Monday, August 31, 2009

Fresh Look

Hari ni, walaupun puasa Cekpen sungguh2 mengecat grille.
Pastu susun atur perabot kat living hall pun dah ditukar.

TV pun dah berubah tempat. Kebetulan astro nye decoder rosak semalam.
Since repair pun mahal dan makan masa, so kitorang decide to install a new one.
Install baru RM80.00. Kalau repair or beli decoder baru lum tentu kurang dari RM80.

So guna my name pulak utk register. Cekpen punya bolehlah cancel kan je.
Tinggal langsir je lum siap. Tak sabar nye nak tunggu 11 aribulan. Jgn la macy delay...dah tak sabar nak berlangsir baru ni.






Saturday, August 29, 2009

Ogawa Voucher

Dok klik2 iklan nuffnang yg baru ni ada Ogawa voucher. Tapi 4 barang je.
2 jenis eye massager, 1 thermometer and 1 vacumm cleaner.
Semua dah ada kat rumah. Tp vacuum cleaner kat rumah tu jenis yg mcm robot starwars R2D2.

Isk bagus benor ke vacuum ni sampai rega asal RM1999? Harga dgn voucher RM360. Perlukah?





My Last Day in Automotive Industry

It has been a great 5 1/2 years in this company.

From zero to hero.
From 1 engineer to 4.
From colleague to friends.

When everbody left, I'm still holding on.
And now, It's my turn to move on.

Adios my dear friends.
Wish you all the best in the ever challenging future.

Wish me all the best and luck in whatever I do.



Farewell / Buka Puasa for me. Clockwise me, Ina, Sue, Hafiz, Dura, Shamini, Jong, Azlan, Sapawi, Norman, Faisal, Raymond, Chow si comel, Wayne, Rozi and Ms Poh. Thank you guys!

3 dara (tolak 1 mak dara)....mak buyung takde dlm gambar.
Jejaka dan bapak budak.......kerja kuat2 yeeee.....

Hidangan Nasi beriyani, kerabu mangga, udang madu, ayam dan kambing.. rusa pun ada.

Morning of 29/8/09. The longest period I've work so far.....this time I left for good.












Friday, August 28, 2009

Baju Warna Meriah dan Bag Purple Cantik

Santapan mata sebelum waktu berbuka ye.

Lokasi : Vincci IOI Mall (Padini concept store)
Harga : Paling tinggi pun RM129.90 (before less)
Diskaun: 20%


Baju bajan bawah ni dah cukup cantek lah dgn harga yg murah amat ni.

Lokasi : Tewah IOI Mall
Harga : Paling tinggi pun RM89.90
Material: Chiffon (confirm bukan lycra or spandex...i dah rasa2 jilat ^_^)


Dah tau mana nak carik baju kojer murah pasni... takyah nak rayau jauh2 dah. Depan rumah je ^_^....sukerrrrrrrr sgt!






8.50am

Sahur dah pagi tadi. Tp serius pedih gila perut ni.



Thursday, August 27, 2009

Awan Hitam


Bila tengah drive pastu cuaca berubah sekelip mata, memang menggerunkan.

Takut je puting beliung ke hapa...maklum la byk sgt yg Allah boleh murka ngan umat manusia ni kan. Bila-bila je musibah boleh berlaku.



Pakcik Kayoooo!

Suka ati jek rampok duit mommy yeeeee!





Wednesday, August 26, 2009

Gerak Ada Makna

Dah dekat sejam, pipi kanan exactly bawah mata bergerak2.
Bila menaip kat keyboard ni bleh nampak giddy2.

Sbb tak berapa nak ingat apa orang tua2 kata bila ada kes macam ni, so I gunalah kecanggihan internet kan. Pakcik google kan adaaa....

Taken from here:
##
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.

Pergerakan Tubuh Alamat

Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
##


Alahai..sakit mata ke...takpe lebih baik dari H1N1.



Metallic Tongue

Tekak rasa loya.
Lidah rasa mcm metallic...rasa macam makan besi..
Perut berangin.
Kepala berpinar...
.
.
.
Tak lalu dah nak telan obat.



Tuesday, August 25, 2009

Gunting Jangan Tak Gunting

Rajin lak aku dok menggunting kupon ni.








Puasa dan Pasar


















Gambar Pasar Ramadhan di BK5. Makin panjang makin banyak peniaga, tapi yg top2 dish laju je habis.

























Ayam percik - kuah celup sangat sedap.























Kuew Teuw & Bubur Lambuk Pakcik terbaik kat pasar ni.

















Auntie nye badak berendam (ke puteri?) menepati piawaian cekpen. Tak nampak pun rupa auntie ni..sesak manjang stall dia.






















Tahun lepas ada...tahun ni teruskan lagi ..dan dah ada 2 cawangan.


Monday, August 24, 2009

Antibiotics, Masks, Hand Gel

Lunch time tadi I menjelajah Farmasi di Bandar Puteri mencari satu lagi antibiotic yg diprescribekan oleh doktor semalam.


Sakit tekak dan sakit *ehem* dari hari Khamis dan Jumaat. Mula2 ingat takde apa2 sbb minggu sebelum tu sakit tekak gak sehari lepas tu elok sendiri. Sebelum balik Tampin on Saturday tu dah pegi klinik, tapi doktor lambat masuk pulak. Dah le cekpen n ahlil kuarga yg lain dok tunggu dlm keta. Lepas 15 minit tunggu doktor tak sampai jugak so I blah lah.


Smlm sampai je rumah, terus pergi klinik lagi. Takleh tahan dah...suara pun nak tak nak jek kuar. Dah garau semacam jek....kalu nyanyi hujan tetap lebat le jawabnye.

Jumpa je doktor, terus kena cucuk antibiotik. Lepas tu dia listkan ubat-ubatan. Ada 4 lagi antibiotik dia bagi. Pastu dia bg lagi satu surat untuk pergi carik lagi satu. So total 6 antibiotik kena telan....brape banyak daaaaaa...


Yg dlm kotak tu I tak tau mcm mana nak guna....masih study lagi..hmmmm...antibiotic mcm ni pun ada ye....baru tau...hmmmm



Sambil menunggu pharmacist tu mencarik antibiotik tu, I pun ronda2 dlm kedai kecik dia ni (sempat aje kan ;P)
Ternampak sanitiser yg hampir pupus dipasaran (susahkan nak carik menda ni ...sold out je manjang). Call cekpen tanya dia mau tak...so ambiklah 3 botol.



Dalam dok menilik kedai...(lambat tul pharmacist ni carik obaaat) ternampak kain warna warni comel2. Rupanya face masklah. Whoaa comel laaa..


So rembat le untuk sorang satu. Di buat dari kain. Belah dalam tu ada layer lagi satu. Pink untuk mommy, checked utk cekpen, polka dot utk Sarah, lagi 2 tu untuk mina and awish.
Boleh basuh lepas pakai. Kalau hari2 pakai..kenalah basuh hari2..pastu iron biar cepat kering. Rasanya tak menepati piawaian tapi takpe beli jugak sbb comel.



Lepas kumpul2 semua ni (tershopping tak pasal kan), baru le pharmacist dtg memberitahu ubat yg I cari tu jarang ada di pasaran. Kat Indonesia adalah (aik???? penin jap dengar explanation dia), petang nnt dia akan bgtau boleh dpt ke tak. He will call me back.

So lain yg di cari, lain yg di beli....
.
.
.
Eh tak habis lagi....lupa nak citer. Masa jumpa doktor tu sblm dia cucuk antibiotic dia tanya bila last period and suspek I pregnant.


I bila dengar jek dia sebut magic word tu mmg keras terus. Kepala terus blank. Tak tau nak pikir apa dah. Ikut je lah bila dia suruh buat UPT test.


Masa tengah tunggu staff dia buat test, I dok pikir...isk takkan pregnan kot, 2 minggu lepas dah buat UPT result negative...takkan ada isk...biar betul...

Pastu I cakap kat doktor:


Me: "Doktor I pakai IUD, takkan I pregnant "
Doc: "Laaahhhh apsal tak cakaappppp, takyah lah wat test kalau pakai IUD"...



Apsal doktor yg medical check-up hari tu buat jugak UPT test ye??




Dress Code

Pheww..keje baru nanti ada dress code tau.

Dress code nye adalah "Menutup aurat".



Untuk mengelakkan kelihatan seperti makcik2 ataupun sangat boring (di mata sendiri), I cuba mengambil inspirasi dari dua tempat ini. Tidak semua sesuai dengan cuaca atau budaya kat Malaysia ni tp kadang2 ada jugak yg semengah dan boleh diadaptasi. Yg penting kreatip ye kawan2. (perghhh....lepas ni nak takleh main harung jek....baju2 yg jinjang bolehlah di lelong or sedekah je pasni...takpun pakai wat masak)



Stylish Muslimah
Hijab Style



Sini (Taqwa Iman )pulak jual baju bajan...simple je..suka sangat..ini dijadikan panduan bila membeli baju baru selepas ini. Islam itu indah kan...apa salahnya berpakaian yg sesuai dan indah ;P. Tapi sesiapa yg ber'dada' tudung kena cover lebih sikitlah ...eheh...



kalau dada mcm landasan kapal terbang tu senang banget, pastu punggung yg mak mak kata takleh beranak....baju kebaya ketat pun takde makna..ahaks..joking horrr!



Apa-apa pun, syukur..alhamdulillah...moga2 saya akan lebih bertatasusila zahir batin...

Improvement sedikit demi sedikit....lebih baik dari langsung tidak.



Non-invited Guest PG-7

Last sekali sedara dia dtg masa November 2007.
I boleh ingat tarikh tu sbb masa tu I tengah sarat nak branakkan si Sarah.
Masa tu ada sorang maid tengah trial kat rumah.



Maid ni la bgtau ada tetamu ni.



Lepas kami sekeluarga halau (actually tangkap...rejam ikat dan campak tepi padang sampai mati) takde dah sedara mara dia datang mengamuk atas kejadian tu.

Until last Thursday night, my maid bgtau ada sedara lagi sorang dtg. I mmg pantang ngan derang ni. Pantang sebab takut campur geli. So hari Jumaat saya dah sediakan makanan untuk my guest ni.

Pagi Sabtu, dia tak makan lagi...isk.

Lepas tu kitorang balik Tampin. I biar jelah makanan tu...kalau dia datang lagi and kebulur sure dia belasah gak makanan tu.

Balik dari Tampin smlm, I tengok guest ni dah menggelupur kat washing machine bay. Geli ....n kesian sbb tak mati lagi. Berdecit2..mengeliat-geliat cuba lepaskan diri. Sorrylah dek-non. Tak dapek mak nak nolong. Lenkali jgn suka suki masuk umah I ok...(lenkali mana ada...dah selamat dah ni ekeke).

.

.

.

Sapa yg penggeli or penakut ngan Mek Ti jgn tengok gambar kekejaman kat bawah ni.

Setakat ni...inilah taktik paling berkesan untuk memerangkap guest yg satu ini. Ini rekod kejayaan ke-3 kuarga cekpen ye. (tak termasuk sekor yg direjam sampai mati kat guest toilet...sbb dia kecik sgt so boleh keluar dari lubang2 yg perangkap besi tu....phewww).










Superbaby

Last week Sarah buat surprise kat kitorang. Lepas mandi petang (lupalah ari apa), dgn kakak feveret dia, dia pun turun dengan senyuman meleret sampai ke telinga.

Happy kemain lagi. Maid pun sengih2.

I pandang jek...dlm hati pehal happy sgt ni.

Maid pun sound "Dia pakai sendiri itu".

.

.

.

.

.

.

.

.

isk isk isk ...tak sopan nye anak dara aku sorang ni...

.

.

.

.
Ada ke pakai pampers kat luar....pastu duduk konfiden jek stail cenggitu...alahai jatuh saham nak oiiii!



Friday, August 21, 2009

Takaful Malaysia Tak Bagus??

Dulu aku mmg takde lah simply dengar orang cakap or percaya bila orang kata tak bagus.
Sekarang aku percaya 300%.

Selepas pengalaman yg sangat menyeronokkan mcm gampang ni...pegi mam*** lah.

Bank pun sama je tahap gampang derang. Kad aku dah cancel dah pun TAPI kalau Takaful still debitkan kat akaun kredit kad aku tu derang still akan masukkan dlm statement....DLM STATEMENT KREDIT KAD YG AKU DAH CANCEL>>>YG ORANG AMBANK TU SENDIRI DAH TOLONG GUNTINGKAN TU!!!!

Tak ke macam &^%$#@#@....

Aku mmg nak maki puas2 hari ni.....kalau boleh aku nak stop le penyakit maki2 ni...aku tak biasalah...

Astaghfirullahhhhhhhhalazimmmmm!!!!!!!!





Tuntutan Pembatalan Polisi Takaful

* I tengah bengang yg teramat dgn takaful sekarang ni. LEMBAB NAK MAM%$#*

Ni baru lepas email customer service yg mcm gampang!
_______________________________________
##

Salam

Saya telah pun membuat pembatalan seperti yg tertera di bawah di cawangan takaful Subang Jaya pada penghujung bulan Jun 2009.

No sijil: SW07-%%%%%%-08
Tarikh Kuatkuasa: 22/5/02

Pada bulan Julai, takaful masih lagi mengenakan bayaran pada akaun kredit kad saya sebanyak Rm50 walaupun polisi telah saya batalkan.

Alasan kamu saya tidak mengisi borang pembatalan pembayaran kredit kad.

FINE!!!!

Saya terus ke cawangan Subang Jaya untuk mengisi borang tersebut pada bulan JULAI 2009.

TETAPI PENYATA KAD KREDIT SAYA MASIH MENUNJUKKAN BAYARAN TAKAFUL PADA 3 OGOS 2009.

APA MASALAH TAKAFUL SEBENARNYA????

Saya sudah BERKALI KALI membuat panggilan ke CUSTOMER SERVICE dan bercakap dengan SABRINA.

Tetapi HINGGA HARI NI TIDAK ADA STATUS TERKINI TUNTUTAN PEMBATALAN POLISI TERSEBUT.

Sudah lebih 2 bulan tetapi tindak balas pihak TAKAFUL sangat MENGECEWAKAN!!!!!!!!!!!!!!!

Dan hari ini TIADA ORANG menjawab atau membalas panggilan telefon saya samada dari IBU PEJABAT atau CAWANGAN USJ.

Saya sungguh tidak menjangka mendapat layanan yg sebegini teruk.

Mungkin saya perlu pihak ketiga untuk menyelesaikan tuntutan ini.

Rgrds
Siti


----- Original Message ----

From: Customer Service Unit <csu@takaful-malaysia.com.my>
To: siti paujan <siti_sbp@yahoo.com>
Sent: Wednesday, 10 June, 2009 11:34:51

Subject: RE: Penamatan Polisiﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ /
Greetings,

Puan,

Merujuk kepada e-mel puan di bawah.
Mohon jasa baik puan untuk mengunjungi mana-mana cawangan kami yang berdekatan bagi mengisi borang serahan dan pelepasan. Sila bawa bersama sijil asal untuk dikembalikan bersama-sama dengan borang tersebut. Salinan kad pengenalan peserta juga diperlukan untuk perhatian pihak kami.

Untuk makluman puan, RM150 akan didebitkan daripada akaun peserta sebagai caj perkhidmatan serahan dan pelepasan bagi setiap sijil yang diserahkan. Pegawai cawangan kami akan membantu puan berkenaan perkara ini.

Untuk keterangan yang lebih lanjut dan bantuan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-8-TAKAFUL ( 8252385 ) atau 03-2268 1984.Pihak kami mengucapkan terima kasih atas maklumbalas yang puan berikan. Sokongan puan amat kami hargai.
Thank youﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Zety Abdullah
Customer Service Centre

Syarikat Takaful Malaysia Berhad Ground Floor, Dataran Kewangan Darul Takaful,No 4. Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur MalaysiaTel: +603 2268 1984 / 1-300-8-TAKAFUL ( 8252385 )

Email: csu@takaful-malaysia.com.my

-----Original Message-----

From: siti [mailto:siti_sbp@yahoo.com]

Sent: Tuesday, June 09, 2009 7:01 PM

To: Customer Service Unit; Customer Service Unit
Cc: siti
Subject: Penamatan Polisi

Assalamualaikum,

Saya Siti &&&&&&, ingin menamatkan polisi insuran Takaful Wilayah yg saya miliki ini.

No sijil: SW07-%$%$%$-08

Tarikh Kuatkuasa: 22/5/02

Sila lakukan semakan untuk polisi ini dan maklumkan kepada saya sekiranya ada manfaat yg akan dipulangkan.Untuk pengetahuan pihak tuan, akaun kredit kad yg mana pembayaran akaun ini di buat akan saya batalkan pada bulan July 2009.
Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Yg Benar





Kepada kawan2, sahabat handai dan saudara mara yg ada membaca blog ini, Selamat berpuasa dan bertarawih.

Tidak lupa juga kepada sesiapa yg belum bershopping baju, langsir, kasut, sofa, kuih raya sila-silalah. MegaSale ada lagi...sampai September kan?

Sesiapa yg baru nikah tu, sila beringat ingat *mcm AH ngan bini baru dia baca wakakaka*.....

Apa-apa pun kita semua buat yg terbaik ye utk dapat bonus paling maksimum di bulan yg sangat mulia ini....

Selamat beramallllll!!!!



Thursday, August 20, 2009

Insurance Prudential dan H1N1

Bila baca forum dan blog2 mengatakan syarikat insuran tak cover bil hospital jika kita memerlukan rawatan yg disebabkab H1N1, rasa sangat frust dan bengang. Ye lah mana taukan nak kena ke tak. Kalau kena pastu betul2 tak cover, tak ke kena kuar duit lagi, padahal tiap2 bulan membayar insuran kan.

Jadi saya telah cuba mendapatkan kepastian dari ejen insurance keluarga kami.
Nak tau apa jawapannye?
Sila scroll ke bawah

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.Phewww! Alhamdulillah....

Emmm..apsal 4 jek? Mana lagi satu? ...isk nak kena pi geledah kat umah balik ni.





Saintis!

Testing2 sain ni...ok kot...



Macam Ha#rammmm!

Pagi2 lagi dah melanguk kan baca blog orang. Ada satu blog ni salu jugak le aku baca. Bahasa mmg keras yg amat....aku istigfar je la dlm hati *ceh mcm aku baik sgt*.

Tak berani lg nak mintak izin nak mengelink...sbb dlm kepala aku dia ni mcm mafia or boss aku yg bila suara dia keluar luruh jantung aku ketakutan. So aku takut apa yg dia type bila aku mintak link......dlm computer org tak kenal pun kecut ...ceh!

Tapi w/pun bahasa dia sgt mcm ha#$% kan, apa yg di luahkan tu sama dgn apa yg orang rasa...or at least apa yg aku rasa.

Aku kalu marah tak puas hati ke haper...jarang sgt dpt mengeluarkan bahasa yg setimpal dgn tahap kebengangan. Tapi sebenornya dlm kepala ada jugak terlintas cuma tak tercakap or tertype je la...

Ada satu tag dia jawab pasal lelaki ...yg bestnya ada satu jawapan tu tersannnngaaaaaaatttttt le sama ngan apa yg aku rasa...isk...

Eheh tak berani nak quote kat sini...dah tau tak berani lagi mau buat entry ni..isk isk isk
.
.
__________________________________

Wednesday, August 19, 2009

Rough

Ok..nak pergi godek kereta sekejap...
Hehe..tak lama lagi tak merasa dah wat keje2 ni..

Tuesday, August 18, 2009

Kesekian kalinya

*Entry ke brape dah ni?*


Sebab saya meroyan semalam:

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




__________________________________

Macy



*Bangun tidur kejap, update blog*.
Semalam sebelum balik rumah singgah Macy kat IOI kejap.
Nak menempah langsir yg dah 3 kali tergendala.

-Mula2 dtg dia kata kena gi buat measurement dulu.

-Lepas 3 hari baru boleh check quotation

-Lepas tu kitorang lak nak kena pikir bajet. So balik dulu pikir ...isk pikir plak...balik kira duit tabung le.

-Ahad lepas gi la nak order. Tp sorang je promoter nye dok melayan customer yg dtg lg awal. Lepas satu jam tunggu, aku cabut balik umah. Penat seh. daripada aku naik darah hilang mood baik aku balik.

-Smlm pergi, promoter tu cuti pulak. Aku sound balik (tetiba je aku-aku dah emo nye pasal)--->

"Orang lain tak boleh ambik order ke? Smlm saya tunggu satu jam takde org layan. Ni nak suruh saya balik dtg lain kali ke? Kalau nak saya balik saya tak dtg lagi dah".
-Pastu barulah ada auntie dtg ambik order, confirm kain measurement semua. Duduk le kat situ dari pukul 6.15 sampai 7.30...lama gilak ...hangin je.

Ok..tu je nak citer.

*sambung tido balik*


.
.
Zzzzzzz
__________________________________

Zzzzzzzzz!


Terasa nak join Sarah terbongkang kat umah...layan krohhhh!
.
.
__________________________________