Thursday, April 28, 2011

normal

Bila tau (baca) mommy/mama lain pun kekadang naik hangin, marah kat anak-anak. Samalah kita.


But still wonder ngan yg cool jek manjang, pastuh anak2 plak takde pangai pelik2 yg bikin darah go upstair.





Tuesday, April 26, 2011

Layan

Tiap-tiap hari dia akan cari pasal dgn mama. Hari-hari nangis. Semua mama buat salah, serba tak kena. Hari ni mama hilang sabar.....merasalah kena jerit ngan mama.


Kalau cuaca elok, dia nak main kat taman. Kalau cuaca tak elok, still kena bawak gi taman utk konfemkan taman tu semua alat permainan adalah basah so sarah tak boleh main. Lepas tu gi beli nasi lemak...setiap hari.



Bujang yg admire kat girl bernama Alia Fatiha ni, dari 2,3 minggu sudah suruh mama bawak dia gi jumpa dentist. Hari-hari ungkit....fine...hari ni bawaklah. Tapi menangis kena injek sebab salah satu gigi dia tu tak berapa goyang. Alahai..cucuk sikit pun nangis keeeewwww.........



Tengoklah tu, sikit punya payah dentist tu nak cucuk sebab dia dok keraskan mulut tu. Masa nak injek belah dalam dia dok tolak jarum tu dengan lidah.



Immediately lepas keluar dari klinik, Sarah mintak strawberry cheese cake kat kedai kek Berry's....selang bbrpa kedai je dari klinik gigi tadi, so mama takde can nak temberang. Awish pulak beli sausage bun....elok je melantak ...padahal tadi melalak cabut 2 batang gigi depan bawah tu. Auta la awish ni.





Friday, April 22, 2011

Sarah tinggalkan 'jejak' di Resepi Rahsia



Tengahari tadi, Prof Wan Ariffin visit kat wad, then dia suruh registerkan Sarah kat UMMC utk set chemo appointment. So dapatlah jalan-jalan ke Menara Utama. Masa nak pergi ke kaunter registration tu, kena lalu depan Resepi Rahsia, maka Sarah sudah ter-excited nak makan kat situ. Haih camna dia boleh ingat tah, padahal semenjak dia sakit tak penah bawak dia beli kek kat situ pun. Masa birthday mama tu pun, ayah pi beli, Sarah tak ikut.


So lepas settle register, naik balik tingkat 11 (peads ward 6), dia dah main kat playroom, appointment confirmed, so time utk gi lunch. Mama bawak dia gi food court, tapi dia sudah mengamuk lah...takmau food court..caittt!


Ingat pulak tu nak gi Resepi Rahsia....haih..sabor je lah. Ko kalau lepas ni dia ingat resepi rahsia ada kat Giant bandar kinrara tu...matilahhhhh! Kontang lah..orang len dalam rumah kena puasa, tak pun makan maggie jek lah.


Sarah order sup....pening mama...sup apa lah yg dia nak. Karang salah order..amuk lagi...rugi summore...ceh. Suruh tengok menu taknak, sibuk nak duduk pastu suh mama beratur sensorang.


So mama orderkan le mushroom soup ngan tomyam ayam. Kalau dua2 salah nasib ko le nak melalak...letih mama dah.







Tak kasi can mama nak enterprem ye....sudu garpu tu lagi lawoo dari muka mama ye.


Bila sampai, dua-dua Sarah makan...fuhhh sib baik. Tapi tengah makan tu, dia berry. Tukar le kat situ jugak, nasib duduk kat corner sofa tu. Boleh baring n cover line.


Tak lama lepas tu kencing ngan berry pulakkk.....yg paling best terus bocorrrrrrr....sudahhhhhh....cecepat antar mangkuk tu kat kaunter, suh derang bungkuskan. Angkat sarah, dudukkan kat stroller dia. Amik tisu lap2 kat sofa tu...adoyaiii..


Masa nak blah tu ada orang tanya dah kosong ke meja tu. Mama cakap dah but ada kekotoran kat sofa. Terus orang tu ckp "euwwwww" hahahaha....nasiblah.


Kang aku tak bgtau kang lagi lah ko duduk atas bekas berry tu kan..lagi naya.


I miss u

Mina salu cakap " i miss u mother".


I miss u too mina. Hari ni dia pergi melawat kilang roti..kilang High-5 kalau tak silap. Mesti excited nak cerita kat mama nanti. Kalau Sarah ok, malam ni mama tido dgn mina kat rumah. Sarah tido dengan ayah kat hospital. Most probably, esok dah boleh discharge sbb last antibiotik esok pagi.






Thursday, April 21, 2011

Cuci Taik

Since semalam sarah dah start minum susu. Sebelum tu kan dok risau bila lah sarah boleh minum susu n makan, sebab kesian sangat tengok dia merayu-rayu.


Sekarang, setiap kali lepas minum susu, standby je lah dgn diapers and baby wipes. Dalam masa kurang setengah jam lepas dia minum susu, konpom berry.


Berry yg disekalikan dengan bunyi-bunyian kuntut panjang pendek semua ada. Since berry adalah soft n watery (oh suweyyy sungguh korang kena baca description berry sarah kan muahahaha), maka sarah geli dan mintak tukar diapers secepat mungkin. Tapikan....tetap lah berry itu berselepet terkeluar kiri kanan...hambik. Selang 5 minit karang dia berry lagi....tukar lagi...kang 5 minit lagi...berry lagi....haaa tak sempat cuci tangan dan kena cuci taik lagi.


Alas tilam tu siap mintak extra sesiap, sbb konpem bocor, terpalit berry2 sarah tu.


So kerja aku sekang cuci berry sarah le. Sekian terima kasih.



PS: ada sesapa nak wat part time cuci berry?



Tuesday, April 19, 2011

Lif dan spentot

Malam tadi masa dalam lif, ada satu chinese family dekat 7-8 orang lah, masuk nak naik tingkat 9 tak silap. Sebelum derang masuk ada aku dgn lagi 2 orang chinese male...bujang rasanya.


So yg chinese satu family ni dressing decently, dan agak kalut2 sikit naik lif sbb derang ramai. Takde bising sangat pun, bila lif tutup derang senyap, kalu cakap pun perlahan.


Lepas je chinese family ni keluar, mamat yg 2 orang tu boleh sound "kampung".


Terkejut aku....wonder gak apa yg kampung? Dressing decent (mmg le tak casual mcm derang berdua), tak style tu mungkinlah tapi nothing wrong with takde style kan. Nak kata memekak dalam lif pun tak jugak.


Tahlah.



Citer kedua.


Lepas lunch tadi aku singgah beli buah kejap. Tengah beratur ada sorang minah masuk. Pakai tudung instant (ala tudung ekin tu le), baby-t lengan pendek, skinny jeans dan spentot dual color pink n blue....*pitam*. Pakai coach signature kristin...*pitam lagik sekali*.







Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Banyaknya dokterrrr

Rasa kagum.


Kejap-kejap ada dokter buat round, kang kejap lagi muka dokter lain pulak, jap lagi kang ada lagi, pagi , petang , malam...uih meriah.

*ada 3 perenggan kena censored*

Sigh..i miss Dr lin hai peng.




Dialog bilik

Nurse : Puan, ada sesapa bgtau tak, kalau patient kat icu, actually bilik pun kita still charge ye.


Me: Takde. Tapi bukan memang macam tu ke, memang kena charge le kan?


**deleted**


Wednesday, April 13, 2011

10 persalinan dan banyak lagi

Nak kena packing dah. Esok check-in kat hotel UMSC..


Kena bajet utk 7-10 days stay, so berbag-bag dan berbakul-bakul jugak le nampaknya.


Sapa nak jadik bibik kat rumah angkat keyboard..


Tang ni yg aku letih. Aku keras kematu kat spital takpe...tapi yg tinggal kat umah ni yg kesian.


Saturday, April 9, 2011

Bittersweet

Sarah takde banyak ubat pun nak kena makan sepanjang dia kimo ni.


Satu-satunya yg dia kena menten makan adalah bakterim/ supreme. Rasanya pahit, pekat, ada tulis berperisa raspberry tapi tang mana tak tau la. Sebab mama dah rasa sikit takde pun rasa raspberry...bau tu adalah sikit2 bau raspberry.


Ubat ni utk elakkan sebarang lung infection which budak2 under kimo mmg senang kena.


Pernah try bg dia makan masa awal2 dulu tapi memang kena reject dan muntah balik. So lepas botol yg pertama tu habis gitu je, mama stop.


Bila mama teringat, mama akan tunjuk kat dia botol ubat tu dan bgtau dia, "this is white water, sarah must drink"


Perkataan 'ubat' mmg tak disebut sbb tu pantang/ alergik dia.


So, masa scan baru ni (khamis) setelah berhempas pulas pujuk sarah minum ubat tidur sarah taknak jugak (dia try rasa sikit je), so mama and nurse pun agree to sedate dia masa kat scan room tu.


So nurse pun simpan le ubat tidur pahit tu. Dalam 5 minit macam tu, tetiba sarah nak minum ubat tu. Mama mintak nurse cairkan sikit (campur air), lepas tu Sarah minum sampai habis, tapi dengan muka kelat dan terpisat-pisat menahan pahit. Mama a bit "surprise" sbb yg sebelum dia, infact yg masa nak buat hearing test 2 minggu lepas dia muntahkan balik tau.


Berbalik kepada citer supreme tu, so tadi mama tunjuk sarah 2 small cup. Satu supreme, satu lagi XP mix with honey. Tanya dia nak minum yg mana dulu. Dia cakap " i don't want".


Mama bg satu lagi option, campurkan dua2 tu. Dia agree. Then slowly mama pujuk Sarah minum, a sip at a time. Alhamdullillah...Sarah tak muntah dah.


Finally lepas dekat 30 minit, habis lah satu cup mix of supreme, honey and xp.


At least ada progresslah. So kalau lepas operate ni ada tambahan ubat yg pahit2 tu bolehlah kot sarah minum...hopefully tak banyak le..kalau tak perlu ubat langsung pun takpe..mama lagi rela.





Tuesday, April 5, 2011

Tahan tak tahan

Tahannnnnnnnnnn.....sentiasa bertahan melayan kerenah anak-anak ku yg bertuah belaka.......tapi kalau sesekali mama ter'lepas' tu, mama mintak maaf lah ye...


Mama sayang korang tapi korang kadang2 memang make mama blood go up-up-upstair. Nak-nak anak mama yg teristimewa nih.

Maybank oh maybank

Bila kita menghadap CDM or ATM , sebenarnya sangat bahaya kalau ada distraction.


First time kena tahun lepas, bawak Sarah nak masukkan cek / cash tak ingat. Lepas tu terus ke kereta. Sampai kat kereta baru perasan handphone takde.


Kali ni, tersilap masuk duit. Duit tu suppose masuk ke account landlord tapi aku tersilap tertekan no loan kereta. Aku sedar mistake tu masa tekan butang 'ya' step last sekali. Masak.....so kiranya aku terbayau duit keta utk 2 bulan.


Memang takde harapan le nak withdraw balik duit tu...cisss!




Monday, April 4, 2011

Mina missed mother but....

Mina sangatttttttttttttttlah fragile emotion dia. Semalam masa ambik dia, sempat dia berdrama ratu airmata kat rumah Makchik. She always want attention, but mama need to fulfil Sarah never-ending demand yg sometimes boleh bikin mama pitam doplohpatjam. So, resulting Mina agak diketepikan kadang-kadang...not all the time. Tu pasal lah mama rasa kalau bibik kat rumah pun, mama still tak menang tangan sbb everyone want mama. But Sarah lagi hebat lah, mama and bibik dua2 dia nak conquer. So semalam berdrama lah Mina taknak balik rumah. "Mina missed makchik " katanya. Waduhhhhh....dah le lenguh melayan Sarah makan dari pukul 1 sampai pukul 3. Pehtu Mina pulak mood swing, sikit lagi mama mereng. Nasib lah dia pulih balik seperti biasa tak lama lepas sampai rumah...phewww!

Sunday, April 3, 2011

Go home now

Hari ni Insyaallah boleh balik rumah..yippieee!


But this time tak lama...seminggu je dapat break...a lot more to go through.


Praying that all of us can pass this 'test' with flying colours.

Friday, April 1, 2011

Being different

Just finished watching "I am no.4" and can't sleep. So I get online and checked cekpen's updates for today. Little that I know that Darwish who proudly clad in baju melayu for school this morning, has actually make himself stand-out from the rest of the crowds, when he was the only one who wear it...gosh!


Sungguh kesian anakku yg berdarah jawa, campur minang, tapi tak paham mesej cikgu dalam bahasa malaysia...ouch!