah mak dgn ayah adalah lebih afdal dan di tuntut...betul tak?
Friday, August 13, 2010
Chicken chop utk sahur
Errkkk..kat mana nak beli chicken chop??!!
Anak bujang i nak sahur chicken chop dgn friesss....hamboi3x tak hengat order menu kat mama dia mcm la mama dia ni Nigella Lawson ....leh ketuk2 ayam tu, tabur2...goreng2 ...pufff chicken chop terhidang pukul 4 pagi.
Nak gi menggeragau kat Giant or Tesco ni...tak dapat karang tapau je la malam ni and panaskan balik esok.
Wednesday, August 11, 2010
Saying goodbye to my skinny .....
Actually dah lama dah nak stop wearing my skinny jeans. Tapi sangat suka pakai so still pakai sampai sekarang.
I nak stop sebab i feel that it is inapproriate ataupun tak selari dgn pemakaian tudung.
I don't want to elaborate further cos i'm still farrrrrr away from being 'fully compliance' dengan pakaian yg sepatutnya...huhuhu.
Cuma nak meluahkan apa yg i rasa je :(
1 Ramadhan 1431
Assalamualaikum semua.
Amacam? Ada sakit perut? Baru pukul 9 lebih ni....jauh lg perjalanan hari pertama puasa ;D
Untuk kita yg dah tua dewasa ni takde hal la kan.
Untuk anak2 macam mana? Apa token yg dijanjikan jika berjaya menghabiskan puasa?
Kitorang tak de janji apa2. Darwish akan mulakan puasa dia hari ini. Pagi tadi dia tetap nak duit poket macam biasa walaupun dah di beritahu kantin mungkin takde jual makanan.
Pagi tadi pukul 4, dia sahur nasi goreng tapi sikit je dia makan. Mungkin tak lalu kot.
Lepas tu taknak pergi sekolah sebab sekolah cuti katanya. Padahal KAFA je yg cuti hari ni. Sekolah kebangsaan macam biasa. So agak kecoh jugak le pagi tadi sebab dia menangis tak nak pergi sekolah.
I pulak sekarang tengah pikir apa lauk untuk berbuka hari ni....hmmm.
Harap ada blogger yg letak idea dlm blog hari ni nak masak apa..hehe nak tiru.
Monday, August 9, 2010
Rutin baru
Weekend semalam ni tak terasa macam weekend. Sebabnya busy ulang alik gi kedai.
Semenjak takde pekerja ni, rutin pun dah berubah. Pagi gi kedai. Pukul 11 kang balik masak. Pastu ambik mina from kindy. Pastu tunggu darwish balik sekolah and pergi kafa pulak. Pukul 2.45 gi kedai balik.
Petang pukul 5 balik rumah lagi, masak dan tunggu darwish balik. Pukul 7 gi kedai balik...Sementara ni my maid tolong kat kedai, tu yg i kena ulang alik tu.
Budak2 ni semua tak nak maid yg tunggu kat rumah. They want mother. So layankan je lah.
Hidup atas jalan raya le nampaknya. Hopefully tak lama la rutin ni.
Saturday, August 7, 2010
Dinner @ Chili's dan misteri di bilik air wanita 1Utama .... jeng jeng jeng
Last weekend, eh ari Jumaat malam sabtu, i dating ngan Cekpen kat 1U.
Gigih cekpen balik kerja terus ambik i kat rumah and gerak ke 1U ikut LDP yg sumpah jem nak mam*** tiap hari tu.
Dah setengah jam sangkut kat LDP cekpen try kuar ikut kelana seafood (dulu) and nak masuk NKVE. Rupanye sangkut jugakkkk.
Sampai dekat 7.30 kot...beli tiket " Sorcerers Apprentice" pastu gi Chili's.
Reason gi makan situ sebab i tak penah lagi merasa tapi cekpen sudah. Jadi bila one day before that cekpen tanya ada nak makan apa2 yg sedap tak, i terus suggest gi sini meleleh hokay baca blog orang lain bg review food chili's tu d best dan sedap pastu dorang hari2 melantak kat situ...kaya sungguh !
Cekpen ada tangkap gambar tapi malas pulak nak donlod dari tepon dia. Alah chili's je pun, korang ari2 makan situ kan, haku jek baru terhegeh nak try wakakaka!
Ambik pembuka molot ' chicken wing', pastu meal i amik 'ribs', cekpen amik 'steak'. Sumpah lupa nama menu2 derang, maklum le tak penah kan, campur tak kuasa haku nak menghapal.
Sekali kau, datang kan main besor le plak ribs tu. I dok bayang besor2 ribs yg salu i beli kat Giant wat masak sup. Tu le baca blog orang tp tak reti nak baca betul2, asal tengok gambor je meleleh nak makan jugak. Pastu masa order tak reti2 nak tanya besor mana, kan dah tak habis makan. Tak ke membazir namanya tu.
Mengikut pendapat tekak jawa i, air jus epal sedap, chicken wing sedap, steak cekpen sedap, dan jagung dlm set ribs yg i oder tu sedap.
Yang tak berapa sedap.....air jus nanas cekpen mcm nanas dah terlebih masak, ribs yg i oder tu lemak dia phewwww tebal hokay, T.E.B.A.L. ... maka cepat muak walaupun isinya agak sedap. Sos nye adalah manis... i makan pedas sampai berasap and kuar hingus takpe, tapi bila manis...sungguh membunuh selera.
Jadinya, mungkin itu le last makan situ, idok le daku rasa teringin lagi dah. Mungkin ada menu lain yg sedap, tapi takpelah..i'll stick to my 'dapur'....or try tempat lain pulak, bila ada 'orang' offer makan sedap lagi lepas ni.
Setelah selesai menjamu selera tadi, kami berdua pun pergi ke surau utk menunaikan solat maghrib (tetiba tukar mode bercerita skema).
Pas solat, i gi bilik air dekat dgn surau tu...surau kat new wings tu. Masuk-masuk tu nampak sorang pompuan tengah punggah barang2 dalam handbag dia. Lepas kuar toilet, sambil basuh tangan dan touch-up make-up betulkan tudung, I peratikan pompuan tadi tu, tak habis2 lagi.
I nampak ada 2 handbag kat situ. Dia tengah sorting kan kad2 dari purse. Ada yg di simpan ada yg letak tepi.
Yg jadi misterinya......apa rajin sangat bawak 2 handbag (bukan shopping bag tau) gi mall?
Lepas tu, takde time lain ke nak sorting isi purse tu..apsal buat kat dlm toilet??
Korang rasa itu bag dia ke................................................bag c.u.r.i.k???
Thursday, August 5, 2010
Bajet raya..korang adooo???
Hmmm..korang dah buat bajet dah utk raya taun ni?
Eh sebelum citer bajet raya, korang dah habis ganti puasa belum? Ke ada yg tengah pulun straight sampai habis Syaaban? I dah setel ok, so boleh kerek skrg dan buat bajet hari raya wakakaka...:D.
Sebenarnya td baca blog orang yg dah buat bajet, pastu baru teringat pasal menda2 persiapan raya. Ye la aritu pi beli baju kurung, baju melayu tu kan tetiba je, sbb cekpen ajak, kira tak plan la. So bila baca blog orang tu, barulah teringat menda2 lain yg perlu dan tak perlu di consider.
1) Baju raya official - setel
2) Baju raya biasa - utk budak2 je kot. takpe ni bapak derang setel.
3) Kuih raya - perlu tak? Utk bawak balik kampung je kot.
4) Langsir - emm nope. recycle.
5) Perabot baru -emmm nope. basuh apa yg patut.
6) Duit raya FAMA - seyes tahun ni i pening...i takde sumber pendapatan lg huhuhu.
7) Duit raya anak buah - mintak mahap le anak2 buah ku. Mak usu korang ni kalu boleh nak mintak duit raya balik dah ni...kronik kering.
8) Tol, minyak balik kampung - maap takde hulur bantuan tahun ini utk balik pontian. Cekpen kena fully subsidised.
9) Jamuan utk tetamu - ada ke orang nak beraya umah I?? Murtabak Maggie boleh? Biskut lemak cicah kopi pun sedap kan. Dah hari2 makan rendang ketupat kita tukar menu.
10) Apa lagi ???
hmmm...apa2 pun, tahun ni ala kadar je la jawabnya. Cut cost.
Yg penting.....or yg paling i risau ni, pasal bulan puasa sebenarnya. I dah plan baekkk punya nak buat kuih2 utk buka puasa, takmo beli kat bazar. Dah siap beli segala mak nenek tepung yg di perlukan.
Tapi kalu i kena jaga kedai ni hari2, camno?? Macam ke laut jek planning kuih i tahun ni. :(
Dah terbayang bibik buat makanan tah apa2...huhuhu
Bila nikmat di tarik balik
Terpikir...apa silap? Apa yg salah?
Bila otak tengah waras, I tau it's not my fault. I mmg dah tau ini antara disadvantage or risk ambik pekerja tempatan, errr yg tak tempatan pun ada mcm2 masalah. Apa yg dah jadi ni beyond my control. It's her family matters. I tak boleh nak buat apa pun.
Bila otak tak waras....i keep on thinking "why? why? why?" Baru je aman 2 bulan. Selesa. Gembira. Tiba-tiba semua tu di tarik balik.. and i have to search for a staff again. Yang ke-5!
Ya Allah kuatkanlah semangat ku..... :(
Wednesday, August 4, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Official Colour For Eid 2010
Roti Jala
Kuih Lapis
Misteri ?
Di serang penyakit misteri yg tak berapa nak misteri.
Penyakit "MALAS" hapdet blog....sbb takde idea dan takleh nak luahkan ngan cara yg berilmiah ataupun merapu meraban.
***"fuh! fuh! fuh! pergi jauh2 ko pemalas!" ***