Friday, July 23, 2010

Rojak Jawa & Kerabu Mangga

Hari ni I buat 2 dishes berasaskan nanas , timun, mangga dan cili api pedas-tahap-nak-mam***.


Rojak jawa ni (sendiri bg nama) gabungan nanas, timun, bawang, cili api dan garam.
Cili api ni kena pedas kaw-kaw, sbb kalu tak pedas takde maknanya lah.
No sugar added.


Ni kerabu mangga....melelehhhhhh!


Petang ni kena buat kuih lapis pink.....permintaan puteri no.1
Harap2 menjadi le kuih lapis 1st trial ni.



Orang masak kuew teow...ko pun nak masak jugak!

Jemput makan kawan-kawan ;)



Tuesday, July 20, 2010

Atok Uwan Gain Custody

Lepas keluar mahkamah


Atok menjinjit bag cucu tersayang.

Cucu gembiran bersama Uwan.


Sedapnye atok suapkan makan ye cayang!


Note: Gimik sajoookkk!



Monday, July 19, 2010

Diyana Reception @ Dewan Merak Kayangan

17 July 2010, Majlis Resepsi diadakan di Dewan Merak Kayangan, Felda.

Pelamin awesome!
Just luuvvvv the all white concept.
Tengok le sapa mak pengantin kan ;P

Mak Pak pengantin in Fuschia!
Really stand out from the crowd!
Adik lelaki pengantin right most, "in relationship" according to FB status...owhhh bukan makcu yg skodeng ye =P


The Pengantin....just luv everything...make-up, baju, colors...nice!
Dayang2 (all her cousins i think) pun santek!

Mungkin tengah discuss nak catwalk gaya camne.. =P

Di iringi kompang....menuju ke singgahsana.
Yg pegang kamera belakang tu, agak2 abah approved tak bajet lens baru?






Atok n Uwan, merenjis tepung tawar.

Boy aka Fairuz
Diyana

I missed the family photo session sbb pergi solat Zohor jap.
Thus, heret cekpen and budak2 ni utk take another shot...with me and the pengantin..heheh +P

Congrats and adios! Till another wedding....end of this year.



Majlis Pernikahan Diyana

Hari Jumaat lepas, sorang lagi anak buah cekpen ke jinjang pelamin. The only daughter to Alang & Kak Lang selamat bernikah on 16/7/2010 @ 5pm++.

Since cekpen(pakcu) blog dah takde hapdet ...meh le makcu yg hapdet kat sini ye.

Me and cekpen datang lepas sembahyang jumaat, kira agak awal la jugak sbb majlis start around 5pm. So sambil menunggu , apa lagi makan la kan.

Tak tau le sapa yg masak gulai ayam dengan sambal telur tu...sedap ya amat. Pedas sungguh menepati tekak kami berdua. Nasib baik le makan jugak walopon dah lunch kat umah. Kalau tak mau kempunan bila cekpen citer..hehe. Gambar gulai takde ye..harap maklum.



Simple and nice...suka tengok pelamin nikah ni.


Atuk tolong jaga gulai ayam...eh!

Bila berborak kan, Kak Lang (biras I le) suka bahasakan our f.i.l ni as " your f.i.l"
Contoh macam " Eh, your father in law marah kat sapa tu"
hahaha...mcm la bukan f.i. l dia jugak...

I'm sure she didn't read my blog +P

Menyibuk jap kat bilik pengantin, tengok pengantin bermake-up.
Uols kenal tak make-up artis tu?
Kak Lang did introduce him/her to me, but I dah lupa sesangat...but he's face ni mcm selalu benar i nampak....nampak online le while bloghopping.

Asyik buat jokes je....tonggang terbalik kenkawan Diyana ni gelak.


Just finished doing the eyes - really nice kan!



Kami bawak Mina je. Awish ada KAFA. Sarah tido lagi masa kami keluar.
Kami ingat Mina will behave....tapi TIDAK!!!!
Geram betul...manjang nak masuk bilik pengantin. Pastu heret mama sekali. Suh masuk sendiri taknak pulak.

Terpaksalah layan dia kejap2 tengok princess. Dia takmo panggil bride..nak panggil princess jugak. Excited kemain sbb first time bawak gi majlis ni.


The Prince "Boy" and the rombongan.
Boy tu nama manja the groom..nanti kalau dapat anak lelaki takleh le guna nama tu lg kan =P.
Ke nak guna 'Boy Jr" ?? heheh


Mentang-mentang le groom tu nama "Boy" , yg angkat dulang pun semua boys. Even yg rambut trim/ tarah kat tepi pun sopan berbaju melayu bersongkok bagai...so sweet.
Simpan kejap imej urban tu ye dik.

The Akad was done by Alang himself (in yellow, membelakangi kamera)

Mina kata "Diyana so pweeettyyyyy princess".
Walopon sejuta kali bgtau dia "kakak Diyana" ...dia tetap nak panggil Diyana sahaja....kurang asem sungguh anak mama ni!

Cantik and sangat sweet on her big day ;)

Selamat diijabkabulkan....
Tahniah!
Semoga kekal bahagia dan tabah utk perjalanan hidup yg baru.



Thursday, July 15, 2010

Dinner at 5pm

Hari ni asik laparrr je manjang.

Bangun pagi brekfast byk dah.

Pukul 12tghari td dah lunch.

Pukul 3ptg td makan kuih.

Pukul 5 ptg makan malam!!

Konfem pukul 7 kang aku makan lagi nih...




Tumbuh tanduk??!

Semalam merupakan pengalaman puasa paling tak boleh dilupakan. I tersangat lah letih dan pening kepala yg sangat teruk. Tapi tahan jugak nak habiskan.

Asal berdiri lama sikit je nak pitam, menggeletar, jantung pulak semacam jek beat tak menentu.
Dalam pada tak larat tu, at 6pm dapat jugak gentel kuh buah melaka utk buat berbuka. Tapi suh maid parutkan gula melaka and dia sambung gentel sampai sudah sbb i dah tak larat sangat nak diri lama.

Lepas maghrib,Mina tolong urut kepala, badan, kaki tangan 100x hehe. Lepas tu i mcm perasan Mina and Sarah golek2 atas I tp tak larat pun nak suruh derang stop. Terus pengsan dan terlepas CSI jugak.

Pastu pukul 2 lebih pagi tadi tersedar sebab perut sakit...sakit sebab lapar sangat-sangat. So dengan mata ngantuk, gi dapur, makan buah melaka 4 biji. Lepas tu solat isya'.

Sambung tido.

Pagi tadi cekpen kejut before dia gi kerja. So masa amik air sembahyang, ternampak sesuatu di dahi.


Sambil belek - belek muka , I nampak sesuatu yg dah lama tak muncul. Lama tu ada la dlm 3 minggu. Lepas buat facial 3 minggu sudah, I rajin pakai toner and moisturiser before tidur. Jadi 'penyeri wajah' ni dah tak muncul. Kalau ada hint2 nak muncul pun , bila malam pakai toner and moisturiser, mesti esok pagi bengkak tu hilang. Tapi semalam tak buat sbb dah tak larat sangat




Tapi pagi tadi 'penyeri wajah' tu dah keluar!!!! Walopon belum 'bermata' , baru bengkak2 sikit, tapi memang nampak merah dah. Yg paling best, tepat kat tengah2 dahi!!!!

Dah le ada wedding weekend ni...mencik aarrr!!!!
Tanduk kuar sesuka hati camni...uhuk!!




Monday, July 12, 2010

Twin

Orang kata kalau twin, derang boleh rasa apa yg kembar dia rasa kan.

My case pulak, kalu cekpen tak happy...i pun akan otomatik tak happy.



Wednesday, July 7, 2010

Konfem tak stress...cuma

boring yg teramat sangat sampai rasa nak menonggeng dah ni.

I gi buat stress test kat sini.

Sambil berbalas sms ngan cekpen...i pikir mana plak pokok kelapa berbuah pisang?!!

Sambil tu scroll down laju2 ke bawah...oh mmg takde rupanya..hehe..



Tuesday, July 6, 2010

Mood Ke Dapur --->

Tetiba mood nak cuba buat kuih timbul. Tah apa mimpi tah, padahal tak penah pun minat makan kuih-kuih ni sangat. Puasa ni bolehlah tukar2 kuih original ngan neighbours. Kalu tak I tukar dgn kuih beli kat pasar ramadhan ..hehe









Monday, July 5, 2010

The Coded Picture

I was in the process of swapping my Tango to Neverful.....along the way, I requested the picture of the Production code, or batch code (whatever they called it).

Dalam sibuk2 pagi tu, at 1.30pm, dapatlah I view the picture. Just to ensure it's not a fake, I forward it to a friend who within minutes replied that she saw the same photo on the net, earlier that morning (which I yg mintak tolong to check it out about the code thingy).

Ini gambar from the buyer/ swapper?
Filename: datecode [1]
File size: 79.2KB


Ini gambar from the net...
Filename: datecode
File size: 79.2KB

source http://deluxemall.com/louis-vuitton-authenticity-tips/3073-does-lv-neverfull-come-tag-serial-number.html
dated 2009...


The buyer tu bgtau that dia ada bg gambar kat orang lain ,2,3 weeks earlier, but based on deluxemall dah guna the same picture in 2009, dah sah2 le ni gambar copypaste kan. Takkanlah boleh amik gambar sebijik camtu...

Terus sms buyer tu, I cancelled the deal. Sia2 je bag aku yg ori tu karang terswap dgn fake...rugi makcik