Saturday, October 31, 2009

Baby Blues dan Berpantang Larang

Hahaha...hmm terasa lahaiii kadang tu nak banak lagi.
Nak nak musim orang preggy kan skrg. Tak caya gi kelik link2 kat sebelah tu. Hah berderet yg tgh kira due date.
I sukaaaa masa preggy. Suka sbb so far semuanye smooth. Except my 1st mis-abortion lah yg seksa. Lagipon baby kan besttt...wangiiii jek sedap jek geget pipi derang ..muahahaha

Masa nak tunggu anak besor jek I macam m.a.l.a.s sikit.
Biasa lah kan..tak cukup tido, sakit belakang sbb gigih nak breastfeed, mana anak2 yg ado ni hah pun sibuk2 mintak kasih sayang...keje2 rumah lagi...lepas tu pening nak hantar nursery (kot la bibik aku ni takmo balik sini kan)..mana demam sakit..macam2 lah...pastu kalu kerje..nak kena keja coti emergency ...standardlah kan isk isk...seksa weeiii..
Itu yg buat i pikir ribu kali tu nak banak lagi. Tapi since boleh planning....planning lah saya sebaik mungkin.

Lagi satu yg bestnyee beranak ni kan masa berpantang.

Masa ni lah kena berehat secukupnye. Lepas tu berurut, berbekung, bertuku, berjamu, berparam, berpilis semua tu ye.

Dulu2 ingatkan duduk bandar macam ni takde tukang urut...payah nak dapat bahan2 berpantang.

Tapi sebenarnya adaaa je. In fact tukang urut ni salunya tak payah u nak jemput pun..derang datang sendiri.

Suka sangat lepas mandi tu buat sesi urut2, bertuku...heaven k!.Kalau boleh 2 bulan tu nak wat..tapi ongkosnye la kan. Lagi satu pun tak elok ko dok urut badan hari2 lama2.....mak bidan tu cakap kat I lunyaaaaiiiii badan ko nnt.

Lagi pun skrg senang kan nak dapat menda2 nak guna masa pantang ni.
Macam2 brand ada. Kalau yg pemes tu uols bayar lebih sikit lah ye. Kalau yg beli direct kat kampung mcm I ni murah le...my mom beli...homemade lagi.

Ni my x-colik pun skrg ada carry post-natal set ni. I tak sempat nak menerai sbb dulu takde pon orang promot kat I. Baru tau tahun ni..itu pun lepas one of my x-colik (Snow kalau ko baca ni ...ko le tu ahaks!)jugak bgtau dia beli set ni dari opismet I. My fren cakap ok sangat. Puas hati laa...lgpun dia kata mmg makcik2 dia pon pakai...hehe ...mana taknya dah lamaaaa dah menda ni wujud.

Kalau korang nak tau lebih lanjut gi baca kat blog dia ye...Kelik
gambor ni
Ada sekali bengkung ye. Yg ni senang nak pakai...bukan 3 kain batik lepas yg disambung, pastuh kena ikat ujung kat tangga or tiang seri masa nak bungkus montot kita tu.

Kalau nak I nye testimonial...haaaaa tunggguuuu laaaa.

Tah bila2 plak aku nak banak ye.






Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

STICKY POST YE!! Yg baru sila scroll bawaaaaahhh lagi.

Pagi ni dok jalan2 kat tepi blog ni pastu ternampak sticky post Online Contest~Senyuman Ceria Si Comel kat blog contenghidup.

Baru teringat last week memang nak masuk contest ni tapi udah lupa la pulak. Nasib baik ada masa lagi ni...contest sampai 31 October ye kenkawan. Korang kalau ada gambor anak senyum manja ala2 cumil kan jom le masuk sama..

Tak cumil betul pun tak pe janji gambor cumil har! har! har!
Contest di anjurkan oleh smileykidz .

Taknak wat contest senyuman mommy cumil pulak ke? Takpun senyuman paling gedix ...T_T.

Dah 200++ org masuk la weiii... takpelahh hantammm!

Hadiah???
Ni hadiah dia:

Hadiah yang ditawarkan pulak adalah :-
Pemenang Utama (1 orang)
Outdoor fotografi selama 1 jam (unlimited shots)
(kalo luar dari KL camne tu, ada hadiah lain kot)
1 sticky album dengan 20 keping gambar terbaikPemenang Sampingan (2 orang)
Voucher fotografi SMILEYKIDS bernilai RM50



Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
    Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:

  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

Oklah enuf bebel..ni gambor2 Dhia Maisarah. Umur 1 tahun 10bulan. Hobi nangis dan takmo tido malam. Kerjaya - hari2 tengok Peter Pan, Hi-5 n Spongebob squarepant.


Bawah ni Ermina Yasmin masa umur emm....2 tahun rasanya. Takleh kot dia nih..umur dah 4 tahun lebih.




*tak masuk pun takpe ....eiiiiiiii weeekkkkkk*









Friday, October 30, 2009

Ke-tum-bu-han

Terasa ada tumbuh-tumbuhan kata dokter Samani APSH ketulan kat dagu bawah bibir.

Biasanya ketulan ni kalau keluar jadik ketumbuhan merah yg sakit terlampau sampai tuan punya wajah ni kena pakai purdah duduk rumah diam2.

Sakit arrr....dah tua2 ni pon nak kuar keeerrr..mencik tau!!
Ke muda remaja??? hmmmm!


Pic googled *isk kot muka aku sejelita ini* (mode berangan)



CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

STICKY SAMPAI ESOK (30/10/09)!
Ni le peserta pertandingan ni..Ermina Yasmin Empat Tahun laaa...emm mcm takleh lawan poster tu ek? Belasaaahhh. Color biru kat dress tu ye...Mina bunga biru. Ohhh kosi belakang tu pun biru jugakk aciii?? sib baik tak censored bwh tu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Contest lagi uolsss!! Harus aku yg tengah free ni kan layaannn jek laaa. Mana tau kan. Kali ni anjuran Elizakru. Baguslah u rajin wat contest.

Aku pulak rajin masuk contest.2,3 menjak ni la.



So apa citer contest ni...haaa baca bawah ni. Korang kalau takde anak bawah umur 5 taun boleh skip je lah yek.


*********

Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :





CUTEST BABY IN BLUE CONTEST



Secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung
2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..
3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda
4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru
6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri
8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun
9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........


p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!







M.A.N.G.O

Sudah ada M.A.N.G.O Outlet di IOI Mall.
Penduduk Puchong sekaliaaaann...pergi la serbuuuuu.


Ari ni kan ari jumaat....leh shopping warge opis yeee.



Decorating Your Boy's Room

Wawahhh...tajuk tak hengat kan...nak celen deko deko deko keerrrrr???
Berangan je la kan!



Anyway kan smlm kemas bilik darwish. So lepas siap tu rasa mcm boring jek bilik tu. So dok imagine apa lg yg boleh di touch up with minimal or zero cost.



I rasa few item dalam bilik ni dah elok dah cuma nampak lack ....sbb takde concept kot or arrangement out. Maybe ada jugak item2 yg kena kuarkan dari bilik tu sbb tak matching.



Gogel nye gogel....ada lah yg i berkenan. I suka yg simple and clean cut. So kemas2 sikit nampak bersih.



Ada yg barang2 dalam gambar2 ni dah mirip dah dgn yg ada kat bilik darwish skrg.




Suka ni macam hotel...*gogel*

White and Blue....nice!

Yg ni memang akan di copy...color, katil & cadar sama dah. Cuma nak kena letak wall shelf n side table. Wall shelf yg ada skrg tu boleh alihkan kat kepala katil macam ni....side table tu kene eyeing mana2 sales or offer la.I like this one. Kat bilik tu pun mmg ada tingkap. I need to put a chair kat sini. Maybe not exactly like this. Minus the paper wall deco..yg tu i feel serabut.
Ini keadaan bilik sekarang. Boleh kot kan jadi macam gambar atas tu. Color menten.... just make a new arrangement...tukar to white rug/ carpet.



Thursday, October 29, 2009

Sembonia


Pengumuman.

Kepada rakan taulan sekelian yg berminat dgn bag Sembonia seperti gambar ni bolehlah berkunjung ke sini. Murah2 jek. Baru lagi, jarang pakai...owner nak letgo. Harga dia kata boleh nego2 lagi.

Jemput lah ye...singgah. Boleh klik gambar tu jugak.



Hari ni

* pic googled*


Oh sungguh hari ni takde idea nak wat apa..


Walopon ada niat nak sorting alamri baju anak-anak, tapi nak start buat tu bercinta betul.


Selagi tak sorting selagi tu lah derang main pakai jek baju2 yg dah jinjang nampak pusat.


Yg I nyampah ..lepas sorting, yg tak pakai tu dah tak tau nak bubuh mana.....


Lemas betul tgk almari tak muat...








Wednesday, October 28, 2009

CatchEYE - New Ads + Charity


Eh ada advertising cum charity nye portfolio lah.
Dah 7000++ member.

Lebih kurang je function dengan nuffnang cuma part charity tu je yg lain.
Nak tau lagi gi kat Catcheye.com.my


Bagus ke? Tak tau la makcik ye...makcik ni baru jek baper minit ni hah menerai.

Tapi kalau bab2 charity ni mmg i sokong jek. Sambil2 orang kata kan.

To some people baper sen sgt...kalau nak donate bior banyak.
Eh betul ke? sikit2 pun takpe kan ...lama2 byk jugak.

Daaa...selamat mencubaaa!




Bila anak perlukan perhatian

Macam-macam derang buat.
Mina ni dok merengek-rengek kat kaki I.
Last2 dia tertido.

Agak2 korang lah...kat mana dia tido?

.

.

.

.

.

...

..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

Bawah meja tu hah...siaan roper tak cukup kasih sayang le ni



Tuesday, October 27, 2009

Naik hantu!


Baru lepas ajar Mina Iqra' 2, Page 15.
Ke-langit terus darah ni...
Dah hari ke-2 muka surat yg sama..hangiiittt.
Sebelum ni senang jek sbb takde bacaan panjang.
Sekarang tgh start yg ada tambahan alif...so kena baca 2 harkat.

Hamiiikk....bila tukar jek posisi alif tu ke laut lah harkat dia....grrrrr
sabar je laahh.
Sampai muka surat 30 ni nak kena perabihh..level 2.

Masak ko Mina....kalau tak habis level 2 ni jgn harap ko nak merengek2 mintak ngarut2..

Arrghh tensi tensi...har! har! har!


Landlord >________<

Pheww...dug dag dug dag..jantung I.



My SIL pesan kat I utk tengokkan rumah sewa dia. I dok call tenant tu takmo angkat tepon. Pagi tadi I pun siap2 le nak pi redah sbb memang nak ke posto sekali.



On d way dia tepon bgtau, barang dia belum hangkut kuar lagi.
Pastu mintak tempoh sampai ujung bulan, tunggu gaji masuk katanya.



Pastu I cakap, bukan sewa bulan depan yg dia kena bayor ...tapi sewa bulan ni. Dia noneng noneng bg alasan. I pun iya kan jelah.



Tapi I teruskan jugak le pergi carik rumah sewa ni. Apa-apa hal nnt senang nak carik.

Dah jadik satu lumrah suku2 I yg dari Johor ni kalau bg address mmg hmmmm....camna nak cakap ek? Mcm kita leh baca map dlm mind derang le. Tak penah nye ada nama jalan. Ni pun kira cukup baik le nama flat n nama taman ada.



Kalau tak tu kadang , derang bg description je, pandai2 le carik simpang ada pokok besar, tepi jalan, ada longkang ngan tiang letrik...haaa gitu...cekpen salu hangin ..wakakakaka.



I tadi round punya round punya tanya orang...akhirnya jumpa jugak.


Lepas tu canteeekkk je....ada sepuluh blok gak eh, tapi haram tak tau mana satu A, B, C ,.....bukan i takto baca, tulisan tu mmg dah tak nampak langsung.




The 1st aci i jumpa, i tanya ,

me: "aci itu blok A mana"...
Aci: "ooo taraa tau la...itu sana depan jugaaa"


I drive masuk dlm lg kawasan tu.

2nd kakak dukung baby,

me: "kak, tumpang tanya, blok A mana?"
kakak-dukung-baby: "depan sana dik rasanya sbb yg ni blok E"
me: "terima kasih ye".


I drive masuk dlm lg belakaaaang kawasan tu...

3rd acik (ni yg belum taraf makcik lg...muda sikit tp tak muda sgt;

me: "acik tanya boleh? Blok A mana?"
Acik: "Yg depan tadi tu dik, yg dekat dengan pagar masuk. Nampak tak ada kedai runcit dgn gerai nasi lemak tuu yg ada payung?"
me: "Kedai runcit tu saya nampak..ada satu je kan?"
Acik: "haaa depan kedai runcit tu blok A la tu. Ada payung makcik jual nasik lemak kan".
me: "ok tima kasih kak"


*mana ada org jual nasik lemak...isk*


I pun patah balik parking kat blok yg takde nama tu..n tanya makcik tgh sembang....kali ni betul.


Dukung Sarah pulak tu kan naik 2 tingkat...panciiittttttt!



Ni haaa...mmg tenant takde. Mangga besor lak tu. Tah ada notis lelong apa tah kat pintu tu.

I pun turun le ...n call my SIL. Sib baik I call masa I kat situ lagi. SIL bgtau, tenant tu dah miss 2 month nye rental. Than masa masuk rumah tak bayar deposit. SIL suruh I manggakan pintu tu....adeeehhh.

I pun naik balik tangga tu...yes Sarah sekali berdukung, takkan nak tinggal dlm keta sorang2 kan. Tengok camno nak mangga pintu tu. Sib baik ada satu lagi 'telinga mangga" kat grill tu. Tengok size behkurang.

Then pegi carik padlock, patah balik, n padlock terus. Call my nephew (the rental was supposed masuk dlm akaun dia). I bgtau dia tunggu tenant tu bayar, baru ckp boleh bukak pintu, and I pesan kat dia jgn bgtau kunci tu ada kat I....isk takut le I.

Pastu terus balik rumah.....

Tak tau laa apa jadi pasni...yg pasti I takmo angkat phone call from him.
Its not my problem...huhuhu




Aaahh....................zen-ning

Untuk kepantasan me-loading, I dah zass kan template lama.
Back to basic laaaaa.....lebih zen gitu.



Monday, October 26, 2009

REAL Kids Convo and Concert

Berikut adalah laporan bergambar pesta konvokesyen tadika REAL KIDs Puchong Jaya, yg telah di adakan di Hall of Character, Sekolah Seri Cahaya, Hulu Langat.

Persediaan bermula di rumah. Peserta konsert telah bersiap dan ber'mak-up' menyebabkan salah seorang tidak dapat membuka mulut (dah pakai lipstik you..keras terus cenggitu). Sorang posing duyung kemain..sorang lg posing sotong terkelepet.
Masih tak boleh tunjuk gigi...ko sayang lipstik hilang yek.
Awish still lembik..buat2 ceria terpaksa eh di paksa.
Ada dua calon menantu...sapa bijak sila teka.
Kalau tepat saya bg hadiah lagi....
Gambor calon menantu ni mmg wajib ambik...sbb anak bujang den dah posan "mother you take missx picture ok. I don't know, I don't see missx wear what....i don't see missx concert"
Berlari fader gi amik sbb kitorang hampir lupa.
Darwish class perform theatre The King and I.
Darwish sangat blur part teater tu...tp bila tiba part dancing dia nampak ok ..tak lost dah.


Lepas tu Mina punya konsert ...hohoho...yg ni gelek baeeekk punya.
Harap maklum le tadika cina mmg cekci cikit.
Kalau rajin kang upload video gelek tu.
Masa ni derang dah kena ready in line.
Lepas tu akan masuk balik dewan n amik scroll one by one.
Lama jugak lah berdiri ...dekat 20 minit ada kot.
Darwish mmg mcm nak pengsan dah rupa dia... I dah risau jek..siap suh dia duduk dulu...dah le perut dia kosong.

Akhirnya....amik scroll and line up on stage.
Muka monyok jek..sian

2 tahun lg Mina nye konvo....2 tahun lepas tu Sarah....2 tahun lepas tu....eh mana ada dahhhh....3 jek haipp!!!



Kasih---ann!

Semalam adalah konvokesyen Darwish..

Dah grad dah anak akuuuu....isk isk isk..


Tapi yg paling tak boleh tahan kesian ....dia kena food poisoning on Saturday. So Sunday tu dia still very weak cos tak lalu makan malam. Lepas breakfast seciput..muntah lagi. Sian sangat...semua gambar konsert n convo dia sedih jek rupa.


Ni malam sebelum konvo tu. Letak besen kat dia so that leh muntah kat situ. Kejam pulak nampak kena tido ngan besen.

Gambar2 konvo lepas ni k...tgh dok wat collage..selo ya ampooonnnn!



Friday, October 23, 2009

Kegigihan

Gigiiihhhhh..gigih sungguh.
Mana tak gigih, baru pakai 2 kali dah rabak.

Rabak kat semua tempat lak tu.

Ni kat bawah baju ngan ujung tangan.


Tepi baju kiri kanan dengan joining antara tangan baju ngan bahu pun sama je tetas..cuma tak seteruk gambar ni lah. Tp regaaaaanng gila.
Kot rega $39.90 redho jek lah wat kain ,kemban basahan...


Sbb apa jadik gini? Sbb tadak lining so material ni by itself mmg fragile n senang terterik. Di tambah pulak ngan adanya anak yg melekat dan menarik baju ko mcm le ko pakai baju besi...hancus!


Sbb sayang baru pakai 2 kali kan, so ngan rajin aku pi beli lining.

Aku cerai-ceraikan balik baju ni....jadi 4 pieces. 2 tangan + 1 badan depan + 1 badan belakang. Yg belakang kat zip pun tetas gak tp sbb aku tak reti nak jahit zip..aku pejam mata jeklah.

Sebelum bercerai...

Kena tracing kat kertas dulu sbb senang herot berot

Lepas tu baru tracing balik atas lining.



Lepas tu aku kena jelujur utk cantumkan lining dgn bahagian2 baju yg dah dicerai-ceraikan tadi sebelum anto gi jahit tepi balik.

Kena gunting dan buang jugak yg dah menetas tetas tadi tu.

Dah jahit tepi bulehlah aku cantumkan balik sambil wat magic kat area zip belakang ..takdan aku nak amik gambor tu.

Lepas cantum tu aku tgk tangan baju ngan lobang kat badan baju (joining) tak sama ...keh keh keh...masaaakkk!

Sudahnye area yg berlebih tu aku ropolkan jadik cam gambor atas ni....heheh dah jadik pesen lain sikit.


Belasah lah janji ada rupa baju kan...bukan orang belek pun.

Bila dah siap...baju pun jadik keciiikkkkk..sbb aku dah buang kiri kanan yg rosak tetas tu kan...
Sib baik muat lagi....
Gigih tak? Baper kerat jek yg sanggup nak merepair kan...apatah lg repair sendiri...
Aku takde choice ok...dok umah tak bergaji skang kena lah pandai2 bawak diri.
Aku tak penah pun belajo jahit...semua ni aku ikut common sense jek.
*kagum kat diri sendiri ngeeee ^_________^*