Wednesday, September 26, 2012

B.R.O.O.M Sapu





Darwish final exam is in less than 2 weeks. Sepanjang tahun ni, Awish mostly buat revision on his own with very little help from us. But this time for final, i have to monitor closely and make sure dia betul2 buat . To do that i kenalah duduk sama kat bilik dia. Sarah pun mulalah menyibuk jugak nak baca buku.




Sarah pilih buku baby ni, okaylah kita tengok je. Dia pun start lah baca. Yang kat atas ni, dia eja dan sebut balik word tu dengan betul. Word yg panjang tu boleh betul kira impress jugaklah kan. I know takdelah impressive sangat sebab ada budak 3 tahun dah lancar dah, takpe tu anak orang, ni anak sendiri, tetap puas hati, better late than never orang kata kan.

C.R.O.W.N crown 
C.L.O.U.D cloud
B.A.T.H bath
T.E.L.E.P.H.O.N.E telephone
S.K.A.T.E.B.O.A.R.D skateboard
Tapi sebenarnya, bukanlah dia eja dan sebut balik perkataan tu dengan betul sebab dia memang dah tau the the letters, the sound/phonic and how it becomes words when she put it together.





Sebabnya she make mistakes on the above pictures.

B.R.O.OM  ------> Sapu
T.O.Y ------------> Robot
C.O.M.B ---------> Sikat
C.L.O.C.K--------> O'clock

Camne tu???? Nampak nau salah konsep di situ.



Bau Ikan dan Kaki ayam

Semalam Isnin ada krisis yg besar jugaklah waktu tengahari. Sebabnya Awish bagitau Mina, takde kelas utk sekolah agama. So derang berdua rilek je makan sambil main . Lagi 5 minit pukul 2, i naik and cek balik memo dari SRA. Turn out, mina still  ada kelas. Kelas Awish je yg dicutikan sebab ada exam SRA. So gegar le mina utk get ready pergi sekolah. Member guling2 nangis tak nak terima kenyataan kena gi sekolah. Alasannya dah lambat sangat tak sempat mandi dan bersiap sebelum van datang pick up. Padahal  ada 20 minit lagi. Last2 bgtau dia tak payah mandi lah, tukar baju je, barulah dia bergerak tapi mata tetap berjurai2 dan sentap2. Apa-apalah mina ni. Lepas kelas, balik rumah bukan main excited ejek awish kena pergi sekolah pulak for the next 4 days and dia tak payah. Balas dendam le tu sebab awish bg harapan palsu kat dia before that.


























So petang semalam, mina tak sekolah la. Sarah suka sangat sebab ada kawan nak main sepetang. Mama takleh paksa dia nap lah jawabnya. Dengan tak pakai baju lari sana sini, lompat2 atas katil. Riben segulung tu suka2 je dia potong bagi dua. Dekat 2 jam tu suruh mina pakai baju tapi dia buat dek jek.

Dah pukul 4 camtu, Mina tetiba nak makan ABC. Dan dan tu jugak nak pergi. Memikirkan kalau tak diturutkan permintaan tu kemungkinan besar dia akan mintak ayah dia malam tu jugak (terbayang muka cekpen penat berkerut hangin) so siaplah nak ke Giant. Bukak je pintu kereta, bau ikan busuk menusuk lobang hidung.Cissss. Rupa-rupanya balik pasar pagi tu, air ikan tu ada yg bocor kena kat alas tikar tembus ke fabrik kereta. Arrrgghhhhh!!!! (tarik rambut) tensen betul. Spray ambir pure banyak2 and anginkan kereta tu kejap. Yg budak berdua tu excited masuk dalam kereta melompat-lompat dari depan ke belakang. 

Sampai Giant Mina bgtau dia tak jumpa selipar dia. Carik2 bawah kerusi pun takde. Selipar spare yg salu tinggal dalam kereta pun takde. Wahhhh wah hangin le kan, dia tadi excited masuk dalam kereta dia tak pakai selipar pun sebenarnya. Bagi dia 2 pilihan, samada masuk Giant foodcourt tu kaki ayam or balik rumah je and forget about ABC. Dengan muka muncung, akhirnya masuk jugak Giant dengan terjinjit-jinjit tak pakai selipar. Nasiblah. Takdenya mama nak belikan selipar semata2 sebab mina lupa pakai. Lagipun parking dengan foodcourt tu dekat je takyah jalan jauh2, balik rumah basuh kaki. Mama kecik2 tak pakai selpar sihat je pun sampai tua ni hah =B.

Tuesday, September 25, 2012

Teddy cookies

Another fun things to do with Sarah. Making cookies. The last two previous batch from the same cookie mix  were shape into heart and star theme. Ada lagi cookies tu dalam bekas belum habis. This time i manage to find 'ice cream stick' to follow exactly the teddy cookies making like the one she saw on youtube. Actually takde jumpa wooden ice cream stick tu, instead i beli yg buat jolok tekak, yang besar tu, yg doktor salu guna kat klinik tu. Whatever lah kan, janji rupa lebih kurang. Since cookie mix tu tinggal sikit je, dapatlah buat 3 ekor je teddy. Kali ni habis terus mina and sarah makan. Bagus takde membazir. Ni sarah dah sibuk nak baking cookies lagi tapi takde stok cookie mix kat Giant. Nasiblah kena tunggu, mama malas nak buat sendiri nanti tak syedap hehehe. 

Kadang-kadang Berdua Lebih Baik

Kalau keluar berdua dengan Mina best sangat sebab dia kurang demanding berbanding Sarah. Lepas tu dia dah bolehlah sembang2 mintak pendapat ke hapa kan. Tapi tak dapat le selalu kan sebab dia sekolah, time dia free weekend memang takdelah nak keluar berdua je, konfem sarah nak ikut punya. Mina ni lah yg balancekan tension between 3 orang tu, sebab dia yg paling senang nak tolerate dan faham keadaan. Kelegaan utk mama dan ayah di situ. Penat nak tinggikan suara all the time.

Kalau keluar berdua dengan cekpen....of cos lah kan best. Baru lah feeling2 muda remaja dating2 hehehe. Bila budak2 nampak gambar dalam tepon, habis kantoi....byk lah soalan kuiz nak kena jawab. Penat mama ayah nak memikir  menjawab dengan 'jujur'.

Monday, September 24, 2012

Waistline obsession

As seen on tv produk tapi jual kat depan guardian je. Waist nipper ni ada 4 stage zipper. Masa try tu (with clothes on) rasa ok dah utk start dari zipper yg ketiga. Balik rumah pakai.....terus zipper yg keempat daaaa. Berpeluh-peluh. Bagusnya memang ketat and tak stretch bila perut buncit kekenyangan hehehe dalam ertikata lain tak membuncit lepas makan. Yang tak bagusnya material tebal so takleh pakai as girdle, so pakai kat rumah or time exercise je le....exercise keeeee???

Request and sleepover

Mina :Mother, long time you never cook mee hailam...*sad face*


Mina kurang selera makan lately n tend to vomit tak pepasal. So bila dia request mee hailam, cepat-cepatlah sediakan for sunday breakfast. Dia request kuih lapis jugak but dapat lewat sikit(petang semalam)....which i dont have any picture of it. Their cousin Adib having a sleepover at our house tambah memeriahkan suasana. Ni last sleepover until long school holiday le nampaknya. Lepas ni Awish dah kena pulun for final kalau nak merasa naik stage lagi, so takleh main je dah. 2 more weeks to go.



Sunday, September 23, 2012

Bits and pieces

1. Picture in front Sarah's art classroom "Art Safari". English garden theme. I love it.
2. Baby orchid, sourvenir from Suvarnabumi. Will it survive the fungus?
3. I have been searching high and low (read jusco and parkson jeewww), but couldn't find something that i like. I stumble upon this photo via instagram and fall in love instantly. Where can i buy this beautiful tea cup? 

Saturday, September 22, 2012

Fasa kurang chomel

Tak menahan lah tengok gigi Mina ni. Rasa nak cabut je terus. Tapi budak ni tak bagi. Dia duk main gigi tu dgn lidah and bibir. Dah ruper nenek kebayan gigi tinggal sebatang dah.

Friday, September 21, 2012

Mood berkemas



I tak berkemas rumah tiap hari sbb bibik dah buat yg basic sapu, mop and lap. Tapi tau je lah kualiti kerja mmg lah tak 100% macam yg kita nak. So bila mood rajin datang, i akan vacuum semua, punggah soft toys tepuk2 buang habuk, angkat lap, alih lap, susun balik ikut keadaan asal. Buang mana2 toy yg rosak, make sure segala celah bedah semua sparkling. 2jam ambik masa nak setel kan bilik Awish ni. Dalam almari pun vacuum dan lap hehehe. Last sekali kemas before raya tu hari so boleh tahan gak le tebal habuk kat kawasan2 yg bibik pejam mata wat tak nampak tu. Ok dah bilik Awish ni. Takyah nak tukar apa2. Awish pun jarang mess up (mina and sarah yg salu punggah buku2 kat rak tu) so just maintain camni je.

Satu hari 1 bilik je i kerjakan. Takleh tamak nanti i bosan takde projek nak buat. So hari lain buat bilik Mina pulak. Sama gak 2 jam baru siap semua. Tapi lepas siap bilik Mina ni still tak puas hati sbb masih serabut je rasa. Drawing yg dia buat dekat setengah tahun dah pun tak gantung2 lagi. So plan hari lain utk rearrange bilik ni dan gantung apa2 yg perlu digantung.

Yg atas ni dah rearrange. Hmmm...rasa nak tambah shelves kat depan meja study. Tapi kan malasnya nak paku drill2 dinding nih. Nampak kosong sangat. Shelves putih ataupun beige macam meja tu kot sesuai. Next time lah....

Thursday, September 20, 2012

Rutin




Pergi pasar borong once a week. Pergi tesco or giant once or twice a week. Pergi speedmart or 7-11 once a day (mostly sarah demand macam2).

Tuesday, September 18, 2012

Blue Wedding

Weekend baru ni, kitorang balik kampung sbb ada wedding. Anak buah cekpen dapat jodoh orang Rengit. Dah dekat2 sangat lah tu dgn my kampung. Since dekat sangat so, kitorang overnite kat kampung je lah sabtu tu. On the way balik tu, I suggest kat cekpen utk lunch kat Melaka sbb last time kitorang pegi dia tak join. Nasib baik lah tak jem sangat. 

 Last year, kitorang stuck kat sini dekat setengah jam kot. But hari tu siap lalu 2 kali lagi sbb bila keluar dari jalan ni salah ambik junction. Makan kat restoren asam pedas selera kampung tu....sedapnyeeeee.

Sampai kampung dah pukul 4 dah, so tanpa mebuang masa, derang start le main. Sementara kakak limah leka bersukan ni, dapatlah sarah bergomol dgn all the kittens.
 Pagi Ahad, bila sampai kat rumah pengantin utk upacara nikah, i nampak wajah2 yg dikenali. Rupa-rupanya pengantin perempuan is sepupu jiran i kat kampung tu. What a small world =). Now dah ada pertalian la.....
eh..suhaib nnt kalau balik beraya bolehlah singgah rumah kat kampung ye....sebelah je tu hehe.


 Dr. Suhaib + Dr. Suhana = Dr ????
 Our in-laws, cekpen side and my side.
 That boy in black spoiling the picture lahhh.
 That boy in black had his second fill.
 Mina nak jadi konduktor silat keee?
 Pasangan pengantin biru.
Yang ni tak tau apa motip cekpen forward sekali to me dgn gegambar yg lain kat atas tu.



Monday, September 17, 2012

Reason Not To


Hn...JM@poplook.com

Tempting...

I can't figure out a solid excuse to buy this piece (and others too).

But...

I do have plenty of reason for not placing an order:

1. It's wayyyy to expensive for me.
2. I have nothing fancy/ glamorous event during Eid Adha (maybe balik kampung parit...so?...)
3. It's against my recent vow on dress code (kuatkanlah semangat ku)
4. Its expensive
5. Too fancy for me.
6. Expensive
7. Expensive
8.Expensive
9. Expensive


 Reason NO 10. My size is XS but........my waist is NOT 26 anymore...sob..sob..sob. I don't want to look like lamp post.

Thursday, September 13, 2012

Follow Up Shifa@setiawangsa8

Pagi-pagi semalam, pukul 7.15 dah gerak ke Setiawangsa. Malam sebelum tu dah cakap elok2 kat Sarah kena bangun awal, breakfast awal semua, dia pun dah kata  'ok mother, i understand', tapi tetaplah tantrum pagi tu. But still awal 15 minit dari biasa lah. Bukan apa, malas nak tempuh jem, lewat 10, 15 minit pun numbers of cars on the road increase mmg significant. 


Ingat lagi dulu-dulu lepas grad nak sangat kerja kat KLCC. Dapatlah gi interview kat tingkat baper tah, tapi takat interview je lah. Takde rezeki. Bertahun jugaklah perasaan nak keje kat situ or somewhere kat KL tu wujud dalam hati.
Sampai shifa pukul 8.15, que dah panjang dah. Tapi kali ni semengah sikit sbb derang yg datang lagi awal dah ada akal nak beratur along the koridor instead of menghala ke jalan macam sebelum2 ni. Vangang sbb keta nak lalu, panas, hujan, pastu beratur kat tengah2 tu buat apa kan. Bila beratur kat koridor, line pun elok le sikit, so kurang le orang potong que  buat2 tak tahu tu kan.Ada jugaklah yg potong but tak seramai sebelum ni yg main terjah ja pintu tu tolak2.
Nak tunggu pintu buka, lambat lagi so bentang lah mat ni and suap sarah nasi lemak. Nasib lah orang nak pandang ke hapa kan, suap berdiri lagi leceh, nak tinggalkan spot que karang kena que balik kat belakang so buat tak tau and bentang tikar.
Dah dapat no panggilan around pukul 9.45 camtu, terus gerak ke mamak, mother pulak nak breakfast. Tapi Sarah merajuk kat sini sbb tak dapat meja faveret dia. Pasal tu pun nak sentap.
Macam ni lah rupa sarah sepanjang mother dia makan maggie sup. Sambil tu dia jeling2, muncung2, kerut2 kening kat mother hah. Mulut dia tak habis2 'hish hish' je. Sabar je lah. Mother malas nak gaduh ngan sarah, so mother biar je.

Finally selepas another round of tantrum from sarah, pergi kedai mamak lagi sekali sbb sarah hungry sangat katanya, pukul, 12.15 camtu dapatlah jumpa Hj Lokman. Kira awal lah ni sbb no giliran no 10. The last 2 times follow up, no sarah 20 lebih, pukul 2 baru dapat jumpa.

Hj Lokman kata, takde sel yg aktif masa dia scan tu, but yg dorman tetap ada. Ambik masa lama lagi utk betul2 hilang sel dorman tu. Apa pun, alhamdullilah so far so good. Prof  Lin and Hj Lokman, dua2 remind mother to have open mind sbb no gurantee even after 5 years, relapse won't happen. But that part we let the qada' and qadar take it course. What we do now is be prepared, mentally, emotionally, physically and financially. Ameennnn.

Wednesday, September 12, 2012

Float

Our house is so near to everything. So late snack craving won't be so much trouble. A&W is about 1 km away.
Awish marching around, doing some ultraman stunt and releasing kamehameha energy blast to kill some time.

Someone complaining that her leg is stuck. Girl you should realize that you're not a baby anymore. 

Tuesday, September 11, 2012

I cry a little

Detik-detik cemas nak ambik darah.



 "i cry a little only mother"
Ye lah..little sangat kan.


 We have 2 hours plus to kill. Think!
Paparazzi shot =P
 Kali ni malas nak ke restoren bawang accross sdmc, sbb Sarah dah pulun nasi lemak and nasi putih.
So lepak sini lah.
 "Eiii i don't like everything, i cannot eat!..I want air teh only lah"
Grrrrr.....
 Next time, tag tudung tu letak belah belakang ye.
 Big breakfast....makan jugakkkkk.
 "mother, can i buy lollipop? yesterday i told you already right, i want to buy lollipop for Shermain and shereen, my friend! Please, please, please! Please mother *bat eyelashes*"

!@#$^%&^*&(*Y(%....*sabarrrrrrr*
 Half plate nasi putih +ikan sambal, sebungkus nasi lemak, sunnyside up = 14.5kg
"hehehe...i sleep"


"AFP 1.5. Very good, i'm going to see you again in 6 weeks"